Tuesday, October 11, 2011

Pusing-Pusing

Walaupun kita tahu, kita hanya berlegar,
itu bukan alasan untuk berhenti
Jika difikirkan, macam tiada guna atau sudahnya. Pagi bermula dengan suci dan tawadhuk, masih lagi seorang Islam. Masuk jer waktu dhuha, ternyata kekafirannya sebab tak solat subuh tadi. Dan akibat dah terbuka syahadah, tentera setan masuk dan menggodam hati dan perspektif agar kita inclined ke arah kemungkaran. Kita terus menerus melakukan dosa, menghitamkan lagi hati sehingga ke petang.

Bila petang, kita terlepas pula waktu zuhur setelah masuknya waktu Asar. Hitam debu yang melekat atas hati tadi sepanjang tengahari, telah di seal dengan hitam pekat dek meninggalkan solat fardhu. By this time, kita makin mungkar sampaikan perkara yang dosa pun rasa macam OK dan make sense ajer. Macam pakai baju ketat, seluar pendek atau berpegangan tangan sesama bukan muhrim. Kita bantai main bola. Atau ke taman permainan untuk berjoging sambil cuci mata.

Maghrib dilepaskan atas alasan badan penat. Isyak dilewatkan atas pengetahuan yang waktu Isyak panjang. Kita leka dalam urusan nafsu dan duniawi kita. Dan kita terus menerus sebegini. Hinggalah pada satu hari, tuhan memberi peringatan berupa bala atau sesuatu kematian yang kita saksi atau dengari. Ada yang mengambil iktibar. Ada yang tak rasa apa-apa. Ada juga yang membuat lawak pasal kematian. Dan tatkala yang mengetahui, buat-buat tak tahu tentang kemungkaran yang berlaku di depan matanya, maka terundanglah bala. Semua dilempang, diterajang dan diberi peringatan bahawa hari semakin tua, hati semakin hitam, dan kita semakin kesuntukan masa.

Bagi yang beruntung, maka sebelum tidur, mereka bermuhasabah. Memikirkan kembali apa yang telah mereka lakukan sepanjang hari. Bermula dengan suci dan murni diwaktu pagi, kini kita terbaring mengadap siling dalam kemungkaran dan dosa. Bahkan syahdah juga kali terakhir kita perbaharui ialah pada malam semalam.

Ayuh! Tatkala sudah tersedar akan saat itu, bingkaslah bangun dari pembaringan. Terjahlah saja kesejukan malam untuk membersihkan diri. Berwudhuk. Dan kembalilah bersujud memohon keampunan dari Nya di sepertiga malam. Sesungguhnya Dia, ternanti-nanti kepulangan mu...


Tidur.


Esoknya buat lagi.




Dan perkara ini berlarutan selama seminggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun.
Dah 30 tahun aku jadi seorang Islam. Dan aku masih lagi tidak berganjak dari sekadar seorang Islam. Pagi Islam, petang kapir. Petang Islam, malam kapir. Aku tak suka keadaan ini. Aku benci dengan keadaan spiritualiti aku.



No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails