Wednesday, March 30, 2011

Apa sumbangan anda?





Dua bulan lepas, aku sedang menunggu giliranku untuk diambil keterangan sebab ada roadblock. Di depanku ada seorang pakcik yang sedang merayu-rayu kepada abang polis tu. Ceritanya pakcik tu, lampu keretanya tak menyala. Dan akibat dari itu, dia perlu didenda. Pakcik tu mintak jasa baik polis agar lepaskan dia sebab dia bukan taknak tukar lampu, tapi duit pun takde. Kalau ada duit, tentu dah dia tukarkan sekali tayar spare yang dia dok guna sejak setahun lalu. Dah botak dah bunganya. Aku tak sampai hati, lepas habis roadblock, aku dekati beliau dan kosongkan walletku untuk membantu pakcik tu. Beliau berhenti menangis sebelum memelukku macam anaknya sendiri.


Sebulan lepas, aku sedang melawat sebuah hospital. Saja nak tarbiah akhlak. Aku bawak hamper hasil keuntungan projek terbaruku. Aku niat nak kasi kat budak-budak kecik. Kebetulan aku terjumpa dengan kawanku yang baru menyambut kelahiran anak baru. Kami melawat isterinya. Dari tempat isterinya, aku terdengar kisah-kisah sedih yang sedang dibualkan di katil sebelah. Rupanya, akak kat sebelah tu, beranak anak pertama dan suaminya tak dapat datang sebab bekerja. Bila aku selidiki, rupanya akak tu dah kena cerai dan sekarang dia sebatang kara. Mak bapak dia dah takde. Masalahnya takde sapa yang percayakan dia nak tolong dia. Semua orang pikir dia ni beranakkan anak haram. Kawan aku dan aku mengambil keputusan untuk mengambil tahu. Alhamdulillah, sekarang akak tu dah kembali semula dengan suaminya.


Dua minggu lepas, aku sedang menunggu budak-budakku kembali dari kedai harware. Kami sedang memasang sengkuap di kawasan kediaman yang macam tempat orang kaya-kaya. Sedang aku melepak tu, aku terdengar orang dari rumah sebelah bergaduh. Aku tak tau apa titik butir pergaduhan tapi aku pasti ia berkenaan dengan duit. Aku terpikir; jika orang kaya macam ni pun boleh gaduh pasal duit, apatah lagi orang-orang kampungku atau orang-orang yang dok bergelendangan di bandar-bandar besar?


Dan pada hari Isnin lepas, akhbar-akhbar menunjukkan betapa berkesannya program transformasi yang telah dijalankan. Yang aku lihat, indeks magnitud jenayah, pilihanraya kecil dan harga barang saja yang semakin meningkat. Ruang beza antara kaya dan miskin semakin terasa, mengakibatkan ketidakpuas-hatian dikalangan rakyat. Ahli politik sibuk berkempen walau parlimen belum dibubar. Ahli agama pula sibuk dengan hal furuk walhal hal tauhid terang-terang diambang bahaya. Dan semua ini, bukannya aku risaukan untuk kita yang dah tua ni.



Berubahlah! Atau mengubahlah! Hidup ini sementara untuk kita habiskan semuanya untuk diri kita sahaja. Jika kita tidak membantu sekarang, jangan marahkan dunia bila kita tidak dibantu bila memerlukan nantik. 
Ingat! Dunia bukan semakin baik. Maka sebagai persediaan, tanamlah modal sebanyak-banyaknya dalam saham Allah.

2 comments:

Pena Marhaen said...

hmm..manusia makin kurang budi bicara dan lebih sibuk hal dunia yg melalaikan..

untunglah kau masih ada sifat2 manusiawi yg suka membantu dan bukan membatu.

Irwan said...

membatu jugak...bila takde fulusnyer

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails