Baitulmal tak cover tunggakan pinjaman kenderaan |
"Assalamualaikum, brader. Sedih jer? Boleh join nyangkung?" salam Atan kepada seorang lelaki yang duduk menyangkung termenung di tepi jalan. Orang itu memandang Atan. Atan tersenyum. Orang itu cuba untuk tersenyum.
"Wa'alaikumusalam. Sedih-sedih gak, tapi hidup kena teruskan juga" jawabnya. Atan pun join orang tu duduk menyangkung. Mereka berdua tersenyap sekejap memerhatikan sebuah bas sekolah yang lalu di depan mereka.
"Buat apa kat sini?" tanya orang itu.
"Saya sedang tunggu orang. Dari tadi saya tak nampak pun dia, atau kengkawan saya" jawab Atan.
"Janji nak jumpa kat mana?" tanya orang itu macam berminat.
"Kat sini lah. Depan sekolah Tamil" jawab Atan.
"Abang buat apa kat sini?" Atan bertanya pula.
"Tengah menyangkung. Baru sebentar tadi kereta abang kena tarik" jawab orang itu rilek.
"Series ke ni?" tanya Atan. Mungkinkah ini orangnya?
"Ye" kata orang itu. Dia merenung jauh ke seberang bukit yang menuju ke arah Jabatan Pendidikan.
"Abang rilekkk jer?" tanya Atan yang masih tak percaya.
"Abis, takkan nak menggelabah pulak?" seloroh orang itu. Hebat orang ini. Kereta baru kena tarik pun dia boleh melawak lagi. Atan pulak yang saiko dibuatnya.
"Abang dok mana?" tanya Atan.
"Pinggiran Senawang" jawab orang itu.
"Abang ada dua orang anak lelaki dan isteri abang seorang suri rumah, kan?" tanya Atan. Orang itu berpaling dan memandang Atan dengan muka series-series pelik. Dari jauh kelihatan Abu dan abang karkun mendekati mereka setelah mereka keluar dari bangunan Wisma Persekutuan.
"Camana kau tau?" tanya orang itu.
"Saya rasa, abanglah orang yang saya tunggu itu" kata Atan. Abang karkun dan Abu sudah menghampiri. Setelah bertukar-tukar salam, abang karkun bersuara:
"Nampaknya kau dah jumpa dengan orang itu. Korang hantar dia dulu, aku nak ke MAINS sekejap. Malam kang jumpa kat tempat biasa" kata abang karkun sambil memandang Atan. Orang itu masih terpinga-pinga.
"Jom, bang" ajak Abu. Orang itu macam blank-blank.
"Pergi mana?" tanya orang tu.
keta camni pun nak tarik ke? (gambar hiasan) |
"Hantar abang balik rumahlah" jawab Atan pula.
"Kan keta abang baru kena tarik? Camana abang nak balik?" tanya Abu. Abang karkun dah jauh meninggalkan mereka. Abang karkun kalau jalan sensorang, memang laju cam lipas kudung. Berkelip jer mata, zup dia dah seratus meter.
Orang itu masih terpinga-pinga. Atan jalan dulu untuk mendapatkan kenderaannya yang diletakkan berhampiran. Abu berjalan dengan orang itu.
"Korang memang datang nak jemput aku, ke?" tanya orang tu.
"A'ah" jawab Abu.
"Camana korang..." orang tu tak sempat nak habiskan ayatnya.
"Tau? Haha. Kami pun sekadar menurut perintah. Tapi ini tak penting. Yang penting sekarang ialah sekarang dah masuk waktu makan tengahari. Kita singgah Restoran Negeri, dulu, OK tak bang? Saya belanja" kata Abu panjang lebar, cuba melonggarkan keketatan yang sedang bermisteri dikepala orang itu. Orang itu tertunduk.
"Takpelah dik. Abang patutnya kena beli makanan untuk orang rumah abang. Lepas tu, abang kena tebus balik keta abang tu. Kalau tak kang, susah abang nak pergi kerja besok" kata orang tu.
"Takper. Kami tau. Abang ikut jer kami" kata Abu lagi. Atan dah u turn dan menghampiri mereka. Orang itu dipersilakan masuk dan mereka semua menuju ke Restoran Negeri.
Orang tu hanya terdiam sepanjang perjalanan
2 comments:
speechless.. yg penting, entry ni menimbulkan kesedaran kt kita.. membuka mata kita.. x smua org susah mcm kita. ade yg lg susah.
:
:
:
bersyukur kepadaNya. ALhamdulillah.
Post a Comment