Monday, April 25, 2011

Ya. Aku dah GILA!




Allah Allah Allah...
Aku bukan tak pedulik dengan Libya
Cuma aku dah tak pasti, 
Sapa yang sapa sebenarnya.

Allah, Allah, Allah...
Aku bukan tak hirau keadaan di Palestin
Cuma aku dah jelik
Perang batu melawan mesin,
Mana sudahnya?

Allah, Allah, Allah...
Aku bukan tak tau pasal Iran,
Yaman, Bahrain, Afghanistan, Iraq,
Burqa di Perancis dan terorisme di Eropah
Kengkadang tu sampai aku naik menyampah.
Tapi apakan daya?
Aku adalah saudara mereka
Dan brotherhood comes first
Dapat pula di atas nama agama

Allah, Allah, Allah...
Aku tak boleh buat apa-apa.
Lahaula wala quwwata illa billah.
Aku cuma boleh berharap Allah kurniakan kekuatan
Agar kami semua berjaya
Keluar dari dunia ini dengan IMAN


Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah!...
Nak beriman, aku kena usaha.
Ada banyak jalan dalam sunnah wal jamaah ni yang boleh kita guna
Aku suka jalan tabligh waktu siang
Dan jalan tarekat di waktu malam
Dan di masa-masa antaranya,
Aku ingat kat
Allah,Allah, Allah 
Lagi banyak pekdahnya...

Rembau's Digitalization (intro2)



Bila aku cakap dasar untuk daerah kita untuk tahun itu ialah 1, maka semua rakyat perlulah bersatu dan berfikir sebagai satu entity. Cina, Melayu, India, Kadazan, matsaleh, semua yang ada dalam Rembau ni, berpikiran sebagai satu badan. Dan dalam mode sebegini, kita akan lebih tumpukan kepada kemajuan DALAMAN daerah kita.

Benda-benda yang akan kita titik beratkan ialah kemajuan hal-hal kebajikan dan sosial rakyat (makan, tidur, kerja, berharta), penambahbaikan kepada KPI utama daerah, pendidikan, ekonomi, jenayah dan perkara-perkara yang akan menyediakan daerah kita ni lebih berdaya saing. Kita akan lebih tertutup dan menumpukan kepada isu setempat. Bak sebuah kereta lumba yang terpaksa masuk ke dalam pit untuk penukaran tayar, side mirror, sekadar nak lap helmet pemandu dari kelikatu atau yang mengedar pamplet yang mempromosikan team. Setiap orang ada tugas masing-masing asalkan masing-masing mahu partisipet. Kita perlukan semua orang.

Bila aku cakap dasar daerah kita ialah 0, bermakna, cara setiap komponen dalam daerah ini berpikir ialah neutral. Dengan mindset yang sebegini, dasar daerah kita lebih kepada hal-hal LUAR daerah. Kita akan lebih bersikap outward. Pada tahun yang kosong, kita akan lebih menumpukan kepada soal nak memainkan peranan lebih aktif sebagai komponen dalam sebuah negeri. Ada kala kita berfungsi sebagai pelabur. Ada masa sebagai rakan-kongsi. Ada masa kita bersama kawan-kawan dari daerah atau negeri yang lain diluar sana yang berjuang dalam mempertahankan pendirian dan kefahaman yang selari dengan kefahaman dan hala tuju daerah kita.

Dapat tak? Skru aku pun jadi longgar sebab cuba nak menafsir dan menerangkan benda kompleks ni kepada korang. Idea ni taklah sesimple ini, tapi konsep ini sebenarnya membantu rakyat memahami, apakah yang sedang bermain difikiran pemimpin yang disokongnya. Kalau dalam kepala pemimpin tu, balik-balik kroni dierrrr jer, maka kita taulah, apa yang kita nak buat pada bulan 6 nantik. Ooops.

Aku akan terangkan dengan lebih terperinci lagi tentang apa itu satu dan apa itu kosong. Nak senang paham, korang boleh relatekan idea kosong dan satu ini dengan konsep parti demokrat dan republikan di Amerika. Parti demokrat lebih menumpukan kepada isu dalaman US. Parti republikan pula lebih kepada hal-hal luar dari US. Dalam hal mengekalkan reputasi sebagai polis dunia, misalnya. OK, sekarang kita move on.



bersambung...hikhikhik....

Rembau's Digitalization (intro)






Pilihanraya menjelang tiba. Sungguhpun SPR belum mengumumkan siapa yang bakal bertanding, aku mesti mula berkempen dari sekarang. Jika calon yang bertanding menggunakan wang ringgit, pengaruh dan janji yang belum pasti tertepati sebagai alat dalam kempen mereka, aku cuma ada idea. Tapi aku juga ada Facebook, Youtube, blog, twitter, dan forum, dan YM dan lain-lain media sosial yang percuma. Dan dengan semua ini, aku nak masuk bertanding sebagai Undang Rembau yang baru.

Tunggu!

Korang gelakkan aku sebab kau cakap title Undang mana ada pertandingan? Ia ditentukan oleh mesyuarat atau undian komponen yang membentuk Undang tersebut? Kau cakap aku tak tau asas negeri sendiri? Kau silap. Betulkan diri kau. Dah? Kita sambung.

Manifesto aku mudah: Jika aku jadi Undang, aku akan DIGITALkan REMBAU. 
Secara asasnya, digital bermakna satu (1) atau kosong (0).






bersambung


Salam Satu Baru



Assalamualaikum!
Selamat minggu baru.
Selamat nyawa baru.
Selamat azam baru.
Semoga jadi baru.
Setiap minggu.

Saturday, April 23, 2011

Perfume dari Markas Seri Petaling dengan perfume dari Petai Bubus.


...sedang aku tergesa-gesa mengenakan jubahku untuk menyertai jemaah bersolat Maghrib, botol perfumeku terjatuh ke lantai dan pecah. Semerbak bau jambu batu di luar surau Tok Sheikh Abdullah di Petai Bubus. Aku cuma mujur ia pecah di bahagian atas, menghadap kiblat. Aku sapu cebisan kaca yang tertinggal. Takut anak cucu tertusuk dek serpihan kelalaianku.

Botol perfume tu aku beli kat markas, tu. Dari sebelum kelahiran Myra, hinggalah semalam, tak habis-habis. Perfume tu unik sebab bau jambu yang tu hanya terdapat di Markas Seri Petaling. Markas Abang karkun. Tabligh dengan perfume memang takbley dipisahkan.


Dah lama aku simpan perfume yang tu. Biasanya ia ada dalam kereta aku. Kengkadang ia terletak di dalam rumah dan aku akan terlupa sampai dua tiga hari. Namun, bila ia ada dalam kereta, bukannya aku pakai pun. Bila nak gi ambik ummi baru calit sikit. Hati kecilku akan mengusik aku: "Selamatkan diri! Munafik dah wangi!". Sekarang dah takbley. Sebab botol perfume tu dah pecah. Kat surau Tok Sheikh Abdullah.

Aku perati jer botol tu kat kaki aku. Wangi, tapak kaki aku ni satu surau ni kang. Aku tarik nafas panjang. Wajah Tok Guru terbayang di fikiranku.


"Ambo paheyyy...
Penyapu, ado ambo nampok kak tepi petisejuk tadi. Ambo gi ambek dulu, Tok"

.
.
.

Aku rasa tabligh amat unik. Satu gerakan tak bermotifkan duniawi yang besar dan berjaya. Mereka ni umpama air hujan. Kepada yang mengharapkan dan kekeringan, mereka ni adalah rahmat. Kepada yang tak suka mandi atau yang sidai kain dijemuran, hujan ialah bala. Aku kagum dengan orang yang terpilih untuk keluar dengan jemaah Tabligh dan istiqomah pulak tu.

Sesuatu telah dan sedang berlaku dalam hidupku. Dan aku rasa, gerakan tabligh terlalu tinggi untuk mangkuk macam aku ni. Aku hanya pandai cakap jer. Buatnya pernahlah sekali. Tapi tak istiqomah. Dan ini amat ditegah dalam peganganku. Aku kena berubah. Kalau takbley bla camni, aku kena ikut cara lain.

Aku menyapu cebisan kaca dari botol perfumeku yang pecah. By this time, bau wangi itu mula disedari oleh kawan-kawan yang sedang bersiap juga. Mereka bergurau dan mengusik. Tapi aku tak terasa. Sebab aku sedang bingung. 

Aku rasa, dua tiga minit masa aku menyapu itulah saat paling lama dalam hidupku. Aku cuba pastikan takde cebisan yang terjatuh dalam selipar rakan yang ada kat bawah tu. Aku harap takde yang terluka sebab aku tak nampak ni. Gelap. Yang jelasnya, bau wangi, ajer. Kang aku nak solat camner? Takper. 
Aku boleh cuit dari botol yang pecah tu.


Aku pun menyertai jemaah setelah selesai menyapu.

.
.
.


Malam tu kami mula nak bergerak kembali ke Seremban. Aku, yang sekadar mengikut ajer, tak tau apa agenda selepas ini, selepas itu. Tuptup, Abang Amzi parking kat sebelah pasar.


"Nak cari minyak wangi" katanya. Kami semua yang dalam Avanza, keluar dan ke kedai anak Tok Sheikh yang terletak dalam sebuah bangunan pasang siap, menurut Abang Suhaimi.


Owh, rupanya abang-abang ni nak beli perfume kat kedai anak Tok Sheikh. Owh, anak Tok Sheikh ni saudagar minyak wangi rupanya...Kami semua dikenalkan dengan perisa terkini dan abang-abang semua pun memilih. Talipon berbunyi. Aku keluar kedai menjawab panggilan dari ummi.

Habis bermuwah-muwah, aku pun masuk ke kedai dan tah kenapa terus jer beli sebotol minyak wangi. Alhamdulillah, Allah beri sedikit kelebihan, untuk aku mampu bawak ole-ole untuk diri sendiri (tak guna punya Abi).

Rupanya, jenis yang aku beli tu, mahal 100% dari apa yang aku budget. Alhamdulillah jugak sebab Allah berikan sehelai daun merah menyelamatkan keadaan. Tapi botol dia kecik jer. Sampai kengkadang tak terasa pun dalam poket. Air wangi dia warna hijau.

Dalam keta di perjalanan pulang, aku mengasah minda (dan mata) dengan mengacah-acah abang-abang seguru. Mereka semua dah level tinggi rupanya. Aku suka. Sebab aku rasa rendah dan hina bila bersama mereka dan cam sial gila lepas aku troll mereka. Aku cuma harap mereka sabar dengan perangai aku ni. Maklumlah, orang muda.


.
.
.


Aku rasa, aku tak layak untuk tabligh buat masa ni. Tu tinggi sangat dan aku ni sakit dan penipu. Aku ni pun memang keturunan pemalas. Aku kena belajar merendahkan diri. 



.
.
.

Aku calitkan perfume baru di leherku. Power perfume Mekah ni.
Aku takut. Dan aku harap, Allah Ar-Rahim akan berlembut dengan aku. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu pasal aku dari aku sendiri...


Ampun, Ya tuhanku...
Moga-moga aku pakai perfume ni selalu
(dan Kau tambahdengan botol baru bila dah habis...)


Monday, April 18, 2011

Interview dengan Wali (Israkmikraj yang dah tak heran)



Ada sekali tu, aku terdengar satu cerita dari rakan seguru yang bercerita tentang pengalaman mereka dengan Tok Guru kami. Aku dah lama tak menjenguk Tok Guru. Dah bersawang dah hati aku ni. Lingkup habis dah. Memang dah sampai masa aku pergi jumpa dengan beliau.

Menurut cerita rakan aku itu, Tok Guru kami ni berupaya nak mengesan orang yang solatnya OK ke idak (jangan salah faham!) Tok Guru kami ni berupaya melihat kedudukan solat seseorang. Maka rakan-rakan ku yang lain (pada masa tu) bertanyalah pada Tok Guru kami ni akan kedudukan solat mereka masing-masing.

Tok Guru, dengan menjaga hati para anak murid, mengatakan bahawa kami semua masih fail lagi part niat (rukun pertama solat). Beliau menerangkan bahawa part niat tu ada 3 perkara (3 Q) yang kena dilakukan sebagai menandakan rukun itu telah dilaksanakan. Ini semua adalah basic dalam hal solat. Nak tau apa dia, sila tanyala para ustaz yang arif. Kat blog cikai ni bukan tempatnya.

Kami semua tertunduk dan mula mencongak semua solat yang kami dah lakukan sejak dari akil baligh hingga sekarang. Rupa-rupanya, tak satu pun masih ok lagi. Patutlah doa tak naik. Solat Taubat pun tak betul!

Tapi kami berpendapat, itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan solat kerana meninggalkan solat fardhu itu untuk satu waktu, akan dihukum untuk berada di neraka selama satu wukuf. Itu baru kat neraka punya siksa. Banyak lagi. Cuba baca poster yang tertampal kat dinding masjid tu.

Cuma kita mesti BERAZAM nak memperbaiki mutu solat kita tiap kali kita melakukannya. Kalau dulu tak solat, kita mulalah solat. Kalau dulu solat ikut suka, solatlah diawal waktu. Kalau dulu solat berkemban, solatlah pakai cantik-cantik wangi-wangi sikit. Nak senang, solatlah kat masjid. Otomatik semua ni kita buat.

Rasa macam susahnya nak solat, kan? Jangan risau. Semua adab, peraturan, rukun, bacaan, mindset dan gerakan dalam solat sebenarnya, jika kita dok tumpu dan jaga nak patuhi, dah  kira solat tu tahap kusyuk wali-wali dah. Series. Kalau dapat istiqomah merasa solat camtu selama 3 waktu berturut-turut (macam dari Subuh ke Asar atau dari Zuhur ke Isyak, atau sebagainya), dapatlak kita kaki puasa sunat, silap-silap boleh dapat keramat terbang atau traffic light sentiasa hijau. Series! Tak caya cuba pergi menuntut dan beramal!

Untuk beginners yang baru nak mula solat, tak tau baca patihah pun takper. Tapi syarat kena solat kat masjid. Nantik cepatlah kau improve. Tak reti bertanya, tak tau berguru. Jangan beramal dengan melulu. Carilah ilmu sebagai alasan nak melakukan, bukan nak mengelat.

Tapi tak. Bila dah tau pulak, kita anggap solat ni macam beban. Seluar kotor lah. Berhadas lah. Tak yakin lah. Stone lah. Jiwa kacaulah. Nak seribu daya, ye tak? Tak endak....?


.
.
.

Tapi Allah tetap sayang dengan kiter.
Tak israkmikraj ke kemaluan kita?

Friday, April 15, 2011

Kenapa bermuram durja?



Harihari mendatang akan tetap cibai juga
Tak kiralah berapa banyak kau mencuka
Kadangkala kita tak mampu mengubahnya
Maka kita biarkan ajer
Masa mengubati luka.

Wali Dari Bangi (keramat kewalian tabligh)

"Bang! Abang ada keramat-keramat ni, abang ada prektis apa-apa zikir ke?" tanyaku direct pada abang karkun. Menyembur air nescafe sejuk yang cuba diteguknya. Abang karkun suka air nescafe sejuk. Dia suka nescafe O. Kengkadang dia minum susu. Macam malam ni.

"Keramat amender, nya? Aku, ada keramat? Phuiii!"
katanya melawak. Biasa la. Wali-wali malu dengan keramat-keramat mereka. Umpama wanita malu nak cerita tentang period mereka. Tapi sekarang tidak lagi. Ianya tirus di depan dan lebar dibelakang. Anda cubalah sesuatu yang baru hari ini jugakkk!

"Alaaa. Abang pergi Europe balik hari. Missi kat Mekah hari tu. Yang abang hilang dengan brader bus stand hari tu, amender? Share la bang..."
pujukku. Bukan apa. Kalau aku ada kebolehan-kebolehan ni semua, senanglah aku nak jumpa customer yang kejap kat Melaka, kejap kat Selangor. Takdelah buang masa kat atas jalan raya. Dahlah jalan raya Malaysia sekarang ni amat merbahaya. Lagi membunuh dari nusantara hijau.

"Kau pandai mengarut dalam kepala kau taknak bagi aku baca kau, kan?"
kata abang karkun. Taktik aku kantoi nampaknya. Takper. At least aku dah belajar sesuatu.

"Haaah, tu? Tu keramat la tu, baca-baca pikiran orang camtu!"
kataku dalam hati. Haha.

"Owhhh. Itu mat salleh pun boleh buat. Devidkoperfil boleh tembus dinding lak"
jawab abang karkun. Memang arrr. Tapi itu lain. Alaa bang, abang saja jer memain dengan saya, kan?

"Entah. Kalau zikirlah, aku cuma amal zikir tasbih Fatimah lepas solat fardhu, istighfar sehari 100x, dan zikir harian yang Imam Ghazali titipkan tu"
jawab abang karkuun. 300 pagi, 300 petang?

"300 pagi, 300 petang...tak istiqomah. Aku masih fail lagini"
jawabnya.

"Tapi keramat ialah rahmat. Yang kau nampak tu, bukan semuanya berlaku masa kita tengah keluar, ke? Tak perasan?"
tanya abang karkun. Eh? A'ah lah! Semua keramat abang karkun yang besar-besar berlaku masa kitorang tengah keluar tabligh. Cuma yang part baca pikiran ni ajer berlaku tak kira masa.

Kelihatan abang karkun tergelak sambil menepuk bahu kiri aku. Mesti dia gelak dengan pikiran aku sebentar tadi. Aku mengushar abang karkun yang terkekeh-kekeh dengan muka bengang.

"Dapat majik masa keluar tabligh tu biaser la bro. Takkan kau tak tau lagi? Orang yang keluar di jalan Allah PASTI DAN PASTI akan dibantu oleh ALLAH. PASTI DAN PASTI, bro. Tapi, masa diluar, dalam kehidupan, kita ni manusia biasa ajer. Macam Ali. Macam Umar. Macam Baginda SAW. Dok sibuk dengan dakwah, tak keje, takde makan bro. Tapi mereka level apa. Kita ikutlah level kita. Lagipun untuk kita yang akhir zaman ni, 10% jer. 4 bulan dalam seumur hidup. 40 hari dalam setahun. 3 hari dalam sebulan. 2jam setengah dalam sehari"
jawab abang karkun simple.


Ye tak ye juger. Kenapalah aku boleh lupa lak benda ni. Ntahlah. Dah lama tak keluar agaknya. Ni lah akibatnya bila kita keluar tabligh sekadar ikut-ikut suka.


.
.
.
Ikut suka-suka Allahlah nantik nak pilih sapa yang nak dikeluarkan dari neraka sebelum pintu ditutup selama-lama-lama-lama-lamanya.

Thursday, April 14, 2011

Atan Dan Abu (Cenconet 2012)



"Tiap kali pilihanraya jer, mesti ada cerita-cerita tak best. Sejak dari zaman Mahathir lagi. Bila lah politician Malaysia ni nak grow-up!"
mula Atan. Atan jarang marah-marah camni. Ni mesti faktor tengah bulan atau Atan sakit perut. Semalam dia mentekedarah durian banyak sangat. Brder bus stand baru balik. Beliau bawak berbakul-bakul. Nak jual, katanya.

"Biaserlah tu Tan. Dah crowd dia suka cerita-cerita gossip, sex, tahyul dan biol, maka itulah tools yang digunakan masa berkempen"
jawab Abu sambil sibuk menyenget-nyenget mengelakkan mengawal cenconet macam tupai dalam video game di TV. Sonic ke apa ntah nama tajuk game yang dia main tu. Tak berapa jelas dari sini.

"Takde ke manifesto yang memanfaatkan rakyat? Orang Sarawak takde masalah ke? Jalan tar semua dah cukup? Buku teks? Sampan?"
rungut Atan lagi sambil mengambil jostick player 2 game tu. Dia menolak Abu yang masih kusyuk mengelak-ngelak sesuatu dalam TV tu. Abu menambah frekuensi tekanan di joystick. Cenconetnya nak jatuh di tebing.

"Alaahh, rakyat pun tauuu..."
jawab Abu. Abu menyangkung pulak. Mata dia masih terpajak ke TV. Jemarinya berketap ketip memicit butang kat joystick tu. Sesekali dia menggerak-gerakkan kepalanya mengikut feel cenconet yang dimainkannya. Atan masih menunggu Abu mati sebelum dia boleh masuk. Ni bukan game kapal terbang boleh main masuk-masuk suka-suka. Ni cenconet 2011.

"Tau apa?"
tanya Atan nak nak mengalihkan perhatian Abu. Kasi dia cepat mati.

"Rakyat pun tau, apa manifesto pun yang calon cakap, bila dah menang, takde apa-apa yang berubah. Longkang jer yang tersumbat dek poster dan bunting yang lambat diangka,t dah tau musim hujan sekarang ni..."
kata Abu panjang lebar.

"Alllaaaaaaa...."
kata Abu. Dah mati agaknya cenconet kat dalam TV tu. Atan menekan-nekan butang joysticknya pula. Abu maih menganga menukar-nukar menu dalam TV. 2 player. Start.

"Bila kita pergi ceramah kempen mereka, kita bukan semakin paham akan keadaan rakyat di Sarawak. Kita semakin sama ada suka atau menyampah pada mereka yang bertanding ajer"
kata Abu menyambung.

"Itulah. Bila kita pergi mengundi, bukannya kita memilih dengan pemikiran yang betul dan perancangan dan pengetahuan yang jelas tentang perjuangan dan karakter calon yang dipilih. Kita main pangkah sapa yang belanja kita nasi lemak ikan patin masa kat luar pintu masuk kawasan mengundi, tadi"
kata Atan pula memfitnah.

"Takde bai. Orang Sarawak tak main tu sumer. Diorang main cash sekarang"
jawab Abu pula. Game dah start.
.
.
.


Lama mereka senyap.
Kat luar, hujan mula turun....

Tuesday, April 12, 2011

Atan dan Abu (Pencegah Maksiat)



Atan dan Abu berada dalam satu kelas fardhu ain untuk anggota RELA. Mereka berdua ni masuk kor bahagian pencegahan maksiat. Seorang Ustaz sedang berdiri di hadapan, cuba menerangkan sudut hukum dalam menyerbu orang yang berkhalwat. Atan dan Abu kelihatan sungguh berminat.


"Untuk menjatuhkan hukuman seseorang berzina, sekurang-kurangnya perlu 4 orang saksi yang benar" mula Ustaz tu. Atan dan Abu angkat tangan.


"Apa maksud 'benar', tu Ustad? Biar benar, ke?" tanya Abu selamber. Abu memang selamber. Keselamber-annya ini telah acap kali menyumbatkan Abu ke bawah meja masa dia form two dulu. Tak serik-serik lagi nampaknya dia ni. Tapi itu cikgu sejarah. Itu berapa tahun dulu? Ustaz tadi tersenyum.


"Saksi yang benar itu, ialah seorang yang jujur, amanah, dipercayai...Pendek kata, dia layak jadi imam, lah" jawab Ustaz tu sambil memfokus kepada Abu. Nak saiko lettew. Abu tak makan saiko der. Atan pulak menyerang dari belakang.


"Kalau camtu, saya tak layak jadi pencegah maksiat ni, ustad..." usik Atan. Hampir seluruh kelas ketawa. Sekali dengan ustaz-ustaznya.


"OK-OK. Bagi saya habiskan buku ni dulu. Bagi saya selesaikan amanah saya" kata ustaz tu cuba menarik kembali perhatian kelas yang terdiri dari orang dewasa atau tua.


"Ustaz ni, boleh jadi saksi" usik pakcik yang mula bersemangat setelah kelihatan fedap sejak masuk kelas tadi. Kelas ketawa lagi.


"Baiklah..." kata ustaz sambil membelek-belek muka surat di buku kecilnya. Murid-murid dalam kelas pun kembali menumpukan pada perenggan yang sedang diulas. Nombor berapa tadi?


"OK-Nombor tiga, jika keempat-empat saksi tidak melihat khitan bertemu dengan khitan, umpama jarum celak masuk ke bekasnya, maka ia bukanlah zina"

Separuh kelas angkat tangan. Setelah ustaz puas melayan pertanyaan daripada pakcik dan makcik pasal apa itu 'khitan', kalau 3 orang jer nampak camaner, kalau jarum tu main-main area lain dan sebagainya, ustaz tadi berpaling ke arah Abu.


"Kamu? Takde benda nak tanya?" tanya ustaz itu cam riak-riak pun ada sebab beliau berjaya memuaskan hati penanya-penanya yang sebelumnya. Abu kelihatan berkerut series. Atan dah takut.


"Tapi, ustad, takkan kalau kita dah tengok diorang bermukadimah, kita nak tunggulak khitan tu masuk dalam khitan dulu baru nak serbu?" tanya Abu. Ustaz tu tersenyap.


"Lainlah kalau sampai-sampai jer, kita terus nampak dia tertonggeng-tonggeng mengepam antara satu sama lain, itu barulah terus mintak sain surat saman kat situ, jer" kata Atan yang me-reinforce soalan Abu sebenarnya.


"Ye tak yer jugak, la no. Kalau dah nampak, kenapa nak tunggu, ye tak?" tanya ustaz tu balik.


"Lagi satu ustaz, kalau tugas pencegah maksiat ni sekadar ambush bebudak beromen, saya rasa elok kita rebranding ajer nama jawatan ni kepada pencegah zina. Atau pencegah khalwat. Sebab maksiat terang-terang tengah berleluasa kat luar sana. Judi, arak, Jom Heboh, ujibakat Mentor, Melodi..." Abu terhenti sebab belakangnya diusap oleh Atan yang cuba menenangkannya. Kelas semua ketawa melihat gelagat mereka yang macam episod dalam Maharaja Lawak.


"Betul cakap kamu. Itulah, kami semua sedang melakukan sedaya upaya kami nak perbetulkan keadaan..." kata ustaz muda tu sambil menupang separuh punggungnya di meja guru. Dia kelihatan begitu tersentuh dengan ucapan Abu.


"Kamu ada apa-apa cadangan macamana kita nak ubah semua ni, agar ia mencapai matlamat tugas kita sebagai pencegah maksiat?" tanya ustaz tu pada Abu. Abu yang dok main tolak-tolak tangan Atan yang cuba menenangkannya, terhenti seketika.


"Ada" jawab Abu.


"Apa dia?" tanya ustaz. Seluruh kelas termasuk Atan menumpukan perhatian kepada Abu.


"Kita minum dulluuuu!!!" kata Abu sambil keluar dari kelas, diikuti oleh Atan. Baru semua perasan dah hampir 5 minit waktu kelas untuk sesi pagi telah tamat. Karipap dan mihun telah disediakan. Jemputlah makan.

Kelas dah lengang, tapi ustaz tadi masih lagi termenung.
Kesian, dia.

Saja




Kau peduli ke, dengan keadaan orang lain?
Kenapa?
Kenapa kau peduli dengan keadaan dia?

Bukankah dia di situ kerana kesilapannya sendiri?
Kenapa kau nak bantu dia?

Bukankah keadaannya itu adalah hukuman dari Dia?
Takkan kau nak lepaskan seorang banduan?

Macamana kalau lepas kita tolong ni dia makin teruk?
Kau tak rasa bersalah ke nantik?

Kenapa? Kenapa nak buat baik?
Ada orang pedulikan kau masa kau susah?
Ada orang nak mendengar, bahkan mengambil tahu keadaan kau?
Jadi kenapa kau nak pedulik pasal orang lain?
Kenapa?
Kenapa?





"...saja..."

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails