Friday, January 21, 2011

Keeping (spir)IT(ually) clean



Bagi yang mengetahui, cukuplah kita ingatkan di sini sekali lagi bahawa dalam realiti ini ada Pentadbirnya dan nama si Dia ialah Allah. Dan sistem pentadbiran yang diredhai-Nya untuk umat akhir zaman ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Syarat pertama nak memeluk Islam ialah melisankan kalimah syahadah 'Laaaeelaahaa illal lah'. Kita tak masuk Islam. Itu dah larut namanya. Kita baru peluk jer.

Arakian, maka tiadalah cara yang paling amali dalam hal mendalami ilmu tentang Allah selain cara yang telah ditunjukkan oleh Allah sendiri melalui perantaran Nabi Muhammad SAW.

Masalah dalam hal ini, segala apa yang kita ketahui mengenai Baginda SAW hanyalah sekadar rujukan kepada kitab serta orang-orang tertentu yang dikatakan ramai sebagai OK untuk dirujuk.

Dalam hal dunia akhir zaman pula, nak mencari kitab atau bahan bacaan tu memang senang. Kat hujung jari jer. Nak cari orang yang mampu menerangkan pemerhatian itu pun senang. Dari sekecik-kecik budak, sampailah ke otai-otai Tok Sheikh. Anak kucing pun boleh beri explaination kepada apa yang sedang berlaku kepada kita ini.

Ramai pula yang beramal dengan konsep 'mengenal diri maka kenal tuhan' dalam hal hubungan dengan Allah. Melakukan muhasabah diri dalam usaha memahami siapakah pencipta alam ini serta cuba mendapatkan sekilas kefahaman tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya sehari-hari. Ada pula yang memandang seraya belajar dari alam sekeliling. Lebih ramai lagi yang sekadar mengkaji teori teologi dari kitab dan kajian2 sunnah dan sirah. Yang bukan Islam pulak lagi dahsyat. Sampai tahap siksa-siksa diri cucuk badan dan jalan atas api, dalam usaha cuba mendapatkan sedikit kefahaman tentang realiti.

Ustaz saya masa darjah 4 dan 5 pernah mengajarkan bahawa untuk jadi orang Islam, kita kena berkelakuan macam orang Islam dan berpikir macam orang Islam.

Menurutnya, untuk berkelakuan macam orang Islam, orang itu kena buat Rukun Islam. Aku baru tahu bahawa kita boleh dapatkan fadhilat setiap perbuatan dalam rukun tersebut setiap hari. Bukan setakat haji sekali seumur hidup atau bersyahadah 10 kali sehari jer.

Bila badan disibukkan dengan menjaga hal rukun ini, maka barulah sedikit kefahaman tentang rukun iman akan dibukakan. Barulah orang itu akan berpikiran macam orang Islam.

Ramai yang berkelakuan macam orang Islam, tapi pemikirannya tak Islam. Aku mungkin tergolong dalam ni.
Ramai yang berpemikiran Islam tapi perangainya tak macam orang Islam. Aku memang dalam golongan ni.

Sejak terkeluarnya blog ini, aku baru jumpa cara shortcut nak terapkan kedua-duanya sekali iaitu melalui jalan karkunisasi.

Macam-macam cara dan ikutan. Kita sebagai manusia memang suka melekakan diri dengan perjalanan sedangkan kita pun tak berapa nak pasti, apakah rancangan kita setelah sampai di destinasi nanti. Selagi hidup, selagi itu lah iman dalam keadaan bahaya.

Manusia dilahirkan dengan segala macam kelebihan dan kekurangan dari segi mental dan fizikal. Itu bukan bermakna Allah itu tidak adil. Sebab Allah tidak adili kita dalam semua benda tu. 

Semua manusia dijadikan sesuai dengan tahap pemahamannya tentang Allah. Dan dari situ, semuanya diberikan kemampuan yang sama untuk mendapatkan pemahaman tersebut dalam hal memperkasakan ketaatan dan hubungan dengan Allah.

Kerana yang susah pada aku ialah nak redha dengan sebuah kenyataan itu setelah ia diserlahkan.

Yang susah ialah untuk mengaku bahawa semua bullshit yang berlaku ke atas diri dan dunia aku pada hari ini ialah disebabkan oleh tindakan AKU sendiri.


Dan yang paling susah ialah nak mengekalkan kebersihan itu, setelah susah payah aku mendapatkannya tadi.



Selamat Hari Jumaat dan semoga taubat kita kali ini tahan lebih lama...

3 comments:

Pena Marhaen said...

semoga taubat kita diterima Allah..

Irwan said...

Amin...

Dan semoga Allah melindungi kita setelah kita bertaubat...

Anonymous said...

Sederhana dan manis. Aku sedang berpikir untuk memulai blog lain atau lima segera, dan saya pasti akan mempertimbangkan tema ini. Keep em 'datang!.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails