Friday, August 6, 2010

Pink Lady


Korang pasti tak perasan dengan isu "Pink Lady" yang diketengahkan dalam Berita Perdana TV3 sejak dua hari ini. Melalui pendedahan TV3, nampak seolah-olah golongan nyah yang berpendidikan tinggi ni, TERPAKSA untuk jadi 'Pink Lady' kerana didesak oleh masyarakat. Kononnya ada pensyarah, jurutera, dan golongan profesional dipecat semata-mata kerana kelembutan mereka. Kerana masyarakat tak dapat terima mereka dalam aras profesional teknikal. Memang diakui, golongan lembut atau yang mengaku gay sekalipun memang handal-handal dan bijak-bijak. Ini kononnya membuktikan bahawa mereka ni adalah sumber manusia yang berharga untuk negara. Dan tindakan memulaukan golongan nyah ini kononnya merugikan negara. Ini yang aku paham dari rentetan 'pendedahan' isu ini yang disiarkan dalam dua bahagian dalam berita selama dua hari.



Kat bawah ni aku kongsikan beberapa perspektif yang dibukakan kepadaku. Aku bagi jugak solusinya sekali. Semoga pandangan ini akan mempengaruhi korang agar jangan bertoleransi dengan kejahilan dan kebodohan. Disamping tu jugak aku nak mengatakan ketidakpuashatian aku terhadap TV3 yang takde beza dengan syarikat broadcasting kat barat yang mementingkan profit, rating dan business survival dari etika dan tanggungjawab sosial. Mengalahkan orang kapir.

Pertama:
Kasihanilah golongan Nyah. Kita memang kesian sebab diorang ni komfius. Tapi penyelesaiannya bukanlah dengan bertoleransi dengan diorang. Sebab ada lelaki yang lembut tapi tak bermakna mereka kena pakai macam pompuan. Ada pompuan yang keras, tapi tak bermakna mereka bebas membuka aurat dan berkelakuan seperti lelaki. Sebab ada lelaki lembut, kawin dengan pompuan lembut jugak dan dapat anak. Vice versa. Kita sebagai manusia ni, kena memastikan keterusan spesis. Itulah sebabnya yang jantan dok subur dan yang pompuan dok menggalakkannn jer. Kalau dah kawin sejenis, spesis tak berkembang, ni dah macam langgar hukum keterusan spesis lantas melanggar hak asasi manusia. Hak anak-anak yang sepatutnya lahir kalau mereka kawin cam orang normal. Dahlah bayi yang lahir dibunuh oleh ibu. Yang sayang anak pula, dibom di Palestin atau mati masa mengandung dek accident. Yang berjaya lahir pulak didera, dijual dan dikerah tenaganya. Memang manusia sedang memupuskan spesis manusia sendiri. Tak citer lagi yang sibuk mengejar cita-cita sampai dah tua dan lupa nak beranak.

Kedua:
Aku tak percaya mereka dipecat sebab mereka lembut. Aku rasa diorang dipecat kerana mereka berpakaian/berkelakuan seperti bukan jantina diorang. Dan benda ni nampak nyata kat lelaki sebab lelaki jarang pakai make-up ke tempat kerja. Model jer yang buat camni. Diorang dipecat kerana orang dah malas nak cover-cover bila mereka ada dalam tandas. Penyelesaian kepada ini ialah dengan jangan berimej seperti bukan jantina anda. Anda kata anda perlu makan, maka anda perlu kerja. Untuk terus bekerja, anda perlu hormati keselesaan rakan sekerja anda yang lain. Biarlah anda seorang yang 'menderita' demi objektif kumpulan. Rakan sekerja anda tak biasa berbincang dengan seorang lelaki yang lebih lawa dari aweknya. Dia tak dapat fokus. Jadi lebih baik anda sorokkan kekeliruan anda itu sementara waktu eight2five tu. Ni tak. Anda ikutkan nafsu anda dengan berenti dan jadi kupu-kupu malam. Kan nyata kena tipu dek nafsu tu? Dalam Islam dah ajar dah...

ketiga:
Isu Pink Lady disiarkan dua hari berturut-turut, pada waktu prima. Ini dah macam indoktrinasi. Dah macam branding. Macam nak mulakan proses toleransi rakyat Malaysia terhadap golongan cross dresser. Akibat dari ini ialah; rakyat Malaysia akan terbahagi kepada 3: Setuju, tak setuju dan ataspagar. Ini bukan isu politik atau mintak pendapat atau sebagainya. Isu golongan "Pink Lady" atau "Cross Dresser" atau "Drag Queen" berkait rapat dengan kekeliruan jantina. Ini isu psikologi yang menyentuh isu agama dan budaya. Dan bila perbincangan secara rasmi, disiar pada waktu prima, maka rasmilah sudah kewujudan golongan ini. Macam isu Jom Heboh dulu. Mula-mula jer heboh. Siap fatwa dah keluar, tapi last-last buat rilekk jer. Siap pandai cover lagi dengan mencampur-adukkan program nasyid atau ceramah atau memulakan konsert dengan doa. Kan terang-terang nak kena, tu? Sekali lagi perlaksanaan hukum syariah dipersoalkan. Kita persoalkan sebab mereka dapat gaji. Ni balik-balik orang yang ikhlas berkhidmat demi rakyat macam ahli politik pulak yang mula-mula bersuara. Yang kapir pulak tu! Program default dalam kepala hotak kita ialah menolak penukaran jantina dan hubungan sejenis. Dan semua gaya hidup tadi, menjurus ke arah ini. Akan ada yang berkata "bukan semua cross-dresser itu gay dan bukan semua gay itu amal free sex" tapi buat apa ambik risiko? Pak Imam pun takbley tahan tengok paha bini orang, inikan pula abang-abang berhalkum yang kesunyian main joget-joget sambil pakai cam arnab seksi ni? kongklusinya ialah kita menolak pekerjaan ini dan menasihatkan golongan ini agar berkelakuanlah seperti yang termaktub dek alat kelamin diorang. Berpakaian seperti bukan jantina tu memang tak boleh dalam Islam.

keempat:
Amendala TV3. TV3 ni dah jadi macam pengiklan "As seen on TV". Tak cukup dengan membuat duit dengan iklan, menghalalkan karnival "Jom Heboh", atau mempromosikan skandal, ni diorang dah macam nak menjadi suara kepada golongan nyah pulak. Kalau ye pun dapat order dari 'ehhem-ehhem' untuk divert perhatian aku dari isu yang sepatutnya aku pikirkan, janganlah sampai memperolok-olokkan kewalian aku pulak. Seperti biasa, aku bagi warning: pihak TV3 baik shape-up dan sedar balik awak tu sapa. Jangan ingat back-up korang tu hebat sangat sampai korang boleh buat apa yang korang suka. Tapis dulu sebelum siar. Sebagai hukuman kepada isu ini, kitorang diperintahkan untuk terbalikkan dunia korang. Ni kira ringan ni. Kalau tidak tadi...

kelima:
Kepada "ehhem-ehhem": TV3 dah sampai ke tahap yang diperlukan. Kumpulan ni pun dah matang dan jelas dengan apa yang mereka perlu buat untuk mengekalkan tahap tersebut. Jadi, dah sampai masa kita tukar kepalanya dengan orang yang nampak macam warak-warak sikit. Sebab Malaysia perlukan peningkatan dalam nilai murni dan ini hanya dapat dicapai dengan meningkatkan tahap hukum syariah Malaysia ke arah kewarakan. Seperti biasa, hantar kuda liar dari Rembau untuk menghangatkan suasana, lepas tu mesti ramai yang kecoh. Dapat satu lagi diversion bonus, sementara menunggu PRU 13. TV3 pasti terjerat dengan isu ini. Ini sudah cukup sebagai sebab untuk menukar kepala tersebut agar aktiviti branding (dengan imej baru) dapat diteruskan. Pujuk semula kepala yang dipenggal tadi dengan memberikan tugasan yang lebih mencabar sebab nampaknya dia ni ada kebolehan. Kan win-win tu?


Kongklusi:

Awasilah apa yang anda lihat, baca, dengar dan paham. Dapatkan pendapat yang pelbagai. Jangan cepat menghukum macam aku. Aku wali, takpe. Dan awasi juga kewujudan pelbagai gaya hidup baru di Malaysia ni. Kalau nak tau budaya tu OK ke idak, cuba anggap budaya ini ada pada anak-anak kita. Dan kalau kita rasa takpe, maka kita pun dah tak OK lah jugak tu. Kena baca suratkhabar, tengok berita, checkout blog. Ambillah tahu. Janganlah sibuk cari duit ajer sampai takde masa nak nikmati dunia yang sementara ni. Dan awasi golongan lembut ni. Jangan layan gaya hidup itu. Bantulah rakan-rakan kita untuk kembali ke jantina nya yang asal. Kerana jika mereka masih belum ditimpa bumi dan masih hidup, sempat lagilah tu...


Wallahua'lam

5 comments:

Zorro Podeh said...

Melalui analisis aku, aku dapati hampir setiap hari ada orang check posting ni.

Aku suspek ni mesti golongan awww...Aku nak nasihatkan kepada korang semua, kembalilahhh. Ni bulan baik ni, Allah kasi discount...Jomlah bertaubatttt

Zila a.k.a Ka-Ching said...

tindakan tv3 mmg xleh blah~
aku ttp xleh terime golongan nyah sbg 1 lg jantina.bukan bermakna aku benci plak diorg ni...cuma aku harap korang2 boleh la balik ke asal..dose besau tuuu..

Irwan said...

Diorang makin menguasai malaysia sekarang...mana-mana pegi pun ada nyah atau pengkid...adussss....

Aizat Hawari said...

salam bro.. dapat kurasakan bahang kemarahan dlm artikel ni.. ok firstly, mengikut pendapat sorang writer dalam magazine di london aku pnh bca dlu, yang anti-maknyah la mamat ni.. dia kata, "do you think how many millions of american wake up oneday and said, i want to be a homosexual?, the answer is yes!". so..benda gejala ni bukanla sebab kita di lahirkan gay/lesbian.. dari sifat dan personality yang diwariskan dlm gene kita ada lah lurus dan ikut fitrah.. mana pnh ada natang jadi gay or lesbian, manusia jek.. sebab kita ada aqal.. itu ruang cukup untuk capai makrifat yang tertinggi atau yang tahap setan durjana.. and secondly bro, ada ke and boleh ke wali mengaku dirinya wali? just asking...jgn marah ya...

Irwan said...

Wali ada level2 dia. Cuma wali yg boleh membimbing saja yg kena declare kewalian. Itupun setelah mendapat perintah dari Dia...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails