"Aku, memang begitu. Masih seperti bahuuluu" |
Kem untuk dijual 1 (The call)
"Insyallah-insyallah!" teriak handphoneku. "Insyallah-insyallah" teriak handphoneku lagi. Mamat komputer sebelah aku ni dah mula usha-usha handphone aku dan kemudian kepadaku. Aku dok sibuk menaip ayat ni. Lappy aku kat umah, baterinya tak tahan. Terpakserrlah aku meng update blog aku ni dari CC. Kejap ye. Jawab henpon jap.
"Salam" kataku menyambut. Mataku memandang caller ID: Kem rupanya. Apa dia nak call aku time-time camni? Ni mesti kes syahdu, ni. Kem memang lembut hati orangnya.
"Wei scoob. Akulah. Kem" jawab suara Kem di corong henpon.
"Aku on the way nak balik Kelantan, ni. Jalan jem laa. eh? Kau tak balik kampung ke?" Aku tersentak. Aku memang kat payabesarpedas sekarang ni. Masalah membalik kampung bukan satu perkataan dalam kamus hidupku sebagai budak Podeh.
"Kau bukan balik Ganu, ke?" tanyaku mengontrol perbualan.
"Bapak aku dah takde ni, aku ikut mak aku, la, balik Kelantan"
"Ooooo" jawabku mendelaykan masa sementara aku mendigest info terbaru ni untuk digunakan dalam ayat aku seterusnya. Belum sempat lampu CPU kepalahotak aku berenti berkelip;
"Aku nak ajak dinner la ngan kau lepas Raya. Lama lah aku tak dengar cerita. Aku sukalah blog kau! Hehehehe" pancing Kem nak mengcover jemputan ber dinnernya dengan superstar cam aku.
"Bley-bley. Eh, kau bawak keta lelaju, k. Kau ngan sapa tu?" aku mengalihkan topik lagi.
"Aku ngan mak aku. Kitorang ikut jalan Tengganu, kot. Dengar, jalan tu jem dia OK sikit" ulas Kem lagi. Baru aku perasan ada bunyi orang cakapcakap kat background perbualan kami yang dah aku loudspeakerkan. Kem ni memang blank-blank sikit. Tapi jangan sangka blank-blank Kem takde buaya...
"Hensem tak aku pakai camni?" |
Kem untuk dijual2 (The dinner)
"Eh, makan la scoob" pelawa Kem padaku. Dia dah siap pakai apron sebab nak mulakan dinner kitorang kat restoran western ni. Kem nak belanjer dinner. Aku pun apa lagi? "Kat mana kita nak muler?" laaa.
Kami mengadap makanan masig-masing. Dari gaya pemakaian apron di atas, boleh ditafsirkan bahawa Kem pernah datang ke sini. Dia tahu table manners. Tengok dia pegang fork and knife pun dah tahu. Siap Kem buat practice cut dengan knife kat tangan kanan. Dia pura-pura mencucuk angin di pinggannya dan menyuapkan makanan maya ke mulut menggunakan tangan kiri.
"Woi! Makan dengan tangan kanan!" kata aku dengan keras kepada Kem. Kem terkejut dengan keseriesan aku dan terus menukar tangan yang memegang fork. Dia memotong daging mayanya dengan knife di tangan kiri dan menyuapkannya ke mulut dengan fork di tangan kanan. Setelah dia menutup mulutnya dalam aksi kelakar itu tadi, Kem memandang kepadaku sambil tersengih. Aku pun tersengih. Kami ketawa.
"Dah lama tak jumpa kau la scoob. Rindu la. Takde orang nak tegur aku" rungut Kem kepadaku bagaikan anak mengadu rindu kepada abinya yang baru pulang dari kerja. Aku terharu. dahlah belanja aku makan. Mulut manis. Dia ni dah kawin ke belum?
"Kau dah kawin, kan Kem?" tanyaku direct. Kem yang sedang mengalihkan pinggan makanan yang baru tiba, dengan ceria menjawab:
"Eh, belum la scoob. Aku single lagi" katanya. Dia agak segan dengan keadaan single itu. Aku rasa, ada ramai papa-papa dan bapak-bapak yang ingin bertukar tempat dengan status Kem pada saat ini. Aku menyuapkan kepingan kentang goreng sebagai appetizer. Aku tak lapar sangat sebenarnya. Tapi Kem dah order, takkan nak buang. Ayam tak makan western food.
"Apa kau buat sekarang?" tanyaku lagi. Setakat ni, semuanya berjalan dengan lancar. Kami sedang makan, Kem mengikut arahanku, henfon aku tak berbunyi dan aku bebas sekejap dari Atan dan Abu. Kem menyapu bibirnya dengan apron. Dia berenti sekejap nak jawab soalan aku. Tapi dia melengahkannya dengan meminum air dulu. Cam cerita Melayu dalam TV pulak aku tengok Kem ni.
"Aku camni la..." jawabnya sepi. Aku pandang Kem. Aku buat muka cam aku paham perasaan kesepiannya.
Kem ialah guru gitar yang berjaya melembutkan jemari aku |
Malam tu aku bukak profail FB Kem. Dia cakap dia kuat FB dulu. Selama setahun dia jadi taik FB. Dia suka main game dalam FB tu. Anyway, aku bukak kat bahagian foto Kem. Konon-konon nak tengok apa yang Kem buat lately. Dan aku terjumpa gambar ni. Tibatiba:
"Insyallah-insyalah!" bunyi henfonku. Aku tengok caller ID: orang rumah. Aku kena off sekejap.
Yang bestnya kat gambar atas ni, bila aku scroll pointer mouse aku kat atas gambar, dia akan keluar baloon. Hahaha. Gempaklah FB. Patutlah Kem ketagih FB dulu...
Cadangan Hiasan |
"Kau tak main paintball, ke scoob?" tanya Kem. Aku cam nak tersedak bila mendengar pertanyaan Kem. Aku? Main paintball? Nak nahas? Azil baru ajar aku berblogging. Itupun dah buatkan aku ramai musuh. Ni kau nak ajar aku main tembak-tembak pulak. Korang nak buat aku jadi apa, ni? Tersaiko pulak...
"Sumer dah ada scoob. Orang yang nak duduk kat kerusi jer takde" |
Kem untuk dijual4 (kongklusyen)
Berdasarkan dua gambar ni, aku dapat rumuskan Kem ni seorang yang suka pada outdoor activity. Tahan lasak orangnya. Tak boring hidupnya. Cuma bila aku berborak dengannya, aku dapat rasakan aura kesepian dalam suara dan body languagenya. Cuma aku tak dapat nak tolong bab-bab jodoh ni sebab ia melanggar etika kewalian yang melarang aku terlibat dalam hal pergaulan laki dan pompuan. Nanti keahlian aku ditarik balik. Takde lagilah cerita para wali kat blog ni...Boringla asyik-asyik cerita politik dan kutuk RTM3 jer...
Jadi, kepada sesiapa (ditujukan kepada wanita ayu yang macam dalam gambar kedua yang buat tiga jari tu saja) yang berminat untuk main paintball dengan Kem, eh? Silap. Kepada yang berminat untuk membeli Kem, sila tinggalkan komen anda di bawah. Sebarang bapuk tidak akan dilayan.
1 comment:
wei...apaaaraaa!
Post a Comment