Aku lihat, semakin hari,
bangsaku semakin berpecah belah. Dari segi
ekonomi, politik, sosial, bahkan agama sekalipun. Sebagai seorang
duri dalam daging freemason, aku sering cuba merungkai apa dia
bigger picture yang sedang diusahakan oleh pakcik-pakcik Illuminati dari belah selatan sana. Dan dengan bantuan brader bus stand dan ilmu halimunannya, aku berjaya mencuri pandang satu dokumen penting dalam laci keilluminatian Malaysia dan ingin mengongsikannya kepada semua:
 |
| Freemason: Malaysia Lodge |
1) Malaysia saja negara yang
penguasaan bangsa bumiputera dalam politiknya masih ada. Dapatlak bumiputera itu menganggap
agama Islam itu sebagai agama rasminya, maka Malaysia ialah target yang sudah dijustifikasikan sebagai tapak perlaksanaan program
pecah dan perintah.
2) Nak pecahkan Malaysia yang gunakan sistem demokrasi, kenalah
pecahkan golongan majoriti iaitu bangsa Melayu. Mereka sebelum ini bermajoriti dalam UMNO dan PAS. Dua parti ini masih perlu dipecahkan kerana parti politik rivalnya yang lain masih belum mencapai saiz yang signifikan untuk menggugat mereka setiap kali pilihanraya. Ini telah dilakukan melalui
dua cara:
 |
| Ramai orang GILA POLITIK di Malaysia. Tapi lebih ramai lagi orang GILAK |
a) Penubuhan PKR yang bersifat
liberal dan sosialis.
b) Penggalakan peningkatan
golongan intelektualis berbanding golongan agama.
Aktiviti dalam
item (a) memang sentiasa dilaksanakan memandangkan bangsa Melayu memang suka dengan cerita politik. Internet juga dilihat sebagai penyumbang kerana internet ialah medium utama media alternatif.
Aktiviti
item (b) pula semakin menjadi kerana jarum kapitalisme dari proses globalisasi semakin menampakkan hasilnya di Malaysia (ibubapa pentingkan anak-anak ada kelulusan daripada ada budi bahasa atau ada kemajuan spiritual)
3) Dari segi ekonomi, bangsa Melayu dipecahkan kerana kelemahan mereka menyimpan wang dan suka berhutang. Mereka d
ilekakan dengan gaya hidup moden yang menjadikan wang sebagai penyelesaian kepada semua masalah. Lama kelamaan, mereka akan bergantung kepada sumber kewangan mereka (tokey-tokey besar). Dalam hal ini, umpan freemason dah lama masuk dalam kerongkong orang Melayu dan
sekarang mereka menariknya perlahan-lahan (isu manipulasi harga barang setiap kali musim perayaan)
4) Dari segi
sosial, serampang dari item 2(b) memainkan peranan penting. Kewujudan golongan intelektual akan
memecahkan rakyat Melayu kepada golongan agama dan golongan sekular. Dapat pulak golongan agama ni, tak reti nak berhujah selain dari skop agama. Dalam hal ini, freemason Malaysia hanya
merecyclekan taktik yang terbukti berkesan yang telah digunakan di negara Islam lain seperti Turki, Libya dan Bosnia. Apa dia?: musik, seks, dadah/arak dan sukan.
5) Dari segi
agama, orang Islam itu dipecahkan menggunakan taktik lama iaitu
fahaman kemazhaban. Dengan terlaksananya IJLN dari program freemason2:
Globalisasi Pengetahuan, kita sudah boleh membawa kejayaan di Iraq dan Iran ke Malaysia pula. Kita lihat, sekarang orang Melayu berpecah kepada golongan
sunni dan syiah.
Ada banyak lagi program yang separuh berjaya atau tak berjaya yang telah dilakukan oleh team freemason Malaysia dalam
meng-anarchy-kan negara ini.
Kenapa?
Kerana Malaysia ialah salah sebuah negara Islam yang
lantang dalam isu Palestin Vs Israel. Kelantangan mereka telah mula menarik perhatian rakan-rakan mereka dari dunia bukan Islam (yang selama ini dilekakan oleh program propa Zionis) untuk melihat isu itu dari perspektif Islam pula.
Dan ini amatlah tidak bagus dalam usaha
tema Illuminati untuk membina sebuah negara Israel sebagai refuge orang Yahood masa kes pembantaian Yahudi sebeleum kiamat nanti.
Mesej yang kita nak kongsikan di sini ialah agar orang Melayu (dan semua rakyat Malaysia) bersatu kembali di bawah satu bendera dengan pesanan:
Bersiap-Siaga lah. Masa sudah semakin hampir...
Buat masa ni, penyelesaian mudah yang kami lihat ialah
dengan ini...