Monday, January 10, 2011

Atan dan Abu (AJL25)

"ATANNN!!!" jerit Abu terkejut. Atan berpaling mengadap Abu yang terpekik macam bapuk kat muka pintu bilik. Atan kuatkan volume TV.


"Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25 ialah: Wow!" kata pengacara dalam TV.
"Ana Rafaleeeeeee" kata pengacara serentak. By this time, Abu dah ada kat sebelah Atan sambil memegang popcorn yang tadi milik Atan. Dah dua tiga ketul masuk ke dalam mulut Abu. Atan perati ajer perangai sedara dia ni.


"Syyy..Jangan kuat sangat. Kang dakwan dengar. Kantoi" cakap Abu.
"Kantoi apa?" tanya Atan.


"Kantoi kita layan AJL. Bukan kita semua pledge nak boikot, ke?" cakap Abu mengingatkan.


"Tu pasal aku layan dendiammm" kata Atan.


"Hehehehe" gelak mereka serentak dari dalam bilik.
Pintu bilik ditutup. Berkeletap bunyi kunci bilik ditekan.





---------------------
(Dari bilik CCTV)


Abang karkun  : Kan aku dah kata Ana Rafali. M Nasir ada kat situ, mesti minah ni yang menang punyerrr
Brader  bus stand  : ...
Aku              : Kira OK jugaklah artis wanita seksi dah kurang....Nampaknya kita kena serang industri perfileman pulak, lah bang...

(Abang karkun dan brader bus stand menukar channel...)
jangan dok ngadap skrin jer..keluar-keluar rumah tu sikit, biar kena matahari dan hujan

4 comments:

Dark Half said...

memula nak boikot gak tapi housemate sume layan. x rugi jugak rasanya tgk AJL. skrg bakat seseorang diambilkira rather than terlompat2 mcm beruk atas stage. band2 yg dilabel sellout jugak dah byk kali diiktiraf bakat mereka. aku rasa keadaan yg interesting ni terjadi sejak mohd izham omar ambil alih. kl x silap, OAG mula2 dikenali di arena mainstream pun atas usaha incik izham jugak. he's the man!

Al said...

hahah
serang industri perfileman lak
cam mnarik..

Irwan said...

yup...lagipun dark, sekarang ni, budak2 yang membesar dalam ug dah memegang tampuk dalam industri muzik negara. Itu pasallah ug semakin diterima..bukan Malaysia semakin open. Bukan UG semakin baik.

Tapi semua sebab strategi teknikal yang diasaskan oleh beberpapa undergrpunders yang berpandangan jauh, satu masa dulu...

walaupun mereka dikecam dan dipulau oleh undergrounders alin, tapi akibatnya? hasil yang mereka buat lagi impak dari otai-otai ug yang tak buat apa-apa dan masih linger dalam dunia post-SPM dia...

Dark Half said...

setuju dgn pandangan kau. tu pasal bila ana rafali menang, ada yg bengang smpai siap bukak FB hate page ana. mentaliti masyarakat malaysia susah nak berubah, all they can think of is trendy! how pathetic

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails