Thursday, August 12, 2010

Atan dan Abu 2 (Tersalah niat dalam berdoa)

Asan memang dikenali sebagai seorang playboy. Dia memang hebat. Dia juga handsome dan berduit. Belajar pun pandai. Tak macam Atan dan Abu. Atan dan Abu ni adalah bumi jika Asan itu adalah langit. Namun diorang ni berkawan. Diorang adalah housemate.Malas nak cerita pasal background Asan. Cukuplah dinyatakan bahawa Asan ni mungkar orangnya. Tapi kebelakangan ini, Asan nampak lain. Mungkin sebab bulan Ramadhan? Mungkin sebab kemelesetan ekonomi? Atau apa? Semasa Asan ditemubual semalam, dia kelihatan letih dan tak bermaya.

"Asan. You need Yomeishu. Hehehehe" lawak Abu.
Atan gelak cam lawak tu gilab**i kelakar. Tapi Asan tak jawab. Dia hanya toleh sekejap dan terus termenung mengadap iphonenya.
"Kau ni apasal, ni San?" tanya Atan pula. Dia merangkul kepala Asan. Asan melayan jer kerenah kawannya tu. Abu sedang menyelongkar beg Asan. Asan selalu dapat jajan dari awek dan Abu bertanggungjawab memastikan jajan itu semua takkan sampai ke tarikh luputnya. Asan menjeling kepada Abu.

"Dalam fridge" kata Asan. Abu dan Atan terus menerkam ke arah peti ais rumah mereka. Ada satay sejuk, ada pringles separuh bukak, ada kek separuh. Banyak benda ni. Abu dan Atan berpandangan.

"Aku heranlah dengan tuhan ni" mula Asan. Abu dan Atan masih terus menyelongkar peti ais wakaf walaupun kelihatan mereka sedang mendengar. Lain macam lak topik Asan ni...
"Masa orang nakal, Dia suruh berubah. Bila nak berubah, Dia uji kita pulak. Lagi mintak tolong, lagi huru-hara jadinya..." sambung Asan. Abu dan Atan berpandangan, mereka menutup pintu peti ais perlahanlahan, dan mendekati Asan. Diorang menumpukan perhatian kepada Asan.

"Harini aku cuba nak berubah. Aku bangun solat Subuh. Aku dengar, doa lepas solat Subuh ni makbul, maka aku pun doa agar Allah jadikan aku seorang yang sabar dan tabah menghadapi godaan kehidupan. Belum keluar masjid lagi, aku dah kena uji. Terpijak taik katak la, selipar hilanglah...Camacam lagi ujian. Pastu mak pun tibatiba call dan marah-marah tahapa sebabnya. Aku jadi tertekan. Banyak sangat ujian dalam satu hari. Membuatkan aku jadi tension dan rasa macam hilang sabar. Lagi aku doa, lagi huru-hara jadinya. Aku keliru. Amenda yang berlaku ni?

Abu dan Atan berpandangan sesama mereka. Diorang bantai ketawa berdekah-dekah. Asan memandang budak dua ekor ni dengan hairan.
"Memanglaaahh. Yang gi mintak nak sabar tu, buat apa?" kata Abu.
"Camana nak tau kita sabar ke tidak? tanya Abu kepada Atan.
"Kena uji, laaa" jawab Atan sambil menumbuk bahu Asan. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah dan menyambung misi mereka meng clearkan peti ais dari jajan. Asan blank sambil mengusap bahunya yang keja

"Abis tu, kalau tak camana?" tanya Asan.
"Tang tu, kau kena tanya ustaz. Kau pergilah ceramah dan bila soalan dibuka, kau tanyalah.." jawab Atan yang mula mengunyah lebihan cheese cake dalam peti ais.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails