Thursday, April 14, 2011

Atan Dan Abu (Cenconet 2012)



"Tiap kali pilihanraya jer, mesti ada cerita-cerita tak best. Sejak dari zaman Mahathir lagi. Bila lah politician Malaysia ni nak grow-up!"
mula Atan. Atan jarang marah-marah camni. Ni mesti faktor tengah bulan atau Atan sakit perut. Semalam dia mentekedarah durian banyak sangat. Brder bus stand baru balik. Beliau bawak berbakul-bakul. Nak jual, katanya.

"Biaserlah tu Tan. Dah crowd dia suka cerita-cerita gossip, sex, tahyul dan biol, maka itulah tools yang digunakan masa berkempen"
jawab Abu sambil sibuk menyenget-nyenget mengelakkan mengawal cenconet macam tupai dalam video game di TV. Sonic ke apa ntah nama tajuk game yang dia main tu. Tak berapa jelas dari sini.

"Takde ke manifesto yang memanfaatkan rakyat? Orang Sarawak takde masalah ke? Jalan tar semua dah cukup? Buku teks? Sampan?"
rungut Atan lagi sambil mengambil jostick player 2 game tu. Dia menolak Abu yang masih kusyuk mengelak-ngelak sesuatu dalam TV tu. Abu menambah frekuensi tekanan di joystick. Cenconetnya nak jatuh di tebing.

"Alaahh, rakyat pun tauuu..."
jawab Abu. Abu menyangkung pulak. Mata dia masih terpajak ke TV. Jemarinya berketap ketip memicit butang kat joystick tu. Sesekali dia menggerak-gerakkan kepalanya mengikut feel cenconet yang dimainkannya. Atan masih menunggu Abu mati sebelum dia boleh masuk. Ni bukan game kapal terbang boleh main masuk-masuk suka-suka. Ni cenconet 2011.

"Tau apa?"
tanya Atan nak nak mengalihkan perhatian Abu. Kasi dia cepat mati.

"Rakyat pun tau, apa manifesto pun yang calon cakap, bila dah menang, takde apa-apa yang berubah. Longkang jer yang tersumbat dek poster dan bunting yang lambat diangka,t dah tau musim hujan sekarang ni..."
kata Abu panjang lebar.

"Alllaaaaaaa...."
kata Abu. Dah mati agaknya cenconet kat dalam TV tu. Atan menekan-nekan butang joysticknya pula. Abu maih menganga menukar-nukar menu dalam TV. 2 player. Start.

"Bila kita pergi ceramah kempen mereka, kita bukan semakin paham akan keadaan rakyat di Sarawak. Kita semakin sama ada suka atau menyampah pada mereka yang bertanding ajer"
kata Abu menyambung.

"Itulah. Bila kita pergi mengundi, bukannya kita memilih dengan pemikiran yang betul dan perancangan dan pengetahuan yang jelas tentang perjuangan dan karakter calon yang dipilih. Kita main pangkah sapa yang belanja kita nasi lemak ikan patin masa kat luar pintu masuk kawasan mengundi, tadi"
kata Atan pula memfitnah.

"Takde bai. Orang Sarawak tak main tu sumer. Diorang main cash sekarang"
jawab Abu pula. Game dah start.
.
.
.


Lama mereka senyap.
Kat luar, hujan mula turun....

Tuesday, April 12, 2011

Atan dan Abu (Pencegah Maksiat)



Atan dan Abu berada dalam satu kelas fardhu ain untuk anggota RELA. Mereka berdua ni masuk kor bahagian pencegahan maksiat. Seorang Ustaz sedang berdiri di hadapan, cuba menerangkan sudut hukum dalam menyerbu orang yang berkhalwat. Atan dan Abu kelihatan sungguh berminat.


"Untuk menjatuhkan hukuman seseorang berzina, sekurang-kurangnya perlu 4 orang saksi yang benar" mula Ustaz tu. Atan dan Abu angkat tangan.


"Apa maksud 'benar', tu Ustad? Biar benar, ke?" tanya Abu selamber. Abu memang selamber. Keselamber-annya ini telah acap kali menyumbatkan Abu ke bawah meja masa dia form two dulu. Tak serik-serik lagi nampaknya dia ni. Tapi itu cikgu sejarah. Itu berapa tahun dulu? Ustaz tadi tersenyum.


"Saksi yang benar itu, ialah seorang yang jujur, amanah, dipercayai...Pendek kata, dia layak jadi imam, lah" jawab Ustaz tu sambil memfokus kepada Abu. Nak saiko lettew. Abu tak makan saiko der. Atan pulak menyerang dari belakang.


"Kalau camtu, saya tak layak jadi pencegah maksiat ni, ustad..." usik Atan. Hampir seluruh kelas ketawa. Sekali dengan ustaz-ustaznya.


"OK-OK. Bagi saya habiskan buku ni dulu. Bagi saya selesaikan amanah saya" kata ustaz tu cuba menarik kembali perhatian kelas yang terdiri dari orang dewasa atau tua.


"Ustaz ni, boleh jadi saksi" usik pakcik yang mula bersemangat setelah kelihatan fedap sejak masuk kelas tadi. Kelas ketawa lagi.


"Baiklah..." kata ustaz sambil membelek-belek muka surat di buku kecilnya. Murid-murid dalam kelas pun kembali menumpukan pada perenggan yang sedang diulas. Nombor berapa tadi?


"OK-Nombor tiga, jika keempat-empat saksi tidak melihat khitan bertemu dengan khitan, umpama jarum celak masuk ke bekasnya, maka ia bukanlah zina"

Separuh kelas angkat tangan. Setelah ustaz puas melayan pertanyaan daripada pakcik dan makcik pasal apa itu 'khitan', kalau 3 orang jer nampak camaner, kalau jarum tu main-main area lain dan sebagainya, ustaz tadi berpaling ke arah Abu.


"Kamu? Takde benda nak tanya?" tanya ustaz itu cam riak-riak pun ada sebab beliau berjaya memuaskan hati penanya-penanya yang sebelumnya. Abu kelihatan berkerut series. Atan dah takut.


"Tapi, ustad, takkan kalau kita dah tengok diorang bermukadimah, kita nak tunggulak khitan tu masuk dalam khitan dulu baru nak serbu?" tanya Abu. Ustaz tu tersenyap.


"Lainlah kalau sampai-sampai jer, kita terus nampak dia tertonggeng-tonggeng mengepam antara satu sama lain, itu barulah terus mintak sain surat saman kat situ, jer" kata Atan yang me-reinforce soalan Abu sebenarnya.


"Ye tak yer jugak, la no. Kalau dah nampak, kenapa nak tunggu, ye tak?" tanya ustaz tu balik.


"Lagi satu ustaz, kalau tugas pencegah maksiat ni sekadar ambush bebudak beromen, saya rasa elok kita rebranding ajer nama jawatan ni kepada pencegah zina. Atau pencegah khalwat. Sebab maksiat terang-terang tengah berleluasa kat luar sana. Judi, arak, Jom Heboh, ujibakat Mentor, Melodi..." Abu terhenti sebab belakangnya diusap oleh Atan yang cuba menenangkannya. Kelas semua ketawa melihat gelagat mereka yang macam episod dalam Maharaja Lawak.


"Betul cakap kamu. Itulah, kami semua sedang melakukan sedaya upaya kami nak perbetulkan keadaan..." kata ustaz muda tu sambil menupang separuh punggungnya di meja guru. Dia kelihatan begitu tersentuh dengan ucapan Abu.


"Kamu ada apa-apa cadangan macamana kita nak ubah semua ni, agar ia mencapai matlamat tugas kita sebagai pencegah maksiat?" tanya ustaz tu pada Abu. Abu yang dok main tolak-tolak tangan Atan yang cuba menenangkannya, terhenti seketika.


"Ada" jawab Abu.


"Apa dia?" tanya ustaz. Seluruh kelas termasuk Atan menumpukan perhatian kepada Abu.


"Kita minum dulluuuu!!!" kata Abu sambil keluar dari kelas, diikuti oleh Atan. Baru semua perasan dah hampir 5 minit waktu kelas untuk sesi pagi telah tamat. Karipap dan mihun telah disediakan. Jemputlah makan.

Kelas dah lengang, tapi ustaz tadi masih lagi termenung.
Kesian, dia.

Saja




Kau peduli ke, dengan keadaan orang lain?
Kenapa?
Kenapa kau peduli dengan keadaan dia?

Bukankah dia di situ kerana kesilapannya sendiri?
Kenapa kau nak bantu dia?

Bukankah keadaannya itu adalah hukuman dari Dia?
Takkan kau nak lepaskan seorang banduan?

Macamana kalau lepas kita tolong ni dia makin teruk?
Kau tak rasa bersalah ke nantik?

Kenapa? Kenapa nak buat baik?
Ada orang pedulikan kau masa kau susah?
Ada orang nak mendengar, bahkan mengambil tahu keadaan kau?
Jadi kenapa kau nak pedulik pasal orang lain?
Kenapa?
Kenapa?





"...saja..."

Monday, April 11, 2011

Selamatkan Iman Anda!



Pernah aku terdengar dari seorang ustaz yang nampak gayanya macam mengikut aliran tarekat kat area aku. Menurut pandangan peribadinya, sekarang ni ialah dunia akhir zaman. Takyahlah kita nak beria-ria nak berjuang dalam perjuangan yang sia-sia sebab akhirnya nantik, kita akan dinilai pada tahap iman kita ajer. Kalau kita mati dalam iman, maka segala kebaikan yang kita kerjakan akan ada gunanya. Kalau kita mati bukan dalam iman, maka segala kebaikan yang kita kerjakan, tak mengubah apa-apa di akhirat kelak.

Maka pendapat ustaz tersebut, SEKARANGlah masa untuk kita semua menyelamatkan iman diri dan keluarga masing-masing. Menurutnya, inilah sebab kenapa kebanyakan guru ilmu rohaniah banyak membuka penempatan sendiri di tempat terpencil demi menjaga iman mereka. Mereka tak berapa pedulik sangat dengan ke mana perginya dunia ini sebab pada mereka, dunia bukannya semakin baik. Dan semua ini amat merbahaya kepada iman dia dan keluarganya. Maka mereka pun berpindah ke hutan-hutan, kaki bukit dan gunung-ganang nak menyelamatkan iman mereka.


Tapi hutan dan gunung kat Malaysia ni banyak manalah sangat. Dan mereka ni semua, bukannya ada banyak duit nak berhijrah ke negara luar yang lebih laus macam Indonesia atau Kalimantan. Maka akhirnya, naktaknak, mereka ni terpaksalah jugak duduk menetap di flet-flet atau rumah kos rendah selruh Malaysia.
Mereka ada dalam masyarakat, bergaul dalam masyarakat, melihat dan menyaksikan apa yang berlaku dalam masyarakat. Tipulah mereka tak tau isu buang bayi dan jenayah yang semakin berleluasa. Sesibuk sibuk karkun pun, mereka akan tetap tahu akan perkembangan semasa. Jadi, mereka memang menyaksikan dan tahu apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka tak redha. Tapi itu ajer tahap iman mereka. Dihadapan pelaku kemungkaran, mereka cuma mampu tersenyum dan bagi salam ajer. Lebih-lebih kang, takut kena pelangkung dengan meja.

Dan bila kemungkaran berlaku dengan berleluasa, sedangkan orang yang tahu itu ialah sebuah kemungkaran itu nampak ia berlaku, maka ujian untuk masyarakat itu sudah bermula
Jika orang yang tahu itu buat 3 perkara keimanan tu, maka selamatlah masyarakat.
3 perkara itu ialah melarang dengan perbuatan, menegur dengan lisan atau membenci dengan niat dan doa.
Mula-mula nampak maksiat memanglah  mulut terkumat-kamit buat 3 perkara.

Tapi kalau dah hari-hari ngadap paha amoi.
Atau celah gebu dada makcik janda.
Atau bulu keting bapak budak.
Atau rambut terdedah di Bullshit Utama,
lelama, maksiat itu dah jadi biasa.
Takde lagi orang buat 3 perkara....

-------




"Jibrail, kau turunkan bala ke tempat itu"


"Tapi di situ ada seorang alim yang tak pernah lalai kepada Mu walau sesaat pun"


"Maka kau turunkan bala ke atas KEPALA DIA dulu sebab dia tahu dan buat-buat tak tahu"


...lebih kurang macam tu la...

Wednesday, April 6, 2011

Interview Dengan Wali (Cerita dari Bang Ali)


Ada satu cerita yang diceritakan oleh Bang Ali kepada kami. Ia berkenaan dengan seorang wali yang mempunyai seorang bini yang tak pernah puas. Dulu masa hidup miskin, bini dia qanaah jer. Tapi sejak dia tau yang laki dia dah capai tahap kewalian, dia mula mengada-ngada. Yang si laki pun senyaaap jer.


"Tapi sebab dia wali, kita takleh nak cakap apa..."
Kami semua ketawa dengar punchline Bang Ali tadi.

Dikisahkan, laki ni seorang wali tahap abid. Maknanya dia ni kerjanya beribadaaaaaaat jer kepada Allah. Ada kalanya, seminggu dia dok bersolaat jer. Ada kalanya seminggu dia dok bersedekaaaah jer. Adakalanya, dia gotong-royong sensorang bersihkan jalan ke kampung maknya. Pendek kata, ada ajerlah ibadah khusus dan ibadah umum yang dia buat. Offer jadi bilal, dia taknak. Tapi selalunya, dialah yang bang.

Duludulu, diorang taktau yang si mamat ni dah jadi wali. Tapi ada sekali tu, mamat tu buat amalan yang guru dia kasi dan benda tu menjadi on the spot. Bini mamat tu suka, lah. Mamat tu pulak, takut. Sebab ketakutan itulah, dia diangkat jadi wali. Dia berenti kerja dan terus mengabdikan diri kepada Allah SAHAJA.

Jadi, bila ada keperluan nak beli barang dapur atau pakaian anak bini, si wali ni akan tadah tangan dan mintak dari Allah. Cara dia ialah dia akan selukkan tangannya ke dalam ufti wangnya setelah dia buat solat hajat dan amalan-amalan tertentu. Bila dia seluk, dia akan keluarkan genggaman. Dia akan serahkan isik genggaman itu kepada bininya, tanpa melihat pun apa dia. Maka bininyalah yang akan menguruskan segalanya selepas itu. Setakat ini, setiap kali bini dia dapat isik genggaman dari wali kita ni, bininya akan buat muka maintain.

Tapi bila si wali ni kembali jer ke bilik rahsia dia, akan kedengaranlah suara bininya menjerit kegirangan. Pempaham jerlah. Tah batu permata intan berlian ke hapa dalam genggaman tadi tu agaknya. Tapi si wali ni tak pernah tergerak nak ambik tahu. Sebab dia wali. Semua ni gurauan jer padanya.

Sampailah satu masa, ada sekumpulan jemaah budak tabligh (jemaah kami) yang buat ghash, melalui rumah mereka pada petang tu. Selaku wali, mamat ni memang dah terasa kehadiran cahaya ni dari tadi lagi. Malangnya, belum sempat dia nak sambut bebudak tabligh tu, bini dia yang bukak pintu dulu.

Nak dijadikan cerita, bini dia tahapa redflagnya agaknya, boleh emo lak dengan bebudak tu semua. Nak disedapkan cerita pulak lagi, otai dikalangan jemaah bebudak tu pun melenting lah pulak (kelihatan abang karkun tak senang duduk). Terjadi sedikit ketegangan disitu. Si wali tiba tepat pada masanya nak meleraikan kesalahfahaman tersebut. Dia menyuruh bininya masuk. Dia meminta maaf kepada jemaah. Jemaah pun minta maaf dan mereka berlalu.

Malam tu kebetulan gas habis. Duit bekalan pun dah habis. Maka si bini pun macam biasa, memberitahu masalah keluarga mereka ini kepada si wali. Si wali pun setlah agenda malam ni nak buat amalan rahsia tu. Malam tu, amalan berlaku macam biasa. Solat hajat, istighfar. Lepas tu seluk uncang wang. Terasa ada benda kat dalam genggaman tu, tapi cam biasa, wali kita ni tak heran pun. Dia terus bagi kandungan genggaman itu kepada bininya. Bininya cam biasa; "Abang taruk lah kat situ dulu". Si wali pun memasukkan genggamannya ke dalam tas tangan lawa milik bininya. Kemudian dia kembali ke bilik rahsia.

Kedengaran suara bininya marah-marah. Lepas tu kedengaran bunyi tapak kaki melangkah menuju ke bilik rahsia. Tak kusyuk jadinya zikir si wali kita ni. Bini si wali masuk ke dalam bilik dan menghulurkan sekeping nota kat wali kita ni tadi. Tertulis dalam tulisan Arab selatan yang bila diterjemahkan berbunyi:

"Hari-hari camni, tokey balak pun lingkup!"

Malam tu mamat wali kita ni iktikaf dengan jemaah tadi kat masjid. Besoknya dia terus keluar 4bulan.

Abang karkun menepuk bahu Bang Ali dan menghulurkan sebijik gelas. Bang Ali mencapai gelas itu dan menuangkan teh susu suam ke dalamnya.
Kami meneguk minuman kami.

Tuesday, April 5, 2011

Perkara paling susah dalam amalan



"Bang, abang ceritalah pengalaman abang masa mula-mula dalam buat usaha, ni" kataku pada abang karkun. Abang karkun memotong dua sekeping pisang goreng. Separuh diambil dan dicicah ke colek sebelum masuk ke mulutnya. Beliau memandang tepat ke mataku. Cepat-cepat aku bayangkan perasaan aku masa aku kena tahan polis kat roadblock semalam. Aku takmau abang karkun membaca pikiranku.


"Panjang ceritanya" jawab abang karkun setelah berhenti mengunyah seketika. Beliau sambung mengunyah kembali dan mengucup ibu jari dan telunjuk kanannya sebelum memegang gelas kopi. Kami berdua jer malam ni. Yang lain dah tidur. Kami sekuriti. Aku suka jadi sekuriti dengan abang karkun. Boleh korek.


"Apa lagi yang kau nak korek, Wan?" tanya abang karkun padaku sambil meleparkan sebuah senyuman sinis. Aduh. Aku ter off guard.


"Bukan apa, mungkin cerita abang akan memberikan inspirasi kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam indastri tablik setempat" jawabku cuba berseloroh. Abang karkun tak makan lawak bodoh. Tapi terbentuk jugak senyuman sumbing di bibirnya. Senyum nak jaga hati.


"Korek, korek. Kang terjumpa lubang ular, kang" kata abang karkun. Aku tak paham lawaknya. Tapi aku senyum juga. Senyum nak jaga hati.


"Dalam buat usaha ni, dua benda yang aku dapati mencabar padaku secara peribadi" mula abang karkun.


"Apa dia?" tanyaku spontan nak menghidupkan keadaan dan mengcover bunyi keletappp rekoder aku. Haha!


"Taat dan istiqomah" jawab abang karkun pendek. Aku harapkan ada penjelasan selepas ini. Jadi, aku diam.

Tapi abang karkun tak sambung. Tiba-tiba dia macam tersentak dari lamunan, dan dia bangun. Kelihatan seperti beliau seolah-olah sedang terdengar sesuatu. Aku memasang telingaku. Takde apa-apa, pun? Abang karkun keluar dari gazebo masjid dan mengushar langit. Bercahaya wajah abang karkun bila beliau mengadap cahaya bulan yang mengambang pada malam ini. Sejak bila pulak cahaya bulan ada warna merah, hijau, biru dan kuning? Berpusing-pusing macam lampu disko, laktu. Aku keluar dari gazebo dan menyertai abang karkun memandang langit.

Kelihatan sebuah UFO terbang rendah di belakang perkarangan masjid. Terang benderang kawasan kubur kat belakang ni dipancari cahaya dari UFO tersebut. Kelihatan juga flashes mata merah haiwan-haiwan yang menyaksikan kejadian ini disuluh lampu UFO. Aku pandang wajah abang karkun.



"Kan, baru cakap? Dah sampai misi baru...Kau pesan kat amersab aku keluar kejap, OK?" kata abang karkun sambil berlari-lari anak ke arah UFO. Cahaya menghambur keluar semasa pintu UFO terbuka sedikit nak kasi abang karkun masuk. Tahh mana lah diorang nak pegi, ni.


"Taatnya..." kataku dalam hati. Nampaknya, aku soranglah menyekuriti malam ni...Sigh...



Dahdahdah!
Jangan dok termenung!

Gelengkan kepala,
Cubitlah paha.
Harini dah hari selasa!

Walau awal bulan takkan kita nak berleka-leka?
Boleh siap harini,
Kenapa nak ditangguh ke esok pula?

Harini,
Siapkan semalam punya cerita,
Besok,
Besok, besok punya cerita...

Monday, April 4, 2011

Qiamullail botol susu



Sekadar berkongsi pengalaman menarik.

Kadangkadang, bila malam-malam, anak kecik kita merengek beria-ria nak susu. Kita yang tengah mamai cubalah menenangkan tangannya yang macam berenang-renang tu dan menepuk-nepuk manja punggungnya, untung-untung dia akan diam dan tidur. Tak. Jadi parents bukan semudah itu. Anak tu nak jugak susu. Takper. Sebab kita dah berpengalaman, susu dah ada buat tadi, kat sebelah jer. Bukak tudung, basah puting, sumbat.

Memegang botol susu masa menyusukan anak kecil memerlukan ketelitian. Tapi bila kita dah buat dua tiga kali, kita akan ada muscle memory. Samalah macam mulut anak kita ni yang otomatik terkeronyok dalam posisi menyunyut bila bibirnya tersentuh benda benda macam puting ni contohnya. Namun, semua itu (memegang botol susu) amatlah sukar dilaksanakan bila ia perlu dilakukan pada pukul 330 pagi. Dapatlak kita baru nak mula tido setelah perform tadi.

Jadi kita pun tunggu, lah, menahan sengguk dan mengantuk, mengushar level air susu dalam botol yang disedut anak tersayang. Kat sebelah Umi dah terbungkang. Takper, biarkan Umi rehat. Dari Subuh beliau bergerak takreti penat. Untung korang dapat Umi cam Umi korang ni.
Tarik puting keluar dari mulutnya sekali sekala, kasi pressure dalam botol tu neutral semula. Dah jadi vakumlak dok dihisap ajer. Kasi masuk angin semula. Bila bubbles dah reda, sumbat semula ke mulut si manja. Tunggu ja, sementara dia kasi clear.

Jumlah susu yang dihisap perlu dipantau. Memudahkan budget dan mengelakkan pembaziran. Sebab susu formula, takleh disimpan. Lepas dua jam dibancuh, kalau tak dihabiskan, terpaksa di sinki kan. Mahal, tu!

Bila dah habis, kesatkan mulutnya. Kasi hilang sisa susu. Nanti comot berkudis pula muka anak aku. Kalau boleh, kasi dukung, tegakkan, kasi sendawa. Kalau dia badmood lagi, mengiringkan dia mengadap kiblat di atas sisi kirinya (jantung di atas).


Masa tunggu sendawa, gosok belakangnya dari pinggang ke leher perlahan-lahan. Buat dengan kasih sayang. Tunggu dia sendawa. Biasanya ada dua. Sendawa besar yang pertama, diikuti oleh sendawa kecil seterusnya. Bila dah habis sendawa, barulah baby di tidurkan semula.
Dan inilah part yang paling penting dalam hal memberikan susu pada waktu sepertiga malam sebegini: mengambil ganjarannya.

Ganjarannya ialah baby yang dah kenyang tadi, bila dia dah selesa, dia akan senyum tanpa membuka mata. Bila dah nampak tanda terima kasih ni, kucup dahinya dan doa agar dia taat kepada Allah. Melihat senyuman tadi, semua penat lelah perit jerih menjaganya dari siang tadi hinggalah terjaga dari tidur ni,

 

...berbaloi.

Relax...


Jangan risau,
Lama lagi nak cuti umum
Takyah nak kacau bilau,
Muka terik taknak senyum.

Harini dah patharibulan
Minggu depan baru seblasharibulan
Minggu satu lagi baru lapanbelasharibulan
Minggu lagi satu baru doplohlimaharibulan
Lama lagi nak sampai gaji bulan depan.

Haihhh...

Saturday, April 2, 2011

Kami berjaya dengan isipai


Untuk bergerak kita kena ada kemahuan. Gerakan juga boleh disebabkan oleh tekanan. Untuk berjaya kita kena ada kemahuan. Tapi gerakan akibat tekanan pula sekadar berjaya untuk menyelamatkan diri saja. Jangan mimpilah nak berjaya jaya macam orang-orang yang ada kemahuan.


Mungkin ini sebabnya kenapa murid yang bersedia menelaah pelajarannya awal-awal, adalah lebih berjaya daripada mereka yang menelaah pelajaran mereka di waktu suntuk. Berjaya dalam perenggan ini merujuk kepada mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kita kembali...


Ini kita cerita cerita kita. Cerita orang kebanyakan. Taklah pandai atau bijak sangat. Cukupcukup makan. Orang cam kita, kalau nak berjaya, kena usaha. Nak usaha, kena bergerak. Nak bergerak kena ada kemahuan.


Ada yang tahap genius, menyalahgunakan konsep tekanan itu untuk menggalakkan kemahuan. Macam ada yang buat jadual dan merasa tertekan dengan jadualnya sendiri. Atau yang ngengada gi cerita plan dia kat orang dan merungut bila orang tu dok tanya-tanya dia bila nak plan dia nak siap.


Tapi kalau dah ditekan pun masih jugak tak bergerak, takde jugak kemahuan, maka ada sesuatu yang tak kena. Atau nak kena.



Tapi, kita selalu mempersoalkan soal kejayaan. Jarang sekali kita analisa kembali apakah yang kita takrifkan sebagai kejayaan. Kebanyakan menafsirkan berharta dan beraset itu sebagai kejayaan. Ada yang kata pangkat. Ada yang kata keluarga.


Ada yang berjaya dengan isipai.
Ada yang berjaya kerana mati dalam usaha.

Kita bukan wali. Kita bukan istimewa. Kita hanyalah manusia biasa yang kena berusaha untuk mengejar kejayaan.


Adakah kita menghampiri kejayaan?

Friday, April 1, 2011

Berapa cepat mereka membantu kita?



Dua bulan lepas, kami di PBP telah mengadakan ujikaji. Nama ujikaji itu ialah: "Berapa cepat mereka membantu kita?"

Sebagaimana yang sedia maklum, sekarang ialah zaman inflasi. Ramai yang jatuh bankrap. Dan ramai yang muflis ni, adalah kaum Melayu. Jadi, satu ujikaji dilakukan untuk mengkaji apakah bentuk bantuan yang boleh diterima oleh orang sebegini. Kami di PBP telah mencuba beberapa jalan dan telah bertemu dengan penemuan yang luar biasa:

Skop kajian ialah mengenalpasti bantuan yang ditawarkan untuk golongan ini dan betapa berkesan dan cepatnya bantuan tersebut. Kita tak bercerita mengenai soal nak ajar mamat tu memancing. Ni kita cerita kes orang yang perlukan duit NOW. Bukan later.



Baitul Mal : bentuk bantuan yang ada terhad. Yang biasa ialah untuk pendidikan anak-anak (tapi perlukan pelbagai surat pengesahan). Kat Seremban, cuma bantuan nak bayar sewa atau bil api air saja yang diterima. Lain dari jenis ini, kena buat surat dan bergantung kepada pegawai yang menilai. Dia rasa kita dapat, dapat lah, Dia rasa kita tak dapat, mengangalah. Bantuan pula diberikan setiap hari Rabu oleh MB. Ada kalanya cek diberikan melalui majlis tertentu. Bailtumal ni amat baik untuk muallaf. Tapi untuk rakyat bumiputera, bersedialah nak jawab banyak soalan. Nak senang, datang dengan ketua kampung dan bawak kertas dan pen takut kena buat surat apa-apa on the spot. Bantuan yang diluluskan akan diterima paling cepat 2 minggu. Kubur dah kering baru dapat duit nak tanam.


Perkasa: Takyah susah-susah nak mengadu kat diorang ni. Hampeh. Mula-mula dia tanya kita ni UMNO ke. Lepas tu dia tanya ADUN kita sapa, Undang kita sapa (untuk orang N9), sampailah main Nabi dan Tuhan. Last-last, diorang akan sorong kita ke Yang Di pertua mereka. YDP ni pulak, akan mula jawab dengan hadis dan potongan ayat Al-Quran dan suruh kita mintak kat tuhan. Baik aku jumpa Tok Sheikh aku suruh dia doakan aku. Lagi makbul. Mangkuk.


ADUN: cara paling baik ialah buat surat dan bagi surat tu by hand. Itu pun kalau kau berjaya mengharungi groupies, SB dan bodyguard mereka. Dan bila dah bagi surat, jangan tunggu lelama. Sehari jer, terus follow-up. Seminggu jer, tanya. Kalau tak follow-up, jangan haraplah diorang nak bukak sampul surat kau. Meeting diorang kat Putrajaya lagi penting dari mendengar keluh kesah rakyat yang diwakilinya ni.


UMNO: Tunggu pilihanraya. Selain dari itu, jangan haraplah dia nak layan


Pembangkang: Kalau kau ada cerita baek pasal kerajaan, senang sikit. Kalau tak, korang kena ingat. Diorang sendiri pun tak berduit, apatah lagi nak betulkan jalan ke kampung kau. Takyah mimpi.



Orang kaya Melayu: Jangan haraplah. Dapat lak kalau diorang ni memang turun temurun kaya raya. OKB pun boleh sombong, apatah lagi sepupu sepapat raja? Tapi try jugak ler. Manalah tau...


Cara yang paling berkesan nak mintak bantuan ialah mengadu kat RTM3. Tapi ini pun ikut kesesuaian timing. Kalau cerita kau sesuai (kau hidup merempat di kawasan pembangkang misalnya), cepatlah  bantuan sampai. Kalau cerita kau takat so-so ajer, takyah mimpi lah diorang nak layan kau.



Gereja: Kau cakap jer nak berapa, dia hulur on the spot. Takde tanya-tanya. Takde bukak cerita mata kail la, memancing lah. Tak caya pergi try (bukannya nak murtad pun). Camana lak diorang yang takde JAKIM, takde MAINS, takde peruntukan, boleh keluar duit camni punya senang? Apsal yang lain takleh benchmark mereka?




Hasil dari ujikaji ini, kami dapati, pihak berkuasa tempatanlah punca kenapa rakyat benci dengan kerajaan. Mereka menyusahkan rakyat yang meminta bantuan dengan mem ping-pong kan mereka dan melayan mereka macam peminta sedekah. Tak salah kalau lepas ni ada cerita penjawat awam, ADUN atau mamat PERKASA yang mati ditetak. Melayu murtad dah memang ramai...


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails