Saya khidmat harini bang! |
Ini kerana aku lihat manusia begitu rakus ketika membeli juadah berbuka puasa dan masa diorang membuka puasa mereka. Setelah berkali-kali dikitar semula dalam dunia ni, aku dapati tak ramai yang berbuka puasa dengan cara yang aku dah kongsikan dahulu. Mereka tak buka poser dengan cik Amir (kurma) serta diorang mentekedarah sampai nak terkeluar lubang pusat masa bukak poser. Lepas tu melambat-lambatkan solat Maghrib. Ramai juga yang terus KO. Ada juga yang masih gagah meneruskan solat on time, walaupun perut penuh dengan nasik dan air lencheekang. Tak tasawuf langsung.
Hukum adat dunianya ialah: sapa masuk dulu, dia yang keluar dulu. Dia yang akan jadi kepala masa kita nak dive ke dalam telaga gelap yang mencurigakan itu nantik (kepala taik). Maka, kalau manusia tu masukkan cik Amir dulu, maka kepala taiknya ialah kurma. Siapa yang jadi kepala taik ni sangatlah penting. Sebab dialah yang akan jadi penjaga pintu masa kita nak keluar nantik. Baiklah, katakan dalam suapan pertama tadi, yang masuk ke dalam mulut ialah jenis-jenis aku: daging, maka kamilah yang akan jadi kepala dan lepak kat pintu sementara menunggu masa untuk keluar. Dan sebagaimana kebiasaan, semasa menunggu, akan ada gerombolan-gerombolan gas yang nak keluar dulu, bagi membuat ruang untuk kawan-kawan kami yang baru sampai di tempat menunggu. Jika golongan kami yang jadi kepala, gas yang keluar itu sudah tentu berbau macam kami. Kalau kami ayam, maka baunya cam bau ayam. Kalau kami ni daging kambing, maka bau gasnya kekambing-kambingan sikit. Tu sebab kamu manusia dianjurkan agar memulakan buka puasa (dan mengakhirkan sahur) dengan cik Amir. Sebab cik Amir ada keupayaan untuk menapis gas yang keluar tu bagi mesra alam sedikit. Kalau tidak kang, alamat time moreh lepas teraweh tu, jadi persidangan gas beracun la jawabnya.
Aku nak sentuh lagi sikit part gerombolan gas ni. Diorang ni sebenarnya ada dua jenis: satu yang terhasil sebab terkompres kerana ada dua ketulan dalam satu saluran. Lebih kurang macam senapang buluhlah. Gas yang macam ni, biasanya ada bunyi dan kuantitinya banyak. Tapi kandungannya tidak merbahaya. Lebih-lebih lagi kalau ada cik Amir di antara ruang itu (sahur akhir dengan kurma, pastu buka dengan kurma). Yang berbahaya ialah jenis gerombolan gas yang kedua. Gerombolan ni terhasil sebab interaksi kami dengan jus-jus dalam perut si pemakan (sebab nak hadamkan makanan dan bunuh oragnisma asing). Gas yang macam ni, biasanya akan tidak perasan jika ia bergaul sekali dengan gas jenis pertama. Tapi jika manusia itu tak makan kurma, sayur atau minum air putih yang secukupnya, maka gas yang terhasil menghampiri gas sarin yang boleh membunuh. Dan kebiasaannya, gas jenis macam ni, membunuh dalam senyap. Silent death. Alih-alih dah berbau misteri dan meloyakan ajer dan takde sapa mengaku itu dia punya.
Lagi satu, time bulan puasa ni, manusia kurang makan makanan berserat. Diorang banyak makan makanan bertepung (kueh, mee dsbnya). Dah tu pulak, minum air kosong pun kurang. Semua minum air yang manis-manis ajer. Akibat dari tabiat sebegini, ketulan taik yang berkumpul tu nantik akan terputus-putus dan tersangat keras sebab takde untaian (serat) yang nak menyatukan kami, serta kandungan air dalam ketulan kami itu cepat kering (dapatlak tempat menunggu ni memang tempat menyerap lembapan-lagi lama kami menunggu, maka lagi keraslah ketulan kami ni nantik). Disamping itu juga, sifat air yang manis masa dah kering ialah melekit-lekit dan ini akan membuatkan taik menjadi melekit. Dahlah susah nak teran sebab ketulan kami ni putus-putus sebab takde serat. Dah tu, yang keluar pulak cam taknak keluar sebab melekat-lekat di dinding pemotong. Tu yang kadang-kadang ada ketulan yang dah dipotong, tapi masih tergantung lagi di bibir pemotong. Yang tergantung tu, akan jatuh jua, takpe. Tapi sebab ia dah di potong, maka sedikit sebanyak, mesti ada sekelumit ketulan yang dipotong ini tertinggal di tempat menunggu. Maklumlah, melekit dan terputus-putus. Ini amatlah bahaya. Sebab baki yang tertinggal ini akan menjadi kepala kepada ketulan yang seterusnya dan kepala yang sebegini memang akan memastikan gas yang melalui mereka nantik, berbau chilahnat. Lagi otai kami ni, lagi cibai baunya. Memang dah peraturannya agar kami tak lepak lama-lama dalam badan si pemakan kami, takut menjadi mudarat kepadanya, tapi kadangkala kami diperintah untuk berbuat sedemikian untuk mengajar si pemakan agar berwaspada dalam memakan. Tapi tak ramai yang belajar dari kesilapan. Sebaliknya, mereka terus turutkan kemahauna mereka ketika berbuka dan akhirnya menyusahkan doktor nak check-chekc lubang dubur mereka sebab nak tengok severity maslaah buasir yang menimpa.
Makanlah dengan bijak. Selamat berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment