Wednesday, September 22, 2010

Wali dari Bangi (Dialog dengan karkun sejuk)

Kopiah karkun yang semakin menjadi trend
Masa kitorang keluar 3 hari kat somewhere, abang karkun dan aku ditugaskan untuk menziarahi seorang karkun sejuk. Karkun ialah orang yang pernah keluar Tabligh, minimum 72jam (3 hari x 24 jam). Bila dah bergelar karkun, biasanya orang itu akan aktif dalam aktiviti tabligh yang memang sentiasa busy (maklumlah, dunia akhir zaman). Namun, ramai juga karkun yang terpedaya dengan rakan-rakan, desakan family, gaya hidup moden, blog dan macam-macam lagi dan mengakibatkan mereka jauh dari terus AKTIF menjalankan usaha dakwah. Dan mereka inilah yang dipanggil karkun sejuk. Dan kepada yang dah sejuk, golongan yang masih panas MESTI pergi jumpa mereka kembali untuk memahami apa masalah mereka agar usaha dakwah itu dapat diperkemaskan.

"Assalamualaikummm" salam abang karkun. Aku mengesat peluh di dahiku. Maklumlah, tak biasa lagi ke hulu-ke hilir pakai serban...Abang karkun memberi salam lagi:
"Assalamualaikummm". Senyap. Takde orang kot? Ada sedikit rasa kesyukuran dalam hatiku yang kotor ini.

"Wa'alaikumussalamm" jawab orang dalam rumah. Aisehhh. Melepaslah aku nak balik masjid awal dan menyambung program membuta di tengahari, bisik setan dalam hatiku. Aku melempang setan itu dan dia diam kembali. Kelihatan seorang lelaki berketayap tabligh membuka pintu dan menyambut kami. Lawa baju Raya dia.

"Selamat Hari Raya" ucap abang karkun lagi. Dia menghulurkan tangannya nak bersalaman dengan mamat tu. Mamat tu menyambut salam abang karkun sambil tersenyum tersipu-sipu.

Siswa UNP (dicuri dari blog ustaz Hambali)
"Selamat Hari Raya. Jemputlah masuk" pelawa mamat tu. Selepas mamat tu menyuruh anak-anak pompuannya mengosongkan ruang tamu, barulah kami bertiga masuk ke dalam rumah. Kami dipelawa untuk duduk dan mamat tu meminta diri untuk ke dapur untuk bawa minuman. Aku cuba sedaya upaya aku untuk tidak terkesan dengan keadaan rumah dan kelibat anak pompuan mamat tu yang cantik. Terinspirasi jugaklah aku sekejap. Abang karkun langsung tak lari fokus. Dia kelihatan berkerut. Aku tau dia mesti tengah baca pikiran aku...Sedaya upaya aku cuba membayangkan kertas A4 yang kosong...

"Buat susah-susah" kata abang karkun tiba-tiba. Mamat tadi kembali ke ruang tamu membawa minuman. Aku menyambut tray minuman dan membantu menghidangkan air. Maklumlah, aku ni budak baru lagi. Kenalah banyakkan khidmat. Lagipun, dapat gak aku promo diri aku kat bakal bapak mentua ni. Aku macam rasa anak pompuan dia mengushar aku jer. Rasa segak pulak berserban ni. Aku lempang pipi aku sendiri. Abang karkun dan mamat tu tergelak melihat gelagat aku. Mesti diorang pun pernah kena bisikan cam aku sekarang ni...

"Apa susahnya. Tetamu istimewa datang, kenalah layanan istimewa juga. Lagipun Raya" jawab mamat tu. Tak lekang wajahnya dengan senyuman.

"Apa kabar sekarang, sheikh?" mula abang karkun. Mamat tadi tersipu-sipu. Dia hanya terdiam. Aku mengushar balang kueh Raya yang mengandungi kueh yang gempak. Aku cari almond london, aku cari kueh batang buruk. Yes! Dua-dua ada. Aku melengahkan kehendak nafsuku dengan meneguk minumanku.
Kueh batang buruk
"Camnilah banggg...Kejap pasang, kejap surut" jawab mamat tu. Dia duduk bersandar di kusyennya. Abang karkun senyum. Aku sedang merangka nak makan kueh mana dulu. Batang buruk kah? Atau Almond london kah?

"Samalah kita. Cumanya, harini hari awak. Esok lusa mungkin hari saya pula" kata abang karkun lagi.

"Yang pentingnya, usaha tegur-menegur, ingat memperingati itu perlu diteruskan..." abang karkun menyambung.

"..Itulah kita, insan" sambung mamat tu pula.

"Kat sini ghash hari apa? Dulu massa aku keluar kat sini kalau tak silap, hari Selasa, kan?" pancing abang karkun. Aku tau dia sedang menguji mamat tu nak tengok mamat tu ambik tau ke idak tentang usaha tempatan. Mamat tu berkerut macam memikirkan sesuatu.

"Dah tukar rasanya. Dulu buat hari Isnin. Tapi jemaah ramai yang takboleh nak commit, jadi program ghash tempatan ditukar ke hari Jumaat. Ghash lepas Maghrib dan bayan lepas Isya'" jawab mamat tu. OK. Lulus ujian pertama. Aku tau ni...

"Oh, gituu. Patutlah harini lengang jer" kata abang karkun pula. Mamat tu tersenyum. Abang karkun meneguk minumannya pula. Dia membuka balang berisi kerepek pisang dan mengambil sekeping. Sekeping tu dia patah duakan dan salah satunya dia berikan padaku. Adab makan pisang tetap diamalkan walaupun pisang dah bertukar menjadi kerepek. Aku menyambut kepingan itu, tapi matahati aku masih berlegar antara kueh batang buruk atau biskut coklat. Berkerap-kerup bunyi kerepek dikunyah dalam mulut kami.

Muak la pulak

"Haritu Maulana yyy datang markas, kan? Kau ada pegi tak? Awwalin tu" tanya abang karkun untuk ujian kedua. Jelas kelihatan muka mamat tu cam cuak-cuak surprise. Tapi masih tersenyum.

"Ye ke? Saya dah lama tak ke markas" kata mamat tu. Dia tak sembunyikan kemaluannya tapi cuba menarik perhatian abang karkun kepada maulana yyy yang abang karkun petik tadi. Aku tau abang karkun tak tinggal program malam markas, kecuali Hari Raya kedua haritu sebab dia sakit.

"Wahhh. Maulana yyy turun ke Malaysia, mesti ada benda penting yang dia nak sampaikan tu. Abang pegi?" tanya mamat tu kepada abang karkun. Abang karkun tersenyum mungkin kerana perasan dengan usaha mamat tu nak alihkan perhatiannya.

"Pegi, tapi tak berapa clear. Datang lambat, dok jauh sangat. Maulana pun cakap slow. Puas gak aku cuba kemutkan telinga aku nak mengecam perkataan dari maulana" kata abang karkun berkongsi pengalamannya. Kami semua ketawa perlahan dengan lawak abang karkun. Pandai abang mengawal suasana.

"Bulan lepas, keluar 3 hari kat mana?" tanya abang karkun untuk ujian ketiga. By this time, aku perasan dahi mamat tu berkerut.

"Dah lama saya tak keluar, bang. Sejak dapat anak pertama haritu, sampailah dah nak keluar anak kedua. Masih belum terpilih agaknya" backing mamat tu akan dirinya sendiri.

"Kau pergi tak malam markas dan mesyuarat mingguan?" tanya abang karkun. Aku sedang berusaha mencapai balang almond london sebelum tanganku diketuk oleh abang karkun.

"Dua-dua saya tak pergi bang. Terlalai dengan isteri dan anak-pinak" jawab mamat tu.

"Kita karkun ni, kena sentiasa ada hubungan dengan markas" mula abang karkun memecah batu.

"Walau sibuk camana pun, kita kena pergi program malam markas dan MESTI MAINTAIN KELUAR 3 HARI"
Layang-layang banyak. Tapi dah putus talinya
"Kalau tidak, kita umpama layang-layang putus bertali" kata abang karkun panjang.
"Sebab musuh kita, takkan biarkan karkun terlepas. Kau pun tahu, kan?" abang karkun memandang tepat pada mamat tu. Mamat tu tertunduk dengar ayat-ayat cinta abang karkun. Dia meng angguk-angguk dengan kebenaran dari abang karkun. Abang karkun menampar lagi tanganku yang cuba mencapai balang kueh batang buruk. Dia mengambil balang almond london dan kueh batang buruk dan diletakkannya di sisinya. Alahai bang...janganlah camni. Mamat tu tak pedulikan gelagat kami. Dia masih tertunduk.

"Mula-mula mereka jauhkan kita dari jemaah. Lepas tu, mereka beratkan kita untuk datang bersolat di masjid. Lepas tu mereka meracun agar kita lambat-lambatkan solat. Bila ini dah berlaku, itu tandanya kita dah kembali macam kita belum kenal usaha...Lepas tu macam-macam ujian datang sebab kita ni DAH TAHU" pesan abang karkun. Aku tertarik dengan kronologi ujian bagi karkun yang menuju kesejukan.

Malam markas gi dengar bayan. Bukan melepak ngeteh
"Jadi, aku harap dapat jumpa kau kat markas ujung minggu ni. Ke, kau nak join kitorang pergi ziarah kawan yang lain sekarang?" kata abang karkun lagi sambil meng angkat-angkat keningnya dan tersenyum. Mamat tu memandang abang karkun. Aku longlai bila dengar ada rumah nak pergi lagi lepas ni. Tapi aku tipu nafsuku dengan berazam untuk terus pegang bekas kueh kegemaran aku sebelum abang karkun sorokkan di rumah kedua nantik. Nafsuku bersemangat kembali.

"Insya Allah. Jazakallah. Saya sedang menunggu keluarga mentua nak datang ni. Tapi, abang doalah untuk saya" kata mamat tu pula.

"Tengoklah kalau aku ingat. Aku sendiri pun perlu didoakan" kata abang karkun merendah diri. Abang karkun menghabiskan minumannya. Aku ikut abang karkun dan mengosongkan gelas aku. Aku nak tuang air sedas lagi takut-takut lepas ni air kat rumah kedua tak best. Abang karkun senyum jer. Dia bangun tanda nak gerak. Mamat tu pun bangun. Abang karkun memegang bahu kiri mamat tu. Macam tak sempat jer sedas lagi...Aku serba salah. Ah, takyah minumlah.

"Harini hari kau. Masa hari aku nantik, aku mintak kau datang nasihatkan aku, boleh?" tanya abang karkun.

"Ye-ye" jawab mamat tu tersipu-sipu. Kami bergerak ke pintu dan keluar rumah. Aku terus ke kenderaan dan menye tart kereta. Abang karkun dok bincang-bincang lagi dengan mamat tu dan selepas bersalaman dan berselawat, kami bersurai.

Jangan lupa doa malam selepas ghash

Pengajaran yang aku dapat:

1) Karkun kena saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Takde sapa otai takde sapa yang junior. Semuanya sama selagi kita tak mati lagi. Dan selagi kita masih hidup, kita kena sentiasa diperingatkan.

2) Masa ada orang datang ke rumah dan membawa pesanan yang baik, kita jangan cepat melenting atau mengalah kepada nafsu atau syaitan. Ingatlah kisah kaum yang dibinasakan kerana membelakangkan ajakan para Nabi ke arah Allah dan kebaikan. Walau camana siot pun cara orang yang dihantar untuk mengingatkan kita tu, ambillah yang jernih-jernih saja. Si pemberi ingat pun sekadar manusia biasa yang takde hikmah, jadi maafkan jelah terkasar bahasa tu sumer.

3) Hati-hati semasa mengajak orang takut-takut terselit kerek dalam kata-kata. Maklumlah, masa tu kita di pihak yang kanan. Jangan perasan nabi. Atau rasa diri macam mufti. Takut-takut kita akan diuji pula dek kesalahan lintasan hati kita semasa berdakwah. Paling selamat ialah sentiasa merasakan orang yang kita tegur itu lebih baik dari kita dan kita niat agar Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan apa yang kita sampaikan.

4) Karkun kena sentiasa ada hubungan dengan markas, paling cikai pun; jangan tinggal program malam markas. Sebab orang yang datang markas, termasuk dalam doa perlindungan dari orang-orang lama. Barulah kita ni tak tersasar jauh dek hasutan setan atau dunia. Karkun sejuk yang dah lama tak datang markas, jangan takut atau segan untuk kembali. KALAHKAN SETAN ITU! Takutlah kepada Allah yang dah ingatkan kita untuk kembali tapi kita masih ngengada main kejar-kejar. Nantik kalau Allah dah tak pilih langsung, baru terhegeh-hegeh nak mintak ampun.

5) Ujian karkun yang  dah kawin (dan baru dapat anak) lagi dahsyat dari karkun yang belum berkahwin. Sebab mereka ada tanggungjawab kepada anak bini dan nak aktif dalam tabligh sambil nak balancing kewajipan antara keduanya, memang hidayat (mencabar). Kebanyakan orang baru kawin masih kalut dan kalau mereka dibiarkan dalam kekalutan sensorang, maka kuranglah sorang lagi pejuang amalan sunnah Baginda SAW. Oleh itu, kepada orang lama, kenalpastilah karkun yang memerlukan kaunseling dan cubalah tengok apa-apa yang boleh dibantu.

6) Masa pergi ziarah rumah orang, jangan pikir benda lain macam kueh batang buruk atau Almond london atau Eric atau deko-deko. Fokus pada objektif dan sentiasa zikir, fikir, syukur dan sabar dalam mengajak/menyampai.

7) Kadang-kadang kena tipu nafsu kita ni dalam melakukan perkara kebaikan. Teknik ni memang popular di kalangan wali. Diorang paksa nafsu baca Al-Quran sepanjang malam sebelum makan daginglah. Ada yang sengaja taknak buat apa yang dia rasa nak buatlah. Ramai yang guna taktik buat apa yang dia atau orang lain taknak buat macam basuh lubang-lubang jamban masjid. Bukan sekadar menafikan ajer kehendak nafsu sebab untuk orang yang tak pernah mendidik nafsunya, pastu tiba-tiba nak halang itu dan ini, nantik nafsunya memberontak dan meng kontek setan yang lebih tinggi pangkatnya untuk menghasut kita. Makin susah ujian kita nantik..

8) Kena pandai susun soalan dan ayat semasa berkata-kata dengan orang. Kena jaga hati dia, hati kita dan lebih-lebih lagi, Yang Maha Mendengar. Sebab manusaia mudah nak termengarut semasa berkata-kata jadi masa kita nak jumpa orang atas sesuatu urusan, kita kena tau apa yang kita nak dan camana nak dapatkan apa yang kita nak itu dengan cara yang harmoni. Bukan macam melepaskan batuk di tangga atau macam bagus.

9) Akhiri setiap perjumpaan dengan selawat dan istighfar. Perjumpaan yang tidak diakhiri dengan dua ni, dikatakan lebih busuk dari bau bangkai serta apa yang dibincangkan adalah sia-sia. Setan boleh twist macam-macam.

10) Masa beraya, orang pompuan jangan gatal-gatal nakgi layan tetamu lelaki. Yang tuan rumah lelaki pulak, pandai-pandai jagakan aurat anak bini kita. Ni macam bos main order-order air. Siap terdetik lagi nak menayangkan bini atau anak pompuan yang cun berpakaian Raya.

Atan dan Abu (Solat tutup mata)


"Abu, kenapa masa kau solat tutup mata?" tanyaku selepas Abu selesai bersolat sunat. Dia memandang aku. Mata kami bertentangan sekejap. Kemudian dia berpaling mengadap kiblat semula.

"Aku taknak perasan" jawabnya. Aku paham. Kalau bukak mata, kadang-kadang kita ternampak solat orang sebelah. Dan masa tu kita akan rasa macam kita lagi bagus dari mamat tu sebab mamat tu dok bergerak-gerak dan tergaru-garu. Aku rasa macam berpuas hati jer dengan jawapan Abu.

Seminggu berlalu. Kemudian satu hari, selepas solat Maghrib, aku terjumpa kembali dengan Abu yang bersolat tutup mata. Tapi masa selain berdiri, dia bukak mata. Aku taknak tanya dia. Aku pegi tanya Atan .

"Sebenarnya, Abu baru capai tahap kusyu'" mula Atan.

"Masa Abu solat, dia dapat rasakan dia kat depan Kaabah, mengadap Hajarul Aswad"
"Tiap kali dia bukak mata jer, dia terpandang Hajarul Aswad. Tapi sebab takut terperasan, maka Abu solat tutup mata..." jawab Atan.

Perghhh Abu..dasat laaa.

Tuesday, September 21, 2010

Hutan Kapitalisme


Kau tak pedulikan aku
Aku pun tak pedulikan kau
Tapi kita berdua saling memerlukan
Kerana kita duduk dalam hutan

Hutan ni banyak haiwan
Tapi banyak lagi jin dan setan
Semuanya mengaku kawan masa kelemahan
Tapi akan mengigit kita
Bila mereka dalam keterdesakan
Kerana hidup mesti diteruskan
Memakan atau menjadi makanan
Itulah lumrah dunia hutan
Tapi jangan ambil berlebihan
Atau membazir sebab membazir
Sedara setan

Kat mana pun kita berada
Dan apa jua perjuangan kita
Ingatlah
Ada pemerhati yang sedang melihat
dan pengkritik yang menilai gelagat
Kita jangan buat tersilap
Atau tersalah cakap
kerana hidup di dalam hutan
Yang cedera atau keletihan
Hanya akan dibunuh atau ditinggalkan

Jadi buat masa ini
Kita lupakan diri sendiri
Dan bergabung dengan yang lain
Demi melalui
Hari mendung yang dah nak hujan ni
"Wa OK"

Kenapa Iklan Nuffnang Takde kat Blog anda 2 (Mesej kepada Blogwalkers dan Followers)

(sambungan dari sini)

Aku pernah menyalahgunakan ilmu ini untuk menaikkan jumlah Unique visitor aku. Tapi aku boring sebab aku tau sebenarnya, takde sapa yang membaca blog aku melainkan aku sensorang. Takde pekdahnya. Serupa juga dengan komuniti blogwalker yang sekadar datang meninggalkan jejak di cbox tanpa mengambil kira apa yang cuba disampaikan oleh tuan tanah. Pada aku, walaupun unique visitor aku tinggi, aku tak teruja langsung. Seperti yang aku dah terangkan di sini, aku lebih sayangkan pengomen dan follower blog aku. Aku takkan blogwalk ke blog blogwalkers tanpa menge check dulu blog follower aku dan seboleh-bolehnya aku akan mengomen. Dahsyat tak ayat aku? Hihi. Ayat jer power ni...

Ada komuniti BW pulak yang suka tolong member dengan mengeklik iklan di blog kengkawan. Boleh, takde salahnya dan seperti yang diingatkan oleh Nuffnang, kliklah jika anda betul-betul mahu tahu pasal produk yang diiklankan. Style macamni, sangat berbahaya jika dilakukan kepada blog kawan yang jumlah unique visitornya kurang dari 1000 sehari. Sebab kalau nuffnang admin nak check, senang-senang jer dia dapat filter IP yang popular. Dan akibatnya, blog kawan yang anda nak tolong tadi, akan kena ban. Silap-silap, seluruh komuniti ini (aku panggil clickers) akan kena ban sekali (atau blog mereka tak berapa laku untuk kempen buffered earning).

Jadi, sila pikir dulu apa yang anda sedang lakukan. Senang cerita, mantapkan isik blog anda dan mudahkan orang nak load blog anda. Jangan semakkan mata pengunjung dengan iklan atau widget yang tak menguntungkan. Kalau nak tolong member, tolong BW kan blog dia. Itu baru betul-betul tolong. Kalau nak banyak duit lagi, kau join ajer 'buat duit dengan klik, BW dan menulis artikel'. Kalau kau nak tolong aku, klik ke sini. Ni berapa juta kali klik pun takpe.

Dan aku tau, artikel ini akan mengurangkan populariti aku di kalangan blogwalkers atau clickers. Innit aku pun semakin kurang setelah aku keluarkan artikel 'Dang me" dulu tu. Apa yang aku nak tekankan di sini ialah, TOLONGLAH SIMPAN SEDIKIT INTEGRITI DALAM AKTIVITI BLOGGING KORANG. Janganlah asyik kenyang dengan udang kering. Usahalah untuk meningkat. Ni blogging dah bertahun, tapi isik pusing-pusing tu jugak. MANTAPKAN ISI blog anda. Jangan blog jer nampak gempak, isiknya tadak. Kalau nak contoh blog yang gempak, sila tengok blog ni. Memang rare. Takpun yang ni: Hahaha

Atan dan Abu (menghukum tanpa beramal?)

"Ni betulbetul mesej dari Dia ni. Aku nak U-turn"


Atan tengah drive. Abu tengah korek hidung. Diorang tengah dalam perjalanan nak ke pasar tani. Orang dah start ramai kat jalan raya. Mungkin dah ramai yang kembali bekerja harini. Macam biasa, lepas korek hidung, Abu akan mencari tempat untuk mencalitkan najis hidungnya itu. Dia berkata:

"Takde tisu ke dalam keta ni?" sambil memandang ke belakang. Dia bukan mencari pun sebenarnya. Saja berlakon macam mencari. Dia bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang bakal Atan berikan sebab ni keta Atan. Atan mengusha Abu. Kemudian Atan usha jari kelingking Abu yang mengandungi akumulasi debu dan jelaga serta hingus yang sudah mengeras di jari Abu.

"Pengotorlah kau ni. Tisu dah habis" jawab Atan.

"Hipokrit. Semua orang korek hidung. Tapi aku jer lah sorang yang pengotor" hujah Abu. Abu suka menyelamatkan diri dengan bermain falsafah setiap kali dia diserang atau ditegur. Kelebihan dia ialah menyalahgunakan ilmunya untuk kepentingan diri. Walaupun aku disuruh agar berprasangka baik dengan semua orang, namun dengan Abu, kengkadang tu aku terparanoid jugak...

Abu merendahkan cermin kereta belah dia. Dia me manouvre kan taik idung tadi beralih ke jari telunjuk pulak. Dia bersedia untuk menjentik ketulan mukus itu ke arah jalan raya. Tibatiba, sebuah kereta peronda polis lalu di tepi mereka. Abang Polis dalam tu usharrr jer. Abu meng cover dengan meng angkat tangannya yang baru nak menjentik tadi. Atan yang di sebelah sana pula, cepat-cepat menarik tali pinggang keledarnya. Kereta peronda itu berlalu meninggalkan kenderaan mereka. Abu menjentik benda tadi ke arah kereta polis. Kemudian mereka menghela nafas lega sebab polis tadi tak perasan diorang tak pakai tali.
Ketahui hak anda semasa di tahan polis

"Diorang suruh orang pakai tali pinggang keledar, tapi sepanjang aku terserempak dengan puak diorang ni, tak pernahnya aku tengok diorang ni pakai tali pinggang keledar" kata Abu memulakan perbincangan.

"Gasak dioranglah. Kita pakai demi keselamatan. Bukan demi mengelakkan saman" jawab Atan. Atan mengisyaratkan agar Abu memasang tali pinggangnya. Abu masih berdegil lagi. Maklumlah, Abukan watak angkuh. Adakah anda seorang yang angkuh?

"Diorang menyuruh kita melakukan sesuatu yang diorang sendiri tak buat" kata Abu lagi nak provoke keadaan supaya Atan bersetuju dengan topiknya.

"Dan kalau kita tak ikut, diorang saman kita pulak" kata Abu lagi.

"Kau dah dengar cerita Asan kena saman masa hari mantai haritu?" tanya Atan pula menukarkan topik. Abu mengangkat keningnya tanda dia belum tau.

"Asan cerita, dia kena tahan sebab tak pakai helmet. Masa tu dia on the way nak pegi kedai runcit beli kicap. Belakang, dalam jalan kampung tu, dia kena tahan kat polis" kata Atan.

"Dalam kampung kita ada polis buat roadblock?" tanya Abu yang nampaknya layan dengan cerita Atan.

"Itulah herannya. Asan cerita:

"Diorang suruh aku bagi IC dengan lesen. Aku kasilah. Sibbaik aku bawak wallet. Hari mantai, maklumlah, duit dalam wallet memanglah banyak lagi. Dapatlak aku belum masukkan lagi duit raya dalam sampul. Jadi wallet aku memang gemuk. Aku perasan masa aku tarik keluar IC ngan lesen tu, pulis tu usharrr jer wallet aku" kata Asan.


"Dah dapat IC ngan lesen aku, pulis muda yang menahan aku tu memberikannya kepada yang sorang lagi. Yang sorang lagi tu tua sikit, nampak cam otai. Dia mendekati aku sambil memandang aku atas bawah. Aku agak menyampah melihat body language otai pulis tu" sambung Asan lagi.


"Otai tu tanya kat aku aku dok mana, aku nakgi mana, puasa ke idak hari tu. 
Lepas tu dia cerita pasal kejadian curi motor dan pecah rumah yang semakin meningkat di kawasan sekitar kampung kita. Aku tak suka cara dia cakap ngan aku sebab cara dia kerekkk sikit" kata Asan lagi.


"Pastu dia gertak-gertak aku nak saman aku sebab tak pakai helmet. Aku goyanglah, tapi aku tunduk jer. Yelah. Dah salah"


"Pastu dia pulak yang tanya aku camana nak setel. Aku cakap nak setel camana lagi, bayar je lah saman" sambung Asan.
"Pulis otai tu terus kata dia nak saman aku pasal tak pakai helmetlah, lampu brek belakang tak nyalalah, takde side mirror lah...Camacam lah dia nak sabit aku. Silap-silap, melayang gak seribu petang tu. Nak pitam aku dengar jumlah yang aku kena sabit" kata Asan lagi.


"Aku pun tanya dia camana nak setel. Pulis tu senyum. Dia bukak buku saman dan letak kat dalam bakul motor. Kemudian otai tu bla jauh sikit, konon-konoon ada benda yang dia nak cerita kat polis muda yang menahan aku tadi. Aku serba salah. Ni bulan puasa ni. Dalam hal rasuah, abang karkun kata, yang mintak salah, yang bagi pun salah. Tapi nak diikutkan, mau melayang seribu. Mau Selamat, Hari Raya aku" bisik Asan dalam hati.


"Takpe ah bang. Abang saman jer lah saya berapa abang nak saman" kata Asan cocky tapi sambil merendah diri. Otai pulis tu berpaling dan memandang Asan. Dia suruh polis muda tu untuk menyaman aku. Tapi dia saman aku pasal tak pakai helmet jer. Kemudian dia bagi nasihat sikit dan suruh aku balik rumah dulu ambik helmet. Aku u turn, balik ambik helmet. Tapi aku tak lalu dah jalan tu"

Atan dan Abu berpandangan. Kereta mereka membelok ke kawasan parking pasar tani. Diorang keluar dari kereta. Atan memicit tit-tit keretanya. Mereka menuju ke pasar tani dan membeli apa yang perlu. Mereka kembali ke kereta mereka. Dalam perjalanan pulang, diorang terserempak lagi dengan keta peronda polis yang memotong mereka dari belah kiri sebentar tadi. Kelihatan mereka sedang menahan orang kampung yang tak pakai helmet. Secara spontan mereka baru teringat nak pakai tali pinggang keledar.

"Duit dah habis pakai masa raya, agaknya. Tu yang semasing dok ngepauuu jer tu" mula Abu yang tak puas hati dengan polisial.

"Hishh kau ni. Tak baik berburuk sangka" kata Atan menyeimbangkan keadaan.
Papejelaa

"Ahhh. Dahlah suruh orang buat sesuatu yang diorang tak buat. Pastu, sentiasa berada dalam mode nak cari kesalahan orang. Bila dapat tangkap orang, gertak orang suruh bagi dia rasuah. Dan bila kita bagi rasuah, dia tangkap kita lagi pasal nak rasuah dia. Pastu dia jadi hero anti rasuah. Aku benci Malaysia dan sistem celaka ni sumer" kata Abu yang nampaknya semakin tenggelam dalam amarahnya.

Atan yang menyedari hal ini, terus menepuk dada Abu (konon-konon macam yang Tok Sheikh buat kat aku masa aku diserang penyakit syak waham dulu). Abu just pandang jer gelagat Atan.

"Aku tau asal-usul mu! Keluar kau dari badan anak Adam ini" seru Atan sambil fokus pada dada Atan macam tok bomoh macam dalam cerita Ular Emas. Atan dan Abu ketawa. Mereka meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Kenapa Iklan Nuffnang Takde kat Blog anda

Dicuri dari pengendaliblog.com


Semalam, setelah menge save page kan setiap blog yang aku stalk, aku pun balik rumah (aku takde line internet, taknak member CIA aku tau aku kat mana). Jadi bila malam, aku pun bacalah satu-satu, mencari inspirasi baru. Aku perasan dua tiga blog yang komplen pasal iklan NuffNang yang tidak kelihatan di blog mereka atau kawan-kawan mereka walaupun ada kempen yang sedang berjalan. Ada penjelasan sebenarnya dan untuk lebih lanjut, sila teruskan membaca.

Setiap kali korang mengeload satu-satu page internet site, data page yang korang load itu akan disimpan dalam cache dan cookie. Biasanya cookie ini akan diupdate setiap jam (paling minima), bergantung kepada berapa saiz file cache yang korang dah set. Aku tak pasti penje;asan aku ni betul ke idak tapi mekanisme nya lebih kurang camni lahh...
Adab browsing internet: Clearkan temp file anda

Dan jika korang tak kosongkan balik cache ni, setiap kali korang load page yang sama dalam jam yang sama, widget nuffnang akan anggap korang sebagai orang yang sama yang datang sejam yang lepas. Jadi lawatan korang tu dikira sebagai Returning Visitor. Dan Nuffnang pandai jaga penonton. Bila korang dilabel sebagai returning visitor, iklan nuffnang takkan keluar lagi. Kalau nak tengok iklan tu, cuba clearkan cache dan cookie dan relod page korang. Bila cookie yang dihantar takde tanda korang dah pernah datang ke page tu, korang dianggap sebagai Unique visitor. Mesti berdenyut-denyut bijik mata korang tengok iklan nuffnang hidup balik. Cuba try.

Monday, September 20, 2010

Aku dan Hari Malaysia


16 September telah dinobatkan sebagai Hari Malaysia. Kelakar jugak melihat bagaimana Hari Malaysia lebih meriah penerimaannya oleh rakyat daripada Hari Merdeka. Mungkin sebab tahun ini adalah kali pertama ia disambut. Atau memang perangai orang Malaysia yang memang suka mengambik hati PM mereka. Atau Hari Malaysia ialah escapisme dari perayaan yang berbau kebangsaan atau keagamaan yang lebih berpihak kepada satu-satu bangsa di negara ini. Pada aku; Merdeka ialah perayaan kebebasan Malaysia. Dan 16 September ialah perayaan penyatuan rakyat archipelago ini dalam membentuk Malaysia.

Penyatuan takkan berjaya jika aliran pemikiran sebagai warganegara tidak selari. Kerana bila ditemuramah, setiap orang memberikan pendapat yang berbeza-beza tentang apa ertinya menjadi warganegara Malaysia. Ada yang cakap menjadi rakyat Malaysia ialah dengan memainkan peranan kita dalam pembangunan negara. Ada yang cakap, cukup sekadar kita ni bayar cukai dan saman on time. Dan semakin ramai pula yang berpendapat, menjadi rakyat Malaysia ialah dengan mendapat hak-hak keistimewaan yang sama rata antara semua rakyatnya. Apa pun intepretasi masing-masing dalam hal ini, semua bersetuju bahawa kebencian dan permusuhan bukanlah salah satu agenda yang boleh ditoleransikan di Malaysia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia terbina dengan toleransi semua pihak di negara ini. Secara sejarahnya, Raja yang asalnya menjadi ketua negara, telah bertoleransi dengan menganggotai Persekutuan Tanah Melayu dan meng sub con kan tugas-tugas pentadbiran negara itu (kecuali agama dan adat istiadat budaya) kepada badan politik yang ditentukan secara sistem demokrasi. Dan untuk menjadi sub con pilihan Raja, badan politik itu pula mestilah merangkumi majoriti rakyat yang kini terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya. Mereka tidak boleh berjaya jika mengharapkan sokongan hanya dari bangsanya saja. Mereka perlu bersatu dan dalam persatuan, toleransi amatlah penting dalam menjayakan objektif kumpulan demi kebaikan sendiri. Melayu bertoleransi dengan membenarkan bangsa lain turut terlibat dalam pemerintahan. Orang Cina bertoleransi dengan menjadi penyumbang tetap kepada perbendaharaan negara. Orang India pula, menjadi orang dibelakang tabir bagi setiap urusan yang dilakukan oleh orang Melayu dan Cina. Kita tidak perlukan orang dari negara lain. Kita sebenarnya sudah cukup dengan orang kita sendiri.

Namun, sikap toleransi yang kita lihat di Malaysia sudah jatuh nilainya. Satu sebab utama ialah kerana setiap setiap bangsa sudah memperbaiki kelemahan mereka dan mahu bahagaian yang lebih besar dari kekayaan yang diperoleh dari negara ini. Toleransi sudah menjadi sandiwara yang digunakan oleh pihak tertentu atau sekadar perkataan yang disalahguna untuk menghapuskan saingan. Sifat toleransi ini semakin terhakis dek desakan gaya hidup dan arus globalisasi yang menyemaikan sikap individualistik. Ditambah pula dengan keadaan dimana ruang udara ekonomi dan sosial Malaysia yang sudah dibuka demi menyediakan rakyat Malaysia untuk tsunami kebudayaan dan ekonomi yang memang melanda dunia. Semua orang sibuk menyelamatkan diri masing-masing tanpa mempedulikan apa nasib yang menimpa negara ini.

Sebelum artikel ini menjadi terlalu panjang dan memboringkan, biarlah aku habis kat sini saja. Apa yang aku nak ingatkan  kepada diri aku sendiri sempena dengan 16 September ialah supaya kita semua lebih mementingkan keharmonian daripada perpecahan. Kita mungkin mempunyai pendapat yang berbeza atau dididik dalam suasana yang berbeza. Namun, kita masih boleh membincangkan perselisihan pendapat itu secara ilmiah dan profesional. Tambahan pula, lagi pelbagai pendapat yang ada dalam sesebuah kumpulan, maka lebih matanglah kumpulan itu dalam menghadapi cabaran yang bakal mereka tempuhi, asalkan mereka sedar bahawa mereka itu berada dalam satu kumpulan.

Dalam kisah penubuhan Malaysia, 16 September juga mengingatkan kita kepada peristiwa keluarnya Singapura dari persekutuan ini. Ia juga mengingatkan kita kepada penolakan Brunei dari menyertai kita. Ia mengingatkan kita bahawa dalam kepayahan kita untuk berusaha untuk pembangunan bersama, masih ada pihak yang hanya mementingkan diri mereka sendiri. Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita rakyat yang hina dalam menilai pemimpin yang kita sokong daripada terjebak dan menjadi mangsa dalam permainan politik semakin hilang integritinya. Keindividualistikan Brunei dan Singapura adalah pengajaran yang sangat berharga bagi rakyat Malaysia dalam hal memilih ketua. Anda pilih: anda mahu ketua yang macam Sultan Brunei atau pemerintahan demokrasi bermonarki macam di Singapura?

Apa-apa pun intepretasi korang terhadap 16 September, aku ingatkan pada diri aku sendiri untuk mensyukuri keamanan dan kesejahteraan ini dan aku berharap agar Allah mengekalkan keadaan ini atau tambah baik lagi. Dan aku harap aku dapat mengenali si celaka-celaka yang cuba memecahbelahkan Malaysia. Aku takmau lagi ada 3rd Singapura atau mendoakan Raja yang tak peduli pun keadaan rakyat, walhal keadaan jalan yang berlubang-lubang di depan Masjid Negerinya. Aku mahu lebihkan bekerja dan kurangkan mengomen dan untuk itu, aku berenti sampai sini dulu.

Selamat Hari Isnin

Selamat Bekerja! 

Adakah anda rasa macam nak balik? Adakah enjin anda masih tak panas walaupun dah setengah hari anda bekerja? Adakah kepala hotak anda hanya memikirkan rumah terbuka yang bakal anda kkunjungi pada tengahari atau balik kerja nantik? Atau adakah anda rasa amcam bangang bekerja sensorang walhal orang ambik MC harini? Jika anda mengatakan 'Ya' kepada soalan tadi, maka anda adalah target kepada entry ini. Aku ucapkan Selamat Kembali dan ingatlah:

"Ada banyak yang korang dah miss kat blog ni"


Pandai-pandailah baca ikut tarikh. Hahaha

Sunday, September 19, 2010

Doa si Munafik 2


Ramadhan baru 10 hari berlalu
Rasa macam takde apa yang baru
Aku kembali ke kehidupan lamaku
Bagaikan tiada apa yang kupelajari
Dari sebulan yang lalu

Kulihat LEBIHAN kurma di dalam kotak
Kupaksa sebijik, 
Lidahku bagaikan menolak
Cepat sekali hilangnya sunnahku
Dalam dunia kepura-puraanku

Aku dah tak pasti Maghrib masuk pukul berapa
Atau Imsak harini habis time bila
Bahkan solat pun ikut suka makbapak
Akhirat boleh pause untuk dunia yang lebih mustahak
Dan aku tak rasa apa-apa
Bahkan dah 10 Syawal ni,
Aku tak TERPIKIR pun bila nak pegi beRAYA di rumah Nya.

Aku sibuk catchup dengan dunia
Yang kutangguhkan masa
Aku nak cepat balik kerja haritu
Nak beli juadah berbuka

Aku sibuk menampal lubang lubang
Yang ku korek demi menampal lubang
supaya masa Raya haritu 
Aku nampak kembang

Dan tatkala tertekan aku lari
Menenggelamkan diri ke dalam air di kepalaku
Yang semakin melaut kerana takjaga makanminum
Akibatnya aku menjadi lesu
Dan semakin jauh tenggelam 
Dalam ujian nafsu


Ku tuding setan
Ku tuding nafsu
Ku tuding kat tulisan di Loh Mahfuz

Namun,
Bila time berkumandangnya azan Maghrib
Terbayang wajah Allahyarham Ustaz Rabbani,
Hatiku sebak hingga air mataku mengalir

Ku ingin pulang Ya Allah
Ku ingin pulang ke pangkuan Mu
Bersihkanlah aku
Terimalah aku kembali

Member aku komen pasal aku kutuk RTM3.


Masa Raya haritu, aku berjumpa dengan seorang teman yang telah mengikuti blog ini dengan serius. Dia tak berapa suka aku menghentam RTM3 sebab padanya, RTM3 adalah bagus. Dia bersuara dari sudut Melayu 1Malaysia yang mementingkan evolusi gaya hidup untuk mengikut perkembangan semasa. Aku gembira sebab Allah temukan aku dengan orang camni. Dapatlah aku pahala free. Tapi, aku kena hatihati sebab nak dapat pahala, kena ikhlas dan nak ikhlas, kita kena sentiasa check niat kita. Aku sentiasa check niat aku dalam berblog. Adakah anda berbuat perkara yang sama?

Kenapa kutuk? Takleh guna hikmah ke?
Point pertama yang digunakan adalah gaya penulisan aku. Dia sebagai pejuang hak Bahasa Melayu dan hak manusia bertamadun Sedunia menyuarakan ketidaksukaannya terhadap pendekatan dan gaya bahasa yang aku gunakan dalam artikel berkenaan RTM3. Dia kata bahasa pasar dan tona 'macam bagus' itulah penyebab utama yang menjatuhkan kredibiliti artikel RTM3 aku untuk diterima sebagai bahan ilmiah.
Aku kata aku pilih jalan ini kerana dalam dunia blog, berita mesti sensasi dan hiburan mestilah terkini.

Kenapa RTM3. 
Dia memandang rendah spektrum skeptik aku yang memilih RTM3 sebagai target. Dia kata aku patutnya menegur jugak channel TV lain dan menambah ASSTRU jugak dalam senarai mangsaku. RTM3 dah banyak membantu polis, kerajaan, masyarakat dan DUNIA secara amnya dan aku tak patut menghukum RTM3 untuk kesilapan-kesilapan kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Dia kata aku ni murahan dan mengambil jalan mudah nak promo blog dalam Buletin Utama secara murahan.

Aku tanya kat kampung dia ada internet tak. Dia kata takde. Tapi TV; setiap rumah mesti ada. Mana yang takde, Bersamamu akan cari sponsor. Bahkan disetiap kedai kopi pun dah wajib ada. Dan bila pukul lapan, semua orang tengok blog apa? Bahkan bloggers pun tengok Buletin Utama, nikan pulak orang Felda Jengka. Dan kat situlah lubuk puaka...Hahaha


Kalau bagus sangat, apa cadangan aku?
Akhirnya dia tanya aku, apa yang aku akan buat kalau RTM3 di bawah aku. Dalam artikel aku pun takde cadangan yang konkrit yang boleh dipertimbang untuk diuji keberkesanannya. Dia cakap, sebagai rakyat 1Malaysia yang bertamadun, aku patut sertakan cadangan dan saranan kepada RTM3 dalam artikel aku, agar mereka dapat memperbaiki lagi mutu kerja mereka. Bukan hanya selar itu, kutuk ini tapi takde bagi pandangan apa yang diorang boleh buat untuk perbaiki keadaan.

Aku kata RTM3 kena membantu dalam mengawal masyarakat Malaysia. Ini boleh dilakukan dengan menggempakkan rancangan yang disiarkan pada waktu-waktu tertentu. Waktu-waktu siaran perlu disesuaikan dengan pola gaya hidup penonton RTM3 yakni rakyat Malaysia. Contoh macam menggempakkan rancangan yang disiarkan pada waktu prima agar orang tertumpu pada TV dari buat aktiviti luar yang tak berpaedah pada hujung minggu.

Kedua ialah dengan berperanan aktif dalam menyuntikkan semangat 1Malaysia melalui program-programnya. Jalan mudah untuk ini ialah RTM3 kena menunjukkan contoh serta memainkan peranan utama sebagai badan penapis dalam memastikan apa yang tersiar di ruang udara MALAYSIA adalah Islam-compliance.
RTM3 juga perlu memastikan setiap pendakwah yang keluar dalam rancangan Islamiknya adalah sunnah wal jamaah compliance. Dan penasihat syariah pula dipilih dari golongan yang warak dan bijaksana.

Dari sudut politik, RTM3 perlu mendapatkan atau memperbaharui respek dan persefahaman dari setiap parti politik dalam mengekalkan haknya dalam industri media. RTM3 perlu mengekalkan keneutralannya demi menjaga sokongan rakyat Malaysia terhadapnya dan ini takkan berlaku jika ia dikaitkan dengan mana-mana pihak. Kredibiliti RTM3 sebagai penyampai maklumat akan jatuh, dan ini membayangkan penurunan nilai saham. RTM3 perlu berdiri teguh di atas landasan neutral kewartawanan dalam menyampaikan berita yang terkini dan tepat. Tahap pemikiran orang Malaysia dah semakin bertamadun. Mereka sudah boleh membezakan yang mana satu berita, yang mana satu dakyah, yang mana satu iklan. Jadi, jangan tunduk pada sesiapa kerana kepala taik datang dan pergi tapi TV akan tetap berada di ruang tamu. Aku percaya, RTM3 sedang bergerak ke arah ini. Pesanku agar jangan terbawa-bawa atau terperangkap.


Lastlast, masa aku dah nak balik, aku baru perasan ada sticker MyTV3 club kat keta member tadi.
Patutlah beria-ia mendefend.

Saturday, September 18, 2010

Mangkuk Ke apa?

Ni penganut agama apa ni?
Kepada pemilik kereta ini, jika anda ISLAM,
SILA TANGGALKAN sticker yang kat atas tu

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails