Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun


Malaysia,
Kau berharga padaku kerana di sini ada ibu dan bapaku
Dan di sini jugalah aku mengenali Dia.
walaupun dalam hal kedua-duanya,
Selalunya membuatkan aku,
tertunduk malu

Malaysia,
Aku tak tau apa yang telah berlaku.
Aku tak paham apa yang sedang berlaku.
Namun yang pasti,
aku tak suka apa yang bakal berlaku.
Jika aku tak buat sesuatu

Malaysia,
Di hari lahirmu,
penghunimu buat taktau.
Sedangkan tanpa hari ini pastinya kehidupan mereka tak sama.
Jika mereka masih di India, China atau di seberang sana.

Malaysia,
Maafkan kami.
Kami yang sepatutnya menjaga kamu.
Kini kamu pula yang mendoakan kami.
Agar bersatu.

Malaysia,
Aku harap hubungan kita akan berkekalan.
Kerana ku janji,
Kau akan lebih dihargai;
Pada esok hari.

4 comments:

Ziarah76 said...

merdekakan diri kita daripada belenggu hawa nafsu serakah dan godaan syaitan durjana...

Irwan said...

terima kasih sudi menjenguk blog saya yg kotor dan hina ini, tuan.

saya harap tuan sudilah doakan saya serta semua ummat Penghulu kita yg lain agar diampuni Allah dan selamat dari laknat malaikat pada tahun ini...

risaulaaaa..

Anonymous said...

Selama ana menjadi warga msia, dari lahir sampai skrg, takpenah pilu bacq syair puisi pasal hari merdeka..tapi blainan utk yg ini. Msia diambang akhir zaman tapi smuanya terlambat..

Irwan said...

BELUM! KITA BELUM TERLAMBAT! MALAYSIA MUNGKIN YE, TAPI KITA BELUM TERLAMBAT!

KITA HANYALAH TERLAMBAT BILA NYAWA SUDAH DI KERONGKONG!

Kesatkan air mata di hati anda dan bersemangat lah!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails