Sekadar Hiasan |
Orang Cina pandai berniaga. Orang India tahan dengan kerja-kerja berat. Orang Melayu; hanya pandai bergaduh.
Tapi skil bergaduh orang Melayu dah evolve sejak zaman Hang Tuah sehingga sekarang. Kalau dulu diorang gaduh pakai kaki dan tangan, sekarang diorang gaduh pakai mulut dan otak. Orang Melayu memang sopan santun dan baik macam malaikat, tapi akan bertukar jadi setan kalau berdepan dengan orang yang kurang ajar. Tak kira lah sapa yang kurang ajar tu. Hairannya, orang Melayulah yang paling kurang ajar sesama orang Melayu yang lain. Mungkin kerana mereka tak takut pada sesapa kecuali Tuhan dan mak mereka.
Ada orang Melayu yang menyalahgunakan potensinya kerana dendamnya dek dibuli oleh senior dengan menubuhkan sebuah parti politik hingga mampu menggugat keselamatan negara. Ada orang Melayu yang menjual kepakarannya untuk menghasut orang ramai dan berpaling dari kesatuan. Orang Melayu susah nak bersatu, tapi mereka akan bersatu secara automatik dalam berkelahi. Sejarah pun menunjukkan bahawa satu-satunya bidang yang boleh diharapkan dari orang Melayu dalam hal perjuangan kemerdekaan adalah sebagai pahlawan atau askar. Bila dah menang, orang Melayu akan screw up balik dan penjajah datang dan mereka bersatu semula dan menang dan malas balik...
Orang Melayu akan mengeluarkan kehebatan bila mereka dalam keadaan terdesak. Tetapi mereka sangat mudah terlalai dan lupa, disamping sangat susah untuk membuatkan mereka rasa terdesak semula setelah mereka berputus asa, atau selagi mereka berada dalam keselesaan rumah mereka. Mereka seolah olah menganggap dunia ni hanya mainan sahaja dan tak pernah nak berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar kemajuan duniawi.
Satu lagi kehebatan orang Melayu ialah untuk nampak benda yang tak nampak. Jika orang Yahudi dikurniakan kelebihan ilmu pengetahuan tentang benda nampak macam kejuruteraan, sains, teknologi, orang Melayu diberi kelebihan untuk baca hati orang lain. Ada juga yang dok makrifaaat jer sampai keja pun tak jalan. Ada makrifat politik. Ada makrifat bisnes. Sekarang ni, ramai yang dok makrifat sex. Orang Melayu ajer boleh tau mamat Melayu dalam kereta depan ni memang berniat nak melambatkan perjalanannya ke tempat kerjanya. Orang Melayu ajer yang berani menghukum orang lain syurga atau neraka secara terang-terangan, walhal dia bukan mufti (tak kisahlah kalau dia wali sekalipun). Mungkin ini sebabnya orang Melayu susah nak fokus pada topik perbincangan atau isu semasa tapi terus menerus dalam memperdebatkan benda-benda tak penting yang tak perlu didebatkan sekarang. Atau inilah sebabnya kenapa Melayu suka bergaduh. Sebab suka melayan benda yang takde.
Secara pendeknya, kehebatan orang Melayu ialah dalam bertelagah. Jangan buat diorang ni terasa hati dengan kau. Diorang pandai main hujah, dan kalau dah kalah, diorang main parang pulak. Kalau kalah jugak, diorang hantar santau atau tanam jembalang depan rumah. Kiranya, kalau sekali kau dah halakan sorang mamat Melayu ni nak memusnahkan sesuatu, dia akan lakukan perintah tu dengan apa cara sekali pun. Dapat lak kalau yang nak dimusnahkan tu, bangsa dia sendiri .
Namun semua kehebatan di atas, tak dapat menandingi kehebatan yang aku rasa takde pada mana-mana bangsa lain: Melayu saja yang mengatakan agama Islam itu adalah agama rasmi kaumnya dan bermakna sesiapa Melayu yang bukan Islam, bukanlah Melayu. Ini paling ultimate kerana semungkar mana pun seorang Melayu, dia tetap mengiktiraf apa yang benar itu sebagai benar. Walaupun dia masih dalam kesalahan.
1 comment:
amboi
Post a Comment