Wednesday, December 8, 2010

Politik Oh Politik

PRU semakin hampir. Semua pihak dah mula memperkemaskan barisan. Tapi aku dan rakyat yang lain, masih main kejar-kejar. Masih tenggelam dalam kemarahan sebab orang lain dapat lebih. Masih keliru dalam peperangan yang bukan perjuanganku.

Boleh ke aku tak peduli? Boleh ke aku melarikan diri? Sebab apa jua alasanku, Pilihanraya TETAP akan berlaku. Dan andainya MEREKA yang menang, dan anak keturunanku semakin jauh dari Nya akibat kekalahan itu, maka bagaimana nak aku bagi alasan nantik? Dahlah berdakwah pun malas. Nak beramal apatah lagi. Bila diajak mengundi pulak, aku mencarut-carut dan buat gambar smiley di atas kertas undi. Matangkah aku? BETUL ke tindakan ku?

Sekiranya pun aku membenci pada mereka yang berada di atas, apa pilihan yang aku ada? Puak yang satu lagi terdiri dari pihak yang NYATA-NYATA pengamal kronisme. Kalau orang yang mengatakan TIDAK KEPADA KRONISME pun melakukannya, apa harapanku kepada mereka yang ahli parti tertinggi terdiri dari anak bininya? Adakah aku memilih mereka kerana keBENCIanku kepada yang sekarang? Adakah aku memilih sebab aku terikut-ikut dengan PERASAAN? Atau, adakah aku memilih kerana aku mahukan perubahan? Bagaimana jika perubahan itu hanya mengundang pembaziran? Mampukah aku menanggung risikonya, kerana dalam keadaan sekarang pun, aku takde apa?

Sapa yang menang pun, aku tau, nasib rakyat hina macam aku takkan berubah. Takde sapa yang peduli jika keluarga kecilku dihalau kerana takde duit nak bayar sewa. Takde sapa yang nak percaya jika aku katakan aku tak dapat bayar cukai kerana nak rolling bayar duit pinjaman pendidikanku dan makan anak biniku. Takde sapa yang nak bantu pun kiranya aku mengadu pada Baitulmal. Aku hanya akan disorongkan dengan borang demi borang demi borang sampai staminaku tenggelam dek kelaparan.

Negaraku semakin menjadi hutan kapitalis. Inflasi memaksa mereka yang keliru menjadi semakin trajis. Tak siapa yang pedulikan suara si ibu yang menangis. Tak siapa yang nak memujuk anak kecil yang mengemis. Semua orang sibuk terkais-kais. Dan sejemput kerak yang kami dapat, ditagih pula oleh si buncit nak buat rolling main najis.

Jalan ikhtiar manakah yang patut aku lalui? Bagaimanakah lagi nak ku banting tulang reputku ini? Bahkan, pada saat doa paling mustajab setiap minggu itupun, kami dipaksa mendoakan mereka yang tak pernah ambil peduli...

Seandainya ini semua bukan satu kezaliman, sesungguhnya aku terasa aku sedang dianiaya. Dan dengan kemakbulan ini, aku doakan agar Tuhan, mengampunkan aku, keluargaku, dan mereka semua...

2 comments:

± said...

arghh! hate it when it comes to politics.kau jerit cemana pun,dorang bo layan, tapi kalau kau provoke kena ISA..hahaha

Irwan said...

eh? Tak layan ke? bukan najib ada pasukan pemantau ke? Rais Jelebu ke, apa namanya...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails