Thursday, March 3, 2011

Ikhlas


Satu masa dulu, seorang Ustaz mengongsikan pengalamannya di serang heart attack. Klimaks cerita beliau adalah masa beliau terfikir bahawa ajalnya sudah sampai. Beliau mengira-ngira, apakah amalan ikhlas yang nak dibawanya berjumpa TUHAN kita.

Adakah solat-solatnya yang compang camping?
Adakah puasanya yang berlubang-lubang?
Atau adakah sedekahnya setiap Jumaat?

Beliau, sebagai seorang tokoh pembimbing yang dipandang tinggi, sebagai ketua dalam majlis zikir tarekat mingguan kami, sebagai seorang yang berserban dan berjubah ke sana ke mari, TIDAK DAPAT PIKIRKAN SATU AMALAN IKHLAS pun yang layak nak dibawa ke sana nanti. Dan kata-katanya memberikan kesan kepada saya.

......

Sejak dari hari itu, saya dah tak ikut lagi Ustaz tu. Saya lebih sibuk dalam memastikan bahawa dalam seminggu, saya mesti buat sesuatu yang IKHLAS.

Ada ikhlas saya tu masih lagi di tahap mengharapkan faedah duniawi (sedekah memurahkan rezeki)
Ada yang di tahap mengharapkan faedah di akhirat (bacaan Al-Quran, solat sunat, zikir)
Masih belum sampai lagi di tahap tak harapkan apa-apa. Tapi masih belajar lagi nak amalkannya.

Dah dekat 2 tahun dah. Dan selama itu, belum lagi saya jumpa amalan saya yang betul-betul ikhlas:
Kalau niat dah ikhlas, perlaksanaan pulak ada unsur riak.
Kalau niat dan pelaksanaan dah OK, bila dah buat pulak ada ujub.
Dan ada jugak sekali-sekala (setelah sekian lamanya) tercakap amalan tu kat orang (terus habis semua).


.................

Dan semalam, semasa saya sedang menunggu ahliya tercinta pulang dari tempat kerjanya, saya terdengar satu pertelingkahan antara seorang anak dan ibunya. Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenyataan dari ibunya:


"Mak dah jaga kau dari kecik, camni kau balas budi mak?"

...................

(nak kena pergi tanya Ustaz itu kembali, nampaknya...)

15 comments:

Gen Fujita said...

No comment. Aku entry-entry yang membuatkan aku berfikir mendalam macam ni memang aku tak tau nak cakap apa. :)

mera zati M.z said...

:)

Irwan said...

ntahlah. ikhlas ni satu topik yg sangat abstract

Adinda Amy Sensei said...

ikhlas ni macam sekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap gelita...

:)

Irwan said...

itulah...andainya ada lampu...

~* chirpy_chummy *~ said...

ikhlas? setuju btol dgn ur words kt entry ni. kita igt kita ikhlas, tp kita masih mengharapkan sesuatu - dunia or akhirat. kalo x mengharapkan ape pn, nnt esok2, terbukak mulut plak cter kt orang. langsong xde ikhlasnya..

nnt kalo jupe cara nk ikhlas, tlg share ye.tq.

Irwan said...

"insya Allah...ada jalannn nyaaaaa"

intan.maisarah said...

haih.. ikhlas kah saya?

Irwan said...

dah mati kot, baru tau ikhlas tak ikhlas...tapi otai2 cakap. kita bley tau kalau kita ikhlas

una berry said...

teringat lagu,
Jika Surga dan Neraka Tak Pernah Ada.
selama ni kita beribadat ikhlas semata2 kerana Allah atau cuma mengharapkan balasan syurga dan takut nak masuk neraka.
hurm~

Irwan said...

Cik Una, terima kasih. Tapi tingkatan ikhlas itu ada tiga. Syukurlah jika kita tersenarai, walau yang paling bawah...

~Princess Tieyka~ said...

uhhh, sungguh menyentuh hati :)

Irwan said...

itulah. semalam ceramah kensel pulokkk

Norsha said...

ikhlas ni rahsia kita dengan Allah jelah rasa-rasanya

Irwan said...

Abih tu cik Norsha, takkan dah mati baru nak tau yang kita takde bekalan yang ikhlas yang nak di bawa?

Takkan Allah sebegitu kejam?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails