Dan apabila aku telah dijadikan, maka semua pengetahuan tentangku sudah ada di sisi Allah. Allah sudah menetapkan ajal, rezeki, jodoh, untung rugi cerita aku. Dan semua yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik. Allah Yang Maha Mengetahui. Cuma aku ajer, sebagai makhluk yang diberikan segala kelebihan untuk memahami akan kehebatan Allah ini, perlu merebut peluang untuk lebih memahami, supaya aku lebih ikhlas dalam taat kepada Penciptaku. Kerana penciptaanku ini adalah umpama simbolik kemenangan kebaikan mengatasi keburukan. Dalam diriku ada dua unsur utama: baik dan jahat. Tak macam malaikat yang baik-baik saja atau jin yang jahat-jahat saja. Dan kalau aku serve purpose penciptaan aku, maka aku dikira berjaya. Kalau tak, aku dikira tak berjaya.
Tapi itu semua terlalu dalam. Hari semalam ialah hari Isnin. Kalau panjang umur, ada lagi 4 hari sebelum kiamat. Takkan terus nak cerita ituuu jer. Ada sedikit masa lagi untuk kita mengubah segala-gala ini. Caranya mudah: kembali kepada kebaikan. Kembali kepada kebenaran. Apa maksudnya? Aku pun tak tau. Aku menyampaikan ajer. Jomlah sesama, kita hambik tauu..
No comments:
Post a Comment