Ada satu masa kami (Atan, Abu dan aku) diberikan tugas khususi. Pada aku, tugas khususi ni adalah macam misi rahsia. Dan dalam kerja dakwah ni, orang yang buat khususi ni maknanya dia ni dah macam specialist la. Pergh. Masalahnya, sapa antara Atan Abu dan aku ni yang specialistnya? Takkan aku?
Nampak? Betapa hitamnya hati aku? Kengkadang aku nak tanya soalan yang sama pada Atan atau Abu. Tapi aku taknak mengambil risiko menjerumuskan mereka ke dalam lembah yang sama seperti aku. Maka aku diamkan saja kejahilanku.
Anyway, misi kami pada kali itu adalah untuk menyampaikan seru kepada sorang karkun sejuk ni. Menurut karkuzari (laporan) dari jemaah tempatan, mamat ni memang dah beli rumah kat taman ni dan dia memang josh masa dia kat kampung dulu. Cuma sejak dia dapat anak pertama dia dulu, batang hidung malah kelibatnya juga dah seolah-olah ghaib dari radar jemaah taman tempat di menetap tu. Kami pun nak juga ilmu ghaib sebegini sebab ada banyak utang keliling pinggang. Maka team abang karkun dipanggil untuk 'see what we can do' untuk hal tersebut.
Tapi sebab abang karkun dan brader bus stand buat misi mereka sendiri kat ijima Tongi (sampai sekarang tak balik-balik, ni?),maka misi urgent tersebut diserahkan kepada kami masa kami dapat sms dari abang karkun tadi. Atan punyalah excited sampai dia tido awal tadi sebab nak cepat bangun esok nak start the mission. Abu ngan aku dok leka berborak sampai lewat pagi tentang apap plan nak buat esok dalam menangkap mamat ni.
Dalam usaha dakwah, setiap benda kena jaga adab. Dari seawal-awal pembentangan masalah, sehinggalah sekecik-kecik problem solving moments masa menghadapi masalah tersebut. Sebab nak jaga ikhlas. Agar tak lari fikir risau. Atau usaha ini terfitnah dek kegopohan kita.
Kami bermula dengan menerjah tempat kerja mamat tu. Terpaksa macam ni sebab kami nak kejar masa. Tempat kerja ialah satu tempat yang target tak dapat lari. Tapi kita kena jaga air muka target sebab ni first time dan ini tempat dia cari makan. Maka memang lojik orang-orang set macam Atan Abu dan aku ni yang mulakan langkah. Kalau tetiba orang berserban dan mata lebam jumpa mamat tu tak ke haru tauke cinanya?
Tah camana, dua tiga kali kami pergi ke pejabatnya, mamat ni mesti samada keluar, meeting customer return atau mampos (bak kata Abu). Asyik takde jodoh, nya. Bila dah sampai tiga kali approach pejabat tak berjaya, kami guna taktik lain.
Berdasarkan alamatnya, kami mula dengan memberi salam sambil Atan mengetuk pintu rumahnya. Anak-anaknya memanggil beliau tapi dengan spontan dijawab oleh isteri bahawa beliau di dalam bilik mandi. Terpaksalah iklan saja.
Ada sekali kami terserempak dengan beliau masa nak solat Maghrib pada hari kedua di tempat itu, tapi beliau cukup licik dalam memboloskan dirinya selepas bagi salam. Assalamualaikum kanan. Assalamualaikum kiri...Zuup! Hilang.
Dua tiga kali kami terserempak kat warung tempat dia minum petang dengan member lepas dia main futsal, tapi baru nak mula tasykil jer, mesti masa mencemburui atau henfon berbunyi atau UFO terhempas ke bumi. Mesti ada jer perkara yang menghalang dari sampainya mesej kepada beliau. Tapi yang baiknya, mamat tu dah macam dah biasa pulak dengan kelibat kami yang tibatiba kerap hadir dalam hidupnya lately.
Sampaikan terpancut jugaklah, dari mulut Atan sekali tu kata mungkin mamat tu dah ditakdirkan begitu agaknya...
Masa due date mesyuarat dah nak sampai, kami semakin terdesak. Kami bertiga dah mati akal taktau camana nak buat. Kejap lagi conference dengan abang karkun pasal progres. Tak pernah kami dapat item dan tak selesai macamni. Abu dah start gaduhgaduh dengan Atan sebab tertekan dengan tekanan.
bersambung petang nantik....
1 comment:
susah jugak ye? mamat tu memang tak nak jumpe ke memang dia btol2 tak perasan kehadiran korang?
Post a Comment