Thursday, November 25, 2010

RTM tetap TOONGGOOOLLL


Adakah duit cukai yang aku bayar itu digunakan untuk membiayai RTM? Aku anggap jawapannya 'ya'. Maka aku menuntut hakku agar rancangan di RTM di hapahapa kan sebab sekarang ni, RTM tu tahapahapa.

Aku paham, sebuah negara yang majmuk memerlukan agen penyebar maklumat seperti suratkabar, radio dan televisyen. Ini penting untuk align expectation antara pemimpin kepada para rakyat yang berbilang kaum dan tahap pendidikan. Ia juga penting dalam menyampaikan pengumuman rasmi kerajaan dan berita terkini dalam dan luar negara, dari sudut pandangan kerajaan. Jadi kita faham kenapa Utusan dan RTM itu wujud. Aku malas nak ulang sejarah penubuhannya sebab aku malas nak cari.

Dan laksana jabatan lain dalam sebuah kerajaan Najib, mereka juga perlu ada KPI. Selain meletakkan Key Performance Indicator mereka sebagai penyampai, patutnya Jabatan Prestasi Negara (ada, ke?) perlu juga menyukat kepuasan penonton dan peratus penembusan maklumat ke dalam lapisan masyarakat. Tak guna kita buat sebuah channel TV kalau ia hanya ditonton oleh satu kelompok usia atau takde sapa yang komen sama ada penyampaian mesej kerajaan tadi meng indoktrinasi atau tidak. Atau asyik menyiarkan cerita yang tahapahapa. Pendek kata, aku kena tahu, pelaburan aku dalam RTM ada buy back atau tidak

Dalam bahasa pasarnya, aku mahu RTM menyediakan rancangan yang lebih bermutu. RTM2 pernah boom dengan siri Dexter, Eli Stone, atau cerita kungfu cina, satu masa dulu. RTM1 pulak pernah boom masa dia siarkan National Geographic waktu maghrib, dulu. Tapi prestasi ini seolah-olah tidak dijaga. Inikah contoh sebuah badan yang mewakili kerajaan dalam hal media dan hiburan rakyat?

Satusatu benda yang boleh harap ialah siri Forum Perdana. Aku sampai naik saiko dengan suara Farid Ismeth Emir dan rambut mulletnya dalam Dunia Jam 10. Hindustan dan cerita Tamil hujung minggu pun dah tak bermutu.

Dan kini, akhirnya kerajaan telah buat hubungan dengan TV3. Sebab RTM tak berguna. Baik pindahkan ajer Sri Pentas tu ke Angkasapuri. Selama ni pun, orang yang dah nak tua kat TV3, memang akan ke RTM sebab nakkan pencen.


Kalau aku jadi Pengarah RTM lah, aku jamin; mat rempit, nyamuk denggi, samseng jalanan, walhal blogger pun melekat kat TV. Aku akan turut serta dalam membentuk generasi baru Malaysia yang lebih bersatu dan ada identiti macam Korean atau Japanese.
Aku akan salah gunakan siaran RTM yang mudah didapati di sekitar Malaysia ini untuk menguasai pemikiran rakyat. Bagi mereka satu hati semula. Bagi mereka sopan santun dan hormat menghormati pula.

Aku cakap RTM GAGAL dalam tugasnya sebagai media perdana. Samalah macam sokkabar Utusan. Atau Radio RTM yang menghabiskan belanja jutaan ringgit setiap tahun.

p/s: Artikel ini ditulis sambil menyangkung, jadi ayatnya macam tak tersusun dan berbelitbelit. Jangan kisah sangat linguistiknya. Jangan buang masa. Terus pikirkan ajer pointnya dan komen kat bawah ni.

15 comments:

:~:Budak Degil :~: said...

jujur la ckp ni,
mmg jarang sgt bukak tv1..
sebab channel die yang pertame..
suke tgk channel hujung2 je..haha

Irwan said...

Entry ni mungkin represent seluruh penduduk kampung di Malaysia yang hanya dapat TV1-3 ajer. Takde bosster. Takder Asstru.


Tapi pepehal pun, RTM patutnya boleh buat lebih baik lagi. Adakah mereka juga mengamalkan konsep 'low-ball' dalam kerja mereka? Dasar penjawat awam...Makan gaji buta!

alienelliz said...

betul tu..aku sendiri jarang buka RTM ni, kalau buka pun x sampai 1 min, aku terus tukar channel, mungkin dulu org ramai tgk tv 1 sebab kawsn mereka hanya dpt tv 1, tapi kena ingt, zaman makin maju, saluran lain semakin bkembang..tv1 perlu lakukan sesuatu agar manarik mint penonton...jgn biarkan duit terus melayang..

sekadar pendapat..=)

Pena Jiwa said...

apa barang tgk tv1..layan dvd kamen rider atau ben10 lagi bagus!!channel tahapahapa...

Dark Half said...

RTM cam channel 'asal ada' jek.xde effort nak bersaing dgn channel2 swasta. mungkin sbb ia tv gomen.RTM2 pun dah semakin bosan sbb program yg best2 diletakkan pada waktu yg x sesuai.lebih baik swastakan je baru ada peningkatan kot.sigh..

Ka-Ching PreLoved said...

entri ni mewakilkn suara hati aku sbg rakyat Malaysia.

dulu2 mse kcik2 aku slalu la tgk RTM pnye cenel sbb rumah aku cuma dpt cenel tu je hahaha..aku ske tgk citer2 kungfu tv 2 pukul 10 mlm tu dlu...aku kenal jacky chan, jet lee, summo hung, andy lau kat RTM la...sume tu x-bf aku tq..

Irwan said...

alienelliz: RTM kena buat anjakan paradigma. Dan anjakan itu bermula dengan memberikan golongan muda lebih suara over golongan otai yang jumud dan living in the 80's tu.

pena jiwa: kau berduit, boleh laaa..kitorang makan pun susah. Tengok je la apa yang ada sementara tunggu waktu tido..

Dark: aku setuju. Dasar penswastikaan amat berjaya. Lepas ni mungkin kita kena bayar nak dapatkan rancangan dari RTM...kikiki

Kak-Ching: Akak ni saiko ni...

achmad said...

tngok rtm bila ada liga-m
tp sekarang dh ada arena...

nadrah zainuddin said...

boring mcm mana pun nad tak kan bukak tv1. kalau bukak, errkk mmg lg boring habis lah kann.

Isa said...

Bro,

Yang lu pergi layan TB kerajaan buek apo... itu TB pencacai.. kerja TB tu membodohkan rakyat jer..

TB RTM 1-3, takan maju sejak dulu, kini dan selamanya... tahap otak melayu kerajaan bodoh bhai...

Ka-Ching PreLoved said...

saiko pun saiko la...rtm mmg bosan.

Siti Salmah said...

RTM meninggalkan kenangan manis semasa zaman kecil2 dahulu. Ada P.Ramlee + Sudirman + Filem Hindustan + Kartun2 yang best + Cerita Moero Attack + Oshin. Itu dulu... skrg sejak ada bermcm2 channel (saluran ASTRO,TV3 etc.) RTM mcm dh hilang serinya, semakin kurang menyengat dan agak jauh ketinggalan bak kata pepatah "Hidup Segan Mati Tak Mahu". Namun masih belum terlambat. [Pesanan kalau dh jadi shareholder dgn RTM jgn lupa ek: Perbaiki mutu dan kualiti penyiaran, dapatkan pandangan pelbagai golongan dan kategori. Semoga RTM terus gah di persada penyiaran Malaysia dan terus diingati dan bukan jadi bahan jenaka semata]

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

haha
like sejuta kali!
jrg sgt tgok tv 1..
mmg ta best!


btw..

do folo me yeah..?

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

Irwan said...

ISA, aku dok kampung...mana dapat TV lain...

Salmah, I share the same memories...

Irwan said...

pointnye artikel ni bukan suka atau tidak RTM tu. Pointnya ialah duit kita yang pergi ke dalam RTM tu, weiiii

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails