Rakyat Malaysia suka teh tarik. Tapi sudahkah mereka merasa Tabligh Chai? |
Kitorang tengah lepaklepak selepas selesai semua program untuk hari ini. Cuma tinggal nak buat adab tidur dan solat sunat yang berkaitan jer lepas ni dan kami akan tidur. Dan part inilah yang paling aku suka masa keluar tabligh ni. Part lepaklepak pekena teh. Sebab pertama ialah masa ngeteh ni, kitorang akan bertukar-tukar cerita pasal pengalaman kami keluar tabligh dan sebab kedua ialah abang karkun punya teh memang kaw. Teh dialah Chai Agung.
"Kalau kat Malaysia, kau beli serbuk teh yang kotak hijau ada gambar harimau tu. Kau masuk separuh kotak kecik tu ke dalam periuk yang berisi air kemudian jerang air tu sampai mendidih. Bila dah mendidih, kau masukkan susu isian sejat ke dalam air teh yang sedang mendidih ni tadi. Kau terus masukkan sambil kacau sampai kaler air teh tu berubah dari hitam ke warna air teh yang kaw. Dah cukup susu, kau kasi besar api sampai naik buih. Kasi tutup api dan hidangkan dalam cawan. Gerenti meletup. Ada yang taruk gambir sikit, ada yang taruk cengkih. Tapi teh susu tu pun dah power dah tu. Tak caya, cuber lerrr" explain abang karkun dengan minat.
"Aku nak bukak kedai Chai-Tiam" kata aku dalam hati |
"Cabaran dalam koluar jomaah jaman sokaghang ni, tak macam cabaran maso koluar jaman mulo-mulo dulu" mula seorang otai tua sambil mengurut-ngurutkan janggutnya. Jemaah yang lain yang tengah menyandar di port masing-masing memandang serentak kepada otai itu. Abang karkun melirik padanya dengan penuh hormat. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk sebab selain abang karkun, tak sorang pun aku kenal.
"Kok dulu, kono susah payah hangkek peghiuk, belango, kono carik kayu hapi lagi, kono jalan kaki jauh-jauh nak boli baghang koporluan, kalau kita orang khidmat" sambungnya lagi. Aku suka part sejarah dan pengalaman orang yang buat usaha agama ni. Barulah terasa berharganya iman dan Islam yang ada di dada ni bila dah tau susah payah orang yang nak menyampaikannya padaku.
"Dapatlak kalau hari hujan" selit abang karkun.
"Dapeklak kok haghi hujan. Hoiiii...Nak nyalo an api tu, hampuih niup eh" By this time, ada jemaah yang dah ketawa sebab dengar loghat dan tengok muka otai kita ni. Dia pun, apa lagi, makin menjadi laaa...Aku meneguk minumanku.
"Zaman dulu, ujiannya susah payah. Keperitan. Tak cerita lagi soal penerimaan masyarakat terhadap aktiviti tabligh yang pada masa tu masih baru" sambung seorang brader yang berumur dalam lingkungan 40-an.
"Bila buat ghash tu, ada yang kena maki, ada yang kena sindir. Yang kena kejar dengan parang pun ada" sambungnya lagi. Otai-otai semua ketawa serentak seolah-olah terkenangkan kenangan manis silam sewaktu bersama.
"Zaman sekarang ni, lain pulak ujiannya" sampuk abang karkun.
"Tuan rumah sambut kita dengan baik, balas ucapan kita dengan baik, tapi tak sorang pun yang muncul kat masjid bila Maghrib. Bila jemaah dah tiba di masjid, masjid ada air cond, selesa dan silap-silap, harihari ada orang hantar makanan atau jajan. Akibatnya jemaah kenyang, kuat tidur dan malas. Jazbah hilang. Jemaah 3 hari tak pernah putus tapi peningkatan, tadak" sambungnya lagi.
Semua orang terdiam dan meneguk chai masing-masing. Kebenaran itu menusuk dikalbu. Lebihlebih lagi bila ia keluar dari mulut abang karkun. Aku pun turut buatbuat muka cam paham walhal amenda jazbah tu, pun aku tak tau. Tapi kalbuku tetap tertusuk. Inilah wali. Diorang punya pistol dan pelurunya, real-real belaka. Dan bila kita kena tembak, kita tak kisah, malah rela lagi, ada...
No comments:
Post a Comment