"Bang, abang ceritalah pengalaman abang masa mula-mula dalam buat usaha, ni" kataku pada abang karkun. Abang karkun memotong dua sekeping pisang goreng. Separuh diambil dan dicicah ke colek sebelum masuk ke mulutnya. Beliau memandang tepat ke mataku. Cepat-cepat aku bayangkan perasaan aku masa aku kena tahan polis kat roadblock semalam. Aku takmau abang karkun membaca pikiranku.
"Panjang ceritanya" jawab abang karkun setelah berhenti mengunyah seketika. Beliau sambung mengunyah kembali dan mengucup ibu jari dan telunjuk kanannya sebelum memegang gelas kopi. Kami berdua jer malam ni. Yang lain dah tidur. Kami sekuriti. Aku suka jadi sekuriti dengan abang karkun. Boleh korek.
"Apa lagi yang kau nak korek, Wan?" tanya abang karkun padaku sambil meleparkan sebuah senyuman sinis. Aduh. Aku ter off guard.
"Bukan apa, mungkin cerita abang akan memberikan inspirasi kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam indastri tablik setempat" jawabku cuba berseloroh. Abang karkun tak makan lawak bodoh. Tapi terbentuk jugak senyuman sumbing di bibirnya. Senyum nak jaga hati.
"Korek, korek. Kang terjumpa lubang ular, kang" kata abang karkun. Aku tak paham lawaknya. Tapi aku senyum juga. Senyum nak jaga hati.
"Dalam buat usaha ni, dua benda yang aku dapati mencabar padaku secara peribadi" mula abang karkun.
"Apa dia?" tanyaku spontan nak menghidupkan keadaan dan mengcover bunyi keletappp rekoder aku. Haha!
"Taat dan istiqomah" jawab abang karkun pendek. Aku harapkan ada penjelasan selepas ini. Jadi, aku diam.
Tapi abang karkun tak sambung. Tiba-tiba dia macam tersentak dari lamunan, dan dia bangun. Kelihatan seperti beliau seolah-olah sedang terdengar sesuatu. Aku memasang telingaku. Takde apa-apa, pun? Abang karkun keluar dari gazebo masjid dan mengushar langit. Bercahaya wajah abang karkun bila beliau mengadap cahaya bulan yang mengambang pada malam ini. Sejak bila pulak cahaya bulan ada warna merah, hijau, biru dan kuning? Berpusing-pusing macam lampu disko, laktu. Aku keluar dari gazebo dan menyertai abang karkun memandang langit.
Kelihatan sebuah UFO terbang rendah di belakang perkarangan masjid. Terang benderang kawasan kubur kat belakang ni dipancari cahaya dari UFO tersebut. Kelihatan juga flashes mata merah haiwan-haiwan yang menyaksikan kejadian ini disuluh lampu UFO. Aku pandang wajah abang karkun.
"Kan, baru cakap? Dah sampai misi baru...Kau pesan kat amersab aku keluar kejap, OK?" kata abang karkun sambil berlari-lari anak ke arah UFO. Cahaya menghambur keluar semasa pintu UFO terbuka sedikit nak kasi abang karkun masuk. Tahh mana lah diorang nak pegi, ni.
"Taatnya..." kataku dalam hati. Nampaknya, aku soranglah menyekuriti malam ni...Sigh...
6 comments:
Aku setuju...taat ni la yg susah.
Mula2 buat usaha...hati bersih. Tiap usul taat sungguh2...
Bila dah kuar 40H beb kali, nak taat ni makin susah...
Padahal nak taat solat berjemaah dapat takbiratul u'la lagila bapak susah..
takyah citer la nak 2jam setengah
ceh...orang tak pakai dah recorder lapuk camtu...
ufo lagi, biar betul!!
bangwan, tolong bagi tau sy apakah ufo tu mmg betul ke? atau main2 je.
kalo betul dari mana dpt ufo tu.
sy ada baca dlm buku berdialog dgn jin karangan isa dawud yg ufo ni kenderaan jin di segi tiga bermuda.
Anon: rekorder lapuk sebab cerita ni dirakam zaman tersebut. Ada jugak yang guna henfon, ditulis atas kulit kambing atau batuan granit mana yang sempat. Tengok keadaan laaa...
Ali: UFO dalam setiap cerita kena ikut konsep. Hehe. Ada tu memang refer kepada UFO sebenar. Ada yang refer kepada UFO jin yang kau maksudkan tu. Ada sekadar tamsilan.
Dalam cerita yang ini, UFO itu merujuk kepada awwalin yang datang secara tiba-tiba pada malam tersebut, nak ajak abang karkun kita join misi rahsia mereka...
dan meninggalkan aku sensorang...cheitt
drpd pembacaan sy dlm blog ni abng wan ni org tabligh, jadi sy nak tanya bang,
abng selalu ke gi markaz masjid seri petaling masa hari sabtu malam?
bukanya apa teringin nak jumpa abang ngan geng2 abng sekali la
Post a Comment