"Saya bakar untuk anak bini saya jer. Abang Long ngan Kak Ngah kalau nak, bakar sendiri!" |
Raya datang lagi. Kehangatannya semakin dicari-cari. Dapatlak bila perkataan'malam tujuh likur' atau 'pasang pelita' atau 'kudung main mercun' mula menjadi cliche. Atau bila lagu-lagu Raya mula dikumandangkan di media-media, SMS-SMS dan sekarang: tweet-tweet Raya pun semakin banyak tersebar di kalangan rakyat Malaysia, dalam dan luar negara. Bagaikan kita semua diiingatkan kembali siapa diri kita dan mana asal-usul kita. Sesetan-setan mamat yang bertindik tiga di telinga, atau sepengkid-pengkid minah genit yang ganas tapi kiut, hinggalah ke orang-orang tua tak sedar diri berseluar pendek gi beli barang nak buka puasa, padahal nafas berbau Suryaaa. Semuanya terasa. Semuanya bagaikan telah berPUASA dengan sempurna (atau sekurang-kurangnya mencuba), gembira menyambut kedatangan Eidulfitri, hari manusia kembali bersih, kembali ke fitrah.
"Kalau Israel datang kacau misi bantuan kita ke Palestin lagi, aku tembak dengan Warhead Lemang 2010 ni...Lepas tu diikuti dengan Warhead Rendang Daging Kerbau" |
Walhal orang hindu yang terkeliru itupun sanggup melukakan diri mereka sendiri untuk kembali fitrah. Walhal orang Kristian yang tersesat itupun sanggup menyalibkan diri mereka untuk kembali fitrah. Tapi ummat Islam, yang dah kenal siapa nama tuhan alam ini, yang syarat untuk kembali fitrah itu hanyalah dengan berwudhu dan bersolat dua rakaat taubat, terlalu asyik melayan syahdu angin 10 malam terakhir yang sakinah, hanya berangan-angan nak kembali. Ramai juga yang melayan kerenah nafsu dengan menyibukkan diri menyediakan kostum Hari Raya tahun ini. Pergi solat raya bukan datang nak dengar pesanan Allah melalui Tok Khatib tu. Tok Khatib pun pendek-pendekkan khutbah sebab bau satay dah naik. Kang sejuk, membazirrr pulak. Kan sedara setan, namanya tu? Bisik setan dalam hatinya. Setan memang tak kasi chan...Sebulan kena belenggu. Macam-macam idea kreatif dah simpan.
"Aku memang begituu. Masih seperti bahuuluu" |
Tudung dan matching sapa paling
Namun, semua ada cara dan tanggapan masing-masing terhadap Raya. Berhentilah sejenak dan cuba bayangkan apa yang Si Dia Pikir dan Nampak bila melihat keadaan kita, sekarang. Renunglah sejenak dalam benak. Adakah aku semakin baik? Atau adakah aku dilaknat lagi, tahun ini?
Ayuh! Masih ada masa. Kalau bukan Jumaat ini, maka masih ada peluang untuk kita mendapatkan keampunan Nya. Marilah kita sama-sama mendapatkannya: Pelepasan dari api neraka. Cepat! Kalau tak larat, ajaklah orang lain. Moga-moga dapat jugak percent...
Wallahu 'alamri berseluar pendek gi beli barang nak buka puasa, padahal nafas berbau Suryaaa. Semuanya terasa. Semuanya bagaikan telah berPUASA dengan sempurna (atau sekurang-kurangnya mencuba), gembira menyambut kedatangan Eidulfitri, hari manusia kembali bersih, kembali ke fitrah.
Walhal orang hindu yang terkeliru itupun sanggup melukakan diri mereka sendiri untuk kembali fitrah. Walhal orang Kristian yang tersesat itupun sanggup menyalibkan diri mereka untuk kembali fitrah. Tapi ummat Islam, yang dah kenal siapa nama tuhan alam ini, yang syarat untuk kembali fitrah itu hanyalah dengan berwudhu dan bersolat dua rakaat taubat, terlalu asyik melayan syahdu angin 10 malam terakhir yang sakinah, hanya berangan-angan nak kembali. Ramai juga yang melayan kerenah nafsu dengan menyibukkan diri menyediakan kostum Hari Raya tahun ini. Pergi solat raya bukan datang nak dengar pesanan Allah melalui Tok Khatib tu. Tok Khatib pun pendek-pendekkan khutbah sebab bau satay dah naik. Kang sejuk, membazirrr pulak. Kan sedara setan, namanya tu? Bisik setan dalam hatinya. Setan memang tak kasi chan...Sebulan kena belenggu. Macam-macam idea kreatif dah simpan. Pegi solat Raya sebab nak join pertandingan pakaian beragam. Nak tengok capal sapa paling tajam. Butang baju Melayu sapa paling bling-bling. Tudung dan matching sapa paling Wardina, eh silap, Yuna. Dan sapa paling Arjuna sekali menggayakan rambut ala Becham yang tak basi-basi. Masih kekal berdiri walau selepas bukak songkok.
Namun Raya itu minggu depan. Mungkin kita sampai ke hari itu, mungkin pada hari itu ada kiamat. Atau kita yang kiamat. Namun, kita tetap buat persediaan. Inilah manusia yang penuh dengan pengharapan. Sayangnya pengharapan itu takde satu pun yang betulnya. Mengharapkan orang respek kita. Atau at least tak pandang hina pada kita. Mengharapkan keberkatan dari manusia. Itu satu hal. Yang mengharap kepada Ilahi pulak, benda yang diharapkan pulak tak betul. Harap agar Allah sampaikan kita ke Hari Raya sebab nak tonjolkan imej baru yang lebih ayu atau maju kepada rakan-rakan. Atau sebab nak dapat bersama dengan kapel kita catch-up sebab bekalan air yang naik kepala. Atau nak kembali mengulangi kehidupan mungkar yang telah diparking sementara sempena menghormati bulan yang mulia (at least kitorang pause masa bulan puaserrr, nyahhh). Dan kepada kebanyakan kita golongan hamba, kita cuma bersyukur sebab dapat cuti dan lari sebentar dari dunia karier yang mencengkam dan semakin membosankan.
Namun, semua ada cara dan tanggapan masing-masing terhadap Raya. Berhentilah sejenak dan cuba bayangkan apa yang Si Dia Pikir dan Nampak bila melihat keadaan kita, sekarang. Renunglah sejenak dalam benak. Adakah aku semakin baik? Atau adakah aku dilaknat lagi, tahun ini?
Ayuh! Masih ada masa. Kalau bukan Jumaat ini, maka masih ada peluang untuk kita mendapatkan keampunan Nya. Marilah kita sama-sama mendapatkannya: Pelepasan dari api neraka. Cepat! Kalau tak larat, ajaklah orang lain. Moga-moga dapat jugak percent...
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment