Gambar ni ada nasihat yang bagus. Tapi camana nak melaksanakannya? |
Pagi tadi semasa menghantar ahliyaku ke tempat kerja, kami mendengar radio IKIM, rancangan Motivasi Pagi, macam biasa. Dan kepada yang tak biasa, rancangan ini menjemput para motivator untuk memberikan ransangan selama 15 minit agar para pendengar termotivasi untuk meneruskan hidup atau bekerja untuk hari ini.
Radio IKIM ni semakin popular kerana banyak rancangan yang dipaparkan dalam slotnya yang ilmiah dan bagus untuk rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Disamping itu juga IKIM.FM merupakan escapisme daripada stesen radio yang lain yang lebih menumpukan kepada konsep hiburan. Aku sokong radio ni dan setiap bulan Ramadhan, semua channel radio dalam kereta aku akan aku tune ke arah IKIM.
Tapi motivator pagi tadi betul-betul buatkan aku termotivasi nak mengomen.
Hari ini beliau menceritakan pasal jangan jadi malas dengan kaedah meletakkan 'harapan' dan 'tahap penerimaan' dalam berusaha. Cuma contoh-contoh yang dia paparkan, ikon yang dia jadikan sandaran dalam hujahnya, takde sorang pun yang Islam. Donald Trump, Bill Gates dan Barack Obama. Pada aku, Donald Trump hanyalah seorang yang got lucky. Bill Gates pulak padaku ialah seorang manipulator yang telah menyedut segala kelebihan Steve Jobs. Barack Obama pulak dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi sebab dari kecik lagi dia dah bercita-cita nak jadi Presiden Amerika. Pada aku, mamat motivator tu lebih menumpukan konsep 'berjaya' nya kepada kejayaan dalam dunia. Takde sorang pun Sahabat atau Ulama lama atau pejuang Islam yang di promonya.
Ini pula pandangan aku.
Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk beriman. Percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Percaya bahaya perjalanan kita setelah kita diciptakan, tidak terhad kepada kehidupan di atas muka bumi saja. Baginda SAW diutuskan untuk membawa fikir risau manusia dari dunia yang sempit kepada akhirat yang luas. Kenapa?
Ingat lagi tak zaman kita ambik UPSR? PAda masa tu, exam UPSR itulah masalah paling besar dalam hidup kita. Kemudian, masa kita nak kena ambik PMR/SRP pulak, exam itulah masalah yang paling besar dalam hidup kita. Samalah juga masa nak ambik SPM. Dan masa kita ambik SPM, PMR tu dah rasa cam cikai jer. Dah rasa macam senang dan takde hal ajer. Kat sini kita lihat, masalah duniawi kita yang satu masa dulu kita rasa paling besar, sebenarnya taklah sebesar mana pun setelah kita melihatnya dari luar.
Bila tujuan hidup berkisar hanya dengan kehidupan dunia, maka kita rasa itulah masalah kita yang paling besar. Nak cari rezeki, nak bina keluarga. Nak buat retirement plan. Maka fikir risau dan masa kita akan banyak tertumpu kepada 'masalah besar' itu. Tapi bila masalah besar itu kita sandarkan kepada kehidupan akhirat, maka masalah duniawi ini tak akan memberi kesan kepada kita. Barulah betul konsep 'dunia ini hanyalah gurauan' yang selalu kita dengar dari budak-budak tabligh. Dengan cara ini, bila kita berdepan dengan masalah dalam hidup kita, kita tak kalut. Kita tak panik. Dan otak yang berfikir mencari solusi akan menghasilkan solusi yang lebih baik jika otak itu berada dalam keadaan tenang.
Dan aku rasa, ramai orang Islam tahu bahawa meletakkan harapan kepada makhluk atau kejayaan di dunia, hanya akan membawa kepada kekecewaan dan kekosongan. Berada di tempat kekuasaan bukan berjaya. Kaya bukan berjaya. Tetapi mendapat keredhaan Allah itulah kejayaan. Mendapat kata-kata yang baik setelah mati itulah tanda berjaya. Donalad Trump yang terrer dalam deal itu pun kena fired kat bini dia. Berjaya kebendanya?
Aku taktaulah sama ada mamat motivator tu tersalah pilih ikon atau apa. Tapi kita di sebelah sini, yang susah payah nak larikan anak-anak kita dari mengidolakan otromen atau Bill Gates kepada mengidolakan para Nabi dan Sahabat, amatlah terasa dengan hujah yang diketengahkannya. Kerana anak-anak akan mepersoalkan keadaan hidup para sahabat yang serba kekurangan dari sudut duniawinya. Macam Abu Bakar r.a dan Khadijah yang wafat dalam keadaan miskin sedangkan mereka sebelum Islam adalah kaya raya. Macam Ali dan Umar yang mati dibunuh sedangkan semua tahu dua sahabat ini adalah pejuang yang bengis dalam mempertahankan agama Islam.
Aku tak suka dengan motivator pagi tadi. Dan aku risaukan apa dah jadi kepada budak-budak yang telah dimotivasikannya selama ini. Mungkin aku yang salah faham. Mungkin sambal nasi lemak pagi tadi pedas sangat. Tapi yang pasti, Radio Institut Kefahaman ISLAM Malaysia kena check sapa yang mereka jemput sebagai penceramah agar KEFAHAMAN orang Islam tak lari. Jangan main sebat ajer.
5 comments:
nampaknya pasni pagi2 bleh try ubah tuning ke IKIM lak.dah lama x dengar,tapi bass dia cam high sgt la...bila dorg ckp dengar cam berdengung
tak bleh komen byk sbb x penah lg dengar rancangan Motivasi Pagi nih.
cuma apa yg aku nampak skrg,ramai yg anggap mencapai matlamat ekonomi kat dunia lebih penting.duit adalah everything because u can't do anything without it.
ada sekali tu,lepas kitorang baca blog payabesarpedas,aku berborak dgn sorg kawan.member tu ckp,pelik kan geng tabligh ni,kadang tu aku tgk dorang keje biasa2 je,tp bleh pegi ke sana sini dalam luar negara utk berdakwah.banyaknya duit diorang!!
aku tersenyum jer...aku balas balik,bila diorang berjuang di jalan Allah rezeki tu akan datang dari berbagai cara.terus aku tunjuk link CERITA AGAMA tentang karkun bawak kantung yg x penah kering duit tu
jom dengar radio islam nusantara.
lama x dgr radio ikim... radio islam nusantara ade la gak dgr kat laptop ni.. dua2 radio tentang agama Allah.. tp 'motivator2' nya mmg lain isi yg disampaikan even tho konsepnya sama...
p/s: tingat motivator dtg skolah masa SPM dulu...
dulu..immukmin suka dgr ikim..sampai sanggup beli mini walkman semata-mata nak dengar nasyid ceramah kadang-kadang sampai tertidu dgn walkman..tapi sejak akhir-akhir ini...emm..immukmin dah lama tak dgr ikim..segalanya telah berubah...mmg tak berubah semua tapi sedikit...
nak tahu kenapa ini berubah? sbb ikim mahu menarik lebih ramai lagi golongan muda mudi untuk mendengar saluran ikim...minta maaf immukmin mmg dah lama tidak mendengar ikim..so kalu nak komen banyak2 pun tak boleh..tetapi ..dgn tran perubahan lagu nasyid..yang sekarang agak..rock...itu tidak menjadi masalah..kerana..masih dalam skop dakwah...ok..itu immukmin..boleh terima..
tapi setelah membaca entri blog paya besar pedas..tadi..immukmin rasa..sekarang pemikiran para motivator ke arah apa yg dia nampak..dia nampak so itu yang dia akan beri tahu. kalu nak salahkan motivator mengamabil org bukan islam sebagai idol pun tak boleh kerana...jelas nampak kejayaan...
tetapi jika IkIM mahu melahirakn anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat..sepatutunya...IKIM memilih motivator di kalangan org yg bijak dalam akidah,syariat dan ilmu yang lain juga..supaya motivator yang dipilih dapat menrepkan perasaan sayangkan agama islam..dan yg penting motivator itu.dan.menjadikan para sahabt dan Rasul sbg..idol... motivator yang dipilih juga perlulah menjadi seorang yang suka membaca...membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan sebainya jika dia di tugaskan untuk mengendalikan program di radio (dakwah).. sepatutnya dia banyak membacaan bacaan yang berkaitan dgn islam.
islam satu agama yang amat menekankan ttg ilmu..dan ramai lag para ilmuan kita yang berjaya..seperti ibnu sina..dan kini kitabnya menjadi rujukan para doktor dan siswazah..dalam bindang perubatan..kita ada khawarizmi yang mencipta algibra.. kenapa para motivator cenderong kepada barat...
sebab dalam subjek kaunseling..ada satu subjek yang di panggil thinking skills..dan dalam silibus subjek itu ada chapter ttg..7 keistimewaan yg ada pada manusia... dan kebanykaan contoh yang diberi adalah dikalangan orang-orang barat..jadi para motivator telah di didik untuk mengaggukan manusia barat dari zaman diorang belajar lagi...serius kami budak u pun kita ambik subjek tu..sbb subjek..wajib...jadi u kat malayia ni..tidak langsung menekankan subjek agama..malah tiada subjek agama..sbb tu ramai pelajar universiti yang sesat dalam terang...
betul kata irwan....immukmin sokong apa yg irwan cakap..sepatutnya..IKIM kaji semula dan memilih motivator yang betul-betul boleh mendidik seorang islam itu menjadi betul2 islam...bukan islam botox...
wallahualm
pergh..i'm mukmin memang betul betul skizo...
saya tak setuju dengan pendekatan IKIM yang menge rock kan diri sebab nak tarik budak muda. Ni dah jadi macam gereja dah...
Samalah macam cerita dakwah Muharram kat RTM3 haritu.
Apa yang kita kena buat nak tarik muda remaja ialah memahami jiwa mereka. Bukan JADI mereka. Atau menegrock sama dengan mereka.
Abis tu, kalau nak dakwah orang non muslim, kenalah pakai cam orang non muslim tu? Kena pakai beanies dan hooded nak tarik rappers? Nope. We should not sell out! Pada aku, IKIM sendiri DAH TAK PAHAM ISLAM.
Aku salahkan diri aku sendiri sebab tak komen diorang awal-awal..Takper. Aku pun baru balik ni. Siap laaa ...
Post a Comment