Thursday, August 12, 2010

Wali dari Bangi 9 (Ghash).

Kelihatan KuWali dibasuh oleh Wali dari Senama, Rembau
"Jangan ingat serban kita kemas, janggut kita lebat dan ayat kita power, kita ni bagus. Jangan ingat kita yang dok berkampung dalam masjid ni hebat dan orang-orang yang di luar tu jahil. Jangan perasan kita ni golongan yang sedikit yang terpilih dan dijanjikan keselamatan kerana selagi kita bernafas, kita terdedah kepada kesilapan yang akan membawa kepada penyesalan selama-lamanya" Abang karkun memulakan ceramahnya setelah selesai Intro puji-puji Allah dan selawat ke atas Baginda SAW. Abang karkun memang selalu menjadi mangsa untuk bayan kalau kitorang keluar 3 Hari kat mana-mana. Yelah. Bukan semua ada keberanian nak bercakap macam abang karkun, depan otai-otai dan ustaz-ustaz yang mengharapkan sesuatu yang sensasi dan baru sebagai pengisi masa kosong antara Maghrib dan Isyak. Kitorang belum ada keberanian. Biarlah abang karkun jer yang bayan.



"Kadangkala, semasa kita membuat aktiviti ziarah dalam ghash mingguan kita, Allah temukan kita dengan watak-watak yang menguji keprihatinan kita dalam usaha. Ada tuan rumah yang tak menyahut salam, malah terus meluru ke dalam rumah, dan menutup pintu. Dan tingkap." sambung abang karkun lagi sambil melirik ke arah seorang bapa muda dengan anak lelakinya yang comel berketayap merah.

"Ada juga pakcik yang tak menutup aurat tapi menceramahkan kita pasal sunnah Baginda SAW. Ada juga yang terus menerus attack personal dan serangan itu tak habis di rumahnya, malah berlarutan hingga ke dalam masjid", Abang karkun melirik ke arah seorang brader bertubuh sasa yang tertunduk bila bertentang mata dengan abang karkun. Diorang ni mesti abang karkun jumpa petang tadi, ni. Ni satu lagi kelebihan abang karkun: dia berupaya membuatkan majoriti orang yang ditemuinya semasa ghash untuk datang ke masjid. 'Bila diorang dah datang ke tempat kita, barulah kita boleh buatkan mereka dengar dan lihat dengan teliti', pesanan abang karkun padaku suatu masa dulu. Lagi keras orang tu menentang first time diorang jumpa abang karkun masa ghash, lagi senang abang karkun tarbiah dan buatkan orang tu berubah dan menerima ketentuan Ilahi ke atas dirinya.

"Dan semua kutukan, halangan mental atau fizikal, segala ujian ini, ada masanya membuatkan kesabaran kita berada diambang bahaya. Dan kita pun terbawa-bawa dek emosi dan rasa 'aku betul' dan mula kononnya tertekan benar dengan ujian yang diberikan. Ada juga antara kita yang terus mengutuk atau melawan saudara yang hakikatnya sekadar boneka Allah dalam mentarbiah kita"

"Dalam hati kita mula berputik benih rasa kurang selesa terhadap saudara sendiri. Dapat pulak kalau saudara tu jenis yang istiqomah dalam mepersoalkan segala pendapat atau idea kita". Abang karkun memandang setiap jemaah yang mendengar sorang-sorang. Masing-masing mula risau sebab abang karkun ni dikatakan boleh membaca pikiran orang. Diorang termasuk aku-akunya sekali terus memejamkan mata dan membayangkan bayangan yang gembira macam menang something atau berlari di taman bunga yang berkabus.

"Kerana, kita dihantar ke suatu tempat untuk menyampaikan risalah peringatan, sebelum keputusan dibuat. Ujian terakhir sebagai asbab sama ada bala diturunkan atau ditangguhkan. Kerana peringatan diberikan bila seseorang itu perlu diingatkan. Seperti cerita para nabi dan rasul terdahulu yang dihantar kepada kaum tertentu sebelum bala diturunkan. Dan sekiranya kaum tersebut menerima peringatan yang benar dengan baik, maka bala ditangguh atau dihapuskan sama sekali. Walaupun dah sampai last minute macam cerita kaum Nabi Yunus a.s. Oleh itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk terus berusaha dan bermohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk mengharungi cabaran ini demi menyampaikan risalah kasih sayang Nya. walaupun ditentang seperti yang dialami oleh Baginda SAW ketika di Thaif. Kita kena sabar kerana takkan ada nabi lagi untuk manusia selepas ini. Kita hanya ada kita dan seandainya kita yang mengetahui ini pun lemah dan mengalah ketika diuji, tak salahlah jika bala menimpa kita semua dan ramai yang mati tanpa kalimah atau taubat"

Macam biasa, sepatah pun aku tak paham amenda yang abang karkun ni cakapkan. Tapi bunyi macam cool. Aku tak dapat dengar sampai habis sebab sakit perut dan perlu ke tandas nak buat no 2.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails