Friday, September 10, 2010

Wali Dari Bangi (Falsampah)

"Sori bang, tumpang lalu..."


"Lighter?" tanya Abu padaku. Aku menghulurkan lighter padanya. Abu menyambut lighter itu dan menyalakan puntungnya. Atan hanya termenung jauh melayan asap. Aku menyambut lighter yang dikembalikan. Abu menghembus seketul konkrit longkang yang diterbalikkan. Kemudian dia duduk. Kami semua duduk menikmati keheningan malam ini sambil menghisap puntung masing-masing. Besok Hari Raya dan malam ni doa makbul. Kami dah sediakan persiapan Raya sebelum malam ke 20 lagi. Sepuluh malam terakhir ni, kami iktikaf kat masjid. Dan kemuncak semua ini ialah dengan iktikaf pada malam Raya. Iktikaf di saat kurangnya manusia yang ingat pada Allah. "Itulah pejuang sebenar" flashback pesanan brader bust stand di kepalaku.
Seminit tiga berlalu sebelum program ijtimaei kami disertai oleh abang karkun. Macam biasa:
Katakan: Nak Tak?

"Assalamualaikummm" salam abang karkun.
"Wa'alaikumussalam" jawab kami serentak. Abang karkun mencari port untuk duduk. Atan bangun dan mengofferkan tempatnya. Abang karkun duduk di tempat Atan. Dia meng usha aku yang langsung tak menoleh padanya.

"Dalam benar kau tarik asap tu" usik abang karkun. Aku memandang padanya dan tersenyum. Tak lama lepas tu, sebuah lori sampah lalu di depan kami. Ia berhenti sebentar kat rumah depan tu dan meneruskan perjalanan ke rumah seterusnya. Atan dan aku menutup hidung kami. Abang karkun pun tak tahan. Dia buat muka cam sial nak menggambarkan busuknya bau sampah dalam lori sampah tu. Abu menghisap puntungnya laju-laju dan menghembuskan asapnya ke arah sekeliling nak cover bau busuk tadi. Atan melawan hembusan Abu sebab asap berkepul pergi arah dia. Tadi aku dah sound, bukak jubah tu, kang bau asap, degil. Atan dan Abu main hembus-hembus asap disekeliling kami. Abang karkun dan aku tersengih melihat telatah mereka.

"Kita orang tabligh ni, macam lori sampah ni lah" mula abang karkun. Caya lah. Abang karkun nak mula berfalsafahlah tu. Aku suka part ni sebab banyak point aku boleh guna untuk update blog aku. Hehehe.


"Tabligh ke, Terbalik?"
"Kita ni busuk dan orang tak suka dengan kehadiran kita. Lebih-lebih lagi orang yang wangi dan perasan bersih. Walhal bukan diorang taktau kita ni angkat sampah mereka" sambung abang karkun lagi. Atan dan Abu yang baru perasan abang karkun tengah berfalsafah menge join aku. Diorang dok menyangkung mendengar ayat-ayat abang karkun. Dah macam bayan pulak rasanya. Cuma bezanya: yang mendengar bayan tengah menyangkung dan berpuntung.

"Tapi tanggungjawab menjadi lori sampah ini perlu dipikul oleh somebody" kata abang karkun.
"Orang yang marah dengan lori sampah, kena ingat apa akan jadi kalau lori sampah ni tak datang memungut sampah lagi" sampuk Atan.
"Sebab sampah sekarang semakin busuk. Dan kuantitinya juga semakin banyak sebab manusia semakin bertambah" sambung Abu pula.
"Dan tugas sebagai pengumpul dan lori sampah pun menjadi semakin mencabar" kata abang karkun melengkapkan round. Diorang pandang pada aku. Mengharapkan aku akan mengeluarkan statement sambungan yang akan menambahkan lagi paham dan penghayatan akan cerita lori sampah yang sedang menjadi topik sekarang. Aku menggaru kepala dan berkata:

Aku tau aku lori sampah dan aku berbangga kernanya
"Cuba korang ulang balik dari ayat pertama yang "tanggungjawab ni dipukul oleh somebody, tadi" kataku cuba melepaskan diri.
Atan, Abu dan abang karkun menepuk kepalaku serentak. Dah pukul 12 malam dah ni, camana nak qiamul lail kalau dok main tepuk-tepuk lagi kat belakang surau camni?

Kita, Mug dan Realiti (Bulan Ramadhan dan Manusia 1)

nahnujundullah.blogspot.com


Pada bulan Ramadhan, setan dibelenggu. Kenapa ada orang buat maksiat jugak masa Ramadhan kalau setan takde? Sebab kita masih ada unsur 'nafsu' dan 'dunia luar' sebagai team jahat dalam diri kita. Unsur nafsu ini, pempaham jelah apa tabiatnya. Unsur dunia luar pula ialah perkara mungkar atau maksiat yang mempengaruhi kita melalui pancaindera dan anggota. Team baik hanyalah iman ,akal dan lojik. Akal pulak dah semakin tak lojik sekarang ni. Ada ke pakai tudung lilit dipadankan dengan baju baby tee dan jeans ketat? Kemontokan itu hanya dicover oleh sehelai selendang cotton seethru yang digayakan macam kita ni dok kat negara bersalji ke apa. Akal lojik yang patutnya kita boleh gunakan untuk melawan hasutan atau prasangka bisikan setan, telah disibukkan dengan memikirkan hal keterusan hidup atau karier. Kalau tanya camana nak solvekan low hanging fruit dalam masalah kos pentadbiran, kita boleh kasi satu program serampang dua mata dalam masa sejam. Tapi bila ditanya kenapa nak mengamuk-ngamuk semasa memandu di jalan raya dan bawak keta cam cibai, kita tak menjawab, malah semakin mencibaikan lagi pemanduan kita. Padahal kita tahu, ia cuma berpunca dari pakcik kopiah lebai yang bawak keta macam kayuh basikal kat depan kita tadi. Kita tahu, bahawa kita telah terkantoi dengan ujian terhadap nafsu.

Dengan ketiadaan setan, kita mengenali tahap ketaqwaan kita terhadap Allah. Kita boleh teguk air paip secara senyap kalau dah tahan sangat masa berpuasa, atau skip semayang terawih semalam dua. Takde sapa yang tau. Kita dan Dia jer yang tau. Selama 11 bulan, kita mungkin boleh tuding kat setan atas kenakalan atau kemungkaran kita, tapi apa yang berlaku dalam bulan Ramadhan memang 100% disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Kebanyakannya akan kalah dengan nafsu sebab pada bulan Ramadhan, perut tak dijaga, beli juadah berbuka macam nak buat jamuan perpisahan. Dan bila perut dah penuh, mata dah lalok, Johny pun mudah terjaga, maka; nafsu semakin berkuasa. Dia akan pujuk, rayu dan perdayakan mangsanya. Sehingga bila semua dah dalam cengkamannya, manusia tadi akan menguda atau dikuda. Maka tak hairanlah kenapa dalam bulan puasa, orang masih ditangkap khalwat.

Unsur dari luar pulak memainkan peranannya dengan menyediakan tempat, masa dan peluang bagi manusia memenangkan nafsunya. Nafsu mata, nafsu perut, nafsu sex.  Kawasan kejiranan kita ni dah macam fashion show bila time petang Raya dengan awek belasan tahun membawa motor lajulaju sambil tak pakai tudung atau helmet. Ditambahkan lagi dengan pakcik tua berseluar pendek bawak cucu jalan-jalan. Kemudian dengan budak-budak pelapis pasukan merempit kampung, yang sentiasa tak puas hati dengan bunyi ekzosnya. Adakalanya unsur ni sekadar membuatkan kita bengang. Ada kalanya ia buatkan kita bertukar menjadi Hulk. Tapi kebanyakannya sekarang lebih menjurus kepada persenyawaan. [bersambung ke Kita, Mug dan Realiti (Bulan Ramadhan dan Manusia 2) ]

Thursday, September 9, 2010

Selamatkan traffic blog anda!

Selamatkan traffic blog anda!


Memandangkan Hari Raya ialah besok dan Raya tahun ini dijangka hujan, maka ini akan beri kesan kepada jumlah visitor ke blog aku. Sama ada hujan itu akan menjadi rahmat atau bala kepadaku, aku pun taktau lagi. Jadi, sama ada rahmat atau bala, hujan atau tidak, cebisan informasi ini sepatutnya memberitahuku untuk menyediakan payung sebelum hujan. Dan untuk itu, aku pun menge join kan diri aku dalam surat berantai yang telah aku terima sebentar tadi.

Bak kata Dahlia, kau boleh suka, benci atau diam membatu setelah melihat kekelakaranku dalam meneruskan survival blog ini di musim cuti. Pepehal pun yang kau nak pikir, jadilah follower (kat bawah sekali blog ni) dan bagilah komen yang membina untuk entry ini.





Dan kepada yang tak tahu apa yang aku cakapkan, senang jer:

1) Create New Post dan berikan title yang boleh menarik orang nak baca posting tu. Aku tak rekomenkan kau pakai unsur lucah atau politik atau sensasi sebab nantik ada yang tengah badmood marah.

2) Padam link yang paling atas dan masukkan link blog kau kat paling bawah. Jangan potong que. Sabar. Kalau dah masuk dalam list tu, OK laa tu.

3) Copy paste kan ayat-ayat testimoni bagi surat berantai kat bawah ni sebagai keramat.


Testimoni positif:

"Saya telah mendapat surat ini dan telah mengikuti panduannya dan keesokan harinya, yang pipih datang melayang, yang bulat datang tergolek-golek" (otaitua@atas-angin.gov.my)

"Saya ingatkan diorang bergurau. Tapi saya cuba jugaklah sebab takde benda nak buat sementara berbuka. Menjelang habis teraweh, jumlah UV blog saya pada malam itu, menyamai jumlah pageload blog cikai saya ni untuk 2 tahun lepas. Maka selamatlah sudah Hari Raya saya" (panduslowdifastlane.cibai.edu)

"Teruskan segala usaha yang menyeru kepada kebaikan" (Ustaz Hambali)

Testimoni negatif:

"Saya tak mengendahkan lawak bodoh mamat ni tapi keesokan harinya, ketupat yang saya nak makan terjatuh. Saya syak scuba dan APCO ada kena mengena dalam isu ini" (IkutSukaAku)

"Bidaah! Syirik!" (abang karkun)

"Main tipu la, camni" (Mohd. Nuffnang dan Din google)

"Scuba, kau memang cibai" (Mark Zuckerberg)


Kalau korang memang pemalas macam aku, kau copy-paste jer posting ni sebagai posting korang dan jangan lupa nak buat 3 step di atas selepas itu. Jangan salahkan aku kalau traffic kau tak bertambah tapi traffic orang lain yang naik.

Cepat! Bukan susah pun nak mencuba. Buktikan kepada diri sendiri; anda tidak malas dan mahu mengekalkan graf trafik blog yang cun!
Walaupun jumlah traffic aku masih rendah, aku harap semoga jumlah traffic aku tidak menurun dan steady hingga orang office datang bekerja semula pada Isnin nantik. Takyahlah aku nak berselindung depan stakeholder dengan alasan traffic jatuh sebab cuti Raya.

Otak pun bakal sebu dok makan tepung dan air oren bodoh jer dua tiga hari nantik...Sufi kebenda, camni?

Hahaha

Selamat Hari Raya kepada geng yang aku kenal melalui blogging


Di ruangan yang sedikit ini,
Aku nak ambik kesempatan
Menyatakan kesyukuran kepada Allah yang dah temukan
aku dengan kalian

Aku yang sedang terkapaikapai mencari jalan selesai
Kepada bisikan dalam kepalaku yang dah semakin ramai
Ditemukan denganmu disaat aku dipisahkan
Dah tentulah ada hikmah disebalik perbuatan

Melalui ISA aku tahu pasal linking-linking
dan berblog walking
Melalui cikseraiwangi aku tahu pasal innit marketing
Dengan hambalialorstari dan Tok Sheikh sebagai tazkirah,
TintasiFakir dan Ziarah76 menjadi panah.
Melalui kulupsakah, Hilangpunca, Akuskizo dan kawan-kawan dari nuffnang, aku Menapak kaki
Merempuhi Ramadhan fourteenTHIRTYONE dengan selingan dari RTM3, hingga ke sini
Aku tentu tak lupa kepada Kem yang menyemarakkan semangat kewalian di blog ini
Atau najibjb yang mempengaruhi gaya penyampaian entry
pada kali hari ini

Sekali lagi aku ingin mengucapkan syukur ke hadrat Nya
Yang telah mengizinkan aku menyaksikan kasih sayang Nya
melalui mereka semua.

Dan yang last sekali tentulah yang paling special:
Untuk isteri:
Yang penyabar, understanding, gebu,
dan gigih dalam menjadi seorang ibu.
Alhamdulillah untuk semua ini.
Subhanallah.
Astaghfirullah.
Allah hu akbar. Walil laa hil hamd.
Semoga Allah memberkati kita semua dengan rahmat dan maghfirah Nya.
(Untuk ibu dan keluarga aku, terlalu sensitif. Aku menangis kat CC ni kang)
(Semoga korang taruk entry ni dalam blog korang jugak. Barulah lengkap linking. Hehehe)

Kem untuk dijual

"Aku, memang begitu. Masih seperti bahuuluu"

Kem untuk dijual 1 (The call)

"Insyallah-insyallah!" teriak handphoneku. "Insyallah-insyallah" teriak handphoneku lagi. Mamat komputer sebelah aku ni dah mula usha-usha handphone aku dan kemudian kepadaku. Aku dok sibuk menaip ayat ni. Lappy aku kat umah, baterinya tak tahan. Terpakserrlah aku meng update blog aku ni dari CC. Kejap ye. Jawab henpon jap.
"Salam" kataku menyambut. Mataku memandang caller ID: Kem rupanya. Apa dia nak call aku time-time camni? Ni mesti kes syahdu, ni. Kem memang lembut hati orangnya.
"Wei scoob. Akulah. Kem" jawab suara Kem di corong henpon.
"Aku on the way nak balik Kelantan, ni. Jalan jem laa. eh? Kau tak balik kampung ke?" Aku tersentak. Aku memang kat payabesarpedas sekarang ni. Masalah membalik kampung bukan satu perkataan dalam kamus hidupku sebagai budak Podeh.
"Kau bukan balik Ganu, ke?" tanyaku mengontrol perbualan.
"Bapak aku dah takde ni, aku ikut mak aku, la, balik Kelantan"
"Ooooo" jawabku mendelaykan masa sementara aku mendigest info terbaru ni untuk digunakan dalam ayat aku seterusnya. Belum sempat lampu CPU kepalahotak aku berenti berkelip;
"Aku nak ajak dinner la ngan kau lepas Raya. Lama lah aku tak dengar cerita. Aku sukalah blog kau! Hehehehe" pancing Kem nak mengcover jemputan ber dinnernya dengan superstar cam aku.
"Bley-bley. Eh, kau bawak keta lelaju, k. Kau ngan sapa tu?" aku mengalihkan topik lagi.
"Aku ngan mak aku. Kitorang ikut jalan Tengganu, kot. Dengar, jalan tu jem dia OK sikit" ulas Kem lagi. Baru aku perasan ada bunyi orang cakapcakap kat background perbualan kami yang dah aku loudspeakerkan. Kem ni memang blank-blank sikit. Tapi jangan sangka blank-blank Kem takde buaya...


"Hensem tak aku pakai camni?"

Kem untuk dijual2 (The dinner)

"Eh, makan la scoob" pelawa Kem padaku. Dia dah siap pakai apron sebab nak mulakan dinner kitorang kat restoran western ni. Kem nak belanjer dinner. Aku pun apa lagi? "Kat mana kita nak muler?" laaa.
Kami mengadap makanan masig-masing. Dari gaya pemakaian apron di atas, boleh ditafsirkan bahawa Kem pernah datang ke sini. Dia tahu table manners. Tengok dia pegang fork and knife pun dah tahu. Siap Kem buat practice cut dengan knife kat tangan kanan. Dia pura-pura mencucuk angin di pinggannya dan menyuapkan makanan maya ke mulut menggunakan tangan kiri.
"Woi! Makan dengan tangan kanan!" kata aku dengan keras kepada Kem. Kem terkejut dengan keseriesan aku dan terus menukar tangan yang memegang fork. Dia memotong daging mayanya dengan knife di tangan kiri dan menyuapkannya ke mulut dengan fork di tangan kanan. Setelah dia menutup mulutnya dalam aksi kelakar itu tadi, Kem memandang kepadaku sambil tersengih. Aku pun tersengih. Kami ketawa.
"Dah lama tak jumpa kau la scoob. Rindu la. Takde orang nak tegur aku" rungut Kem kepadaku bagaikan anak mengadu rindu kepada abinya yang baru pulang dari kerja. Aku terharu. dahlah belanja aku makan. Mulut manis. Dia ni dah kawin ke belum?
"Kau dah kawin, kan Kem?" tanyaku direct. Kem yang sedang mengalihkan pinggan makanan yang baru tiba, dengan ceria menjawab:
"Eh, belum la scoob. Aku single lagi" katanya. Dia agak segan dengan keadaan single itu. Aku rasa, ada ramai papa-papa dan bapak-bapak yang ingin bertukar tempat dengan status Kem pada saat ini. Aku menyuapkan kepingan kentang goreng sebagai appetizer. Aku tak lapar sangat sebenarnya. Tapi Kem dah order, takkan nak buang. Ayam tak makan western food.
"Apa kau buat sekarang?" tanyaku lagi. Setakat ni, semuanya berjalan dengan lancar. Kami sedang makan, Kem mengikut arahanku, henfon aku tak berbunyi dan aku bebas sekejap dari Atan dan Abu. Kem menyapu bibirnya dengan apron. Dia berenti sekejap nak jawab soalan aku. Tapi dia melengahkannya dengan meminum air dulu. Cam cerita Melayu dalam TV pulak aku tengok Kem ni.
"Aku camni la..." jawabnya sepi. Aku pandang Kem. Aku buat muka cam aku paham perasaan kesepiannya.

 
Kem ialah guru gitar yang berjaya melembutkan jemari aku
Kem untuk dijual3 (the research)

Malam tu aku bukak profail FB Kem. Dia cakap dia kuat FB dulu. Selama setahun dia jadi taik FB. Dia suka main game dalam FB tu. Anyway, aku bukak kat bahagian foto Kem. Konon-konon nak tengok apa yang Kem buat lately. Dan aku terjumpa gambar ni. Tibatiba:
"Insyallah-insyalah!" bunyi henfonku. Aku tengok caller ID: orang rumah. Aku kena off sekejap.

Yang bestnya kat gambar atas ni, bila aku scroll pointer mouse aku kat atas gambar, dia akan keluar baloon. Hahaha. Gempaklah FB. Patutlah Kem ketagih FB dulu...
Cadangan Hiasan
Kem jugak tahu menembak. Berdasarkan kesan jambang dan gaya memegang senapang, budak tadika akan menyangka Kem ni ada pengalaman sebagai askar. Dan awek-awek akan mengaitkan Kem dengan sifat keberanian, macho dan keras umpama laras senapang yang dipegang oleh Kem. Tapi berdasarkan pipi Kem yang tembam dan tangan Kem yang halus, kita tahu gambar ni sebenarnya gambar Kem tengah bergaya dengan senapang paintball.
"Kau tak main paintball, ke scoob?" tanya Kem. Aku cam nak tersedak bila mendengar pertanyaan Kem. Aku? Main paintball? Nak nahas? Azil baru ajar aku berblogging. Itupun dah buatkan aku ramai musuh. Ni kau nak ajar aku main tembak-tembak pulak. Korang nak buat aku jadi apa, ni? Tersaiko pulak...


"Sumer dah ada scoob. Orang yang nak duduk kat kerusi jer takde"

Kem untuk dijual4 (kongklusyen)

Berdasarkan dua gambar ni, aku dapat rumuskan Kem ni seorang yang suka pada outdoor activity. Tahan lasak orangnya. Tak boring hidupnya. Cuma bila aku berborak dengannya, aku dapat rasakan aura kesepian dalam suara dan body languagenya. Cuma aku tak dapat nak tolong bab-bab jodoh ni sebab ia melanggar etika kewalian yang melarang aku terlibat dalam hal pergaulan laki dan pompuan. Nanti keahlian aku ditarik balik. Takde lagilah cerita para wali kat blog ni...Boringla asyik-asyik cerita politik dan kutuk RTM3 jer...

Jadi, kepada sesiapa (ditujukan kepada wanita ayu yang macam dalam gambar kedua yang buat tiga jari tu saja) yang berminat untuk main paintball dengan Kem, eh? Silap. Kepada yang berminat untuk membeli Kem, sila tinggalkan komen anda di bawah. Sebarang bapuk tidak akan dilayan.

Wednesday, September 8, 2010

Sept 11 2010: Lets Burn The Koran!

You know how to reach me


Some Christians want to burn the Koran? For what? How much more misguided than they already are, can they be? We as muslim don't really care for these kind of jerks. We let Allah deal with them. But in order to save ourselves, we need to stop them from their twisted emotional trauma and snap them back to reality. Because if there's a bala coming in, both of us will be killed, no matter what. Only in the grave our differences will be clear. Besides, there's no clear proof that ISLAM was involved in the tragedy and even ISLAM condemned such act of destruction. Why do they want to burn the HOLY WORDS OF GOD? What do they want to achieve by burning the most valuable piece of literature in the history of mankind? As sad as they can be, they have no right to condemn others for the sin of their fathers (betul ke aku cakap ni?). Ahhh. Bencilah cakap inglish. Kita tujukan rangkap seterusnya kepada Melayu Malaysia pulak...

"This is much easier than burning money"
Yang korang beria-ria sangat nak marah apasal? Bukannya korang baca Koran pun. Korang baca sokkabar, tengok TV dan layan blog payabesarpedas. Mana ada masa nak bukak Koran dan baca ikut tarannum atau paham terjemahannya. Ni nak marah-marah orang yang sah-sah keliru tu bila diorang emo pasal kehilangan mak bapak diorang.

Sungguhpun begitu, perkara utama yang kita kena buat dalam hal ini ialah: BACALAH ALQURAN. Aduihhhhhhhhh.....Topat kono eh. Toghih koluarr Ghombau eh...

Idea untuk Raya: Point berborak

Perasaan kunjung mengunjung tu, indah. Tapi keindahan tu kekal hanya untuk 10 ke 20 minit yang pertama. Minit selanjutnya hanyalah soalan-soalan bodoh tentang tahsapanaktau, atau apa-apa saja sementara menunggu seat ni cukup panas sebelum kita berpisah. Adakalanya ada yang berjumpa dengan klik politik atau klik tabeliknya, mulalah lupa anak bini, layan cerita yang macam best gilawali. Terkial-kiallah anak keciknya pegi mintak air oren setelah diacukan ke arah maknya.

Pada yang bersedia, diorang dah plan appearance mereka di depan teman-teman mereka. Itu sebablah kebanyakan kita akan bersiap-siap sebelum keluar berhari Raya. Begitu juga dengan topik perbualan. Mesti ada persediaan. Topik mestilah kena dengan suasana dan keadaan crowd dalam pertemuan itu. Kalau tak berduit, jangan banyak cerita pasal harga atau hak atau hutang. Kalau bad mood, senyap. Jangan bercakap. Kalau bercakap, kena ceria-ceria jer.

Kalau korang dah takde topik nak borak Raya nantik, korang boleh recycle cerita-cerita dalam blog aku ni. Aku sarankan korang pergi ke topik kat sebelah kanan ni. Kau pilih topik macam kita, mug dan realiti, atau Kisah para Wali atau artikel. Save page. Cuba korang bawak borakkan benda tu sumer. Kurangkan berborak pasal benda bukan-bukan macam reta, skim cepat kaya atau ubat ntuk main lama. Semoga Raya kalini, disamping kita catch up dengan keadaan keluarga, kita juga menjadi semakin berpengetahuan dan mengambil tahu.

Interview dengan Wali (Berapa hari kau puasa?)

Atan, Abu dan aku sedang berlegar-legar di bazar Ramadhan Ampangan Seremban, membeli-belah kueh sebagai juadah berbuka puasa jemaah 10H kat sekitar sini. Kami khidmat harini. Lauk pauk dengan nasik dah siap di masak. Tinggal kueh jer yang kena beli. Semasa kami nak memasuki kawasan bazar yang kat area pasar, kami terpandang sepasang budak perempuan yang aku anggap sedang menunggu makbapak mereka yang beli air kat gerai sebelah. Aku terdengar perbualan mereka:

"Kau kau kau tinggal poser baper ari?" tanya budak pompuan A.
"Kiter puaser penuh. Mak kita janji nak kasi limerploh inggit kalau kiter puaser penoh" jawab budak pompuan B.
"Mak kita kasi duerploh inggit ajer" sambung budak pompuan A.

Perbualan mereka memberikan Atan idea untuk mensia-siakan puasanya dengan melawak kepada aku:
"Kau puaser berapa hari tahun ni?" tanyanya sambil tersengih macam watak kartun jepun yang kiut.
"Amenderlah soalan. Umor dah tua bangka, kalau tak poser memang nak kena..." aku baru nak menepuk belakang Atan bila dicelah oleh Abu:
"Aku rasa macam tak poser tahun ni" katanya series. Aku dan Atan terdiam sejenak. Kami semua meneruskan pembelian kami dan terus belah.

Malam tu, masa sessi ngeteh, abang karkun, brader bus stand, Atan dan Abu, dengan aku-akunya sekali dok tersandar setelah pekena cendol sejuk. Abang karkun memulakan:
"Makan cendol sejuk ni, bahaya ni" katanya.
"Apsal pulak?" tanya brader. Atan yang sedang menuangkan cendol ke dalam mangkuknya terhenti. Abu terus jer melahap air cendolnya. Bila dah habis, dia menepuk Atan supaya cepat sikit sebab dia pun nak top-up. Aku melirik ke abang karkun setelah mengeleng melihat gelagat Atan dan Abu. Bab memastikan tiada sisa makanan yang terbuang, adik beradik ni memang reliable.

"Sebab cendol tu dibuat dari santan. Dan kandungan kolestrolnya tinggi. Makan pulak dengan ais. Kolesterol yang masuk dalam badan dalam keadaan sejuk itu memudaratkan" explain abang karkun. Abang karkun ni berpengetahuan luas orangnya. Bab meng explainkan fenomena alam ni, serahkan pada dia. Sebab tu kitorang akan suruh dia bayan kalau crowd jemaah lepas maghrib tu terdiri dari golongan cendikiawan. Brader bus stand tersenyum. Atan dah meletakkan mangkuk cendolnya. Dia menelan air liur keredhaan. Kami semua memandang ke arah Abu yang masih terus-menerus membelasah cendol. Tekinyam pulak, rasanya.

"Jangan membazirrrr. Dah beli dah ni...Ayam tak makan cendol" kata Abu sebelum memulakan set ke 3 belasahan cendolnya pada malam itu. Kami ketawa. Inilah masanya. Aku nak tanya brader berapa hari dia dah puasa.

"Brader. Brader dah berapa hari puasa?" tanyaku bangang kepada seorang Islam yang sihat pada 29 Ramadhan. Brader bus stand memandangku. Dia surprise dan kagum sebab aku akhirnya berjaya menangkap dirinya sebelum dia sempat menjawab soalan yang belum keluar dari mulutku.

"Entah? Dua hari jer kot?" jawabnya pendek. Dia terus join Atan dan Abu yang menghabiskan secerek lagi cendol yang orang kasi untuk jemaah kami. Aku dah paham. Walaupun aku ni berpuasa dari segi syarak, dari segi waraknya, aku ni umpama tak berpuasa. Mana tidaknya, kadang-kadang aku makan daging saudaraku di siang hari. Aku juga tak menambahkan amal ibadat kepada Allah dalam bulan Ramadhan. Dan lebih-lebih lagi, makin hujung Ramadhan, makin menyetan pulak rohani aku ni. Aku pun taktau. Adakah aku salah bergaul? Aku memandang ke arah mereka semua. Telatah mereka melalaikan aku. Atan mengutip cendol yang terjatuh dari mangkuknya. Abu terus fokus pada nikmat rasa santan dalam cendol. Abang karkun dan brader bus stand sedang membincangkan sesuatu dan kemudian mereka memandangku. Diorang berbisik sesuatu dan ketawa serentak sambil menuding ke arahku. Aku menghela nafas bingung. Apa yang sedang berlaku ni?

"Bila kau ada fikir risau akan keimanan kau, maka OK lah tu. Sepatutnya ia memotivasikan kau untuk memperbaikinya" kata brader.

Melayu Raya


Orang Melayu dengan Hari Raya ni, memang tak boleh dipisahkan. Satu-satunya hari Melayu di mana semua Melayu bertolak ansur ialah pada Hari Raya. Kita takde Chinese New Year atau Hari Melayu Sedunia. Orang Melayu pun biasanya akan ingat yang dia Melayu bila time Raya, jer. Tapi dah semakin ramai sekarang ni yang dah tak rupa macam Melayu pada Hari Raya. Melayu ada identiti kerana Raya. Melayu ada identiti kerana Islam. Tanpa Islam, Melayu sama macam Amerikan. Sekurang-kurangnya Amerikan tu pegi cej jugaklah seminggu sekali.

Sungguh penting Islam itu dalam hidup Melayu, hinggakan Melayu telah memaktubkan agamanya ini dalam perlembagaan. Melayu itu mesti Islam. Kalau nak tau Islam, tengok orang Melayu. Orang yang buat perlembagaan ini paham. Dia paham yang Melayu takde apa tanpa Islam. Dia paham bahawa tanpa Islam, Melayu hanyalah sekumpulan orang asli yang kerjanya melepak dan berborak pasal lembu celaka yang telah mencuri makan buah dan merosakkan tanaman di kebunnya yang sekangkang kera. Dia tak mahu Islam hilang dari Melayu. Sebab tu lah dia mengkanunkan agama orang Melayu ialah Islam. Sapa Melayu yang bukan Islam, bukan Melayu. Tu sebab agaknya dulu-dulu orang non muslim nak masuk Islam diorang panggil nak masuk Melayu.


Islam tidak pilih bulu. Islam bukan kepunyaan sesiapa. Malahan, Islam lah yang memiliki sesuatu bangsa. Satu bangsa itu dikatakan masuk ke dalam Islam. Bukan Islam yang masuk ke dalam bangsa itu. Undang-undang asas Islam adalah sama. Ia tidak boleh ditokok tambah seperti kita menokok tambah undang-undang macam dalam demokrasi. Ramai suka arak, kita halalkan arak. Ramai suka judi, kita lesenkan judi. Nanti, ramai suka GRO amoi, kita buatlah kementerian pelacuran. Lagipun, kita dapat mengurangkan kejadian zina, rogol dan buang bayi. Mesti KPI kementerian ni hijau sokmo.

Melayu yang hilang Islamnya, maka Melayu itu telah kembali ke dinasti peribumi. Dia sudah kembali ke fitrah. Maka tak hairanlah, pada setiap Hari Raya, ramai yang berperangai macam orang asli. Heck, orang asli pun lagi baik akhlaknya dari orang Melayu. Itu dari segi luaran.

Melayu yang telah hilang Islam dalam rohaninya, maka dia lebih teruk dari Yahudi. Sebab laksana seorang Yahudi yang TAHU, seorang Melayu yang engkar dari Islam tahu selok-belok dalam menjauhkan diri dari gaya hidup Islam. Mereka lagi pandai mengencing budak tabligh masa diorang ditasykil ke majlis fikir. Mereka pandai berhujah bila kemaksiatan mereka dipersoal. Malah, diorang siap dah boleh plan dengan timing yang terperinci untuk elak diserkup oleh pencegah maksiat.

Jadi, di kesempatan ini kami menyeru agar semua Melayu untuk jangan kembali lagi. Berhenti dimana saja anda berada dan berfikirlah sejenak. Anda patut bersyukur kerana anda masih mampu untuk menyedari semua ini. Tak lama lagi kita takkan sempat lagi nak mintak maaf. Tanyalah diri sendiri sama ada anda mahukan gaya hidup yang kosong ini untuk anak-anak keturunan anda? Adakah anda mahu bangsa Melayu terus rosak sebab adanya anasir-anasir degil seperti anda? Adakah anda mahu negara ini ditimpa bala dek kemaksiatan yang ANDA lakukan?

Anugerah Iklan Raya 2010


Setiap tahun, pertandingan iklan Raya itu merupakan termometer betapa meriahnya penerimaan rakyat terhadap hari keramaian tersebut. Namun semenjak ketiadaan heroin iklan Malaysia, Raya tahun ini hambar. Sehambar iklan-iklan Raya di RTM3. Namun, seperti yang diharapkan, kami telah sebulat pembetung telah memilih iklan berikut sebagai pemenang Anugerah Iklan Raya tahun ini. Ini kerana efek iklan ini sungguh mendalam. Liriknya mudah nak hafal dan perlukan skil nak nyanyi. Ia boleh dijadikan marketing cliche sempena Raya sebab ada aktiviti ziarah. Bayar satu famili pakai purple dan bawak botol Ribena ke hulu ke hilir. Tema iklan pun kena; dengan suasana adik beradik yang baru kalah mentor kat RTM3, membuatkan orang tertanya siapa diorang ni, dan lirik yang kena mengena dengan 1Malaysia. Dahlah satu lagi kempen melalui Sahmsul Ghau2 dan Fauziah Nawi mengepung pula dari sudut berbuka puasa dan menjamu tetamu. Ditambahpula sebab anak aku memang suka dengan lagu Iklan Ribena yang rentak hindustan sebelum ni, yang: "Dia bulat, dia comel.."


Anak aku dengan aku-akunya sekali akan seumpama terpukau setiap kali iklan ni keluar kat RTM3. Yang ni, aku kasi syabas kat RTM3. Aku kalah. Tapi aku tak minum Ribena. Dah lepas dari syubahah belum diorang ni? Aku tak update laaa.

Atan dan Abu (Fana lepas baca sajak Ramadhan)

Bila bertentang mata dengannya, cuak ada. Nak gelak pun ada

"Perghhhhh!!! Gilawali punya sajak!" kata abang karkun. Dia menunjukkan padaku sajak yang dia baca kat sini. Ni blog ustaz kami. Ustaz Hambali. Aku taknak citer lebihlebih takut ada orang kembang. Sebaik saja aku baca sajak ni, aku terduduk...Fanakk

"Wan! Wan!" brader bus stand melempang pipiku yang kuyup bagaikan disimbah air. Aku tersedar. Siapa aku? Dah Raya ke belum? Mana jeans baru aku? Aku rasa pening-pening lalat.

"Kau menjerit dan pengsan lepas kau baca sajak kat blog ustaz kau tu" kata abang karkun yang bermuka series dengan keadaanku.
"Kau OK tak?" tanyanya lagi. Aku memicit-micit dahiku yang berdenyut-denyut. Puasa aku batal tak kalau aku pengsan? Malam ni malam ke berapa?

"Malam ni malam Last. Dengar cerita, malam ni lah malam Laila" jawab abang karkun. Tah kenapa aku dah cam biasa pulak sikap para wali ni yang menjawab soalan yang aku tanya dalam hati. Baiklah. Mari kita cuba: Abang karkun masam sebab tak mandi.

"Hoiiiiiiiii" kata abang karkun dan brader bus stand serentak. Abang karkun menempeleng kepalaku. Aku pening. Rasa macam nak pitam. Yang aku nampak, brader bus stand senyum kat aku. Dan wajah ustaz Hambali.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails