Tuesday, January 25, 2011

Malam ni jangan lupa!

Apakah nasib Sam dan Dean malam ni?

Apakah nasib AKU  malam ni?

Atan dan Abu (memain bawak UFO)


Ada satu kali tu, kami nak pergi melawat tok guru member brader bus stand. Saja ikut diorang. Menurut brader bus stand, member dia tu dengan brader dah kawan lama. Member dia ikut ada satu aliran tarekat tu, dan dah ada sikitsikit karomah kecik. Member dia suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang Allah pinjamkan padanya kepada aku, Atan dan Abu sebab kitorang budak baru. Sembayang atas angin la. Jalan atas air la. Jalan tembus dinding la. Tambahan pula masa dah nak time untuk menggila, katanya. Dah takyah nak cover-cover...

Masalahnya ialah kami cuma ada masa setakat hujung minggu tu ajer nak menghabiskan masa bersama kerana kabarnya member brader bus stand ni dah nak gerak lepas menyertai ijtimak Tongi yang sedang diadakan di Tongi sekarang. Lagipun dia kena cukupkan nisab tahunan dia cepatcepat. Nantik senang nak ambik apa-apa mission dari Allah...

Dan masalah kedua ialah tempat tok guru member brader bus stand tu pulak somewhere kat Indonesia. Part ni aku rasa kecik sebab brader ada ilmu lipat bumi. Kami pernah mengalaminya pertama kali ada satu kali tu dulu. Dan kalini, aku rasa kami akan melihat brader bus stand 'tunjuk' sikit karomah dia kat member dia ni.

Tapi tak.

Kami pergi naik UFO abang karkun. Nak dijadikan cerita, si Atan dan Abu diberikan tugas memandunya. Brader, member dia, dan aku lepak kat belakang. Kami akan ke Indonesia.

Perjalanan agak smooth walaupun Atan dan ABu bawak slow tak macam abang karkun bawak. Tapi nampak sangat tak kekok menandakan diorang pernah bawak bendani sebelum ni. Kami melintasi Selat Melaka dengan tenang.

Sesampainya di satu kawasan terpencil, kami me landing dan menurunkan brader dan member dia. Diorang turun dan bergerak ke arah sebuah rumah di hujung sawah bendang. Kami takleh turun kat sana sebab nantik orang kampung nampak. Nantik gempak pulak rumah Tok sheikh ni.

Sementara menunggu, muncullah idea dalam kepala hotak si Abu. Dia mula main-main dengan stereng UFO dan menerbangkan kami ke satu kawasan lapang berumput Israel yang kami lalui tadi. Abu kata dia nak buat crop circle. Aku dan Atan rasa it was a great idea. Mesti lawak giler punya bila cerita kat abang karkun. Si Atan dan Abu ni memang gila...

Kami buat bulat dan ada sikitsikit garis jer kat dalam dia. Lepas tu kami bla dan kembali menunggu di tempat yang sepatutnya. Stengah jam kemudian, setelah pelbagai cahaya kesaktian dan haiwan-haiwan keramat keluar masuk dari rumah di tengah bendang tu tamat, keluarlah brader bus stand dan member dia tadi. Mereka berjalan melintasi bendang menuju tempat UFO kami bersembunyi. Member brader nampak bercahaya-cahaya warna hijau dari jauh. Mungkin dah recaj power dari guru dia agaknya. Ni memang biaser dalam hal-hal tarekat ni. Cahaya tu bukan sebab benda yang diberi. Ia sebab karat dalam cermin diri itu yang telah dibersihkan, mengembalikan kejernihan pantulan si cermin akan cahaya dari Ilahi yang sememangnya sentiasa mencurah-curah memancar mancar setiap hari...Pergh


Lepas kami sampai di tanahair, kami lepak jap kat rumah member brader tu layan citer Smallville kat rumah dia.



Semalam kami terbaca keratan akhbar yang mengatakan ada crop circle di Indonesia. Hehe. Memang kami yang buat. Tapi kami buat bulat dan satu garis jer. Yang lainlain tu mesti ada orang yang tambahtambah tu. Kreatif betul orang Indon. Melayu kat sana lagi google dari Melayu Malaysia. gggg

Persidangan Parlimen ROH?

Hahaha. Aku sebagai orang REMBAU mengaku SEKARANG MEMANG ADA PERSIDANGAN ROH.
Lebih kurang 2.5 juta ROH dah ke sana dan jumlahnya semakin meningkat...

Bahkan dunia menjoloknya sebagai persidangan ummat Islam kedua terbesar selepas Haji.

Nak tau kat mana?

Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Semoga Allah memakbulkan doa KITA SEMUA!

Monday, January 24, 2011

Wali Dari Bangi (Kena dengan Abang Karkun)

"Wan, aku rasa kau kena kurangkan cerita-cerita pasal tabligh dalam blog kau" kata abang karkun pada malam tu. Aku tertunduk memandang seliparku. Aku cuba menguis-nguis kesan cat wrought iron yang melekat. Cuba mengcover akan kecemasan yang membuak-buak dalam dadaku.

"Kenapa?"
tanyaku.

"Sebab cerita-cerita kau boleh sebabkan banyak ketidakfahaman daripada kefahaman"
kata abang karkun.

"Kan ada ruangan komen. Pembaca boleh tanya kalau dia tak paham"
jawabku.

"Camana dia nak tanya kalau dia sendiri tak pasti apa yang dia paham? Dahla kau buat artikel kau dalam bentuk umum dan lawak-lawak. Cam tak series jer. Kerja dakwah ni benda series. Dia ada adab dan tertibnya. Bukan melalui blogging-blogging sumer ni"
kata abang karkun. Aku hanya terdiam. Aku kasi chan kat dia menaburkan peluru-pelurunya.

"Dakwah memberikan kesan yang baik kepada pendakwah dan yang didakwah. Kau pun tau hal ini, kan?"


"Ramai yang kata cara saya ni berkesan, apa?"


"Berkesan untuk terus mendekati blog kau dan kau, bukan berkesan dalam mendekatkan orang tu kepada Allah melalui perantaraan amal"
jawab abang karkun. Aku terasa dengan kebenaran kata-katanya. Aku memang suka dengan popular. Padaku, kata-kata orang yang popular yang bangang lebih didengari dari kata-kata seorang abid yang rigid.


"Tapi bang, saya bukanlah berblogging ni untuk berdakwah. Saya cuma berkongsi"
pusing aku ke arah lain pula.

"Tapi kau sendiri sedar yang pikir-risau kau dah berubah sejak kau mula berblogging, kan? Dari seorang yang suka mengkaji kepada seorang yang suka mengkeji. Daripada seorang yang merendah diri kepada seorang yang rasa dialah yang terkini"
hujah abang karkun pula.

Aku terdiam lagi. Tak cilah camni. Dia boleh baca pikiran aku dan aku pulak kengkadang tak paham pun apa yang bermain dalam kepala aku sendiri. Dan memang aku akui, sejak berblogging ni, kengkadang termasuk jugaklah pemikiran tentang dunia blog ni dalam solatku. Nampak sangat pikir risauku dah mula berubah...

"Perjuangan kita bukanlah setakat habis kat dunia ni sajer. Kita sedang mengumpulkan dana untuk perhitungan terakhir di mahsyar nantik. Sanggupkah kau mengambil risiko jika cara yang kau ambil ini menyebabkan orang semakin jauh dari Nya? Kau kan tahu jalan kau ni takde jaminan?"
tanya abang karkun series. Dia memandang tepat ke mataku. Terasa tusukan matanya itu menerjah jauh ke dalam peparuku. Aku mengetapkan bibirku. Aku jawab:

"Ye. Tapi dunia sekarang ialah dunia cyber. Saya sedang meletakkan lukah saya di sana. Dan kepada yang tertangkap, saya akan hilirkan kepada abang dan kengkawan abang. Dan bila air sungai dah surut nantik, saya sendiri yang akan masuk ke dalam lukah itu"


Abang karkun menepuk bahuku.
"Kau bercakap macam anak murid Abu Yazid...Adoihhh!!!"


Aku tujal bahu abang karkun.

"Baik abang sembelih jer saya dari abang acu-acukan pedang kat leher ni"
kataku sambil ketawa.

Interview dengan Wali (kena dengan brader)



"Islam bertapak di tanah ini kerana hikmah para pendakwahnya, bukan kekuatan hujah-hujah ilmuwannya"
kata brader bus stand cuba menenangkan perasaanku. Dia boleh rasa aura kegelisahan dalam hatiku agaknya. Masakan tidak, sebentar tadi abang karkun sound aku pasal blog ni.

"Kengkadang, benda yang tak lojik pada akal kita, memberikan hasil yang lebih daripada segala kelojikan yang kita rancangkan"
katanya lagi. Aku memandang kepadanya. Tah camana, aku tak suka dengan ke mana arahnya ayat-ayat brader kali ni. Dahlah kena ngan abang karkun tadi, ni nak kena dengan dia pulak.

"Jangan pandang remeh dengan usaha yang dilakukan oleh para karkun. Kau nampak diorang sekadar menyampaikan dalam lingkungan kawasan yang berdekatan dengan kawasan masjid ajer. Tapi efeknya lebih dari itu. Sebab hidayah milik Allah"
brader menjelaskan.

"Niat kau baik nak tarik orang yang dah ditarik oleh kemenarikan dunia cyber. Aku tak sangkal part tu. Tapi bila ia telah diputuskan oleh elders, maka kita kena taat. Mereka bukan sekadar membuat keputusan berdasarkan musyawarah. Diorang siap backup dengan zikir dan istikharah yang istiqomah"
kata brader lagi. Aku terasa aku semakin tertusuk jauh ke dalam lubuk sesalanku.


"Jadi, saya kena tinggalkan blog-blog ni sumer?"
tanyaku dalam nada hampa dan kecewa.

Brader bus stand tidak menjawab. Dia cuma menepukkan tangannya di bahuku. Aku tertunduk. Tapi hati kecilka tetap tak mahu akur.

Besok aku nak jumpa guru.

Friday, January 21, 2011

Keeping (spir)IT(ually) clean



Bagi yang mengetahui, cukuplah kita ingatkan di sini sekali lagi bahawa dalam realiti ini ada Pentadbirnya dan nama si Dia ialah Allah. Dan sistem pentadbiran yang diredhai-Nya untuk umat akhir zaman ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Syarat pertama nak memeluk Islam ialah melisankan kalimah syahadah 'Laaaeelaahaa illal lah'. Kita tak masuk Islam. Itu dah larut namanya. Kita baru peluk jer.

Arakian, maka tiadalah cara yang paling amali dalam hal mendalami ilmu tentang Allah selain cara yang telah ditunjukkan oleh Allah sendiri melalui perantaran Nabi Muhammad SAW.

Masalah dalam hal ini, segala apa yang kita ketahui mengenai Baginda SAW hanyalah sekadar rujukan kepada kitab serta orang-orang tertentu yang dikatakan ramai sebagai OK untuk dirujuk.

Dalam hal dunia akhir zaman pula, nak mencari kitab atau bahan bacaan tu memang senang. Kat hujung jari jer. Nak cari orang yang mampu menerangkan pemerhatian itu pun senang. Dari sekecik-kecik budak, sampailah ke otai-otai Tok Sheikh. Anak kucing pun boleh beri explaination kepada apa yang sedang berlaku kepada kita ini.

Ramai pula yang beramal dengan konsep 'mengenal diri maka kenal tuhan' dalam hal hubungan dengan Allah. Melakukan muhasabah diri dalam usaha memahami siapakah pencipta alam ini serta cuba mendapatkan sekilas kefahaman tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya sehari-hari. Ada pula yang memandang seraya belajar dari alam sekeliling. Lebih ramai lagi yang sekadar mengkaji teori teologi dari kitab dan kajian2 sunnah dan sirah. Yang bukan Islam pulak lagi dahsyat. Sampai tahap siksa-siksa diri cucuk badan dan jalan atas api, dalam usaha cuba mendapatkan sedikit kefahaman tentang realiti.

Ustaz saya masa darjah 4 dan 5 pernah mengajarkan bahawa untuk jadi orang Islam, kita kena berkelakuan macam orang Islam dan berpikir macam orang Islam.

Menurutnya, untuk berkelakuan macam orang Islam, orang itu kena buat Rukun Islam. Aku baru tahu bahawa kita boleh dapatkan fadhilat setiap perbuatan dalam rukun tersebut setiap hari. Bukan setakat haji sekali seumur hidup atau bersyahadah 10 kali sehari jer.

Bila badan disibukkan dengan menjaga hal rukun ini, maka barulah sedikit kefahaman tentang rukun iman akan dibukakan. Barulah orang itu akan berpikiran macam orang Islam.

Ramai yang berkelakuan macam orang Islam, tapi pemikirannya tak Islam. Aku mungkin tergolong dalam ni.
Ramai yang berpemikiran Islam tapi perangainya tak macam orang Islam. Aku memang dalam golongan ni.

Sejak terkeluarnya blog ini, aku baru jumpa cara shortcut nak terapkan kedua-duanya sekali iaitu melalui jalan karkunisasi.

Macam-macam cara dan ikutan. Kita sebagai manusia memang suka melekakan diri dengan perjalanan sedangkan kita pun tak berapa nak pasti, apakah rancangan kita setelah sampai di destinasi nanti. Selagi hidup, selagi itu lah iman dalam keadaan bahaya.

Manusia dilahirkan dengan segala macam kelebihan dan kekurangan dari segi mental dan fizikal. Itu bukan bermakna Allah itu tidak adil. Sebab Allah tidak adili kita dalam semua benda tu. 

Semua manusia dijadikan sesuai dengan tahap pemahamannya tentang Allah. Dan dari situ, semuanya diberikan kemampuan yang sama untuk mendapatkan pemahaman tersebut dalam hal memperkasakan ketaatan dan hubungan dengan Allah.

Kerana yang susah pada aku ialah nak redha dengan sebuah kenyataan itu setelah ia diserlahkan.

Yang susah ialah untuk mengaku bahawa semua bullshit yang berlaku ke atas diri dan dunia aku pada hari ini ialah disebabkan oleh tindakan AKU sendiri.


Dan yang paling susah ialah nak mengekalkan kebersihan itu, setelah susah payah aku mendapatkannya tadi.



Selamat Hari Jumaat dan semoga taubat kita kali ini tahan lebih lama...

Bertuahnya umat akhir zaman


Kau tahu aku sedang cakap dengan kau.

Kau tanya jika Allah itu ada, kenapa Dia pilih untuk ghaib? Kau cakap berdakwah itu hanya untuk orang yang layak saja?

Pernahkah kau terfikir betapa bertuahnya kau sebagai umat akhir zaman kau tak nampak benda-benda ni semua secara direct? Semua nak main tersirat. Nak main ghaib-ghaib. Tak tunjuk direct jer kat langit dalam tulisan besar yang disusun dari awan setiap kali kau sudah melampaui batas. Kau ingat, setelah diberi warning kau akan ikut, ke? Kau mana pernah nak ikut peraturan...Kau kan rebel? Anti-matter? Dan sebab kesian kat kau lah Allah kasi ghaib itu semua. Ada jugaklah alasan yang kau ni jahil walmangkuk.

Dan kalau kau ni tak layak berdakwah, takkanlah Allah lahirkan kau dalam zaman Muhammad SAW? Dan sebagai ummat Baginda, bukankah berdakwah itu perkara yang diutamakan dalam perjuangan Baginda SAW? Bahkan Baginda SAW suruh ikut para sahabatnya umpama para pelayar ikut bintang tatkala matahari sudah tiada lagi. Dan para sahabat pulak, senang cerita, ingat balik kata-kata Abu Bakar r.a satu masa dulu:


"Aku lebih rela melihat keluarga Baginda SAW dijinjing oleh serigala dan anjing daripada membiarkan Islam turun walau sedikit pun..."

Kalau kau layak untuk jadi sekadar 'umat yang didakwah', tentu kau ni dah lahir kat zaman Nabi Luth a.s atau Nabi Nuh a.s.

Tapi sebab aku rasa kau ni Melayu, maka kau ni elok lahir zaman Nabi Musa a.s jer. Untung untung dapat sepenampar dua.

Wednesday, January 19, 2011

Interview dengan Wali (kenapa nak cari Wali?)



"Hahaha" gelak brader bus stand mendengar ceritaku. Aku menggaru kepalaku cuba menangkap tang mana dalam cerita aku ni yang kelakarnya. Brader dah tahap guling-guling kat serambi rumah dia. Kitorang stay lama sikit sementara tunggu Atan dan Abu habis update FB diorang kat line internet brader. Tahapahapantah. Abang karkun dah gerak dulu sebab dia kena hantar Bang Ali. Tadi kitorang tengok citer Supernatural episod wraith kat hospital gila, tu.


"Kau ingat abang karkun dan aku ni wali? Kau series ke ni?" ulang tanya brader bus stand dalam kegelakan. Aku mula berangin dengan perkembangan pendedahan hati ke hati aku ni. Lain kali aku taknak share a secret lah.


"OK-OK. Jangan merajuk" kata brader mendamaikan aku setelah dia membetulkan kedudukan serta kopiahnya yang terjatuh sebab berguling guling tadi. Aku pun mula sangsi dengan kongklusiku sendiri yang mengatakan dia ni seorang wali.


"Kenapa kau beria-ria benar nak cari waliullah, ni?" tanya brader bus stand.


"Saya nak tengok majik" jawabku ikhlas. Brader bus stand berhenti tersengih. Dia terasa aura seriesku menguasai suasana serambi rumahnya umpama asap hitam yang berkepul keluar dari purun lembab yang dibakar.


"Majik?" tanya bus stand.
"Majik. Miracle" kataku sambil tertunduk.


"Kenapa majik?" tanya brader lagi.

Sebab kita perlukan majik untuk selamatkan rohani kita. Spesis manusia sudah hilang erti moral atau keharmonian. Apa yang tinggal hanyalah tag tandaharga dan agenda kapitalisme. Manusia hanyalah komoditi dan peperangan ialah sarapan pagi.

Dan bagaikan sudah buntu segala jalan nak mengembalikan manusia ke keadaan yang lebih baik, melainkan para pejuang turut serta dalam kancah perlumbaan yang kemenangan itu ialah jangan berada di bawah. Terpaksalah mengorbankan prinsip dan falsafah jiwa demi sebuah kehidupan sedangkan akhirnya yang dimenangi tak lebih dari sebuah kekecewaan.

Sebab lepas ni dah takde lagi utusan dari tuhan kepada manusia yang turun nak memperbetulkan kita semua. Yang turun pun nantik sekadar nak bagitau masa dah tiba untuk tutup buku cerita.

Dan kita hanya ada kita sementara menunggu keluarnya hewan yang melata atau dajal mula berkelana. dan menyaksikan keadaan dunia yang huru hara dan kacau bilau sini sana, bagaikan dah takde lagi esok yang ceria untuk anak-anak aku yang baru pandai berjalan ni.

Kita perlukan majik untuk keluar dari semua ini.

Dan untuk dapatkan majik, kita kena mintak kat Dia.

Wali kan ada cara nak kontek Dia? Dia pakai apa? kosongsatutujuh ke, kosongsatutigerr?

Aku nak tau tuuu jer.


Brader bus stand menujal kedua-dua bahuku. Skil menujalnya semakin padu, nampaknya...

Adoiiii...

Karkun Gila


Ada satu cerita sensasi yang aku pernah dengar masa aku keluar-keluar dengan otai-otai tabligh ni. Dan yang paling mendalam ialah pasal karkun yang jadi gila. Aku tak ingat detail cerita tu, tapi aku akan cuba jugak kongsikan sebab kita ialah tabligh-leak. Hehehe.

Kisah bermula dengan seorang karkun yang istiqomah. Namanya tak penting. Memang sejak dari bujang lagi dia ni memang takde keje lain. Memang korban tahap tinggi punya. Pantang ada takazah atau khidmat kat markas. Mesti dia yang angkat tangan. Tiap minggu malam markas, muka dia memang tetap kat tempat basuh pinggan dan talam. Dan kalau time ijtimak, kenderaan dia tu macam keta prebet sapu dilenjan ke hulu hilir mengangkut jemaah.

Dia takde keje tetap. Keja dia; keluar tabligh. Balik tabligh, carik keja kumpul duit sikit, keluar tabligh lagi. Lagi dan lagi. Dari dia lepas SPM, sampailah dia habis U. IPB jer dah macam nisab tahunan. Berapa ramai bai dan maulana kat India tu nak jadi bapak angkat dia. Tapi akhirnya dia kawin dengan orang tempatan jugak. Binti karkun jugak. Dengar cerita, lawa budaknya. Maka bertuahlah si karkun ni.

Tapi itu langsung tak melalaikan semangat kekarkunan mamat kita ni tadi. Baru sebulan kawin, diorang dah keluar masthurat. Tak cukup dengan tu, anak pertama cukup umur 3 tahun jer, diorang dah keluar masthurat sebulan. Giler hardcore lah mamat kiter ni.

Sungguhpun dia takde kerja tetap, keyakinan dia pada usaha murni ini amatlah tinggi. Bila ditanya apa rahsia rezeki dia yang sentiasa ada, dia selalu jawab dengan solat selesai masalah.
Kata-kata dia menjadi falsafah sehinggakan ada sebilangan jemaah student yang mengidolakan mamat ni sebab ketekunan dan semangat istiqomah beliau dalam usaha. Syura pun segan dengan dia.

Satu malam, 2 hari lepas mamat ni dapat seorang lagi cahaya mata, ahliya karkun ni mengadu sakit perut. Karkun ni pulak pergi melayan baby barunya yang kebetulan melalak masa tu jugak.
Ahliya karkun kita ni ke tandas.

Karkun kita ni tadi cuba memujuk baby barunya yang sedang menangis. Beria-ia benar budak tu meraung. cam lapar benar nampaknya. Si mamat kita ni melayanlah dengan sabar. Tapi ahliyanya masih tak keluar-keluar jugak dari bilik air. Dia yang sedang mendukung baby nya tadi meletakkan baby itu di atas katil.

Ya Allah. Rupa-rupanya ahliya karkun tadi telah meninggal dunia dalam toilet. Mungkin sebab pendarahan sebab ada kesan darah yang banyak kat lantai toilet. Mamat kita ni cam panik sekejap. Dapat pulak si baby meraung-raung kat luar.

Dia berlari ke ruang tamu dan cuba mendail di henfon. Kredit plak habis. Nak menjerit mintak tolong, cam hapa la pulak. Nak taknak dia terpaksalah memujuk babynya yang sedang menangis tu dulu.

Dia ambik babynya dan mendukungnya. Baby tu menaikkan pitch raungannya. Bingit telinga mamat karkun kita. Dia menyumbatkan jari kelingking kanannya ke mulut baby. baby tu menyedut dengan rakus jari tersebut menyangkakannya nenen.

Sementara melayan anak kecil yang didukungnya, dia meninjau arwah ahliyanya yang terkujur di depan pintu bilik air. Camana boleh jadi camni? Mamat tu mula sedih dan lalai. Jarinya terlepas dari mulut baby. baby pun sambung meraung balik.

Dalam kebuntuan itu, dia menarik nafas dan meletakkan anaknya yang sedang menangis di atas katil. Kemudian dia menarik tubuh mayat isterinya ke bahagian tepi bilik dan mengemaskan sedikit bilik air. Kemudian dia berwudhuk.

dalam keadaan di belakangnya mayat isterinya, di belah kanannya baby yang sedang menangis, dia telah berdiri nak bersolat. Dia buat solat dua rakaat dan berdoa.

Baby masih menangis. Dia menoleh ke belakang melihat tubuh ahliyanya. Kemudian dia bangun bersolat lagi. Selesai salam dia berdoa. Anaknya sudah diam dari menangis.

Kelihatan mamat tu bangun mencium baby yang sedang tidur. Kemudian melapikkan kain dan mencium dahi mayat ahliyanya. Kemudian dia bangun bersolat lagi.

Selesai solat, dia berdiri dan berdoa.

Sejak dari itu, dia jadi gila. Mamat tu boleh dilihat mundar-mandir di sekitar Masjid india, KL.




p/s: Cerita ini disampaikan oleh anak pertama mamat karkun tersebut yang datang ke sini dengan ibunya. Aku tak sempat pulak jumpa dengan ibunya tu nak mengesahkan cerita budak ni tadi...

Tuesday, January 18, 2011

Apakah kedudukan KPI Malaysia terkini?


Diorang kata ekonomi semakin baik, pasaran saham semakin kukuh, tapi aku tengok harga semakin naik sedangkan gaji aku masih macam tu jugak.

Diorang cakap Polis dah capai KPI tapi aku tengok jenayah dah semakin hardcore. Dari orang tua sampailah ke baby. Apa jadi dengan Sosilawati? Duit kerajaan yang lesap, sapa punya accountability?

Ni; balikbalik bongkar cerita kat Selangor. Balikbalik jawab isu yang ditimbulkan oleh blogger. Apa? Takde kerja lain ke diorang ni sumer? Asyik dok update FB dan tweeter ajer?

Dan jiranjiran sedarmaraku pulak, dikirikanankan oleh media yang mensensasikan hiburan dan cerita tak berpaedah dari berperanan dalam pengukuhan nilai ke Malaysia-an, yakni adab susila dan ketinggian akhlak.

Bukankah ketinggian akhlak itulah tahap moderasi yang paling baik? Bukankah moderasilah apa yang kita di Malaysia yang semakin huru hara dek isu perkauman dan keagamaan ini perlukan?

Banyak peruntukan ditujukan ke arah pembangunan materialistik. Projek itu menjanakan ini bilion. Usahasama ini menjanjikan itu trillion setahun.

Takde sesen yang bermanfaat pun disumbang ke arah peningkatan kerohanian, terutama yang menjurus kepada akhlak kepada anak-anak generasi akan datang. TV pun macam tak terkawal. Apatah lagi bahan bacaan. Ni nak sibuksibuk kecoh pasal Interlok pulak.

Akibatnya di rumah sendiri, anak bini ditujah orang like nobody's business, siap ada kenangan dalam bentuk 3gp atau mp4, lagi.

Kita masih lagi hidup dalam kepura-puraan?

Masih lagi mengatakan Malaysia is well-equipped for the future?

Atan dan Abu (Series sangat)



"Tan, aku rasa kita dah series sangat, la" kata Abu kepada Atan tibatiba masa diorang on the way nak pergi beli breakfast pagi itu.


"Ye, ke?" tanya Atan balik.
"Apa yang menyebabkan kau berkata begitu?" tanya Atan lagi.


"Dunia ini gurauan. Yang pahit hari ini, akan manis pada esok hari. Kita jangan ketat sangat. Kita kena banyak senyum" kata Abu.


"Camana nak senyum kalau terang-terang kecibaian dunia berlaku di depan mata?" tanya Atan. Dia bersilat kat depan stereng keta, nak buat U-turn. Keta brader bus stand ni takde power steering, jadi nak kena pusing bersungguh-sungguh sikit. Cam bawak lori.


"Abih tu, takkan nak tunggu dunia ni OK baru nak senyum? Alamat takkan senyum-senyum, laa" kata Abu.


"Hmmm...Betul tu..Cibai-cibai jugak, kan? Tapi hidup kena teruskan juga. Macam cakap Bang Ali aritu" kata Atan. Mereka dah sampai. Ramai gila orang kat gerai mee kari Jalan Rasah. Diorang ni tak keja ke? Ni dah pukul 830, pasal diorang dok berkumpul kat gerai mee kari, lagi? Sejak bila pulak gomen masuk pukul 10 pagi?


Atan dan Abu beratur menunggu giliran mereka nak buat order. Atan makan roti canai jer. Abu makan mee. Kat meja sebelah, anak makcik tu ushar jer mereka berdua.



"Susah betul nak cari kedai Melayu yang OK masa breakfast. Aku dah tak lalu mamak-mamak ni" kata Abu.


"Elleh, tak lalu konon. Bila dah kering, sebat jugakkk" usik Atan.


"Biaser arr...Pendirian berubah-ubah mengikut keadaan kewangan " jawab Abu berseloroh.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails