Monday, August 2, 2010

Allah Maha Pengasih dan Maha Sabar terhadap manusia

Kompilasi cerita-cerita di bawah ini, disampaikan semula mengikut ingatan aku yang tak seberapa. Jadi, memang ada unsur tokok tambah atau sensasilasi. Apa-apa pun, patutnya sekarang korang dah pandai mengekstrak informasi dari artikel-artikel yang korang baca. Korang mesti pernah baca/dengar cerita-cerita kat bawah ni, jadi untuk mengelakkan korang dibisik oleh setan dengan angin jemu, aku persembahkan dalam style aku. Jadi, kalau ada salah silap, semuanya sebab aku. Aku yang masuk dalam. Aku taknak heret sapa-sapa sekali. Apa intepretasi korang terhadap apa yang korang nampak/paham, aku hargai sebab tak semua orang lihat mug itu dari arah yang sama (sila baca Kita, Mug dan Realiti)

cerita 1

Kisah ni berlaku kalau tak silap di zaman Nabi Nuh a.s. Semua orang tau baginda telah hidup lebih kurang 900 tahun berdakwah dan cuma beberapa orang dari kaumnya saja yang beriman. Walaupun Baginda seorang Rasul, baginda juga seorang manusia yang ada tahap kesabarannya. Ada satu masa, baginda telah betul-betul fedap dengan perangai kaumnya yang dah lah taknak beriman, mengejek-ngejek pulak lagi. Iktibar yang kita dapat dari sini ialah: kalau korang taknak ikut pun nasihat agama yang korang dengar tu, jangan kutuk-kutuk. Kenapa? Sebab Nabi Nuh a.s telah terkesan dengan kutukan dan ejekan dan akibatnya, baginda telah berdoa agar tuhan turunkan bala ke atas kaumnya sebagai balasan. Dan doa para rasul ni makbul. Tapi Allah itu Maha Hikmah. Apa yang Allah buat?
Allah perintahkan baginda mengumpul tanah liat untuk dibuat tembikar. Dan tanah liat tu pulak, kena tanah liat special. Kena ambik sikit dari puncak gunung lah, ambik sikit dari lembah itulah, inilah. Dan bila dah susah payah, Nabi Nuh a.s pun berjaya mengumpulkan tanah liat ini dan memulakan pembuatan tembikarnya.
Baginda dah buat banyak tembikar. Biaser arr. Kena buat prototype dulu, sebelum buat yang final, yang cantekk punya untuk dipersembahkan kepada Allah. Berpuluh-puluh tembikar baginda dah buat dan aku terbayang yang seluruh halaman rumah baginda dipenuhi dengan tembikar pelbagai bentuk. Akhirnya, siaplah tembikar killer yang baginda nak persembahkan kepada Allah. Baginda dah siap-siap dan baginda bermunajat kepada Allah...
Tapi Allah perintahkan Nabi Nuh a.s pecahkan tembikar cantik yang dipersembahkan itu. Terbayanglah dalam hatinya betapa kesusahannya masa membuat tembikar tadi, dan semua tembikar prototype yang terbiar begitu saja di luar sana. Di saat baginda tengah contemplate nak pecah ke idak tu, Allah telah mengilhamkan dalam diri baginda bahawa begitulah sedikit percikan perasaan Allah bila ada yang berdoa agar orang lain ditimpakan bala.
Nabi Nuh telah faham dan rasa takut dan segera sujud dan bertaubat kepada Allah dan semangat baginda untuk terus menyampaikan risalah kasih sayang dari Allah semakin meningkat, serentak dengan peningkatan pemahamannya tentang tugasnya di dunia ini.


cerita 2

Ada seorang pemuda yang memang dikenali taat kepada ibunya. Seluruh kota mengagumi akan ketaatan pemuda ini. Dikabarkan bahawa sampailah masa untuk pemuda ini menyahut seru (kahwin). Desakan nalurinya dah tak tertanggung sampai dia dah jadi macam separuh bengong. Well, semua orang mabuk bercinta (walaupun takde awek lagi) memang bengong-bengong sikit.
Diceritakan, ada pulak sorang pemudi. Dia ni golongan bangsawan. Dan cerita pemuda yang taat kepada ibu ni, menarik perhatiannya. Tapi dia mahukan pemuda ini untuk dirinya saja. Dia tak mahu ibu pemuda ini menjadi batu penghalang antara cinta dia dengan pemuda ni nantik. Jadi dia turun ke kota untuk menemui pemuda itu.
Dijadikan cerita, pemuda itu memang tengah menjual something kat kota masa awek tu datang. Mata bertentang mata, dan litar menjadi tertutup dan menyalalah lampu. Pemuda kita ni yang dah memang bengong mabuk ghairah, terus jatuh cinta. Awek ni mendekatinya dan berkata, semua yang ada pada diri awek tu akan menjadi miliknya jika pemuda itu membawa kepala ibunya kepada awek tersebut. Mamat bengong ni boleh lurus bendul, naik kuda dia dan balik rumah. Cerita menjadi horror selepas itu dan kita straight forward jer.
Pemuda kita ni pun memegang kepala ibu dia di tangan kirinya dan pergi ke kota semula menaiki kudanya. Dalam perjalanan, nak dijadikan cerita lagi sekali, kuda ni terpijak lubang dan kuda beserta pemuda dan kepala mak dia tadi pun terjatuh. Pemuda tadi jatuh dihempap kuda dan kepala ibunya tadi berguling-guling di tepinya. Allah Yang Maha Hebat telah menghidupkan kembali ibunya. Bila ibunya membuka mata, dia terlihat anaknya sedang dihempap kuda dan dia berkata: "Anakku! Anakku! Kau tak apa apa?"

Jika sebegini sekali seorang ibu menyayangi anak yang telah memenggal kepalanya demi awek tercinta, bayangkanlah Allah yang dikatakan menyayangi manusia itu 70x lebih hebat dari ibu ini...


kongklusii:

Ada banyak lagi cerita tentang kasih sayang Allah terhadap manusia. Banyak lagi bukti bahawa Allah tak berkira sangat dengan manusia. Hingga membuatkan makhluk dari kaum lain jeles dengan kita. Tetapi manusia, yang terdinding dari semua pengetahuan ghaib ini (sebab pilihan mereka sendiri), selalu pikir bukanbukan pasal Allah. Berpikir Allah ni tak patut menjadikan hidup ini sukar bagi orang yang mahukan syurga. Atau mempersoalkan tindakan Allah yang memberi banyak kelebihan duniawi kepada orang kafir. Apa yang kita tau? Apa yang kita paham? Kita tak tau apa-apa pasal Allah atau perbuatan-Nya. So jangan pikir bukan-bukan pasal Allah. Dan kalau ada orang yang cakap bukan-bukan pasal tuhan, kita lempang orang tu ramai-ramai. Kang sebab dek dia, kita semua kena bala pulak.
Tu sebab bila orang kristian nak pakai nama Allah dalam agama diorang, kita tak bagi. Sebab kang tahapa-hapa diorang kata pasal Allah, 1 Malaysia kena bala. Ni golongan yang telah diberikan kitab, pun menyimpang. Ni kan pulak agama yang takde kitab (Sikh, Hindu, lain-lain). Takde sapa tau hakikat pasal tuhan. Tapi yang pasti: tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sebab kalau tuhan beranak, apa bezanya Allah dengan Zeus? Apa bezanya Jesus dalam kristian dengan poseidon atau perseus? Mangkuk ke apa?
Tak cerita lagi yang Isreal, yang murtad, yang sesat...Apa nak jadi ntah kita ni...

Pepehal pun, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, maka jom kita mintak ampun sama-sama sebelum keputusan dibuat. Ada chan lagi ni...

1 comment:

muhamad nazrin said...

entry yg membuatkan sy berfikir kebenaran mesej yg nak disampaikan..benar tulisan2 tuan 2..ALLAHU Rahmanir Rahimm..

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails