Friday, November 12, 2010

Kita, mug dan realiti (surga atau neraka?)



...dan manusia dibiarkan buat seketika. Ada yang merengkok dalam neraka menghadapi siksaan sementara. Ada yang dah masuk syurga, menikmati keindahan dan nikmat yang kekal selamanya. Kemudian, Allah memerintahkan:


"Tutup pintu neraka. Maka rugilah kamu semua, selama-lama-lama-lama-lama.......nya"

Maka para  malaikat bertindak menutup pintu neraka. Maka terdengarlah jeritan dan raungan mereka yang ada di dalamnya. Kerana selepas tertutupnya pintu neraka, maka takkan ada lagilah manusia yang berpeluang untuk mendapat rahmat dan keampunan dan  keluar darinya...Namun, mereka masih menaruh harapan kerana pintu syurga masih terbuka...

Kemudian Allah memerintahkan:

"Tutup pintu syurga. Berbahagialah kamu semua selama-lama-lama-lama...nya"


Maka para malaikat bertindak taat dengan menutup pintu syurga pula. Kalini raungan dan jeritan manusia lebih kuat lagi. Ada yang meraung dan menjerit kerana gembira. Ada juga yang berduka kerana ada ahli keluarga mereka yang masih di neraka. Tapi raungan yang paling kuat adalah dari manusia di neraka kerana musnahlah sudah harapan mereka. Tiadalah lagi chan untuk mereka memohon rahmat dan kasihan dari Allah.

Kerana tempat pengakhiran manusia hanyalah dua: Syurga atau neraka. Takde yang dibiarkan dipertengahan melainkan di sesatkan oleh setan.

Buatlah pilihan anda. Apa? Anda tak percaya? Anda kata saya gila?

Jika saya menipu dan semua ini tahyul, maka beruntunglah anda. Tapi bagaimana jika apa yang saya katakan ini ADALAH BENAR? Mahukah anda terima RISIKOnya?

Pesanan untuk kawan


Kadang-kadang dunia ini terasa sempit. Hidup ini amat perit. Toleh ke kanan susah. Toleh ke kiri, duit. Rasa macam takde tempat nak melarikan diri. Takde siapa yang pedulikan kita lagi.

Tatkala itulah dia datang. Dia bertopengkan seorang kawan. Dia memujuk rayu, dengan alasan kononnya amat memahami perasaan. Dia akan melemparkan pelbagai soalan. Dari soalan yang mudah hinggalah kepada yang membingungkan. Dia mahu kita keliru. Dia mahu kita rasa kecewa. Dia mahu kita rasa camana dia rasa. Soalnya, dia mahu kita kecewa dengan sapa?

Dia mahu kita kecewa dengan hidup kita. Dia mahu kita bencikan takdir kita. Ini ialah syirik. Bila kita dah syirik, maka pintu hati yang ditutup dengan syahadah tadi akan terbuka. Maka askar-askarnya akan masuk dan racun kita agar kita membuat dosa. Mula-mula dosa kecik. Lepas tu evolve ke dosa besar pula. 

Seandainya kita tak beristighfar dan perbaharui syahadah kita (solat), maka mereka akan terus menggodam jiwa kita. Semua orang rasa macam tak betul. Kitalah mangsa. Kita ajerlah yang selalu dikenakan.

Kemudian kita akan mula bersendirian atau rasa kesepian. Dia akan sentiasa menemankan agar memastikan kita sentiasa bergerak ke arah yang dirancangnya. Dan jika kita tak kembali ke dalam jemaah, maka kita akan makin jauh dari Allah.


Ketahuilah kawan-kawanku sekalian. Usaha setan dalam menyesatkan manusia tak pernah berhenti. Walau camana cibai pun mamat kat depan kita ni, ketahuilah, dia bukan musuh kita sebenarnya.

Musuh kita ialah setan yang ada dalam diri kita ini. Jangan tertipu. Jangan terpedaya. Jangan layan pun perasaan-perasaan emo yang datang dalam diri kita.

Jangan suka dok bersendirian. Kerana kambing yang keseorangan, sangat mudah untuk diserang oleh serigala jadian...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails