Wednesday, August 11, 2010
Wali dari Bangi 8 (perjalanan ke program malam markas)
"Kadang-kadang aku rasa bersalah sebenarnya" mula abang karkun. Kitorang dalam kereta sepupunya, menuju ke markas Seri Petaling untuk program malam markas, setiap Sabtu selepas maghrib. Yang lain tak ikut (cam beser), cuma kami berdua jer minggu ni. Harini abang karkun nampak kurang ceria. Senyap jer. Ni baru dia mula bercakap sejak 25 minit malaikat lepak dalam keta Iswara ni.
"Kau tau, kita ni sekadar menyampaikan peringatan" sambung abang karkun lagi. Dia menaikkan cermin pintu. Kemudian menge-on-kan aircond. Aku pun naikkan cermin belah aku.
"OK" jawabku.
"Kita ni umpama peringatan lembut yang terakhir. Bahkan kita ni macam ujian kepada masyarakat tempat kita keluar 3 hari tu" katanya lagi. Aku paham. Aku pun ada jugak ternampak teori ni. Tapi aku nak dengar penjelasan abang karkun.
"Setiap rasul yang diutuskan, mereka diutuskan kepada kaum yang sedang melakukan kemarahan Allah. Ada yang buat mungkar. Ada yang angkuh. Ada jugak pasal manusia pada masa tu terlampau rosak. Kaum Nuh, Ad, Luth, Yunus a.s. Para rasul ini membawa peringatan kepada manusia agar kembali mentauhidkan Allah. Dan kebanyakannya, peringatan diberi semasa kaum ini sedang dalam kemuncak kehebatan atau kemungkaran tersebut" abang karkun memotong kereta Kancil kat depan kitorang yang tibatiba mengurangkan halajunya.
"Dalam kebanyakan kes, yang mengikut jalan kepercayaan dan ketaatan setelah peringatan diberi adalah sedikit. Golongan yang dibinasakan selalunya lebih ramai" abang karkun terdiam sejenak. Mulalah nak emo tu.
"Manusia, setelah mendengar nasihat atau terlihat akan petunjuk-petunjuk, akan terbahagi kepada dua golongan yang penting: yang membenarkan atau yang membelakangkan. Macam kalau masa nak final exam, ada kawan kata dia dapat soalan bocor, ada kawan kita yang percaya dan ada yang tak percaya. Kita bercakap pasal orang yang tahu dan ambil kisah minggu depan nak final exam jer. Orang yang nampak macam tak ambik kisah dengan hidup mereka, mungkin berada dalam perlindungan dan kelebihan tertentu yang Allah beri sehingga membolehkan mereka score tanpa baca buku atau buat persediaan. Tapi kepada mereka yang tahu ada exam dan risau takut takbley jawab soalan, akan mempercayai apa saja. Samalah macam kehidupan ini. Mereka yang tahu ada mati dan risau dengan apa yang bakal terjadi kepada mereka selepas mati saja akan buat apa saja untuk selamatkan diri demi kehidupan yang akan datang" sambung abang karkun. Aku dah mula rasa cam nak isap rokok ni. Maintain-maintain...
"Dan kau sebagai seorang karkun, kena sentiasa jaga kemarahan kau setiap kali kau buat usaha. Jangan marah-marah bila orang mengejek atau menghina kau atau apa yang kau bawa. Sebab dikhuatiri doa kau masa kau tengah marah tu makbul" kata abang karkun.
"Kita ummat Nabi Muhammad SAW sepatutnya membantu Baginda SAW menyelamatkan seberapa ramai manusia akhir zaman ini dari berakhir di neraka selama-lamanya, bukan membantu Iblis dalam perjuangannya. Dan rescue mission itu bermula dengan menyelamatkan diri sendiri" kata abang karkun.
"Abis tu, kenapa masa kita keluar 3 hari kita dakwah kalimah thoyyibah dan bukan meningkatkan lagi amalan dan ketakwaan kita?" tanyaku spontan. Tah mana datang tah soalan tu, aku pun tak tau, tapi ia berjaya membuatkan abang karkun menoleh kepadaku sebentar. Dia tersenyum.
"Dakwah ialah alat yang kita gunakan untuk mengubah DIRI kita sendiri. Kalau harap nak berubah dengan sekadar mendengar-dengar akan kebaikan, lambat. Tapi bila kita sendiri yang berkata tentang kebaikan, hati nurani ini akan menjadi pengkritik kepada kita bila kita nak berbuat selain kebaikan atau bila kita terlalai. Yang membezakan ialah samada kita ni ikut nasihat atau ikut nafsu." sambungnya lagi.
Aku tak paham amenda yang abang karkun merepek malam ni. Mungkin aku makan banyak sangat nasi minyak hujan panas masa berbuka tadi..
Labels:
kisah para wali,
Sufism,
wali dari bangi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment