Monday, January 24, 2011

Interview dengan Wali (kena dengan brader)



"Islam bertapak di tanah ini kerana hikmah para pendakwahnya, bukan kekuatan hujah-hujah ilmuwannya"
kata brader bus stand cuba menenangkan perasaanku. Dia boleh rasa aura kegelisahan dalam hatiku agaknya. Masakan tidak, sebentar tadi abang karkun sound aku pasal blog ni.

"Kengkadang, benda yang tak lojik pada akal kita, memberikan hasil yang lebih daripada segala kelojikan yang kita rancangkan"
katanya lagi. Aku memandang kepadanya. Tah camana, aku tak suka dengan ke mana arahnya ayat-ayat brader kali ni. Dahlah kena ngan abang karkun tadi, ni nak kena dengan dia pulak.

"Jangan pandang remeh dengan usaha yang dilakukan oleh para karkun. Kau nampak diorang sekadar menyampaikan dalam lingkungan kawasan yang berdekatan dengan kawasan masjid ajer. Tapi efeknya lebih dari itu. Sebab hidayah milik Allah"
brader menjelaskan.

"Niat kau baik nak tarik orang yang dah ditarik oleh kemenarikan dunia cyber. Aku tak sangkal part tu. Tapi bila ia telah diputuskan oleh elders, maka kita kena taat. Mereka bukan sekadar membuat keputusan berdasarkan musyawarah. Diorang siap backup dengan zikir dan istikharah yang istiqomah"
kata brader lagi. Aku terasa aku semakin tertusuk jauh ke dalam lubuk sesalanku.


"Jadi, saya kena tinggalkan blog-blog ni sumer?"
tanyaku dalam nada hampa dan kecewa.

Brader bus stand tidak menjawab. Dia cuma menepukkan tangannya di bahuku. Aku tertunduk. Tapi hati kecilka tetap tak mahu akur.

Besok aku nak jumpa guru.

5 comments:

Dark Half said...

degil jugak kau eyh?hehe..
kalau blog ni tutup, jgn la tutup blog2 yg lain jugak. tetiba jump into conclusion

Irwan said...

tutup tak tutup...cuma mungkin tak menyentuh soal kekarkunan la kot

dan aku kena keluar lagi dan lagi

Pena Marhaen said...

cuma blog ni je yang ada kelainan aku rasa dari segi dakwah yg penuh hikmah..santai dan mudah di fahami serta tak memberatkan sangat fikiran orang bebal yang baru nak mengenal agama macam aku..kalau boleh teruskan..teruskanlah!!

Dark Half said...

sokong pengetua marhaen!
blog agama lain serius sgt la. baru nak baca, dah menguap. sori la kalau statement ni agak nakal. aku nak payarbesarpedas gak

Irwan said...

mer kaseh.

tapi bukan kita yang decidee.

kita tunggu apa keputusan dari Tongi

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails