Saturday, April 23, 2011

Perfume dari Markas Seri Petaling dengan perfume dari Petai Bubus.


...sedang aku tergesa-gesa mengenakan jubahku untuk menyertai jemaah bersolat Maghrib, botol perfumeku terjatuh ke lantai dan pecah. Semerbak bau jambu batu di luar surau Tok Sheikh Abdullah di Petai Bubus. Aku cuma mujur ia pecah di bahagian atas, menghadap kiblat. Aku sapu cebisan kaca yang tertinggal. Takut anak cucu tertusuk dek serpihan kelalaianku.

Botol perfume tu aku beli kat markas, tu. Dari sebelum kelahiran Myra, hinggalah semalam, tak habis-habis. Perfume tu unik sebab bau jambu yang tu hanya terdapat di Markas Seri Petaling. Markas Abang karkun. Tabligh dengan perfume memang takbley dipisahkan.


Dah lama aku simpan perfume yang tu. Biasanya ia ada dalam kereta aku. Kengkadang ia terletak di dalam rumah dan aku akan terlupa sampai dua tiga hari. Namun, bila ia ada dalam kereta, bukannya aku pakai pun. Bila nak gi ambik ummi baru calit sikit. Hati kecilku akan mengusik aku: "Selamatkan diri! Munafik dah wangi!". Sekarang dah takbley. Sebab botol perfume tu dah pecah. Kat surau Tok Sheikh Abdullah.

Aku perati jer botol tu kat kaki aku. Wangi, tapak kaki aku ni satu surau ni kang. Aku tarik nafas panjang. Wajah Tok Guru terbayang di fikiranku.


"Ambo paheyyy...
Penyapu, ado ambo nampok kak tepi petisejuk tadi. Ambo gi ambek dulu, Tok"

.
.
.

Aku rasa tabligh amat unik. Satu gerakan tak bermotifkan duniawi yang besar dan berjaya. Mereka ni umpama air hujan. Kepada yang mengharapkan dan kekeringan, mereka ni adalah rahmat. Kepada yang tak suka mandi atau yang sidai kain dijemuran, hujan ialah bala. Aku kagum dengan orang yang terpilih untuk keluar dengan jemaah Tabligh dan istiqomah pulak tu.

Sesuatu telah dan sedang berlaku dalam hidupku. Dan aku rasa, gerakan tabligh terlalu tinggi untuk mangkuk macam aku ni. Aku hanya pandai cakap jer. Buatnya pernahlah sekali. Tapi tak istiqomah. Dan ini amat ditegah dalam peganganku. Aku kena berubah. Kalau takbley bla camni, aku kena ikut cara lain.

Aku menyapu cebisan kaca dari botol perfumeku yang pecah. By this time, bau wangi itu mula disedari oleh kawan-kawan yang sedang bersiap juga. Mereka bergurau dan mengusik. Tapi aku tak terasa. Sebab aku sedang bingung. 

Aku rasa, dua tiga minit masa aku menyapu itulah saat paling lama dalam hidupku. Aku cuba pastikan takde cebisan yang terjatuh dalam selipar rakan yang ada kat bawah tu. Aku harap takde yang terluka sebab aku tak nampak ni. Gelap. Yang jelasnya, bau wangi, ajer. Kang aku nak solat camner? Takper. 
Aku boleh cuit dari botol yang pecah tu.


Aku pun menyertai jemaah setelah selesai menyapu.

.
.
.


Malam tu kami mula nak bergerak kembali ke Seremban. Aku, yang sekadar mengikut ajer, tak tau apa agenda selepas ini, selepas itu. Tuptup, Abang Amzi parking kat sebelah pasar.


"Nak cari minyak wangi" katanya. Kami semua yang dalam Avanza, keluar dan ke kedai anak Tok Sheikh yang terletak dalam sebuah bangunan pasang siap, menurut Abang Suhaimi.


Owh, rupanya abang-abang ni nak beli perfume kat kedai anak Tok Sheikh. Owh, anak Tok Sheikh ni saudagar minyak wangi rupanya...Kami semua dikenalkan dengan perisa terkini dan abang-abang semua pun memilih. Talipon berbunyi. Aku keluar kedai menjawab panggilan dari ummi.

Habis bermuwah-muwah, aku pun masuk ke kedai dan tah kenapa terus jer beli sebotol minyak wangi. Alhamdulillah, Allah beri sedikit kelebihan, untuk aku mampu bawak ole-ole untuk diri sendiri (tak guna punya Abi).

Rupanya, jenis yang aku beli tu, mahal 100% dari apa yang aku budget. Alhamdulillah jugak sebab Allah berikan sehelai daun merah menyelamatkan keadaan. Tapi botol dia kecik jer. Sampai kengkadang tak terasa pun dalam poket. Air wangi dia warna hijau.

Dalam keta di perjalanan pulang, aku mengasah minda (dan mata) dengan mengacah-acah abang-abang seguru. Mereka semua dah level tinggi rupanya. Aku suka. Sebab aku rasa rendah dan hina bila bersama mereka dan cam sial gila lepas aku troll mereka. Aku cuma harap mereka sabar dengan perangai aku ni. Maklumlah, orang muda.


.
.
.


Aku rasa, aku tak layak untuk tabligh buat masa ni. Tu tinggi sangat dan aku ni sakit dan penipu. Aku ni pun memang keturunan pemalas. Aku kena belajar merendahkan diri. 



.
.
.

Aku calitkan perfume baru di leherku. Power perfume Mekah ni.
Aku takut. Dan aku harap, Allah Ar-Rahim akan berlembut dengan aku. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu pasal aku dari aku sendiri...


Ampun, Ya tuhanku...
Moga-moga aku pakai perfume ni selalu
(dan Kau tambahdengan botol baru bila dah habis...)


7 comments:

azharjaafar said...

setiap dari ummat Nabi Muhammad SAW layak untuk kerja tabligh.. kalau tak layak, dah tentu Allah yang Maha Mengetahui akan jadikan kau ummat Nabi² terdahulu..

Irwan said...

memang layak. tapi pengisian dalaman kena ada. Zikir pagi petang ni kena buat. Pastu bangun malam, nangis-nangis

kalau semua ni tak buat, dan semakin hari kita semakin tak nampak kelemahan diri sendiri, malah makin asyik plak lagi, hati-hati...


pointnya di sini, kayuh-kayuh gak brader, tapi pergilah jugak belajar-belajar...

azharjaafar said...

dah lama aku baca blog kau ni.. kau ada problem ngan tabligh ek?

hariz chacho said...

"pointnya di sini, kayuh kayuh gak brader, tapi pergilah jugak belajar belajar.."

yang ni aku teringat tamsilan ulama tentang ilmu masail dan fadhail bab sifat ketiga sahabat(hakikat ilmu dan zikir), umpama handle dan padel pada basikal. kena ada dua dua

Irwan said...

kalau sesapa sangka aku ada masalah dengan tabligh atau tarekat, maka sebenarnya, kau telah berburuk sangka dengan aku...


aku takde masalah dengan kedua-duanya.

aku ada masalah dengan AKU

ali said...

bang wan, abang berguru dgn orang yg dlm gambar pd artikel ni ke?

Akuanakawang said...

Assalamualaikum.

Saudara ada dapat keizinan dari Sheikh Abdullah untuk paparkan foto beliau di blog ni?

Jika tiada, saya syorkan kpd saudara utk remove kan lah foto Sheikh tu.

Terima kasih.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails