Semuanya bermula sebab aku mencari wali. Memang normallah aku sebagai seorang budak Melayu tipikal akan terpengaruh dengan cerita kesufian sebab aku membesar kat kawasan Rembau. Kat Rembau ada ramai wali. Yang terang-terangan mahupun yang sembunyi-sembunian. Kami biasa dengan jin dan setan. Dan setakat David Copperfield, kami takat duduk atas kelapa gomeng jer masa menonton persembahan live nya.
Dalam pencarianku mencari wali, aku bertemu dengan abang karkun masa kat U ni. universiti kakilima. Hahahaha. Dan asbab dari dia, aku juga bertemu dengan Atan dan Abu, serta semakin memahami brader bus stand. Yang anehnya, pertemuanku dengan mereka semua membuatkanku lebih sedar dan mengenali diriku. Seorang mamat yang aku dok masih tercari-cari sehingga kini.
Abang karkun ialah wali. Tapi dia bukan seorang wali yang dilantik. Dia mahu jadi wali. Dia mahu jadi wali bukan sebab dia mahukan keramat atau pangkat dalam masyarakat Rembau atau Melayu yang menghargai konsep sainthood. Dia mahu jadi wali kepada takrif. Wali Allah bermakna padanya ialah terhegeh-hegeh mahu menjadi kaki tangan Allah. Bagaikan orang Melayu yang terhegeh-hegeh nak keja gomen sebab nak pencen. Atau kontraktor yang terhegeh-hegeh kepada Tuan Pengarah sebab nak dapatkan tender. Dia mahu sebab dia tahu. Abang karkun tahu dan dia berbuat sesuatu.
Yang mewalikan dia pada mataku ada dua. Pertama sebab dia tetap mahu walaupun dia tahu dengan memilih untuk mahu bermakna membuka pintu kepada pelbagai ujian fizikal dan mental yang berupa bala dan mujahadah dalam kehidupan dunia yang sedang dalam fasa akhir zaman sekarang ni. Kedua sebab sungguhpun dia tahu apa pekdah atau mujahadahnya, dia bukan lakukan kerana nakkan ganjaran, tetapi kerana kasihkan ketuanya. Dan kasihkan ketuanya bermakna kasihkan Allah.
Dan padaku, dua sebab ini melayakkan dia sebagai wali Allah. Tak perlu karomah. Tak perlu kata yang penuh falsafah. Orang yang berkeinginan dan istiqomah dalam perjuangannya adalah motivasi yang lebih baik untukku daripada orang yang dah sampai tapi tak buat apa-apa.
"Kau nak pegi sekali, tak Wan?" tanya Abu padaku bertempik dari ruang tamu. Suaranya bergema dalam bilik aku yang bawah tangga ni. Aku memperlahankan suara aku berfikir dalam hati.
"Memanglah dia pergi sekali. Dah abang karkun cakap nak jumpa dia. Bawak laptop dengan line internet sekali. Apa maknanya? Nak bancuh pasal blog la tu" kata Atan straightforward. Aku terdiam mendengar perborakan adik beradik dua orang ni. Tanganku terus melipat laptop dan mengemaskan apa yang patut.
"Kau jangan risau, Wan. kitorang support kau" kata Abu. Aku memasukkan cable wayar laptop dalam beg.
"Aku dah cakap jangan guna tajuk Tabligh-Leak. Mesti member abang karkun terbaca, dan sound dia, punya" kata Atan menyatakan pendiriannya berlepas diri dari belasahan abang karkun sebentar lagi. Aku mengezipkan beg laptop. Aku berdiri dan mengemaskan pakaianku. Kalau dulu aku kena bertukar dulu pakai kurta apa bagai sebelum nak jumpa abang karkun dalam ocassion begini. Tapi sekarang dah tak payah. sebab aku dah siang malam dok berkurta dan berketayap. Lagi kerap dari aku memakai jam. Lecturer tabligh kat U pun kata aku ni dah josh dan selalu mintak aku doakan dia. Padaku, kurta ni lagi mudah dari baju biasa. Nak basuh pun senang. Nak lipat pun senang. Unik pun unik jugak sebab sekarang semua orang nak jadi yahudi. Aku nak jadi pakistan, apa salahnya?
"Takde-takde-takde. Aku setuju namanya Tabligh-Leak. Ada unsur lawak sikit" kata Abu. Aku ambik wallet, henpon, perfume halal dan kunci rumah. Aku ambik beg dan switch off the light.
"Sebab kau lah ni kita dapat susah" kata Atan. Kedengaran Atan dan Abu main kejar-kejar dan tepuk-tepuk kat ruang tamu. Sekali imbas macam beruang grizzly bergurau pulak aku tengok budak dua ekor ni. Kang terlambak pulak ashtray tu kang.
"Hari-hari nak hidup senaaaang jer, boring arr. Tengok perut kau tu, dah boroi" kata Abu sambil menyucuk perut Atan. Mereka berguling-guling bergurau atas lantai. Kerumut carpet rumah sewa aku. sibbaik housemate aku yang lain takde.
"Dah-dah. Jom-jom. Aku dah siap" kataku sambil menuju ke arah pintu.
Kami bergerak menuju ke rumah brader bus stand, port kami. Dah lama rasanya tak buat camni. Maklumlah, agak busy dua tiga menjak ni. Aku termenung sepanjang perjalanan...
5 comments:
ok..masih perlu bersabar utk tau kisah selanjutnye..
cis..pndai ko kn..
sje je
makin suspen la pulak bila siap ada siri bersambung-sambung cam drama Nur Kasih ni...hehe
no wonder tak pakai tajuk tabligh-leak dah...
...hehehe...
Post a Comment