[sambungan dari Kita, Mug dan Realiti (Bulan Ramadhan dan Manusia 1) ]
Apa yang dapat kita belajar setelah pemergian bulan Ramadhan ialah betapa teruknya diri rohani kita, jika kita tidak membendung nafsu dan memperkasakan akal. Kita telah sedar bahawa tanpa setan, kita masih cenderung kepada kemaksiatan jika nafsu tidak dibendung dan akal tidak diasah ke arah Allah. Cara nak membendung nafsu ialah dengan mengurangkan makan dan tidur. Dan cara nak asah fikiran ialah dengan menjaga pemakanan dan banyakkan proses bermuhasabah (melalui qiamul lail). Bulan Ramadhan menyediakan dua premis ini untuk memudahkan manusia KEMBALI ke FITRAHnya. Kembali ke fitrah bukanlah kembali berperangai cam budak belasan tahun. Kembali kepada fitrah ialah manusia kembali bersih, menghampiri kebersihannya semasa mula-mula lahir di dunia dulu.
Bila dah bersih, barulah doa-doa dan usahanya diperkenan oleh Allah. Barulah kehidupan keduniaannya mudah. Takdelah dia kena menghabiskan lebih 80% masa dalam umurnya untuk berpikir pasal hal-hal keduniaan.
Apa yang dapat kita buat melalui pelajaran bulan Ramadhan ialah kita kena jaga nafsu dengan menguatkan tahap kawalan akal kita terhadap nafsu dan di. Kekuatan akal bukan hanya bermakna ketinggian ilmu. Kekuatan sebenar akal ialah dalam pemahaman terhadap pengalaman dan tanggapan yang kita buat semasa merancang, semalam. Sebab ilmu tanpa amalan takkan menghasilkan pemahaman. Ilmu tanpa amal itu hanyalah sebuah assumption. Pemahaman, pengalaman dan assumption adalah elemen penting bagi seorang manusia dalam merangka rancangan hidupnya. Lagi tinggi pemahaman, pengalaman dan ketepatan dalam membuat assumption seseorang, lagi bagus rancangan untuk masa depan yang dikeluarkannya. Sebab bila dah ada rancangan, barulah Allah akan makbulkan. Manusia rasa tertekan bila apa yang dirancang tidak menjadi. Manusia yang tiada perancangan, lagilah tertekan sebab tadi masa ada masa, taknak buat rancangan sebab konon nak belajar tawakal. Tapi bila shit happen, dia mula kalut dan salahkan Allah sebab tak kasi dia chan.
Jadi, dengan semua pengetahuan ini, diharapkan kita akan lebih berwaspada menghadapi 11 bulan yang akan datang. Semoga kita akan lebih merasai kehadiran akan musuh-musuh kita ini semasa kita melalui perjalanan hidup kita ni nantik. Dan dengan itu, semoga kita akan lebih menyedari akan kasih sayang dan perhatian Allah terhadap manusia yang turun mencurah-curah setiap masa. Sebab semuanya adalah dalam takluk pentadbiran Allah. Tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa keizinan dariNya. Dan jika sesuatu itu telah berlaku, maka kita kena cepat-cepat mengambil pelajaran darinya dan berbuat sesuatu. Demi esok yang lebih dirahmati.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment