Friday, September 3, 2010

Interview dengan Wali (Malam tadi Lailatul Qadar? Biar betulll)

Bersiap siaga, walau dalam tidurnya


Aku tersentak. Aku rasa ketinggalan. Aku rasa rugi. Aku dapat tau dari Abu baru ni tadi bahawa besar kemungkinannya malam tadi ialah malam yang di nanti-nantikan itu. Dalam ramai-ramai jemaah yang berada kat Masjid Pedas-Gaing yang beriktikaf malam tadi, cuma aku sorang jer yang tak bangun tahadjud. Dah puas Atan dan Abu kejutkan aku sampai last-last diorang sendiri tertidur. Kalau abang karkun ada, mesti dia simbah air kat aku punya. Aku tak kisah. Simbahlah. sebab aku rasa rugi gila ni. Aku rasa hina gila. Dah terlepas malam lailatul qadar untuk tahun ini.

Thursday, September 2, 2010

Peringatan Semula : Mari tinggalkan Internet Explorer dan gunakan google chrome atau Mozilla

Aku ingatkan semula kepada anda yang baru sampai ke blog ini: Sila gunakan Mozilla atau Google chrome untuk lebih menikmati blog ini. Aku tak pastilah link ni berguna ke idak. Kalau tidak, try cari kat sini atau sini.

Pagi tadi aku try guna I.E. Susah gila. Inilah perbezaan hasil kerja Steve Jobs (semangat baru) dengan Bill Gates (kerajaan). Hahaha.

Kau takkan mengerti selagi kau tak tengok MUG itu macamana aku tengok ia.

Kami Hanyalah Juadah Berbuka 2

Saya khidmat harini bang!
Kelakar. Aku ceritakan kisah aku dulu tu sebagai panduan kepada yang berpuasa, tips-tips pemakanan sebaik saja azan Maghrib berkumandang. Tapi ada orang anggap cerita tu ialah kisah pasal perjalanan kehidupan manusia dari alam rahim ke alam barzakhlah, cerita pasal politiklah. Tak kurang juga yang anggap cerita itu adalah cerita sekadar buat kelakar-kelakar. Aku tak kisah. Manusia akan nampak, apa yang diorang nak nampak.
Ini kerana aku lihat manusia begitu rakus ketika membeli juadah berbuka puasa dan masa diorang membuka puasa mereka. Setelah berkali-kali dikitar semula dalam dunia ni, aku dapati tak ramai yang berbuka puasa dengan cara yang aku dah kongsikan dahulu. Mereka tak buka poser dengan cik Amir (kurma) serta diorang mentekedarah sampai nak terkeluar lubang pusat masa bukak poser. Lepas tu melambat-lambatkan solat Maghrib. Ramai juga yang terus KO. Ada juga yang masih gagah meneruskan solat on time, walaupun perut penuh dengan nasik dan air lencheekang. Tak tasawuf langsung.

Wednesday, September 1, 2010

Atan dengan Abu (Kisah Atan mulamula nak taubat duludulu)


Atan ni sebenarnya sekali dengan Asan. Sila klik di sini kalau nak tau serba sedikit pasal Asan. Pendek cerita, watak Melayu moden dan alpa itu ialah Asan. Dan dia suka berbesfren dengan Atan. Atan dengan Asan ni sebaya. Dengar ceritanya si Atan ni memang partner in crime kepada Asan. Apa saja aktiviti mungkar yang nak dibuat oleh Asan, dia akan bawak Atan sekali. Pegi disko, pegi double date, pegi isap dadah, lepak depan umah sewa awek sampai kena halau kat KRT. Sebab Atan ni tak banyak kerenah. Dia ngikuttt jer. Tambahan pula, dia cekap bawak keta. Sampai ada satu masa tu kami gelarkan dia "Atan-the satan powered driver". Kalau takat nak cocok keta orang sampai kena bumper tu, selamber. Kalau setakat nak sep-sep side mirror atau tempeleng kepala mat rempit yang mencilok masa traffic jam, itu biasa. Dapatlak lengan Atan yang besar sebab dia pernah kerja mengait kelapa sawit kat Felda Serting, masa lepas SPM. Sekali katok jer, berterabur helmet mamat tu atas asphalt.

Bonus Raya! (umum dah 2 kali, dapatnya entah bila)

Pepehalpun, bonus raya!!!

Tentu mak aku gembira. Ya Allah, terima kasih kerana gembirakan mak aku.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Ampunilah dosa kami, Ya Allah.
"Sungguh mendalam sindiran anak kau ni, Wan.."

Surat kepada orang indonesia (isu bakar bendera)

Mamat ni sebenarnya na buat magic, tapi media dah tipu kita
Kepada orang Indonesia, yang beribu dan berbapakan orang Indonesia, yang berketurunan dari gugusan kepulauan Indonesia. Dan yang perasan indon.
Dan kepada orang Malaysia, yang mengaku datang dari Malaya, dari keturunan tanah banjaran titiwangsa, kepada semua:Hahaha! Kepada semua orang MELAYU..."Assalaamu alaikum!"

Yang beria-ia marah tu, bekas burh kat Malaysia dulu
Bila aku tanya kepada: sumber maklumat paranoia, pakar-bidang-sains-politik-auta-mengauta, bekas-ahli-Illuminati-yang-dah-bertaubat-nasuha, bakawali abad 1432; apa pendapat dia tentang isu orang Indon bakar dan ludah bendera Malaysia kat seberang sana, dengan muka malu-malu segan, dia menjawab:


"Eheh. Den tak ambek tau bonaaa, halhal tuu, Wan..." jawabnya pendek sambil mengcover-cover mulutnya takut bau kasturi dikesan. Maklumlah...Berpuaserr...


hehehe

Last phase of Ramadhan fourteenTHIRTYONE

"Saya bakar untuk anak bini saya jer. Abang Long ngan Kak Ngah kalau nak, bakar sendiri!"
Ramadhan datang dan pergi. Dah berkali-kali. Adakah kali yang ini ada peningkatan? Atau adakah kita semakin gostan? Ayuh, sedarlah kawan. Masih ada kesempatan. Walaupun kita ni mungkar selama 11 bulan, untuk 10 hari yang terakhir ini, marilah kita rebut peluang. Yang tak pasti lagi kita kecapi, di tahun hadapan.


Raya datang lagi. Kehangatannya semakin dicari-cari. Dapatlak bila perkataan'malam tujuh likur' atau 'pasang pelita' atau 'kudung main mercun' mula menjadi cliche. Atau bila lagu-lagu Raya mula dikumandangkan di media-media, SMS-SMS dan sekarang: tweet-tweet Raya pun semakin banyak tersebar di kalangan rakyat Malaysia, dalam dan luar negara. Bagaikan kita semua diiingatkan kembali siapa diri kita dan mana asal-usul kita. Sesetan-setan mamat yang bertindik tiga di telinga, atau sepengkid-pengkid minah genit yang ganas tapi kiut, hinggalah ke orang-orang tua tak sedar diri berseluar pendek gi beli barang nak buka puasa, padahal nafas berbau Suryaaa. Semuanya terasa. Semuanya bagaikan telah berPUASA dengan sempurna (atau sekurang-kurangnya mencuba), gembira menyambut kedatangan Eidulfitri, hari manusia kembali bersih, kembali ke fitrah.
"Kalau Israel datang kacau misi bantuan kita ke Palestin lagi, aku tembak dengan Warhead Lemang 2010 ni...Lepas tu diikuti dengan Warhead Rendang Daging Kerbau"


Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun


Malaysia,
Kau berharga padaku kerana di sini ada ibu dan bapaku
Dan di sini jugalah aku mengenali Dia.
walaupun dalam hal kedua-duanya,
Selalunya membuatkan aku,
tertunduk malu

Malaysia,
Aku tak tau apa yang telah berlaku.
Aku tak paham apa yang sedang berlaku.
Namun yang pasti,
aku tak suka apa yang bakal berlaku.
Jika aku tak buat sesuatu

Malaysia,
Di hari lahirmu,
penghunimu buat taktau.
Sedangkan tanpa hari ini pastinya kehidupan mereka tak sama.
Jika mereka masih di India, China atau di seberang sana.

Malaysia,
Maafkan kami.
Kami yang sepatutnya menjaga kamu.
Kini kamu pula yang mendoakan kami.
Agar bersatu.

Malaysia,
Aku harap hubungan kita akan berkekalan.
Kerana ku janji,
Kau akan lebih dihargai;
Pada esok hari.

Interview Dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431 part 6)


Diorang hantar frontline diorang nak test kedalaman "air" di Malaysia...
 Aku bukanlah nak membuang masa korang dengan mengulang-ulang apa yang korang lebih tau dari aku. Cuma yang satu ni aku rasa korang terlalai sedikit. Askar-askar kelab ini sekarang sedang 'testing the water' dengan orang Melayu. Sebelum Illuminati keluar secara terbuka di Malaysia, mereka perlu pastikan bahawa puak majorti negara ini sudah berpecah dan takkan bergabung kembali, walhal dalam isu agama sekalipun. Buktinya, mereka menghantar budak-budak mencurah cat kat surau, lepas tu mintak maaf. Mereka masuk dalam tempat ibadat kita dan memijak tempat kita meletakkan kepala kita. Lepas tu mintak maaf. Dan orang Melayu mangkuk, terus berhujah. Yang x pakai hukum warak. Yang y pakai hukum syarak. Dah tu menghukum orang itu bodoh hukum, atau orang ini berkepentingan politik. Paling kelakar, blogger yang ketagih melihat jumlah visitor di blog mereka, tanpa pikir panjang terus mengadu domba. Yang jelasnya, Melayu dah takboleh disatukan lagi. Dari sebesarbesar kepala golongan x dan y ini, sehinggalah ke mamat atau minah intelek yang fikir mereka sedang melakukan sesuatu for the greater good. Dan keadaan ini umpama memberi lampu hijau kepada kelab yahudi ini untuk meneruskan fasa ketiga dalam menghuru-harakan Malaysia yang paling aktif membantu Palestin...


Kau nak tau apa fasa ketiga? Fasa ketiga ialah menyempitkan laluan orang Melayu ke Indonesia. Itu telah berlaku dan masih hangat lagi. Lepas tu, parti komponen BN kedua terbesar akan berpecah dan bergabung dengan parti lain (sebab nak kontrol Parlimen). Jangan salah faham. Aku tak kata parti komponen BN itu adalah hidden hands. Tapi mereka sebenarnya diguide oleh otai hidden hands ni yang berada di selatan Malaysia. Diorang pun taktau yang diorang ni tengah menjalankan agenda freemason. Backup plan diorang ialah dengan meramaikan lagi pengundi dikalangan orang dia. Memandangkan pompuan diorang takut beranak, dan kalau ye pun, paling awal diorang boleh naik ialah lagi 20 tahun, cara cepat ialah mengimport rahim yang aktif. Legally or illegally. Lepas tu, bagi kerakyatan kepada mereka. Selindungi kemasukan mereka dengan isu beri kerakyatan secara auto kepada orang tua. Bila orang tua ni mati, mykad diorang ni akan di turunkan ke generasi seterusnya. Apa susah? Semua data ada kat APCO apa? HAckers kat Taiwan pun berlambak sedang menganggur. Tu sebab korang tengok banyak GRO dijumpai di selatan dan utara Malaysia. setelah ditangkap, mana perginya mereka ni? Ohhh...kerja kat shopping kompleks rupanya...



Pendatang India, Melayu dan bangsa lain, kita boleh kenal dari muka dan bau badan mereka. Tapi pendatang yang berkulit kuning dan berambut rebonding ni, kita terlalai sikit bila dah terbau minyak wangi made in China dan terlihat paha-paha yang wow itu. Maklumlah, kitakan makan ayam. Ayam bertelur, kita menelur.

Jadi, apa yang kita nak buat? Kepada orang Malaysia, kibarkan Jalur Gemilang di mata mereka. Ingatlah untuk bersatu untuk mempertahankan negara ini jika ia diserang nantik. Bukannya lari ke Singapura atau Chennai.

Kepada orang Melayu: BERSATUlah. Tinggalkan UMNO dan PKR dan kuatkan PAS. Yang korang takut sangat dengan hudud apasal? Korang mencuri, ke? Kalau tak salah, apsal takut sangat? Kembalilah kepada Islam. Sekurang-kurangnya, janganlah bergaduh macam budakbudak. Gaduhlah macam orang yang boleh menguasai katakata. Korang ada nampak bangsa lain gaduh macam bangsa kita?. Ni tidakkk. Balik-balik berkokok. Balik balik menghukum. Yang kaya ialah TV3...

Interview Dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431 part 5)


Kemuncak kejayaan ahli kelab freemason setempat ialah bila berpecahnya penduduk majoriti sesebuah negara itu kepada beberapa bahagian dan dah takboleh dicantumkan lagi. Bila dah pecah, baru mudah nak perintah. Manusia ni pulak ada dua sifat utama: rohani dan jasmani. Spiritual dan Material. Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. Agama dan kehidupan. Bila manusia semakin ramai lebih percayakan manusia dari tuhannya. Sekularisme. Agama hanyalah dalam dewan masjid. Time kerja, kita kerja. Nak solat dhuha ke, hajat ke, buat kat rumah atau time lepas office hour (tang beramal pandai pulak ikut hukum, tapi time mengular atau berinternet, takpe pulak buat time kerja). Part ni, mereka dah berjaya. Macam aku cakap tadi, kat Malaysia, ada dua golongan utama. Golongan x, lebih tertumpu kepada politik dan kemajuan negara. Tapi golongan ini telah dipecah-pecahkan lagi semenjak zaman Tun Dr. Mahathir, thanks to Anwar. Tun Dr. yang nampak benda ni, telah menjatuhkan Anwar (yang kononnya nak mengakali kelab freemason untuk kebaikan Malaysia) dan menaikkan Tun Abdullah Badawi yang kewarak-warakan sedikit. Aku tak salahkan Tun Dr. Niatnya baik. Cuma Tun Abdullah yang TERLALU baik. Beliau ni lebih kepada sikap Abu Bakar r.a semasa bersama Baginda SAW. Apa yang Malaysia perlukan untuk mengalahkan kelab yahudi malaysia ini ialah orang yang macam Umar Al Khattab r.a atau Umar Abdul Aziz. Tapi dah takde calon, nak wat camner? Calon yang ada pun (Anwar) pada masa tu, terbawa-bawa pulak dengan sikap rebellious dan mentaliti 'aku betul, kau salah, maka kau kena mati berdarah'.

Dalam Freemason, cuma ada ritual biasa biasa. Dalam illuminati, diorang siap ada nyala2 lilin lagi
Golongan agama pulak, hidup dengan aman damai sebab orang Melayu Malaysia pada masa tu, masih berpegang kepada hukum WARAK (Baca INterview dengan Wali 3). Tambahan pula, kelab yahudi ni terlalu sibuk dengan aktiviti memecah belahkan golongan x sebab plan diorang tak semudah yang dirancangkan kerana tibatiba out of no where, golongan muda yang berkesedaran Islam pulak yang bangkit. Jadi makin naik lemaklah golongan Y. Golongan Y susah nak disangkal sebab diorang menggunakan hujah agama. Macam zaman gelap Kristian dulukala. Namun, ada juga beberapa cubaan menggugat golongan y dilakukan dari dalam dan luar Malaysia contohnya menyuntikkan fahaman Syiah dan Wahhabi, isu ajaran sesat dan paling kelakar: terorisme. Aku tengok, rancangan freemason sekarang ni makin terdesak sebab, lagi mereka usik Islam kat Malaysia, lagi menular pemahaman Islam dikalangan rakyat.

Untuk info pasal Freemason di Malaysia, sila ke : http://xazryx.blogspot.com atau nak lagi dahsyat: http://ibnuyaacob.com....

Interview Dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431 part 4)

Freemason: Malaysia Lodge
Sebetulnya, aku pun taktau nak mulakan artikel ni dari mana sebab semuanya telah di download secara rawak semasa guru brader bus stand menenung mata aku tadi. Namun, kefahaman itu datang dari Allah dan aku harap korang jangan salah faham. Kalau dah baca, sila komen, dan jadilah follower aku. Hahahaha. Aku pun ada hidden ends...

Siapa yang tak pernah dengar tentang Freemason? Sapa yang taktau Illuminati tu apa? Kalau korang taktau, open new tab dan search kat google. Freemason kat Malaysia berasal dari Singapura. Dan aku rasa, korang boleh agak sapa yang bawak kelab yahudi intelek ni ke sana: askar Yahudi. Dah lama dah. Punyalah lama sampai orang Melayu pun ada yang pernah menyandang kerusi penting dalam freemason Singapura tu. Punyalah lama sampaikan diorang dah masuk dan beranak pinak kat Malaysia; bukan setakat APCO ajer, malah arkitek Yahudilah yang design Masjid Jamek KL (tak perasan ke lambang bintang yahudi kat dinding masjid tu?). Cuma Illuminati (golongan keagamaan dalam Freemason) jer yang masih teragak-agak nak keluar dari almari. Sebagai orang Islam yang schizophrenic, aku memang sentiasa paranoid. Cuma paranoia aku lebih kepada mencari sense dalam non-sense yang berlaku dalam negara ini. Aku ni mamat 80/20. Dan laksana seorang manager yang suka micro-manage, aku lebih suka menumpukan pemikiran aku kepada 20% kategori 'others' yang selalu orang terlepas pandang. Korang tak paham apa yang aku cakapkan ni? Pandaipandailah google kat tab sebelah yang korang bukak tadi...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails