sambungan dari sini
Pendek kata, blog ini menganjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka MENGUBAH PEPATAH itu kepada 'Teguk yang jernih, tinggalkan yang keruh'. Pendekatan ini diharapkan agar mengubah masyarakat Malaysia agar lebih memandang kebaikan daripada bersifat over-critical terhadap perbuatan orang lain. Pernyataan ini secara subliminalnya mengatakan bahawa kami menyokong dengan katakata kerajaan ke arah kesederhanaan dan toleransi (dalam hal keharmonian kaum, yakni interaksi antara manusia seperti yang kita katakan dimula artikel)
Secara lojikanya juga, kita akan hanya fokus pada air teh yang nak diteguk, sambil memaintain dan mengimbangi jemari akibat gelas yang panas, serta memastikan mendak teh kekal di bawah permukaan hirupan kita. Ini ialah hujah dari sudut jika kita samakan pepatah itu dalam perihal meminum minuman teh yang panas.
Kerana di waktu huru hara di akhir zaman ini, kita kaum manusia tak usah membuang masa dengan bercakaran dan menuding jari akibat tahi ayam di lantai rumah jiran, daripada memfokuskan kepada menjaga pintu rumah atau memastikan ayam kita tak masuk rumah orang dan berak sesuka hati. Kita kena tak kisah sangat dengan kelemahan saudara kita, dan menumpukan kepada eksploitasi akan kelebihannya. Kerana kita hanya ada kita. Kita tak dapat nak berada di Padang Besar, Perlis dan di Tambak Johor, Johor pada masa yang sama. Kita kena BERSEDIA. Oleh yang demikian, lebih baik kita rakyat Malaysia TEGUK AJER YANG JERNIH, TINGGALKAN YANG KERUH duludulu tu dan berpadu tenaga demi menghalang tsunami, gempa bumi, banjir, inflasi, dan EVIL yang semakin menunjukkan taringnya...
"Haduiii...Poning kopalo den..." kata brader bus stand.
7 comments:
scuba, firstly nak request.bleh tak kau jadikan kotak kekomen ni pop-up?senang nak komen sambil refer balik kat entry...huuu..serius btol nak mengomen
rasanya faham kot mesej yg kau nak dismpaikan dlm entry ni.all apologies atas apa yg berlaku dlm tukangkomen.itu yg leceh bila gene emo terlebih dalam badan
emo tu bagus. in fact, dalam menghafal, kita lagi senang nak ingat benda yang kita associatekan dengan emo. Sebab tu benda yang kekal dalam memori kita ni adalah benda yang ada kena mengena dengan emosi...Cuma jangan layan sangat..KITA kawal EMO, bukan ELMO kawal kita..eh? Elmo?
elmo?hahahh...aku lebih suka elmo dari cookie monster
jap, sedang blajar meneguk teh panas dgn penuh konsentrasi ni.entry ni sgt relevan untuk semua yg sedang berlaku kat sekeliling kita...patutnya hidangkan je teh panas kat ahli2 DUN yg tgh syok bertelagah tu..hehe
kalau kau nak tolong, cuba kau blogwalk kan atau tinggalkan link entry ni pada budak-budak sindiket soljah, contohnya budak ni: (http://www.hilangpunca.com/).
aku akan buat jugak tapi tahun depan lepas aku balik nantik...
sbb kau dah mention, aku pun nak cakap la...aku dah lama blogwalk entry2 kau, ikut yg sesuai dgn lifestyle dorg, cam kapelhud n lain2.sori, kalau x mintak permission, tp aku tau kau x kesah kan?
baru je usha hilang punca.u better publish ur shit as well.dah baca cerita piala dunia?
belum...memang itulah plan aku dengan siri-siri kewalian sumer ni...
cuma aku risau kalau aku akan dilabel incarnation Ashaari..
dan aku tak tau camner nak publish sebuah buku..
aku ingat nak publish style zine jer lerr...
Post a Comment