Monday, September 6, 2010

Malam Tadi aku khalwat dengan Laila

Kisah obsesiku dengan Laila bukanlah rahsia lagi. Aku, seperti juga lelaki-lelaki lain, amat menginginkan Laila. Bukan kerana paras rupanya yang dikatakan cantik menawan. Bukan sebab apa nikmatnya setelah mendapatkan dia. Takde sapa yang berani mengaku dia pernah tengok Laila, apatah dapat berkhalwat, atau bermesra dengannya. Takde sapa yang boleh mendabik dada mengatakan Laila itu dia punya. In fact, lagi beria-ia seseorang tu bercerita dia kenal Laila dan Laila kenal dia, lagi beginnerlah seseorang itu dalam percintaannya terhadap Laila. Dikatakan orang yang dah pernah mendapat Laila, hanya tersenyum sipu ke blank-blank an bila nama Laila disebut-sebut setiap kali tiba musim Ramadhan.


Dan dalam perjuangan mendapatkan perhatian Laila itu, setiap orang akan buat macam-macam nak tarik perhatian Si Pemberi. Ada yang ikut buku dengan menjaga rukun asas. Ada yang baru belajar-belajar dengan menambah lagi amalan malam di bulan Ramadhan. Ramai juga yang ikut jalan ke'wali'an dengan hanya berangan-angan sedangkan yang fardhu tak dibuat, yang makruh tu pulak yang istiqomah. Dan dalam mana-mana pihak kanan atau kiri dalam mengejar Laila, aku ni lebih di tengah dan condong ke kiri-kirian sikit. Dahlah pemalas, puasa pun setakat lapar dan dahaga. Solat ikut suka dan terawikhku tahun ni boleh dikira. Satu tangan pun cukup. Layak ke nak dapat Laila?


Dan semakin hampir saat untuk berjuang demi mendapatkan perhatian Laila yang dikatakan akan memilih pada malam-malam tertentu di bulan Ramadhan, semakin menyetan dan alpa hidup aku ni. Semakin sampai malam tujuh likur, semakin sibuk aku mencari pelita, mengelap kipas dan siling serta menidaknidurkan diri dengan membuat perancangan kewangan setiap kali aku memasukkan duit singgit-singgit dalam sampul raya ni.

Aku tersentak. Tak buleh jadi, ni. Aku tak kira. Tak kisahlah dari lubang taik mana aku datang, yang penting sekarang ialah ke mana arahku selepas ini. Dan pada malam ini, pada saat ini, si Pemberi akan membuat pilihan, siapakah antara kami yang layak menerima kedatangan Laila dalam hidup mereka di dunia ini. Dan aku masih kat sini, menulis entry yang tak sapa ntah yang baca.

Aku nak ambik peluang kalini. Mula-mula aku bersih kan diri dengan taubat dan bergelumang dalam api penyesalan. Kasi daging-daging haram ni masak dan halal untuk bertemu dengan Allah. Barulah doa diterima. Lepas tu aku buang diriku dan besarkan Dia. Dia suka dipuji. Dia suka dipuja. Dia suka puji dan puja yang ikhlas, yang datang dari perasaan aku sendiri. Yang aku sendiri paham. Dan kemudian Dia suka jika aku mengaku aku ni pengikut kekasihNya, Nabi Muhammad SAW. Kemudian aku ucap selamat kepada semua orang yang saleh yang mendahului aku (yang dok usha-usha aku dari satu sudut tu haaa).

Kemudian, bila Si Pemberi tanya aku nak apa sempena malam kelailaanku, aku takbley gagal dalam ujian ni. Apa yang aku nak? Nabi Muhammad SAW ajarkan agar kita petik sifat Maha Pengampun Allah dan minta agar Allah ampunkan kita. Aku rasa aku nak mintak yang ni jugaklah...Walaupun ada seribu benda lagi yang aku nak mintak, sebenarnya...


Aiseh, potong stim betul laa. Camana pulak cerita erotik buleh pergi ke arah kesufian pulak ni? Anyway,kepada siapa yang terlepas dengan kebarangkalian yang menarik ini pada malam 25 dan 27 yang lalu, jangan gusar. Masih ada malam 29 dan malam Raya...Rilek..Peluang masih terbuka...CEPAT!

2 comments:

Linda2 said...

aminn....moga-moga dapat le bertemu jodoh dengan laila tahun nih......

Irwan said...

Moga-moga tahun ni pun dapat. Doa-doa!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails