Friday, October 1, 2010

Kisah Para Wali (Bisyr dan membelanjakan harta ke jalan yang tak baik)

Seorang lelaki meminta nasihat kepada Bisyr: "Aku mempunyai 2 ribu dirham yang kudapati secara halal. Aku ingin menunaikan haji"


"Apakah engkau hendak pergi bersuka-suka?" tanya Bisyr.
"Jika engkau benar-benar berniat untuk menunaikan perintah Allah, maka jelaskan hutang seseorang, atau berikan wang itu kepada anak yatim atau seseorang yang memerlukan pertolongan. Kesenangan yang diberikan kepada seorang muslim lebih disukai oleh Allah daripada seribu kali menunaikan ibadat haji"

"Namun aku lebih suka menggunakan wang ini untuk ibadah haji" lelaki itu menjawab.

"Ya, kerana kau telah memperolehnya dengan cara yang tidak halal" jawab Bisyr.

"Maka engkau tidak akan merasa tenang sebelum engkau menghabiskannya dengan cara-cara yang tidak baik"

Kisah Para Wali (Bisyr dan erti tawakal)


Beberapa orang mengungjungi Bisyr dan berkata:
"Kami datang dari Syria hendak pergi menunaikan haji. Mahukah engkau menyertai kami?"

"Dengan 3 syarat" jawab Bisyr.
"Yang pertama, kita tidak akan membawa bekalan. Kedua kita tidak akan menerima belas kasihan orang di dalam perjalanan. Dan ketiga, jika ada orang memberikan sesuatu, kita tidak boleh menerimanya"

"Pergi tanpa bekalan dan tidak meminta kepada orang lain dalam perjalanan dapat kami terima", jawab mereka.

"Tetapi apabila orang memberikan sesuatu, kenapa kita tidak boleh menerimanya?"

"Sebenarnya kamu tidak bertawakal kepada Allah tetapi berharap kepada bekalan yang kamu bawa" cela Bisyr kepada mereka.

Thursday, September 30, 2010

Selamat Hari Jumaat!

Budak kecil yang berhati bersih pun takut
 Azan Maghrib berkumandang di senja Khamis
Maka masuklah sudah Jumaat pada minggu ini
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Baru
Semoga minggu ini lebih baik dari minggu lepas
Semoga minggu akan datang lebih baik dari minggu ini
Apatah lagi si munafik bisu

Apa yang aku boleh buat hanyalah berdoa. Mengharapkan dalam celah-celah doa para orang ytang teraniaya, orang yang dizalimi, orang miskin, orang susah, makhluk, doa aku mendapat bahagiannya untuk dimakbulkan. Kerana di saat ini, aku benar-benar berharap. Aku tak tau lagi nak mintak kat sapa. Kerana keadaanku sekaang memang tak masuk akal.

Si hati batu juga akhirnya mengalah
Demi anak
Demi harapan
Demi peluang yang kedua


Ya Allah! 
Aku mengaku kalah!
Kau Maha Pengampun,
maka
Ampunkanlah aku

MALAYSIA=MELAYU=ISLAM=aku=WALI?

Dari payabesarpedas untuk MELAYU (masuk-melayu tak kira!)


Salam kengkawan blogger semua. Sebagai menjawab hampir 50 email kengkawan yang bertanyakan soalan yang sama, biarlah aku menghadiahkan sebuah entry di blog yang mahal ini kepada kalian. Aku harap, ini akan menjernihkan keadaan dan menyedarkan kita kembali kepada esok yang semakin mencabar (jika tak Kiamat lagi), daripada sibuk main tuding-tuding sebab semalam yang emosi. Semua orang buat silap, semua orang kena mintak mahap. Yang penting kita semua lempang diri masing-masing dan bersatu untuk menghadapi esok yang akan tiba, tinggal beberapa JAM saja lagi ni...
Taat Kepada Raja

Aku MELAYU. Aku dan kau tak dapat kontrol ni. Dan sebagai BANGSA MELAYU KAT MALAYSIA, normal la aku ada rasa kebangsaan dan kenegaraan sikit. Ni memang tempat aku. Yang tak normal dan perlu dirisaukan ialah golongan yang tak rasa ini negara dia atau yang tak sedar diri dia kat mana. Dan semua orang tau MELAYU kat MALAYSIA ni maknanya ISLAM. Aku malas nak cerita lagi camana pulak Melayu kena ikut Raja atau Sultan atau Agong. Dan Agong pulak dinasihat oleh Bendahara, yakni PM. Part ni, aku berenti sampai sini jer dulu. Kita ikut arah lain...



Sebagai seorang Islam pulak, kat Malaysia ni, orang Islamnya advanced. Ilmunya tinggi-tinggi belaka. Tahap wali-wali semuanya. Acapkali aku berada dalam keadaan merasakan akulah yang paling jahat dan batu dalam dunia ni. Semua orang Melayu kat Malaysia ni lebih baik dariku. Sebab aku pengikut Islam hukum warak. Well, aku ikut mana yang mampu (dan sedaya upayanya aku cuba memampukan diri, laa..sambil menghembus asap rokokku). Aku dibesarkan di payabesarpedasrembaun9, maka memang normallah aku jadi macam kewali-walian sikit. Yang tak normal sekarang ialah kebangkitan golongan yang menganggap bawak motor berpakaian seksi tak berhelmet petangpetang itu ialah moden. Yang berpandangan bergajet aifon dan berambut hai lait itulah maju. Yang kata tak solat dan kapelhud itu standard arrrrr.

Aku masih baru dalam dunia korang (baru nak mula, media dah sibuk dengan bloggers-sigh). Dan aku berterima kasih kerana sudi menjadi follower dan frequent visitor. Dan kepada fanatik, janganlah menganggap aku ni takde keja lain. payabesarpedas.blogspot.com ialah diari aku, so jangan perasan. Alas, akukan: MELAYU MALAYSIA, maaaaa.


salam

Anak Aku sakit (Kalau tuhan sayang, kenapa dia pukul kita?)

Anak aku demam. Ia bermula dengan batuk. Aku suspek batuk tu dijangkitinya dari anak along. Anak along batuk-batuk haritu masa main dengan anak aku. Patutlah aliyaku agak fasi tang membenarkan anak kami bermain dengan budak-budak yang batuk atau selsema. Kang yang tak dapat tidonya ialah aku. Macam sekarang. Naik risau pulak aku melihat anakku yang tak lena tidor, merengek-rengek terganggu dek batuknya. Ala cian dia ekkkkk. Sabar yerr. Dah nak elok dahhh.
Sambil menepuk-nepuk belakang anakku yang kecil dan tak berdaya ini, kesian pulak aku melihatnya. Yelah. Batuknya batuk kering. Bukan batuk berkahak macam batuk orang tua. Sebab dia takde hingus atau selsema. Batuk camni susah nak budget. Kalau batuk berhingus, kita boleh letakkan Vicks atau apa-apa yang bermentol kat dada atau belakangnya. Pastu position kan dia kat tengah bantal bagi dadanya terbuka. Barulah dia boleh tido dengan selesa. Tapi ni batuk gatal. Batuknya disebabkan oleh radang kat tisu sekitar kerongkong membawa ke peparu. Batuk camni, kau sapu apa pun, kau position camana pun, kalau dia gatal, dia akan batuk. Tapi anak kecilku ini tak tau semua ni. Yang dia tau ialah membatukkan dirinya shingga gatal di tekaknya hilang. Naik seram lak aku melihat urat di leher kecilnya tiap kali dia membatukkan dirinya. Dan kemudian dia akan merengek-rengek, berkalih sekeliling tilam, cuba mencari spot yang selesa yang dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Apa yang boleh aku tolong cumalah menggosok-gosok belakangnya dengan harapan dia merasa lega.

Dalam kerisauan ini, aku terpikirkan keadaanku sendiri. AKU yang sedang SAKIT sebenarnya, bertegang urat ketika cuba menggaru-garukan gatal di jasadku dek kehidupan duniawi. Instead of mencari CARA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH, aku tetap terus berada dalam semalam yang menjanjikan garuan pantas untuk memuaskan gatal di tekak. Dah taupun jika aku terus melayan kegatalan dengan cara ini takkan mengubah apa-apa, namun Aku TERUS BERADA DALAM CARA YANG SAMA. Dan tatkala kusedar keadaanku yang masih tak berubah, dan tekakku menjadi semakin perit namun gatal masih tak hilang, aku mula merengek. Aku merengek meminta tolong. Dan sebelum sempat rengekanku didengari, aku melarikan diri mencari spot yang lain yang lebih sejuk dan selesa di atas tilam kehidupanku. Dan mengulangi semua ini sekali lagi. Sehinggalah pagi. Dan aku akan memulakan hari baruku dengan keadaan yang sugul dan tak berhasil kerana tak cukup tidor, batuk dan sakit tekak. Dan akhirnya aku demam.

Anakku dah diam. Tetidur dalam keletihan agaknya. Barulah tenang hatiku. Jika sebegini risaunya seorang ayah kepada anaknya, aku terpikir betapa kasihnya seorang ibu kepada ANAK-ANAK nya. Dan jika sebegitulah SAYANGnya seorang ibu, aku terpikir bagaimanakah KASIHANnya ALLAH terhadap ummat akhir zaman...


Alhamdulillah, pagi tu Allah sembuhkan anakku dari batuk dan demam. Ketika entry ni di post, beliau sudah kembali lasak macam biasa. Terbalik rumah aku. Umminya dan aku pulak yang nak demam rasanya.




TU SEBAB KENGKADANG
ALLAH LEBIH SUKA KITA,
MASA KITA demam.
Subhaanallah.

Wednesday, September 29, 2010

Isu sosilawati: dari sudut mahsyar (untungnya mereka berempat)

Aku seorang rebellious, dan seorang rebel takkan join team mainstream. Aku tak berapa suka sangat nak cerita pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 4 orang lelaki. Tapi sebab mainstream itu ialah jumlah visitor, aku nak cerita kat korang pandangan seorang payabesarpedas terhadap isu ini. Sebelum apa-apa, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada diri kita sendiri dan mereka semua. Al Faaatihah...[bssswwsssss shoh-sheh sssssss aaaameeen]. Ok. Kita mula.

Maha Hebat Allah Yang Bijaksana, Yang Mengaturkan segala-gala yang berlaku dalam realiti ini. Maha Suci Allah dari apa yang aku paham tentangNya. Aku berlindung dengan Ar Rahim atas kesalahan aku sendiri.
Gambar ini ditaja oleh pembunuh mereka berempat

Beruntungnya mereka berempat. Kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga Allahyarham yang lain. Kita berbaik sangka. Beruntungnya Datuk Sosilawati, yang tak bertudung dan ranggi semasa hidupnya, telah ada yang nak menanggungkan beban tu, untuknya. Mati dibunuh di bulan Ramadhan. Insya Allah, mereka juga mati dalam Islam. Kerana amat BESAR KEMUNGKINANnya mereka telah pergi dengan syahadah. Dapat pulak kematian mereka di doakan oleh sekelian orang Malaysia. Bahkan dilaporkan, orang-orang soleh pun ada yang telah datang menziarah. Kita kata mereka beruntung kerana, orang yang mati dibunuh, boleh claim sebuah redemption ketika di mahsyar nantik. Teruklah sapa mastermind, proxy, machai, dan orang yang tahu tapi tak buat apa yang sepatutnya, ketika main dakwa-dakwi kat alam akhirat nantik. Mereka berempat telah ada jalan ceritanya. Aku terpikirkan jalan cerita aku...

Kita kata beruntung jugak sebab asbab kematian mereka, sekelumit dari ekor kejahatan yang ada di Malaysia telah terbongkar. Kita dapat petunjuk kepada, rupa-rupanya, banyak lagi kes kezaliman yang dilakukan oleh seorang yang bergelar PEGUAM. Lebih menakutkan sebab si peguam tu, melakukan semua ini, bukan kerana dia didesak atau diacukan pisau dilehernya. Kita tak perlu menunggu keputusan laporan dari Polis dan AG untuk menyedari bahawa PEGUAM itu tadi telah menyalahgunakan ILMU dan KEPERCAYAAN yang diamanahkan kepadanya, demi menurutkan gaya hidup modennya; bergelumang dalam duit.

Ketahuilah; apa yang berlaku adalah peringatan akan sebuah keadaan semasa di Malaysia. Keadaan sebuah kapal. Keadaan sebuah dunia yang sedang menuju KIAMAT. Kejahatan itu bukan saja telah dibiarkan sewenang-wenangnya, bahkan telah dipupuk ke dalam masyarakat sebagai satu bentuk komersial; menganggap manusia sekadar nombor pengimbang dalam buku kira-kira mereka. Kita kena kembali kepada kesedaran yang menilai amanah, jujur dan bijaksana sebagai sesuatu yang berharga. Bukan pada berapa duit yang ada dalam akaun kita, atau kita bawak keta apa.

Kita kena kembali menilai diri kita dalam persediaan menuju alam seterusnya, kerana MASA sudah TIADA. Harini hari Rabu. Lusa Hari Jumaat. Kiamat boleh berlaku dalam sehari. KITA boleh kiamat dalam sekelip mata. Soalnya, kalau kita mati, lah sekarang ni, KAT MANA kita nantik ketika di mahsyar nantik?
Tapi cerita bukan stretfowed macam tu, brader. Kita kena lalui kubur dulu kalau Jumaat ni tadi bukan KIAMAT. Kena main kejar-kejar dengan Mungkar Nakir di barzakh...

Beruntungnya mereka berempat kerana semua yang di atas tadi telah terbentang untuk mereka. Telah ada yang nak menanggungnya. Tak kisahlah jika peguam tu terlepas dari hukuman mati empat kali, atau terbongkarnya satu konspirasi kapitalis di dalam menguruskan kepercayaan sebuah kumpulan. Itu hanya Allah yang Maha Tahu.

Yang pastinya mereka berempat memang beruntung.
Bersyukurlah.

Interview dengan Wali (Debu, pasir dan rumput kering)


"Brader, apsal brader pakai keta cabuk, camni?" Soalanku dibalas dengan lirikan dari brader bus stand. Dia tengah drive. kami sedang menuju ke Bangi untuk mengambil abang karkun. Kitorang nak pegi beraya dan beraya dengan keta brader ni agak suspen. UFO ada, ilmu lipat bumi pun ada. Tapi nak jugak naik keta yang tah berapa kali dah berenti mengejut di tengah jalan.

"Keta cabuk ni banyak jasanya padaku" jawab brader. Beliau mendropkan gear sebab nak keluar dari simpang. Berkriuk bunyi spring tayar bila kereta brader membelok.

"Kalau banyak jasanya, apsal dibiarkan tak lawa, camni?" tanyaku. Aku memandang-mandang bahagian dalam kereta yang lusuh dan macam tak berjaga tu seolah-olah tukang audit. Brader mencuri pandang padaku. Tibatiba jer aku rasa bersalah dengan soalanku tadi. Cabulnya mulut aku. Aku tau brader tak kisah dengan kecabulan mulutku. Aku juga tau para wali takkan naik darah bila yang dipersoalkan ialah diri mereka. Para wali biasanya akan naik darah kalau kita persoalkan tuhan atau agama Islam saja. Cuma aku jer yang rasa tak best dengan diri aku sendiri bila berbicara macam bagus.


"Kau tengok pasir dan debu dalam kereta ni" mula brader. Aku memfokuskan pandanganku ke lantai kereta. Memang penuh dengan rumput kering, debu dan pasir.
"Tu bukan sebarang debu, tu Wan" sambung brader lagi.
"Setiap kali aku nak ikut abang karkun kau keluar tabligh, barulah aku basuh kereta ni" sambungnya lagi. Dari tadi aku menafikan keinginanku untuk merokok sebab menghormati brader. Tapi kelopak mataku tibatiba terasa amatlah berat saat brader nak mula bercerita ni. Ni mesti setan punya kerja ni. Aku menampar-nampar pipiku dengan niat menampar setan itu.

"Bang, saya isap rokok, boleh?" tanyaku pada brader walhal aku tau dia boleh baca pikiranku. Brader tersenyum. Aku anggap tu lampu hijau la tu. Aku pun mula menyeluk sakuku mencari lighter. Dari dalam, ku dengar setanku ketawa.

"Aku tak kata boleh, pun?" usik brader. Dia ketawa. Aku pun turut ketawa demi menyegarkan diriku sendiri. Nampaknya tak berkesan sebab masa tengah gelak-gelak tu, aku menguap-nguap tahap kuar air mata punya. Perghh! Ngantuknya! Aku tetap nak teruskan niatku nak nyalakan rokok. Selepas sedutan pertama, aku menyambung kembali...

"Apsal masa nak keluar baru nak basuh?" tanyaku. Asap rokok keluar dari hidung dan mulutku semasa aku bertanya. Terasa macam otai Pekida pulak. Cam raksasa dalam citer Ultraman pun ye gak.

"Sebab aku nak kumpul segala pasir dan debu yang tertinggal di lantai kereta ni. Setakat ni, aku baru ada seguni" jawab brader.
"Apsal plak abang nak buat camtu?" tanyaku bangang.

"Aku gunakan semua tu sebagai motivasi diriku ketika bermunajat kepada Allah" kata brader. Aku termenung. Lama jugaklah aku merenung brader dengan pandangan yang dalam dan kemengantuk-mengantukkan. Sehinggalah aku tersedar kembali setelah brader sound aku:

"Tapi habuk rokok kau tu tak termasuk, jadi sila petik puntung tu kat luar" kata brader sambil tersenyum. Aku cepat-cepat mencampakkan puntung rokok yang baru dua tiga kali aku sedut.

"Boleh brader kembangkan topik tak? Saya blank laa" tanyaku tak paham.

"Aku ni obses dengan soal merapatkan diri kepada Allah. Dan untuk rapat dengan Allah, aku kena tingkatkan tahap kerohanianku. Dan dah banyak kali aku dengar dari orang-orang terdahulu yang berpesan bahawa tingkatan paling tinggi di kalangan orang yang memilih jalan ini (kewalian) ialah hanya di tahap tapak kaki para Nabi" kata brader. Aku mendengar dengan penuh minat.

"Aku pun mula mengkaji kenapa tahap para Nabi itu lebih tinggi. Dan satu persamaan yang aku nampak ialah mereka semua adalah PENYERU" sambung brader. Penyeru? Tanyaku dalam hati.

"Penyeru" benar brader.
"Penyeru manusia kepada Allah" sambung brader lagi. Aku mula nampak apa yang brader cuba sampaikan.

"Dan dikatakan pada hari akhirat nanti, akan ada segolongan manusia yang pada masa huru-hara itu, mereka berada di atas mimbar yang indah, dengan wajah bercahaya lebih terang dari matahari. Mereka duduk setaraf dengan golongan para orang soleh. Bahkan ada yang duduk lebih tinggi dari para Nabi yang terdahulu dari Penghulu Rasul" kata brader.

"...dan para Nabi bertanya tanya, siapakah mereka itu? Dari seseorang, dapatlah mereka tahu bahawa orang yang berkedudukan tinggi itu adalah dari kalangan ummat akhir zaman yang berumur pendek. Mereka tak punya amalan yang banyak. Tetapi kedudukan mereka tinggi kerana mereka berkorban masa, harta, perasaan dan nyawa mereka demi menyambung kerja Rasul akhir zaman"

"Apa kerja Rasul akhir zaman tu?" keluar soalan spontan dari mulutku.

"Menyeru manusia kepada Allah" jawab brader pendek.

"Kedudukan mereka sangatlah tinggi hinggakan debu-debu yang melekat di badan mereka sewaktu mereka di jalan Allah itupun ada kalanya lebih tinggi nilainya di sisi Allah dari golongan yang tak henti-henti berzikir atau beribadat kepada Nya" jawab brader. Aku mengushar kembali debu dan pasir yang berada di kakiku.

"Sebelum kita ikut abang karkun keluar, aku akan bersihkan keretaku sebersih-bersihnya. Kemudian, masa dalam 3 Hari tu, aku akan usahakan supaya kereta ini dinaiki oleh mereka semasa khususi atau ziarah. Dengan ini, segala debu dan pasir itu akan tinggal di kereta ini. Dan pada waktu malam, aku akan kumpulkan sedikit dari pasir dan debu tersebut dan simpan" brader terdiam. Dia tertunduk. Air berlinangan dimatanya.  Aku hanya terdiam mendengarkan cerita brader.

"Dan pada masa-masa aku rasa macam bagus atau ketika aku tak punya masalah, aku akan ambil sedikit pasir ini sebagai motivasi untuk menyedarkan aku dari mana aku datang.

Tuesday, September 28, 2010

Hipnotisma ala Payobosa (Ya Allah! Ampunkan aku!)

Klik untuk besarkan


Sementara menunggu waktu bermesyuarat dengan bos pagi ni, aku warming-up otak aku dengan menganalisa data visitor yang datang ke blog aku yang ni. Aku amat terkejut dengan apa yang aku temui. Bukan terkejut sebab jumlah visitor aku yang semakin mencanak sejak aku mula berblogwalk dengan heavy-nya sejak minggu lepas. Bukan sebab mamat Yahood Islam yang semakin kerap datang menjenguk blog aku ni sejak dari artikel ni. Tapi aku terkejut sebab ADA ORANG TAK SOLAT SUBUH sebab baca blog aku. Dada aku rasa berdebar-debar. Tangan aku jadi longlai. Dan aku dapat rasakan 'buffered earning' aku untuk masuk ke neraka semakin meningkat...
Ohhh..mamat Singapore? 

Yang aku tau, mamat tu pakai Internet Explorer 7 (kan aku dah cakap TINGGALKAN IE!), dan OS WinVista (nantik aku nak kempen Linux pulak). I.P addressnya ialah 202.79.203.51. Aku berprasangka baik dengan menganggap orang yang datang ke blog ini semuanya dah TAHU (ISLAM). Cuma bila aku teliti masa dia melepak dalam blog aku ni, aku dapati dia telah terlalai dan telah merentasi waktu solat Subuh. Haduihhhh....

Aku bukan nak kondem mamat ni. Aku pun masih dalam keadaan lalai. Cumanya, Allah dah sampaikan mesej ni pada aku dan aku kenalah buat sesuatu. Aku takut dengan Dia. Kerana setiap masa Dia berkomunikasi denganku, sama ada aku sedar atau tidak. Dan bila Dia dah tinggalkan komen kat blog kepala hotak aku yang mereng ni, maka aku pun kenalah mengambil iktibar dan berubah. Mujur juga Dia masih menegur. Dan aku perlukan teguran Nya. Aku takmau mengambil iktibar setelah di SOUND (melalui lisan orang) atau di lempang (diturunkan bala).

Mamat lalai kita ni mula dikenalpasti pada 2 September lepas melalui artikel ni. Pada 21 September, dia lalai solat Subuh sekali. Aku diamkan ajerlah. Tapi harini dia buat lagi. Dia mula dari pukul 0413 pagi tadi. Kemudian dia main klik-klik 'newer post' sampailah ke cerita ini. Jarak masa antara artikel yang dibacanya ialah 2-3 minit. Paling lama dia ambik masa pun ialah 7 minit (kolum 33 dan 34 dalam gambar di atas). Aku harap dia solat Subuh masa ni. Sebab lepas jarak 7 minit tu, dia terus berada di blog ini hinggalah pukul 0709pagi tadi. Mungkin dia bersolat Subuh dalam masa 2-3 minit jer (pakai skil solat TURBO ke?) Dan kalau ye pun, aku dah lalaikan dia dari pergi solat Subuh secara berjemaah. Haduihhh...

Dulu aku suka pendekkan artikel dengan meletak butang 'read more'. Tapi ini menyusahkan pembaca sebab nak kena klik itu ini dan buang masa nak tunggu load-load page. Dapat lak line internet ni di luar kawalan kita. Jadi aku siarkan artikel secara penuh. Akibat dari cara ini pula, orang yang dah mula membaca, akan susah nak berenti sebab setiap artikel dalam blog ni dibuat dengan skil 'hipnotisma ala payobosa'. Sekali kau dah start baca, kau memang akan baca sampai habis punya. Skil ini sebenarnya aku gunakan sebab aku tau, orang Malaysia (walhal blogger pun) KURANG membaca. Kebanyakan kita cuma baca tajuk artikel dan 1st paragraph saja dan kemudian buat kongklusi macam kita ni dah tau semua. Ini ialah sifat serkap jarang. Ataupun kita hanya lebih suka membaca artikel yang kita buat ajer. Ini ialah sifat ignorance. Self-absorbed pun ye jugak. 'Skil hipnotisma ala payobosa' diwujudkan untuk mengatasi sifat ini seraya membuatkan pembaca terus membaca hingga habis artikel. Tapi macam ni pulak jadinya. Silap-silap lesen wali aku ditarik balik lak kang ni. Haduihhh...

Kepada Allah SWT, aku mintak ampun. Kepada Rasulullah, aku harap Baginda SAW akan maafkan aku sebab dah jadi wali setan sebab lalaikan ummatnya. Haduih...Kepada semua yang berblog, TOLONGLAH JANGAN LALAI DENGAN BLOGGING. Aku taulah artikel kat dalam blog aku ni memang layan-layan belaka. Tapi tolonglah uruskan masa anda. Janganlah terleka dengan blogging, dunia atau apa saja. Waktu solat kita solat. Lepas solat kang kita sambunglah balik. Kalahkan nafsu dan setan tu dengan lojik dan akal. Rilek...Aku tak rasa masalah ini berlaku kepada mereka yang melayan internet kat CC cam aku...

Jadi, sekali lagi aku ingatkan, JANGAN LALAI DENGAN DUNIA. Jangan disebabkan oleh artikel yang tak punya isi atau motif ini menjadi asbab anda jauh dari Tuhan. Tolonglah ye. Lagi sekali aku nampak kau buat camni, aku akan datang cari kau dan belanja kau minum Chai Agung abang karkun dan tasykil kau keluar tabligh 3hari dengan brader burzuk (Otai tabligh yang strict). Kasi picahh sikit batu dalam hati tu....Dan nampak gayanya, dalam hati aku pun dah ada batu sebab tindakan kau ni. Aisehhh. Sesamalah kita keluar 3H dengan brader burzuk pada minggu ketiga Oktober nantik. Haduiih laaa...

Buat masa ni, aku tenangkan hati aku dengan menganggap mamat ni ialah seorang minah sebab pompuan ada excuse. (Tapi takkan sebulan sampai 2 kali lak period?) Haduiiiiihhh makin tak tenteram jadinya.

Takde mood aku nak gi meeting. Makin sejuk enjin aku dibuatnya...

Salam.

Kita, Mug dan Realiti (No man is an island)


Manusia di akhir zaman dianjurkan agar berjemaah. Sebab bila manusia bersendirian, dia tak tau apa yang dia buat tu betul atau tidak. Sebab dah tentulah semua yang dia buat adalah benda-benda yang dia rasakan betul. Mana ada orang yang nak jadi tak betul? Mana ada orang yang nak jadi villain? Dan bila kita berjemaah, maka akan ada aktiviti tegur-menegur, ingat-mengingati. Kadang-kadang kita yang mengingatkan. Selalunya, kita yang perlu diingatkan. Sebab manusia adalah insan. Dan insan dijadikan penuh dengan kealpaan. Sebab kita ini one track mind. Kita hanya dapat fokus satu perkara dalam satu masa. Dan sebab kita ni alpa, bila kita fokus kat satu benda, kita akan sama ada terleka dengan benda itu, atau terlupa akan benda yang lain. Dan pendapat kedua itu bermanfaat bagi mereka yang ingin mengambil manfaat.

Orang yang nak maju sentiasa inginkan pendapat. Dia bukan tak nak dengar benda yang dia dah paham/laksanakan. Cumanya dia nak tau apa lagi yang dia kena buat untuk lebih maju lagi. Sifat ini dinamakan sifat suka belajar. Dan orang yang belajar, akan didedahkan dengan lebih banyak ilmu lagi. Itu sebab makin banyak belajar, makin banyak tak paham. Apa yang kita cuba pahami sebenarnya ialah realiti. Kenapa itu? Kenapa ini? Apakah mesej yang tersembunyi? Ada berapa ekor udang di sebalik mee? Dan akhirnya semua itu akan membawa kita kepada satu: kebenaran. Kebenaran itu pula akan membawa si pencari kepada Dia. Kerana semua ilmu datangnya dari Dia. Dan Dia dah aturkan bahawa semua jalan kebenaran itu menghala dan berakhir kepadaNya. Mungkin itu sebabnya saintis yang mencari kebenaran, akan berakhir dengan menemui Khaliq. Seraya menemui Islam.


Dalam hal kemajuan duniawi, tak payah lagi nak diajarkan camana. Dalam Al-Quran tak cerita pun camana besi tu boleh terbang. Tapi lastlast ada jugak kapal terbang. Yang ditekankan kepada manusia ialah kemajuan diri dalam alam realiti. Kemajuan rohani. Sebab maju camana pun jasad kita, kita akan tinggalkan ia juga. Yang dibawa ke alam seterusnya ialah roh kita. Contohnya baby yang dok dalam tembuni ibunya; untuk dapatkan baby yang sihat, kita kena pastikan tembuni itu cukup zatnya dengan menjaga pemakanan. Tapi yang kita nakkan bukanlah tembuni, tapi baby. Kira tembuni kepada baby ialah umpama jasad kepada roh di alam rahim.

Dan dalam menjaga roh di dunia, melalui Islam, Tuhan telah mengajarkan manusia agar berpihak kepada kebenaran dan kebaikan. Mungkin ini sebab kenapa orang yang akhir hayatnya masih bergelumang dalam maksiat, akan dibangkitkan dalam keadaan yang hina. Atau orang yang hina di dunia dibangkitkan dalam keadaan gilang-gemilang kerana rohnya sempurna. Sebab roh boleh rosak dek perbuatan kita di dunia. Dan untuk meneruskan perjalanan di alam seterusnya dalam keadaan roh yang tak cukup sifat, amatlah sukar. Contoh: orang yang mati dalam maksiat zina akan dibangkitkan dengan kemaluannya berjuntai hingga ke tanah. Bayangkanlah anda buat Kembara Mahkota kat Mahsyar dengan kemaluan yang cecah ke tanah...

Dan untuk memperoleh kebenaran dan kebaikan itu, manusia dianjurkan untuk berjemaah. Sebab dalam jemaah ada tegur-menegur. Sebab dalam jemaah ada perbincangan. Sebab dalam jemaah, kita akan ada kekuatan untuk mengubah sesuatu.

Wallahualam

Monday, September 27, 2010

Atan dan Abu (Rekrut Wali Baru)

Malam Jumaat minggu lepas, kami (Atan, Abu dan aku) telah ditugaskan untuk menyambut seorang bakl wali baru. Kami gerak awal (dalam pukul 10malam lebih) dan sampai di kawasan beliau lebih kurang pukul 11malam. Tapi kehadiran kami disedari oleh jiran-jirannya. Kami pun ambil keputusan untuk bla dulu takut pemberita datang. Kami lepak kat KLCC layan teh.

Lebih kurang pukul 130pagi Jumaat, kami kembali ke rumah beliau. Namun, sesampainya kami di sana, jirannya memang dah siap tunggu lagi. Bila kami prking jer UFO kat langit atas atap rumah beliau, anak jirannya mula mengambil gambar kami.

"Terpaksalah kita guna Plan B" kata Abu. Plan B? Ada Plan B ke? Aku ingat kita ni A team.
 Atan membuat isyarat dengan tangannya dan dengan tak semena-mena, mamat yang kami nak rekrut tu dah ada kat UFO Atan. Setelah berjaya mengkidnap mamat tu, kami beredar dengan cepat...

Esoknya, dalam akhbar Metro, kisah 3 UFO kami terpampang. Sibbaik kolum nya kecik jer, so takde la publisiti sangat.

"Ni lah sebabnya aku malas nak suruh diorang gi ambik budak tu" kata abang karkun menyindir kami setelah kami sampai di rumah brader.

"Korang ni sapa?" tanya mamat tu blank.

"Jangan risau. Kami bukan alien. Kami cuma nak buat experiment dengan kau. Dah. Tonggeng bagi aku masukkan probe ni" kata Abu melawak. Mamat tu pengsan semula...

Visitor dari Israel


Masa Aku Tengah Update Blog Ni Tadi, Aku Perasan Ada Visitor Yang Datang Dari Negara Israel.
Bila aku check log feedjit aku, rupa-rupanya memang setiap hujung minggu mamat ni datang visit blog aku (semenjak puisi ini dikeluarkan). Aku taknak explain dulu siapa mamat tu. Aku tak tahulah sama ada visitor itu orang yahood atau tidak. Aku takmahu tahu sama ada Feedjit ni betul ke idak (sebab pernah ada kes orang komplen feedjit kat blog mereka register visitor ke blog mereka datang dari Teluk Intan, N.Sembilan). Aku nak layan info ini dengan menganggap orang yang datang tu ialah memang orang yahood dari Israel-liat. Dan aku malas nak layan sifat religionisme atau nasionalisme dalam artikel ini untuk lari dari kebiasaan...

Menurut Al-Quran, manusia ini dijadikan berbangsa-bangsa dan dalam bangsa pulak ada suku-suku.
Ini bukanlah nak mengatakan Al-Quran menggalakkan racisme. Orang bangang dan jumud jer yang akan memandang kitab suci ini sebegitu. Tapi info ini sebenarnya membantu kita mengenal seseorang. Ia lebih kepada sedikit tips kepada sesiapa yang cuba memahami diri mereka sendiri dalam usaha memahami realiti ini. Kerana ada macam-macam ilmu kat dunia ni yang berkenaan dengan soal mengenal diri. Ada ilmu hororskop. Kita orang Melayu lebih kepada Tajul Muluk atau ilmu yang dipopular oleh Dr. Azizan: ilmu rahsia tarikh lahir.

Harus diingat bahawa semua ilmu ini bukanlah penentu mutlak akan sesuatu. Yang Maha Tahu hanyalah Allah. Kita sebagai manusia, dikurniakan akal dan ilmu-ilmu ini hanyalah sebagai pengikat neuron-neuron dalam kepala hotak kita supaya apa yang ada dalam memori kita ni make sense dan menenangkan hati kita supaya kita boleh continue dengan hidup di akhir zaman ini.

Manusia dijadikan berbangsa-bangsa. Ada yang lahir kat Rembau. Ada yang lahir kat Madinah. Sungguhpun tarikh lahir mereka sama, dan menurut ilmu tarikh lahir, mereka ini akan mempunyai sifat-sifat tertentu bergantung kepada kedudukan bulan di langit semasa mereka lahir (kerana pengaruh aliran darah dalam badan ibu mereka yang pasang surut macam ombak di laut), namun mamat yang berhororskop Cancer (ketam) yang lahir dalam bangsa yahood di Israel-liat tak sama dengan aku yang lahir di Malaysia pada tarikh yang sama. Kerana selepas lahir, orang yahood tu dibesarkan dengan makanan macam humus atau nasi beriani gam sementara aku pulak membesar dengan memakan ayam nutifuran. Lepas tu pulak, ada faktor lain macam pendidikan, persekitaran dan set of believe yang mempengaruhi kita lagi. Dan semua ini akan membentuk siapa kita pada hari ini dan apa keputusan kita untuk akan datang.

Ramai yang suka bermain-main dengan soal asal-usul atau keturunan dalam mengklasifikasikan orang lain. Mereka akan mengungkit ungkit kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh nenek moyang seseorang untuk menghukum orang lain. Macam orang Melayu yang suka menghalau bangsa Cina atau India Malaysia (yang kurang ajar) untuk balik ke negara mereka. Atau bangsa yahood yang suka menganggap bangsa mereka lebih superior dari bangsa lain. Orang yang macam nilah sebenarnya jumud dan berpikiran sempit. Dan dalam era globalisasi dan kejahilan sekarang, perangai ini semakin menjadi-jadi akibat desakan DUIT dan gaya hidup moden yang meluaskan ruang untuk nafsu bermaharajalela.

Untuk ini, Allah Yang Maha Mengetahui telah memberikan jalan keluar
. Dalam Islam, kita akan dinilai menurut keadaan kita pada akhir hayat kita. Sekiranya masa akhir hayat itu kita berniat nak jadi baik, maka ada chanlah kita nak dapat kesian dari Nya di realiti selepas ini. Sekiranya kita masih dalam kejahilan kita dan mengadu domba dan mengagung-agungkan diri, kumpulan atau bangsa sendiri, maka Allah akan melayan kita sebagaimana kita melayan manusia lain di akhirat nantik. Sebab dari mana kita datang, atau siapa mak bapak kita tidaklah penting. Apa yang penting untuk kehidupan selepas ini ialah ke mana kita nak pergi dan apa tanggapan kita terhadap siapa PENGUASA alam ini. Tiada tuhan selain Allah dan semua manusia hanyalah hamba-hamba Nya. Takde yang lebih, takde yang kurang kerana di mizan nantik, semua akan diadili dengan seadil-adilnya.

Maka ada yang jahil pula mengatakan Allah itu tidak adil kerana melahirkan mereka sebagai golongan kapir (yang mengatakan tuhan bukan Allah). Jangan jadi mangkuk. Orang kapir akan rasa keadilan ini kat mahsyar nantik masa korang menuding jari kepada yang dilahirkan Islam sebab tak dakwah mereka dengan sungguh-sungguh. Semua manusia memang telah diprogram untuk mempercayai adanya Pencipta alam ini. Cumanya tak ramai yang mengambil masa untuk mencari dan memahami 'siapakah tuhan' itu. Mereka lebih suka mencari duit dan kesenangan hidup di dunia ini dari mencari maksud kewujudan mereka. Akibatnya, mereka dipesongkan dari soalan pokok kepada benda-benda tak penting macam politik, ekonomi atau superiority diri mereka berbanding orang lain.

Ada juga yang dah tahu siapa tuhan itu, tapi sebab mereka ni level tinggi, maka ujian mereka juga tinggi belaka dan mereka kecewa sebab mereka kantoi maka mereka memiliih untuk melawan tuhan dan bertuhankan diri mereka sendiri. Dari sudut ini, orang yang lahir sebagai Islam pun belum tentu akan selamat. Dan pelacur yahudi yang memberikan air kepada anjing yang kehausan pula tak semestinya berakhir di neraka selama-lamanya. Sebab kuasa veto adalah milik Allah. Dan Allah itu Maha Sempurna dan Maha Suci dari apa yang kita anggap tentang Nya.

Atas dasar inilah, ada yang cuba menghapuskan fahaman berbangsa-bangsa itu (TG Nik Aziz tak mengaku Melayu). Ada yang cuba reverse psychology info ini dengan menggalakkan hak kesamarataan sesama manusia (freemason, PKR). Tetapi ingatlah; sama ada kita beriman atau tidak, SEMUA MANUSIA AKAN MATI. Dan untuk tersedar setelah mati, adalah amatlah rugi. Marilah kita gunakan masa yang ada sekarang untuk bersatu dan teruskan perjuangan dalam harmoni di dunia yang semakin nak sampai ke penghujung ni dalam persediaan kita untuk perjalanan yang lebih panjang nantik. Dan kepada mereka yang sudah mengetahui akan realiti ini, diharapkan agar mencontohi akhlak dan mindset Baginda S.A.W dalam menyelamatkan seramai manusia yang mampu dari end up di neraka selama-lamanya.

Kerana tak kiralah siapa diri kita atau apa pegangan kita, ingatlah: Musuh manusia yang nyata ialah Iblis dalam diri kita sendiri. Al-Quran dah terangkan ini dari surah Al-Baqarah lagi. Bukan mamat jahil yang kat depan kita ni. Bukan orang yahood yang visit blog aku tadi. Dan kita kena sedar perkara ini setiap kali kita berinteraksi dengan manusia yang lain, walhal ibu bapa kita sendiri. Dan peperangan antara kita dengan musuh itu telah berlangsung sejak sebelum Nabi Adam a.s turun ke bumi lagi. Dan sesiapa yang menyimpang dari peperangan ini, marilah kita ingatkan mereka kembali. Sebab bahan bakar di neraka ialah manusia dan batu. Tak kiralah bangsa atau agama apa.

Wallahualam

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails