Thursday, August 12, 2010

Harini hari terakhir


Namaku Nurkan. Aku sejenis makhluk yang dijadikan dari serpihan api. Aku malas nak cerita bab asal-usul ni sebab aku tak suka subjek sejarah. Dan geografi. Aku pun tak suka teacher BI sebab dia garang. Korang kenali aku dengan nama jin. Tapi aku lebih suka dipanggil setan.



Harini adalah hari terakhir. Korang pun tau apa yang aku maksudkan dengan terakhir tu. Kalau korang masih tak paham lagi, besok mungkin masuk bulan Ramadhan.

Dan pada setiap Ramadhan, kemungkinan kiamat tu ada. Maklumlah, kami dikalangan setan pun sentiasa diberi tugas untuk berjaga-jaga kalau-kalau Jumaat depan ni kiamat. Kena bagitau kat kepala api. Mesti dia cuak gila punya. Biasanya time-time camni kitorang tengah sibuk menarik segala umpan yang telah kami benam dalam hati manusia agar mereka berada dalam kelalaian dan terus membatalkan syahadah mereka dan join kitorang dalam neraka nantik. Hahaha. Tapi kalini aku nak buat kelainan. Tahun ni, aku nak ikut kepala aku. Pada hari terkahir pada tahun ni, aku nak malas.

Aku dah malas dengan buat kerja membisikkan perkara-perkara yang mungkar ke telinga manusia. Sebab mereka dah tak perlukan bisikan kami lagi dah. Manusia sekarang dah advanced. Dah tak cover langsung. Takyah nak susah-susah set dengan member supaya mereka ni berlaga. Aku pun saiko tengok perangai manusia ni kadangkadang. Sekejap, baik bukan main. Silap cakap sikit jer, dia terus bertukar menjadi serial killer. Yang diorang risaukan dalam hati, masa mereka buat kejahatan bukanlah Tuhan Yang Sedang Memandang. Tapi CCTV yang sedang merakam.

Aku dah malas nak beria-ia membenamkan manusia dalam maksiat dan galakan kepada pembaziran. Sebab sikap ni dah diterima pakai sebagai adat menyambut ketibaan Ramadhan. Manusia akan makan macam besok ni nak kiamat dan mengakibatkan tak bangun sahur dan terus tak Subuh. Bila pagi Subuh satu Ramadhan pun dah hancus, takyah ceritalah bab puasa. Tang solat terawikh tu, takde hal. Manusia memang tak kusyu' pun. So, nak buat apa aku lalaikan diorang dari bersolat? Azan pun makin kurang kat TV. Sekadar tunjuk hadis jer. Tu pun tukar channel masa azan. Takyah nak bersungguh-sungguh melalaikan manusia der. Diorang memang dah lalai.

So aku nak lepak rumah, layan Astro sambil menunggu si Pembelenggu sampai.


Selamat Mensia-siakan Ramadhan!

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails