Apakah erti semua ini?
Tanyaku pada diri sendiri
Tiada apa yang kurasai
Walau melihat darahku
Menitis laju ke bumi
Batu di tanganku kugenggam lebih erat
Ku kuatkan tekad
Inilah kesempatan yang singkat.
Aku mengetap bibir keringku
dan dengan kekuatan Nya yang Maha Besar,
kulontarkan batu ke arah musuhku
sekuat mampu
Aku jatuh tersembam
Rasa macam nak pitam
Berpinar pandanganku.
Aku menoleh ke tangan kiri yang menahan darah
Ku angkat sedikit, Arrghh!!
Sakit..
Sakit..
..Sakit tembakan pertama mula terasa
Namun di saat ini Islam itu kurasakan indah
Rehat itu nampaknya semakin hampir
Aku gembira...
Tidak! Badan ku masih bercantum!
Dan mereka masih bersenyum.
Kueratkan penumbuk kiriku dan kubenamkan ke dalam lukaku
sambil tangan kanan mencari apa saja
Yang boleh kulontarkan ke arah mereka
Aku tak suka membalas dendam
Aku tak suka bertindak kejam
Aku pun bukan bagus sangat.
Namun kezaliman mereka terhadap manusia
tak dapat aku terima...
Sekali lagi dengan laungan namaNya Yang Maha Besar,
Batu-batu kecil ini saja yang dapat kulontar.
2 comments:
Israel Laknatullah,
Allah melaknat Israel bukan kerana bangsa dan warna kulit tetapi kerana perangai dan akhlaknya yang menentang rasul.
jika ada kalangan orang melayu yang meniru perangai Israel mereka juga turut dilaknat.
tiru perangai? cuba cik ijok baca yang ni pulak:
http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/09/interview-dengan-wali-nama-adik-sapa.html
Post a Comment