Tuesday, November 29, 2011

Menanti hujan berhenti...

Lelaki yang tak reti hargai keluarga adalah jantan
"Hidup berumahtangga ni, macam-macam rintangannya" mula makcik tu yang aku panggil makcik Rakiah. Beliau tadi duduk kat sebelah aku kat tempat duduk Terminal One Seremban ni. Aku tunggu hujan berenti. Dia tunggu kawan dia dari Bahau. Tadi kami berborak kosong jer. Tapi bila cerita dia semakin lama semakin menarik, aku offer nak belanja dia teh tarik kat warung sebelah tempat kami duduk. Beliau tidak menolak.


"Makcik ni, dah 4 laki acik" katanya sambil buat tanda 4 dengan jarinya.
"Peh! Acik ni poligami, la" kataku berseloroh. Spontan ajer tangannya menampar bahu aku. Aku ketawa dengan kemesraannya.


"Laki acik yang pertama, orang Muar. Sama-sama kami dari susah, bina hidup dan reta. Bela anak-anak. Tapi bila semua dah nampak macam semakin OK, dia pulak buat hal" katanya dan seraya itu juga wajahnya yang tadi ceria, berubah, Teringat kenangan pahit agaknya.


"Buat hal?" tanyaku blank walaupun aku boleh agak, apakah hal yang dibuat oleh bekas suaminya itu.
"Orang ketiga, laa. Dia mula cari yang lain" katanya Cik Rakiah tak cover. Aku menepuk dahiku macam tak caya.
Kulit telur itu designnya kuat, tapi rapuh


"Anak dah 6 dia boleh buat hal, lagi?" kata Cik Rakiah lagi macam tak caya. Aku rasa menggeleng dengan kebenaran akan kecibaian kaumku.


"Lelaki ni, bila dah kawin, pilihannya makin terbuka. Tak macam pompuan. Bila pompuan dah kawin, pilihannya dah semakin tertutup. Dapatlak bila dia dah ada anak" sambung Cik Rakiah lagi.


"Tak pahamla cik" kataku memujuknya memperincikan lagi penerangannya. Sekali lagi tamparan mesra hinggap kat bahu aku. Acik ni mesra mengalahkan sedara mara aku. Aku heran kengkadang camana kita boleh rapat dengan strangers tapi tidak dengan sedara mara sendiri...


"Ah, kau ni. Suka buat buat bodoh. Laki bila dah kawin, dia masih ada peluang nak kawin lagi. Pompuan bila dah kawin, sapa yang ndak?" katanya.


"Semua guna alasan yang sama. Layanan si isteri dah tak macam dulu, lah. Tak memahami, lah. Rimas dok rumah, lah. Tu sumer bibit-bibit menandakan yang dia dah ada orang lain" katanya lagi mengongsikan pengalamannya. Telinga aku tah kenapa semakin panas.
Isteri zaman sekarang memang tahap
tinggi. Semua kerja dia buat...


"Camanalah si isteri nak sama layanannya macam dulu-dulu. Kan dah ada anak? Dahlah kat rumah dia bukan nak nolong kita buat kerja rumah. Ni nak suruh kita layan macam kita ni takde anak pulak" kata Cik Rakiah lagi. Wajah makcik tu bagaikan nak ceritakan sesuatu tapi dia cover-cover. Aku buat muka macam tak puas hati.


"Paham tak?" tanyanya padaku. Aku menggeleng.
"Layanan atas katil la. Dia nak itula, inilah. Kita dah semakin berumur, dah ada anak, manalah nak buat benda bukan-bukan lagi. Tak cocok rasanya" kata makcik tu cuba menjelaskan. Aku mula dapat tangkap apa yang makcik tu katakan. Terlintas dalam kepala aku akan kebenaran perjuangan OWC.
Orang ketiga?


"Lelaki ni, makin tua makin menjadi. Dulu muda-muda masa boleh buat camacam, dia taknak buat. Dah tua ni, makin merenyam pulak dia" aku mengutuk diriku sendiri.


"Betul tu, nak" kata Cik Rakiah. Aku tak rasa gempak dengan persetujuan makcik tu. Bahkan aku rasa cam sial, ada. Pada diri sendiri


"Kau dahada anak bini, kau pikirlah sendiri. Sedarlah diri. Jangan ingat diri tu makin muda. Kalau tak tahan lautan gelora, jangan mendayung di tengah laut. Berpuas hatilah dengan main kat tepi-tepi pantai ajer" katanya sambil ketawa sorang-sorang. Aku menggaru kepalaku kebingungan.


"Kau ni bodohlah!" katanya sambil ketawa. Sedas lagi tamparan hinggap di bahuku.


"Kalau bukan orang ketiga, kadang-kadang, dari keluarga belah sana pulak yang buat hal" sambung Cik Rakiah lagi. Aku memfokuskan pandanganku.

"Acik ada anak lelaki yang dah kawin dan ada anak tiga orang. Dia ni kontraktor. Dulu masa dia mula-mula buat bisnes, bisnes dia lingkup. Teruk juga dia berhutang. Anak bini semua dok kat rumah mertua. Aku dah pesan kat dia bawak cucu-cucu aku tu balik Pilah, dia degil. Haaa, kan dah kena" katanya lagi. Aku suruh dia teruskan ceritanya.

"Anak Acik tu tahapa silapnya, lurus bendul sikit, tak macam Acik. Masa dia hidup susah tu, keluarga belah sana cucuk bini dia mintak cerai. Anak Acik mula-mula agak kecewa sebab yang mintak cerai tu ialah isterinya. Tetiba jer pulak tu. Dekat seminggu jugaklah dia meroyan sensorang. Sibbaik ada anak acik yang sorang lagi pergi jenguk dia dan bawak dia balik. Bila dah sampai kat rumah, Acik terus basuh dia. Hahaha" ketawa Cik Rakiah bagai tiada penyesalan.


"Kesian, anak Acik" kataku.
"Apa pulak kesian? Sapa yang pilih pompuan cenggitu buat bini? Kita orang pompuan, bila dah kawin, kena sentiasa jaga kepentingan suami kita. Jangan mudah kena cucuk. Kan cerita dalam syurga pun dah tunjuk? Iblis tak dapat cucuk direct dengan Adam, dia cucuk melalui Hawa?" Peh! Dasat gak pemahaman Acik ni.


"Yang Acik basuh anak acik tu sebab dia tak terpikir yang bini dia dah kena cucuk. Kau bayangkanlah; anak ada tiga. Kalaulah dia bercerai, sorang tu kena bagi nafkah. Koman-koman RM300 sorang. Tiga dah seribu. Kau agak, budak tu pakai ke sampai RM300 sebulan? Kat situ pun dah tau, dari mana si bini dia dapat idea ni semua" kata Cik Rakiah sambil tersenyum. Aku memang tak nampak angle ni sebelum ni. Mangkuknya aku.
Mangsa penceraian ialah anak


"Bukan bini dia yang ndakkan duit tu. Aku memang syak mentua dia yang nakkan duit dia. Diorang bukannya bekerja. Bila aku selidik, memang betul. Kat anak pertama dia pun dia buat camtu. Sampai bercerai budak tu. Last-last, lengan dia yang semakin penuh" kata Cik Rakiah sambil buat gaya gelang kat tangan dan ketawa. Aku pun ketawa dengan kesahihan pandangannya itu.


"Kau kena bijak, isteri kau pun kena bijak.dan menurut pengalaman Aciklah, kan, kalau korang nak kurangkan pening kepala dalam rumahtangga ni, jangan pakai ambikkk jer komen orang. Yang baik jadikan pedoman. Yang buruk, jadikan pengajaran. Sebab cerita kita semua lain-lain...." katanya lagi. Aku beria-ia menganggukkan kepalaku macam paham.


Setan memang nak memecahbelahkan manusia. Dan institusi rumahtangga ialah satu tempat paling hebat impaknya jika mereka tumpukan usaha kat situ. Aku mula nampak dengan mesej yang diturunkan dari atas. Aku tak dapat nak ubah dunia. Tapi aku boleh ubah 'dunia' aku. Dan aku nak mulakan sekarang juga. Ayuh!

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir dan Awal Tahun

Berikuta adalah doa yang di baca sempena Maal Hijrah. Doa akhir tahun di baca selepas Asar pada hari terakhir tahun itu dan doa awal tahun dibaca pda selepas Maghrib pada hari yang sama (tahun baru). Semoga Allah lindungi kita dari hasutan Iblis serta kuncu-kuncunya.

Doa Akhir Tahun

Terjemahan:



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Terjemahan:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Friday, November 25, 2011

Selamat Tinggal 1432. Selamat Datang 1433

Aku terlihat sekujur tubuh kecil terbaring di sisi ibunya yang menadah tangan meminta belas simpati dari orang yang lalu lalang. Aku bersangka baik si ayah sedang berusaha di satu tempat yang lain mencari rezeki. Aku memerhatikan dari jauh. Seketika si anak merengek-rengek tantrum. Si ibu menepuk-nepuk punggung anaknya memujuk. Rengekan si anak semakin nyaring. Si ibu cuba menyuapkan botol susu berisi air jernih kepada si anak.

Aku baru selesai makan tengahari dengan teman sekerja. Dalam ramai-ramai ada dua orang yang makan tak habes. Bila ditanya kenapa makan tak habis, sorang kata ayamnya tak masak betul, ada kesan darah lagi kat tulang. Yang sorang lagi kata dia takde selera. Kami stay lama sikit sambil order air batch kedua. Pinggan tadi diambil dan dari kejauhan aku melihat lebihan makanan tadi dibuang ke dalam tong sampah.

Semalam masa lepak di kedai kopi, terpampang di TV viral video kerajaan pasal GTP. Dalam video kelihatan macam ekonomi negara ni dalam keadaan stabil, pertumbuhan pun masih OK dan semunya nampak macam menuju ke arah yang betul. Lepas lepak di kedai kopi, kami melaksanakan tugas kami sebagai RELA. Dan malam tu kami berjaya menangkap dua orang budak yang cuba nak merompak rumah jiran kami. Dan bila kami selidiki, kami dapati, diorang ni adik beradik dan mereka merompak sebab takde duit nak kirim kat emak kat kampung di timur yang sedang sakit.

Aku menyelak halaman suratkabar dan melihat macam-macam isu jenayah, akhlak dan masalah masyarakat yang aku rasa patut ditangani segera dan dengan lebih berkesan. Tapi at the same time, aku lihat para pemimpin yang mewakiliku asyik sibuk membongkar pekung masing-masing. Malah dalam dewan tempat mereka melaksana amanah pun mereka masih leka membuang masa.

Aku termenung di muka pintu melihat anak kecilku yang baru pandai berjalan bermain-main dengan kakaknya. Aku mencongak-congak rancangan untuk masa depan mereka. Tiba-tiba, kedengaran suara seorang ibu memanggil anaknya yang degil yang taknak balik rumah makan tengahari tadi. Aku tersenyum. Tapi si ibu terus membebel dengan mengatakan benda-benda yang tak sepatutnya yang kalau aku sendiri jadi anak pun, dah tentu aku akan lari dari rumah on the spot.

Cukuplah kebodohan ini. Marilah kembali bersatu. Bencana sedang mengetuk pintu kita. Musuh sedang bersedia nak menarik tali-tali pancing mereka. Umpan sudah jauh di dalam kerongkongan.
Kita memang sudah terjerut. Sekurang-kurangnya, jadikanlah Malaysia ini elok untuk anak-anak kita. Please!

Friday, November 4, 2011

Tersentap setelah sekian lama


Aku tak reti nak letak terjemahan Al-Quran dalam blog ni sebab aku tak layak. Apa yang aku boleh buat ialah buat tafsiran. Buat tafsiran tentang alam, berdasarkan Al-Quran. Kerana padaku, tiada apa yang berlaku dalam alam ini yang di luar pengetahuan Allah. Dan Allah tidak buat perkara yang sia-sia. Maka, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak kiralah yang berlaku itu selari atau tidak dengan kefahaman kita pada masa ia berlaku.

Dan pada tengahari tadi, sedang aku melayani video klip lagu Avenged 7 Fold; Burried Alive yang baru diperkenalkan oleh Abang Saiful padaku, aku telah menerima satu mesej yang sangat tepat.

Dahlah minggu depan Aidul Adha, mesej pulak sampai pada malam Jumaat, tatkala aku sedang menghadapi kebuntuan yang amat sangat tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup aku.
Mesej itu berkenaan dengan tugasku di dunia ini dan betapa jauhnya aku dari tugas itu. Setelah mengamati liriknya dan mengkaitkannya dengan kitab-kitab sufi lama, aku terduduk melayan perasaan dalam kesyahduan. Terbayang ujian-ujian yang telah aku lalui sepanjang sejak blog ini dimulakan...

Apa yang membuatkan aku terduduk dan syahdu ialah Allah masih sayangkanku.
Semoga ada pengajaran yang boleh kamu kutip di celah-celah kelaghoanku ini...Wallahualam.



"Buried Alive"

Take the time just to listen
When the voices screaming are much too loud
[voices di sini aku baca sebagai peringatan dari Allah tiap kali aku tersasar. Dan bila voices tu screaming, maknanya aku dah jauh yang amat dalam kesasaranku]
Take a look in the distance
Try and see it all

[aku perlu bermuhasabah dan lihat semuanya bukan dari sudut individualistik]

Chances are that you might find
That we share a common discomfort now
[masalah kita semua adalah sama: masalah iman. Percayakah kita, dan setelah itu, mahukah kita taat?]
I feel I'm walking a fine line
Tell me only if it's real
[berada di jalan dakwah kena sentiasa teliti kerana silap sikit, ia akan memakan diri]

Still I'm on my way
(On and on it goes)
Vacant hope to take
[vacant hope kerana jika dinilai dari segi amal dan akhlak, nampak gayanya aku ke hell. Nauzubillah. Namun itu bukan alasan untuk tidak terus cuba mengubah arah]



Hey!
I can't live in here for another day
[dunia ialah penjara orang mukmin]
[hati yang gelap dek dosa takkan dapat memanfaatkan cahaya rahmat]
Hold on to faith as I dig another grave
[tahu buat perkara yang sia-sia tapi mahu terus juga mencuba]
Meanwhile the mice endure the wheel
Real as ever
[walau hidup rasa macam mati, namun kena teruskan juga mengayuh]
And it seems I've been buried alive[dah mati barulah aku tahu aku hidup]


I walk the fields through the fire
Taking steps until I found solid ground
[jalan yang aku lalui sekarang amatlah membahayakanku]
Followed dreams, reaching higher
Couldn't survive the fall
[Dah tahu nak mati, dan takbley elak mati, maka persediaan kena dilakukan]

Much has changed since the last time
[ye, aku dah banyak berubah]
And I feel a little less certain now
[sungguh tepat ayat ni]
You know I jumped at the first sign
Tell me only if it's real


Memories seem to fade
(On and on it goes)
Wash my view away

.
.
.

Hey!
I can't live in here for another day
Darkness has kept the light concealed
Grim as ever
Hold on to faith as I dig another grave
Meanwhile the mice endure the wheel
Real as ever
And I'm chained like a slave
Trapped in the dark
Slammed all the locks
Death calls my name
And it seems I've been buried alive


[sampai sini jer lirik tu bermakna. Yang lepas-lepas tu agak personal nak aku explainkan]

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails