Saturday, February 26, 2011

Kebersihan Hati, Golongan Pembersih hati, Jawatankuasa masjid dan solat Jumaat


Tahukah anda bahawa hati, walaupun dah hitam berkarat, tidak bermakna ia tidak boleh dibersihkan? Kepada mereka yang bersifat kesendirian, mereka lebih ujub dengan kebersihan hati mereka sendiri. Ramai juga suka mempersoalkan kebersihan hati orang lain. Harini pakcik akan cerita, eh? Pakcik?


Ye.

Pakcik akan KONGSI cerita pasal soal MEMBERSIHKAN HATI. Sebagaimana yang sedia maklum, KEBERSIHAN HATI amatlah mustahak dalam persediaan dalam menempuh jalan kesufian. Eh?


Sejak bila pulak kita nak ke sufi, ni pakcik?

Sejak 'aku' bertukar menjadi 'pakcik'. Sejak rambut 'beckham' bertukar kaler jadi nampak macam otromen. Sejak main tweet-tweet dan blogging itu dikatakan hanya untuk orang yang berpikiran cam budakbudak. Sejak itulah kita akan apa yang aku dah mengarut ni? Sekali lagi.

tahukah anda bahawa hati, walaupun dah hitam berkarat, tidak bermakna ia tidak boleh dibersihkan? Kepada mereka yang bersifat kesendirian, mereka lebih ujub dengan kebersihan hati mereka sendiri. Ramai juga suka mempersoalkan kebersihan hati orang lain. Harini pakcik akan cerita pasal satu golongan yang bertanggungjawab membersihkan hati orang lain.

diorang ni terbahagi kepada beberapa level, mengikut pengalaman dan taqwa yang Allah beri kepada mereka. paling ramai adalah beginners dimana mereka terdiri dari orang baru dan orang lama yang sejuk dan dah berapa kali dah dok start dari mula dan dok di takuk tuuu jer.

paling cool golongan intermediate yang buat semua kerja. diorang ni biasanya golongan yang sedang nak naik. Gila respek dengan semangat dan kekobaran mereka ni bila dibandingkan dengan diri pakcik yang hinerdiner ni. pakcik suka lepak dengan diorang sebab diorang ni turun padang (kalau bukan memang diorang dok melepak dalam padang tu) dan masak dengan trend dan kancah dunia di luar sana. Merekalah yang paling layak nak memberikan usul bila mesyuarat nak buat apa lepas ni. Coollah diorang ni. Semangat dia, tu.

Kat atas golongan ni adalah think thankers. Mereka ni biasanya terdiri dari golongan intermediate tadi yang DIPILIH oleh think tankers yang lain melalui mesyuarat dan analisa yang ketat. Diorang ni yang selalu merujuk AQnS setiap pendapat dan pegangan pergerakan mereka ini dalam memastikan bahawa ia dilaksanakan melalui cara yang ditunjukkan oleh Baginda SAW.

Dan kat atas dia pulak adalah decision makers. Shot callers. Aku tak paham part ni. Kita biarkan dulu.


Kembali kepada topik, hati yang dah kotor masih boleh dibersihkan. Jika kita umpamakan hati itu ialah seketul besi, dosa dan kemungkaran itu digambarkan dengan karat yang melekat pada permukaan besi tersebut.

Cara cepat nak bersihkan ialah pakai grinder. Tukar pakai mata berus dawai tu dan lanyak sampai berkilat. Tapi bila dah grind style camni, besi tu kenalah salut dengan minyak. Sebab grinding process tadi melukakan permukaannya. kita taruk minyak sama itu luka. Nak manja pakai minyak Singer. Nak safe cost, pakai minyak 2T atau minyak hitam pun buleh juger.

Cara manja sikit pakai kertas pasir. Kasi gosok itu karat. Karat yang kasar kita kikis pakai screwdriver atau penyodok burger. Kasi clear. Lepas tu kita gosok pakai kertas kasar. Dah nampak besi, kita gosok pakai halooossss. Kasi nampak macam cermin. Kalau pakai kertas haluus giler, silap-silap takyah nak cover dengan minyak lepas habis. Kilat tahan pun lebih lama. Pastu taruk itu besi dalam kertas sokkabar ke apa dan taruk dalam kotak. Kalau nak display, jangan lupa taruk secawan thirstyhyppo liquid kat sebelah.


Itu kalau besi tu dok diam-diam.

Cabarannya kepada golongan yang pakcik sebutkan masa termengarut tadi ialah bila besi yang nak dibersihkan tu, taknak dok diam-diam. Bila kita bang, dia datang, dia semayang. Bila kita nak pegang, dia terbang. Liat sungguh. Bukan apa. Dia ni nampaknya bergelumang tah kat mana ntah sebelum datang semayang ni tadi. Dan dia datang dalam kekotoran. Takperlah. Besok dia datang nak semayang dalam kekotoran semalam, ditambah dengan kekotoran dek gelumangannya pada hari itu pula. Maka terganggulah kesucian persembahan kita semua kepada Nya. Dan ini tak boleh pakcik biarkan.

Bukanlah bermakna kalau camtu yang mungkar-mungkar tu takyah datang ke masjid. Datanglah. Kami galakkan datang. Bahkan untuk golongan kamulah pakcik di sini. Tapi bila dah datang, ambil bahagian dalam program-program pembersihan. Support la. Paling kurang pun turut sama menyertai atau mempromosikan program pembersihan. Barulah proses pembersihan itu berjalan. Barulah tiap kali kita datang buat persembahan bila Dia memanggil, kita ada peningkatan. Bukannya makin kotor dan makin kotor.

Dan pakcik juga nak mintak maaf. Sebab kengkadang, bila dah jadi jawatankuasa atau 'jemaah' ni, kita ada rasa perasaan laa sikit. Ownership. Kengkadang tu memang tersasul tersalah perkataan, termendada melangkah di saf atau terasa macam masjid ni ana yang punya. Biasalah. Orang buat kerja akan rasa macam bagus. Itu lebih baik pada pakcik daripada orang yang diberi amanah tapi senyap dan tak buat apa-apa.

Akhir sekali pakcik doakan semoga kita semua dapat berjumpa lagi di Jumaat yang depan dan Jumaat-Jumaat yang seterusnya. Amin, warabbul alamin.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails