Friday, February 11, 2011

SelamatKah Jumaat ku?




Harini nak semayang kat aner?
Nak naik keta saper?
Minggu ni turn siapa?

Ish ...
Lamanya diorang ni.
Kan dah cakap pukul 1230 tunggu kat sini.
Keta kat belakang pun dah haibim-haibim.
Ish...

Aiseh, pekena cendol la dulu dol,
barula lengkap semingguan kiat berpekerjaan.
Lepak kasi kebas lidah dulu.
Kalau sempat, pekena sedas dua dulu.
Aku dah boring arr bensen, sapa ada kent kotak biru?

Aiseh, bebudak lepas SPM pulak ramai kat saf depan.
Macamacam punya jenis serban, kupiah, songkok inci kelapan.
Cari port ada kipas, good ventilation dan jenjiran yang bagus,
Kalau dah plan nak tido pun, pepandailah cover bila terkelebuss

Layan the first 3 minutes of the khutbah jer
Yang part ittakullah dan selawat selawi jer
Apa dia cerita lepas tu dah tak kira
Semua masjid nak kena jaga hati funder juger.
Sambung tafakur dan fokus pada ittakullah je lahh...

tibalah part yang ditunggu-tunggu dalam seminggu.
Part saat berdoa antara dua khutbah.
Part terbukanya pintu rahmah
dan kemakbulan dek kepemurahan dan kemuliaan kejumaatan
Awakpun beria-ia lah berdoa
Macam nak luruh dah langit,
Macam dah nak runtuh dah  bumi,
Telinga berdesing, mata mengenyit,
dahi, dahi toksah citer....
Kalau boleh nak hantuk-hantukkan kat lantai time tu juger..

Kemudian masa kedua. Sambung tido. Tunggu orang angkat tangan nak berdoa. Doa sekali. Masa part doa raja tu, buat tangan cam doa tolak bala. hehehe. Jangannn. Tak baikk.

Bila semua dah cemas nak berdiri, cover-cover sikit mengeliat tu.
Dan gerakkan jari
Kasi buang kebas tu
Kok tak kang goyang....

Dan imam pun bertakbir...

.
.
.


"Kemudian bertebaranlah kamu mencari rahmat Allah..."

.
.
.


Semua bawak keta lelaju nak balik ofis.
Takde takwa-takwa der.
 Aku mainroad, kau yang tak bagi signal tadi!

Mana aderrr?

Yer!
Ni aku ada rakam dengan henfon, ni...


No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails