Dah pukul tiga setengah pagi. Mata mengantuk. Nak kena bangun awal, esok. Tapi hatiku tak tenteram kerana anak sulungku dijangkiti batuk. Dan selsema. Akibat batukannya, anak keduaku juga terjaga. Dan mereka berganti-ganti merengek, sampaikan ahliyaku dan aku naik lembik.
Setelah mereka reda, sambil menggosokgosok belakang anak-anakku, aku termenung.
Agaknya beginilah keadaan aku.
Masa sihat, aku main tak ingat dunia. Panjat sini. Lompat sana. Bila time makan, aku nak makan dan minum cam orang dewasa. Nak makan yang pedas pedas. Bila lidah dah terbakar, nak minum air sejuk pula. Aku teguk sampai habis. Kemudian, belum sempat cuci mulut, aku terus keluar rumah sambung bermain.
Bila time makan ubat, aku liat. Ubat yang dipaksa masuk, aku luahkan semula sehingga menyusahkan ummiku mengelap lantai yang baru dimopnya. Mengotorkan baju yang baru disarungkan padaku. Dan bila tukar baju baru, aku takmau baju lengan panjang. Aku nak pakai yang lengan pendek sebab aku tak suka panas-panas masa tidor. Kalau boleh, aku nak tidor tak berbaju cam Abi.
Dan bila time tidorku terganggu dek ketidaksedapan badanku, aku merengek-rengek. Pernafasanku tersekat sebab hidungku tersumbat. Tapi jemari dan tangan yang nak menyapu hingusku ku tepis dan aku bergolek ke hujung katil melarikan diri. Dan bila bahagian ini hilang sejuknya, aku merengek dan bergolek lagi ke bahagian yang lain pula.
Kesian Abi dan Ummi yang menjagaku. Begitu sabar dan gigih mereka memastikan aku dapat tidur lena, sedangkan selsema dan batuk itu, berpunca dari kedegilanku mematuhi larangan.
.
.
.
Aku berharap si Dia, Yang Menjagaku selama ini, mengampunkan ku. Kerana aku tahu. Dia lebih sayangkanku. Lebih dari kasih sayangku terhadap anak-anakku...
Selamat Tahun Baru.
7 comments:
kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah tiada belah-bagi!
kasihannnn ayahhhh
Begitu naluri sebenar kasih sayang antara manusia, lebih2 lagi yang mempunyai pertalian darah...
Tapi heran... masih ada yang buang anak.
tahniah buat ibubapa yg sabar membesarkan anak2
salam.. bese la tu. ade ibu bapa yg nak kan anak tapi xde rezeki lagi tapi ni lain pula kisahnya. kasihannnn ayahhhh.. heh3..
hahaha...kasihannnn ayahhhhh
mesti ayah tersebut tak cukup tido kan? tapi dia masih ada masa nak update blog.cayalaa..
Post a Comment