Sunday, December 19, 2010

Tabligh-leak: Artikel yang dicensoredkan: Liberalisasi Islam di Malaysia


Satu masa dulu, berborak pasal agama di kedai kopi atau di tempat-tempat yang selain masjid atau surau menunjukkan kecetekan adab seseorang terhadap sesuatu yang dikatakan suci. Namun semua itu telah berubah sejak terletusnya era teknologi maklumat di mana tahap pemahaman dan keluasan pemandangan orang Islam Malaysia terhadap penghayatan Islam semakin berkembang. Perbincangan tentang hukum-hakam Islam tidak lagi terbatas kepada golongan ustaz dan penceramah agama, dan ini secara tidak langsung mempengaruhi corak lanskap agama Islam itu sendiri di negara ini.

Ini melembutkan hati masyarakat Islam Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan ketegasan mereka dalam mempertahankan pengamalan kesufian, untuk lebih menerima konsep kesederhanaan dalam penghayatan Islam. Kalau dulu, main gitar sambil menyebut-nyebut nama Allah dalam sebuah LAGU adalah satu penghinaan terhadap Islam, orang yang tak salam lepas solat itu adalah sombong, atau solat tak pakai kain sarung atau baju melayu itu kurang sempurna. Kini, seorang ustaz yang kelakar lebih benar dari ustaz yang takwa, lelaki pakai seluar paras kepala lutut itu adalah takper, dan tauhid itu hanyalah a state of mind.

Era 'Age of Reason' yang sepatutnya membuatkan manusia lebih teknikal terhadap kehidupan seharian serta realiti alam ini, hanya membuatkan orang Islam Malaysia semakin terkebelakang dalam pemahamannya.

Peningkatan golongan akademik serta theorist juga ada sumbangan signifikannya dalam hal ini. Ini kerana dalam dunia kapitalisme, bahan bukti itu lebih sah dalam mahkamah dari katakata seorang yang memang terkenal akan kewarakannya. Bahkan budak yang ada degree lagi laku hujahnya dari seorang pakcik yang dah buat benda ni sejak tak pass SRP. Segala benda dipikir dan dianalisa secara lojik, sehinggakan mamat tabligh terpaksa beri penjelasan saintifik akan kelebihan sesuatu sunnah itu untuk meyakinkan sipendengar untuk sama-sama menghidupkan suasana sunnah.

Akibat buruk dari semua yang diatas ialah perpecahan ummat Islam Malaysia kepada 'yang betul' (syarak) di satu pihak dan 'yang lebih betul' (warak) di satu pihak yang lain. Semua ada pandangan masing-masing, dan masing-masing mempertahankan kebenaran pendapat sendiri. Peliknya, orang yang paling mahu pandangannya itu diterima, tak boleh pula berbuat perkara yang sama bila orang lain memberi pandangan terhadap pemandangannya tadi. Dan perpecahan ini memecahbelahkan lagi bangsa Melayu (yang merupakan majoriti dan majoritinya Islam) kepada pelbagai kepingan umpama sekeping cermin yang pecah. Dan semakin kecil kepingan itu, maka semakin kuranglah power pantulannya memancarkan keindahan cahaya Islam kerana orang Islam memang tak lekang dijadikan ukuran akan keindahan agama Islam.

"Angah nak mulakan trend baru berjilbab"
Akibat yang ingin ditekankan ialah kesan berantai dari pemahaman liberal ini terhadap penghayatan agama dan spiritualiti anak-anak yang bakal mewarisi dunia. Mereka akan memandang rendah akan ketinggian dan kesucian akhlak dan bersifat narsisistik dalam pendapat mereka. Mereka kononnya bersifat terbuka kepada anak-anak mereka pula kerana percaya anak-anak itu adalah manusia yang punyai hak yang sama seperti mereka. Mereka akan tunduk kepada konsep 'bebas selepas berumur 18' dan tak berhak menghalang sesiapa dalam bersuara, hidup atau beragama. Bahkan, mereka yang mungkin berpengalaman buruk akibat pertembungan dengan orang lain, dengan SENGAJA menyebelahi pihak yang SALAH, sedangkan dalam dirinya tahu, mana yang baik dan mana yang tidak baik. Dan hasilnya, kejujuran dan kebaikan itu hanyalah teori dan mereka yang bangga dengan dosa dan kejahilannya pula dianggap sebagai seorang yang jujur dan tidak hipokrit. Bila generasi muda telah rosak, maka keluarga serta negara itu sedang menuju ke arah kehancuran. Tambahan pula yang tua semakin dah tak berdaya.

Oleh itu, diharapkan agar semua pihak tampil ke saf hadapan untuk turut serta dalam perjuangan menyelamatkan negara ini. Dan semua boleh lakukannya dengan kembali menerapkan unsur-unsur agama dalam kehiduapan sendiri, masyarakat serta keluarga.

9 comments:

Pert Doherty said...

civil law mmg slalu dituruti....

haha... cara pghayatan kita skg agak aneh...

anamizu said...

kalau semua islam bersatu,tak perlu ade 2,3 parti pun dlm negara ni..
betapa teguhnya bila dacing & bulan bergabung..
insyaallah takde yg berani menentang ^^

zarch said...

Masyaallah, suatu nukilan yang baik.

Ummi Hanie said...

wah,Tabligh-leaks !\fenomena baru lg hangat dr wikileaks ni karang ;p

± said...

kenapa masih mau berasa dalam kesalahan sedangkan mereka tau itu salah?

off topic,aku penah baca rencana tentang golongan paderi vatican yg akur tentang kebenaran Al-Quran tapi masih mahu terus berada dlm kekafiran atas sebab pengaruh dan wang

Irwan said...

Terima kasih kepada yang menggemari.

Kepada dark: paderi tu kena apa yang kita panggil: sindrom Abu Jahal. Dia tahu kebenaran Islam, tapi dia taknak tinggalkan sebab takut kehilangan semua kelebihan duniawinya...

podeh3 said...

salam...

Bersatulah Dalam Mempertahankan Agama.

Sharing is caring..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1755081919587

~* chirpy_chummy *~ said...

alaa... vc tu x le tgok la podeh3.. mcm da been removed from Fb.. vc ape tu?

Irwan said...

pasal orang gadoh antara syiah dan sunni

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails