Monday, December 27, 2010

PAS for all

Aku baru balik. Dan banyak benda yang aku tak suka dah berlaku kat negara dan bangsa aku ni. Masa aku kat sana aku tak ambik tau sangat walaupun ada orang dok bukak RTM3 pakai henpon. Aku cuba lari dari semua ni sebab aku dalam latihan. Sekarang aku dah balik dan aku rasa menyampah dan rasa macam nak sambung latihan lagi. Tapi tak guna sebab niat dah lari.

Di satu sudut, keadaan politik bangsaku semakin kelakar. Dunia semakin diambang inflasi dengan kenaikan kadar dan magnitud jenayah, serta pelbagai bencana alam yang perlu diuruskan. Tetapi para penguasa dalam negaraku sibuk gaduh pasal adab mesyuarat, pasal tak puas hati sampai berpecah belah, dan tak kurang juga yang sibuk buat tahapa-hapa demi menyelamatkan keadaan spiritual masyarakat Malaysia yang semakin membimbangkan. Yang rakyat pulak semakin suka mempersoalkan dari kekal dalam barisan (bukan barisan nasional), lebih suka mengkritik daripada turut serta, dan ditengah-tengah semua kehuru-haraan, masih ada yang sempat menangguk diair keruh dengan mengambil untung. Maka makin kuatlah pendapatku mengatakan bahawa semua Melayu kena masuk PAS, dan yang dalam PAS, berperangai macam orang Islam.

PAS ajer yang padaku yang memperjuangkan tertegaknya hukum Islam di Malaysia. Dan padaku hukum Islam itu indah. Kita semua tak indah sebab kita belum Islam lagi. Kita mungkin muslim. Tapi belum mukmin. Islam itu ialah agama. Kita ni hanyalah bangsa manusia. Tapi mengatakan kita bukan Islam itu pula salah. Maka sapa yang tahu dia belum Islam, dan mahukan Islam, maka masuklah PAS. Dan bila dah PAS, belajarlah apa itu Islam. Maknanya, yang masuk PAS tak semestinya orang Islam atau Melayu saja.

Dan orang PAS pula sepatutnya sedar, bila awak mengaku PAS dan mahu dikenali sebagai PAS, awak kena bercakap, berperangai dan berpakaian macam orang Islam. Jaga mulut dan jaga akhlak. Tugasnya lagi berat dari jadi mamat tabligh yang sekadar belajar cakap-cakap. Jadi pejuang politik hanyalah untuk orang yang dah sampai tahap ikhlas saja. Sebab mereka berkhidmat untuk negara. Aku tak sanggup. Aku sekadar mengundi ajer.

Orang akan kata aku berpikiran sempit. Aku jumud. Aku ekstrimis. Aku cuma aku. Seorang Melayu yang tak guna. Tapi aku mahukan perubahan.

Perubahan dari aku yang muslim kepada mukmin.

Perubahan daripada perpecahan kesekularan kepada perpaduan akan ketauhidan.

Dan menurut pandanganku yang terbatas ini, yang ada cuma PAS.

Aku suka apa yang PAS buat kat Kelantan kerana maju padaku bukanlah kebendaan. Aku tahu dunia ini sementara dan akhirat itu abadan abada, tapi dalam peperangan di dunia demokrasi, undi aku itu adalah senjata. Dan aku menyeru kepada golongan majoriti Malaysia, bersatulah di bawah PAS.

Cukuplah dengan main-main setakat hari ini.

8 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

chummy amat berpuas hati dan berbangga menjadi anak kelantan celup.

kelantan sgt maju skang, balik kg 2-3bln sekali, if p jejalan, konpem akan klua perkataan "waaaahh.." spt epik! (pjm word cero)

:) undi adalah rahsia. *tetiba*

Irwan said...

aku masih menunggu lagi sesapa yang akan gunakan keadaan kelantan sebagai kayu ukur 'kemunduran' kerajaan PAS

Al said...

pas?kelantan?

hmmmmm.....

hurmmmm......

ermmmmmm.......

± said...

dari pandangan kabur2 kucing aku yang bukan seorang Kelantanese, PAS nampak cam berjaya berjaya menerapkan pemerintahan berlandaskan islam dan memuaskan hati rakyat yg pelbagai bangsa dan agama di sana (aku cakap camni, sebab PAS masih tetap maintain hingga harini since the first day diorang takeover). bila patung Buddha terbesar di Asia Tenggara di'approved' pembinaannya, aku nampak ini sebagai toleransi kerajaan PAS pada penganut agama tersebut di Kelantan. tapi pihak yg ingin mencari salah sering menjadikan isu ini utk mempersendakan kerajaan PAS Kelantan.

dan aku setuju sangat bila scuba tulis, "...yang dalam PAS, berperangai macam orang Islam". bagi aku, berperangai cam org Islam itu penting sebab men'al-juburi'kan orang lain adalah joke yang sungguh tak kelakar dan menampakkan ketakcerdikan dan kurangnya penghayatan islam pada orang yang berkata-kata itu. ini tak bermakna aku pro mamat kontroversi dgn sodomi tu pulak.

Irwan said...

betul tu dark...

aku masih sedih bila golongan yang BETUL masih tak BETUL dalam berkata-kata.

bak kata somebody dalam blognya yang aku jumpa bebaru ni:

kalau ye pun awak tu dah betul, takyahlah mencarut-carut...

ikut pengalaman aku, kalau kita slam orang lebih-lebih masa orang tu buat salah, silap2 KITA sendiri akan diuji...

zaman sekarang ni Allah main balas cash jer atas dunia...

± said...

noted.
walaupun kau sound in general, aku terperasan dan aku faham. all apologies..again

Irwan said...

dan ini quoted from a somebody I met recently:

"most of us moslem are being punished for what we've said..."

± said...

then I guess maybe sometimes one (the example is me)should just shut up and listen. let the few do the ‘talking’, who are well equipped, mentally and emotionally stable

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails