Monday, December 6, 2010

Kasih Sayang


Dah pukul tiga setengah pagi. Mata mengantuk. Nak kena bangun awal, esok. Tapi hatiku tak tenteram kerana anak sulungku dijangkiti batuk. Dan selsema. Akibat batukannya, anak keduaku juga terjaga. Dan mereka berganti-ganti merengek, sampaikan ahliyaku dan aku naik lembik.

Setelah mereka reda, sambil menggosokgosok belakang anak-anakku, aku termenung.
Agaknya beginilah keadaan aku.

Masa sihat, aku main tak ingat dunia. Panjat sini. Lompat sana. Bila time makan, aku nak makan dan minum cam orang dewasa. Nak makan yang pedas pedas. Bila lidah dah terbakar, nak minum air sejuk pula. Aku teguk sampai habis. Kemudian, belum sempat cuci mulut, aku terus keluar rumah sambung bermain.

Bila time makan ubat, aku liat. Ubat yang dipaksa masuk, aku luahkan semula sehingga menyusahkan ummiku mengelap lantai yang baru dimopnya. Mengotorkan baju yang baru disarungkan padaku. Dan bila tukar baju baru, aku takmau baju lengan panjang. Aku nak pakai yang lengan pendek sebab aku tak suka panas-panas masa tidor. Kalau boleh, aku nak tidor tak berbaju cam Abi.

Dan bila time tidorku terganggu dek ketidaksedapan badanku, aku merengek-rengek. Pernafasanku tersekat sebab hidungku tersumbat. Tapi jemari dan tangan yang nak menyapu hingusku ku tepis dan aku bergolek ke hujung katil melarikan diri. Dan bila bahagian ini hilang sejuknya, aku merengek dan bergolek lagi ke bahagian yang lain pula.

Kesian Abi dan Ummi yang menjagaku. Begitu sabar dan gigih mereka memastikan aku dapat tidur lena, sedangkan selsema dan batuk itu, berpunca dari kedegilanku mematuhi larangan.

.
.
.


Aku berharap si Dia, Yang Menjagaku selama ini, mengampunkan ku. Kerana aku tahu. Dia lebih sayangkanku. Lebih dari kasih sayangku terhadap anak-anakku...


Selamat Tahun Baru.

Saturday, December 4, 2010

Atan dan Abu (Mencari Breakfast)


"Aku naik fedap dengan kedai makan Melayu" kata Abu muncung. Atan memandangnya dengan pandangan kesetujuan. Mereka mencari kedai nak sarapan pagi di sekitar kaki bandar.

"Yang bersemangat nak berniaga, bantai bukak kedai di tepi jalan sesuka hati"
kata Abu lagi.

"Sampai kengkadang mengganggu aliran trafik"
kata Atan pula.

"Yang dah diberi tempat berniaga pulak, bukak sesuka hati. Kejap bukak, kejap tutup"
sambung Abu. Atan yang sedang memandu, memberhentikan kenderaan di depan kedai mamak.

"Yang bukak kedai pulak, servis cam cibai. Nak meng order macam nak mintak sedekah. Bila dah berjaya order pulak, pesanan datang lambat" Abu mengomel lagi.

"Silap-silap waiter datang balik kononnya nak double confirm order. Tadi masa ambik order, berlagak otai. Nak main congak. Taknak tulis" tambah Atan pula.

"Bila dah sampai makanan atau minuman, kalau kurang susu atau terlebih garam, kena tegur baik-baik. Salah tegur kang, silap-silap jumpa kahak di celah nasik lemak"...macam ada unsur ekzegerasi pulak dalam ayat Abu yang ni. Atan tak selesa mendengar ayat Abu yang terakhir ni.

"Tak citer lagi tang nak bayar...Angkat-angkat tangan, kena 'JAP-JAP'. Panggil-panggil kena 'tunggu-tunggu'. Bila kita buat bunyi tikus, orang pandang kita cam kita ni orang gasar pulak" kata Atan.


Mereka berdua terdiam sejenak. Hening suasana dalam kereta tu. Yang kedengaran cumalah bunyi menggelegak dari dalam perut mereka.

"Abis tu, kita nak bekfes kat mana ni?" tanya Atan sambil menggosok perutnya.

"Kat mamak ni je la" kata Abu. Mereka pun mengambil wallet dan lain-lain dari dashboard keta dan mahu keluar.

.......................

Dari bilik CCTV...

Abang karkun         : Bukan senang, jihad ekonomi, ni..
Brader bus stand    : Kalau senang, bukanlah JIHAD namanya...
Aku                         : Silap-silap boleh jadi wali dek bersabar kalau pergi ke kedai Melayu, ni.

Friday, December 3, 2010

Tuhan Tempat Berlindung (dipetik dari buku Syiah)

Selama 30 tahun Nabi Yunus a.s mengajak kaumnya kepada tauhid, tidak ada yang mengimaninya kecuali 2 orang. Satu orang alim bernama Rubil dan seorang abid bernama Tanukha.

Yunus a.s mengadu kepada Allah dan meminta penurunan azab Nya setelah mereka bermaksud menyakiti dan membunuh Yunus a.s. Lantaran kasihan kepada kaum itu, Rubil tidak bersetuju dengan permohonan ini. Dia meminta agar Yunus tidak mengutuk kaumnya. Namun, Tanukha yang sependapat dengan Yunus menyokong permintaan Yunus itu.

Kemudian diwahyukan kepada Yunus a.s:

"Azab akan turun pada hari dan waktu yang demikian"


Waktu azab sudah dekat, Yunus dan Tanukha telah keluar dari kota. Namun Rubil tetap tinggal. Telah tiba waktu turun azab dan sudah nampak tanda-tanda pembalasan kaum Yunus. Mereka semua menjadi gelisah dah resah. Mereka pergi mencari Yunus, tetapi mereka tidak menemukannya.

"Yunus tidak ada. Berlindung dan tunduklah kepada Allah. Moga Dia akan mengasihi kita"
jawab Rubil cuba menenangkan.

Mereka bertanya: "Bagaimana kami harus berlindung?". Rubil si alim berfikir lalu berkata:

"Pisahkanlah bayi-bayi yang masih menyusu dari ibu-ibu mereka, bahkan pisahkan unta-unta dan anak-anak mereka, kambing-kambing, lembu-lembu dari anak mereka.
Berkumpullah kamu di padang pasir. Saat itu dengan tangisan dan bercucuran air mata, mintalah ampunan kepada Tuhan kita dan juga Tuhan Yunus"


Mereka mengamalkan saranan Rubil. Muncul sebuah pemandangan yang amat menyentuh dan mengharukan. Bayi-bayi menyusui mulai menangis. Orang-orang lanjut usia meletakkan wajah mereka ke tanah. Mereka semua mencucurkan air mata.

Suara haiwan, tangisan dan jeritan kaum Yunus berpadu antra satu sama lain. Rahmat tak terbatasnya Tuhan semesta alam menaungi di atas kepala mereka. Azab menjadi lenyap dan bergeser ke arah gunung ganang.


Waktu azab sudah berakhir, Yunus a.s kembali kepada kaumnya. dengan kehairanan dia menyaksikan kaumnya hidup sebagaimana biasanya.

"Apa yang terjadi kepada kaum Yunus?" tanyanya kepada seorang petani.

Petani yang tidak mengenali Yunus a.s itu menjawab:

"Yunus telah mengutuk kaumnya. Allah SWT pun memenuhi tuntutannya dan menurunkan azab. Mereka menangis dan merintih. Mereka bermohon kepada tuhan Yang Maha Penyayang agar mengampuni mereka. Allah Yang Maha Penyayang pun mengasihani mereka dan melenyapkan azab. Sekarang mereka mencari Yunus untuk mengikutinya"

Yunus a.s sedih, dia menjauh dari lingkungan itu dan pergi ke laut...

Interview dengan Wali (Hanya ada Dia)

Kengkadang kesungguhan kita berdoa tergambar dek kedudukan tangan yang menadah...
"Apsal muka monyok jer ni?" tanya brader bus stand. Pelik. Kenapa brader tak straight to the point ajer setelah membaca fikiranku macam biasa. Mesti ada hikmah ni. Aku layan jer dulu.

"Saya merasa tersinggung dengan apa yang berlaku dalam hidup saya ni"
jawabku jujur. Aku tak berusaha nak menyembunyikan fikiranku di lipatan benak ketiga macam biasa. Aku mahukan penjelasan. Brader bus stand pun menyangkung disebelahku dengan rapatnya, tanda dia nak tau dengan lebih lanjut. Aku pulak yang dapat membaca fikirannya bahawa dia mahu perkara itu keluar DARI MULUTku sendiri.

"Tersinggung apasallll?"
tanyanya lembut.

"Saya hairan. Dulu masa saya bujang, mencari rezeki tutakdelah susah camni sangat. Tapi sejak saya dah kawin dan beranak ni, saya terperasan macam semakin mencabar pulak"
kataku dengan nada sedih. Aku tau prasangka ini tak baik dilayan. Kerana umpama aku tak redha dengan apa yang Dia dah tetapkan untukku. Brader tersenyum mendengar jawapanku.

"Dulu, masa Maryam zaman anak dara, Allah berikan dia makanan dari langit yang DIHANTAR kepadanya. Hinggakan ayahandanya Nabi Zakaria a.s pun jeles dengan karamah Maryam" mula brader bus stand.


"Tapi sejurus selepas kelahiran Nabi Isa a.s, bahkan ketika nak hilangkan keletihan akibat melahirkan seorang nabi itu pun, Allah suruh Maryam BERUSAHA untuk mendapatkan rezekinya"
sambung brader lagi. Aku pernah dengar cerita ni. Ye tak ye juga.

"Kenapa jadi camtu?" tanyaku.

"Kerana zaman bujangnya, yang ada dalam hati Maryam hanyalah Dia. Tapi setelah adanya Isa a.s, hati itu sudah terbahagi kepada dua. satu Allah dan satu lagi anaknya" jawab brader tanpa merenggangkan pun senyuman dibibirnya.

"Salah ke saya risaukan ehwal anak isteri saya?" tanyaku bagaikan yahudi.

"Tak salah. Tapi mementingkan sesuatu melebihi Dia itulah yang Dia beri teguran"
kata brader pula. Kami memandang ke arah bas yang tiba. Aku membiarkan saja ia berlalu.

"Ada ramai yang mahukan tahap seperti kau. Cuma kau jangan mengalah dengan ujian di tahap ini. Kau kena kuatkan semangat dan berjuang untuk tidak turun tahap" sambung brader.

"Apa dia?"
tanyaku pendek.

"Taat dan tawakal pada Nya" jawab brader pendek juga.

Sungguhpun begitu, aku MASIH kantoi lagi...

Thursday, December 2, 2010

Bicara sufee

Salam. Harini aku taknak post apa-apa sebenarnya. Tapi ada sesuatu yang telah berlaku, maka aku mengepost jugak harini. Aku harap mesej aku dan mereka yang terlibat dalam string komunikasi yang aku link kan ini tak disalah fahami. Camner nak tau yang kita dah salah faham? Jika anda berburuk sangka kepada aku atau semua dalam string ini, maka anda sedang salahfahamlah tu.

Teguk yang jernih, ketepikan yang keruh. Semoga ada manfaat kepada yang inginkannya.

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=177219772303594&id=100000627316917

Pemula segala-galanya..Banyak faedah yang boleh didapati dengan membaca komen yang selain dari aku
Sebetulnya aku tak suka dengan golongan yang menggelarkan dirinya sufi tapi masih bergelumang dalam riba. Aku tak suka dengan orang yang kata mereka tarekat tapi masih terikat dengan dunia. Aku paling tak suka seorang mureed yang berdakwah lebih lebih berbanding gurunya. Akalu nak dakwah, ikut cara tabligh. 

Aku tak suka dengan orang yang meletakkan petikan dari kitab tanpa menyertakan syarahnya sekali. Tapi itu bukanlah bermakna aku tak suka dengan sufi zamani. Aku tak pedulik apa yang orang kata padaku. Aku percaya apa yang berlaku adalah ketetapan Nya.

Jika kebaikan yang datang dari semua ini, maka itu semua berkat rahmah dari Nya juga. Jika keburukan yang datang akibat dari semua ini, maka itu semua salah aku. 

Aku memang masihlemah dalam berkata-kata...

Wednesday, December 1, 2010

Penderaan






Aku suka dengan iklan kempen penderaan kanak-kanak yang ditayangkan kat satu channel TV tu. Alaaa..yang katun tu..Aku dah tengok yang penderaan seksual dan yang budak kena sebat ngan tali pinggang tu. Presentation nya sangat bagus dan direct. Aku harap mesejnya sampai kepada semua..

Sebelum aku mengarut, aku nak nyatakan bahawa aku SOKONG kempen ini. Punyalah sokong sampaikan akak operator teledera tu dah naik skizo sebab melayan panggilan dari aku setiap kali aku saiko tengok bebudak kecik kena marah atau kena rotan kat mana-mana...

Tapi kat sini, aku nak stress kan satu lagi bentuk penderaan yang kurang diambil perhatian, terutamanya dalam Malaysia ni. Deraan yang aku maksudkan ialah deraan mental.
Dan bukan. Deraan mental yang aku maksudkan bukanlah tindakan seorang parents yang memalukan anak lelakinya dengan memarahinya di depan kengkawannya. Atau kisah bebudak bunuh diri sebab makbapak diorang push diorang agar dapat markah yang baik dalam peksa. Deraan camni semua orang dah tau. Deraan yang aku maksudkan ialah kes penceraian.

Sapa tak tahu bahawa mangsa utama dalam sebuah penceraian ialah anak-anak?  Sapa yang tak tahu bahawa kasih sayang yang dicurahkan pada ANAK TIRI tak sama dengan yang dicurahkan kepada anak sendiri? Bahkan, semua orang tak heran kalau penjenayah seksual atau perompak brutal yang ditangkap saban hari di dalam dunia ini datangnya dari keluarga yang bercerai berai..
Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang hancur, besar kemungkinanya untuk terdedah kepada masalah sahsiah, akhlak atau psikologi. Tapi mereka tak menampakkan ciri-ciri permasalahan ini semasa mereka kecil sebab mereka kena pergi sekolah dan memang sifat budak-budak suka main-main. Tapi semakin mereka membesar, impact penceraian itu akan mula terasa. Dapatlak dalam dunia kapitalisme dan inflasi sekarang ni yang menggalakkan sifat individualistik dalam diri masyarakat. Orang yang datang dari keluarga bahagia pun boleh skizo

Sebab penderaan fizikal, kita boleh nampak lebam atau parutnya. Maka kita boleh gunakan laporan doktor untuk mendakwa si penderanya. Tapi dalam kes deraan mental yang diakibatkan oleh penceraian, amat susah kita nak cari buktinya. Dapatlak effect buruk penceraian itu, bukanlah nampak direct macam yang kita terangkan di atas tadi. Ia akan memakan psikologi anak-anak secara perlahan macam anai-anai yang hidup dalam dinding atau lantai rumah kita. Sedar, sedar, dinding berlubang atau lantai dah runtuh jer...

Oleh itu, aku sarankan agar kempen penderaan ini mengambil kira juga bab kes penceraian. Sebab aku amat risau sebab kes penceraian itu amatlah tinggi dalam bangsa aku. Aku risaukan nasib anak-anak yang menjadi mangsa, ni. Aku tak mahu generasi Malaysia ini pada satu hari nanti terdiri daripada pendendam atau golongan yang bencikan institusi rumahtangga. Atau anak-anak yang bencikan mak bapak. Sebab kes penderaan sebegini punyai chain reaction yang berlanjutan. Dan akibatnya, bukan kepada anak itu sendiri saja, bahkan kepada cucu, cicit ataupun jiran budak yang bermasalah itu.

Kat Malaysia ada beribu-ribu TIME BOMB akibat deraan mental yang sebegini. Dan tak hairanlah magnitud jenayah yang dilakukan dalam negara ini (dan di dunia) semakin besar dan brutal. Sebabnya semakin ramai yang tak tahu apa itu KASIH SAYANG. Sebab mereka tak pernah di kasihi atau disayangi.

Tuesday, November 30, 2010

Hipnotisma ala payobosa2

sambungan dari sini

Pendek kata, blog ini menganjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka MENGUBAH PEPATAH itu kepada 'Teguk yang jernih, tinggalkan yang keruh'. Pendekatan ini diharapkan agar mengubah masyarakat Malaysia agar lebih memandang kebaikan daripada bersifat over-critical terhadap perbuatan orang lain. Pernyataan ini secara subliminalnya mengatakan bahawa kami menyokong dengan katakata kerajaan ke arah kesederhanaan dan toleransi (dalam hal keharmonian kaum, yakni interaksi antara manusia seperti yang kita katakan dimula artikel)

Secara lojikanya juga, kita akan hanya fokus pada air teh yang nak diteguk, sambil memaintain dan mengimbangi jemari akibat gelas yang panas, serta memastikan mendak teh kekal di bawah permukaan hirupan kita. Ini ialah hujah dari sudut jika kita samakan pepatah itu dalam perihal meminum minuman teh yang panas.

Kerana di waktu huru hara di akhir zaman ini, kita kaum manusia tak usah membuang masa dengan bercakaran dan menuding jari akibat tahi ayam  di lantai rumah jiran, daripada memfokuskan kepada menjaga pintu rumah atau memastikan ayam kita tak masuk rumah orang dan berak sesuka hati. Kita kena tak kisah sangat dengan kelemahan saudara kita, dan menumpukan kepada eksploitasi akan kelebihannya. Kerana kita hanya ada kita. Kita tak dapat nak berada di Padang Besar, Perlis dan di Tambak Johor, Johor pada masa yang sama. Kita kena BERSEDIA. Oleh yang demikian, lebih baik kita rakyat Malaysia TEGUK AJER YANG JERNIH, TINGGALKAN YANG KERUH duludulu tu dan berpadu tenaga demi menghalang tsunami, gempa bumi, banjir, inflasi, dan EVIL yang semakin menunjukkan taringnya...

"Haduiii...Poning kopalo den..." kata brader bus stand.

Atan dan Abu (Awal Muharram)

"Tan, Selasa depan kau free tak?" tanya Abu lepas dia keluar dari bilik mandi. Nampak sangat dia berpikir semua ni masa dalam bilik air tadi.

"Ntah. Kenaper?" tanya Atan.

"Aku ingat nak pakai khidmat kau ikut aku pergi Meru" kata Abu.
"Jauh tuu..Kan aku kerja hari Selasa. Weekdays, tu" jawab Atan memuncungkan bibirnya.

"Selasa depan cuti, la. Awal Muharram" kata Abu.
"Oh? Ye ke?" kata Atan blank.

"Amender la kau ni, orang kapir pun tau selaser depan awal muharram, walaupun dia tau sebab kompeni cuti jer" kata Abu lagi menyucukkan puntung rokok ke luka di dada Atan. Atan seperti biasa, memang dah biasa jadi bahan bila depan Abu.

"Patutlah akak kat kompeni aku cakap ada tournament boling pada hari tu" kata Atan lagi.

"Amenderla korang ni. Bila cuti, pergilah tengok orang berarak ke, sambut Awal Muharram tu dengan bersolat dan berselawat ker. Ni pergi main boling" cucuk Abu lagi. Mungkin harini ialah hari Abu. Well..Harihari pun hari Abu bila in terms of dengan Atan ni...

"Tapi hadiah dia lumayan ooohhh. Seribu oooo" kata Atan. Atan mengangkat-angkat keningnya. Dia tersengih evil kepada Abu.

"Aku boleh masuk?" tanya Abu sinisterly.
"Boleh. Alahhh. Cam tak beser plak?" kata Atan.

"Joinnnnnn" kata Abu sambil mengangkat tangan kirinya macam nak jadi Ultraman.

"Camner dengan perarakan kau?" tanya Atan pada Abu yang sedang praktis baling bola skru.

"Arak tak arak. Seriiibuuu, tuuuuu" jawab Abu sambil meperkemaskan balingan skru nya dua tiga kali...

Abang karkun dan brader bus stand yang mengushar mereka melalui CCTV hanya menggelengkan kepala mereka...

Wali dari Bangi (Wow! 2)

"Abis tu, apa fadhilatnya kita bagi salam secara oral kepada orang yang tak kita kenali?" tanyaku kepada abang karkun untuk menunjukkan aku tak lari dari topik.

"Benda pertama ialah dapat senyuman dan balasan balik" jawab abang karkun.

"Tapi kau kena buat dengan betul" sambung abang lagi.

"Masa berjalan tu, jangan asyik tenung jalan jer. Kau kena tundukkan pandangan masa depan yang menjolok mata atau tak menutup aurat saja. Pada lain-lain masa, kau car point nak SEBARKAN SALAM. Pada yang selayaknya serta kanak-kanak...Lebihlebih lagi kepada kanak-kanak.

Kau mulakan dengan eye contact. Kau tenung muka sensorang. Tapi kau rilekskan muka kau. Muka takleh tegang. Muka kena rilek dan senyum-senyumkan bibir tu. Walaupun kau sedang tak happy.

Bila dapat eye contact, kau terus besarkan senyuman kau dan bagi salam dengan jelas dan lembut. Kau rendahkan pandangan kau masa kau sebut salam tu.

Dia akan tersenyum dan membalas kembali. Tak kiralah dia seorang yang warak atau seorang mungkereen cam kita ni"

Kami tertawa dengan istilah "mungkereen" tu.

"Kalau dia tak balas salam kita?" tanyaku blank.
"Kau teruskan senyuman dan salam kau kepada orang lain pulak" jawab abang karkun.

"Kalau takde orang setelah dia?" tanyaku mengusik.

"Kau niatkan salam kepada semua makhluk lain yang mendengar salam yang kau sebarkan pada saat itu" kata abang karkun lagi. Aku tau kalau aku tanya lagi, abang karkun akan ada jawapannya pula. So aku stop part ni jerrr...

Monday, November 29, 2010

KAU tak perlukan aku


Wahai Tuhan
KAU lah yang satu
KAU tak perlukan aku
Akulah yang memerlukan MU

Aku bersyukur kerana dipilih menyaksikan semua ini
Di antara berjuta spermatozoa yang telah mati
Dan aku rasa lebih bersyukur lagi
Kerana nikmat iman ini

Ya Tuhan,
Janganlah buatkan aku susah payah
Demi hidupku di dunia ini
Janganlah buatkan aku merendahkan diriku
Demi meneruskan esok hariku

Aku sedar dan aku mengaku
Ketaatanku goyang sejak kehadiran mereka
Namun KAU juga tentu TAHU
Dalam hatiku tetap hanya ada KAU yang satu

Kerana
Dah berapa kali dah aku kononnya merajuk
Dan cuba lari dari tajuk
Namun yang terkeluar
Tetap halhal tentang DIRIMU


Sunday, November 28, 2010

Hipnotisma ala payobosa:

Ambil yang jernih, sebelah-matakan yang keruh.

Kita mula dengan mem-project kan pepatah ini ke arah hal-hal berkaitan hubungan antara manusia. Dan tidak. Pepatah yang menjadi tajuk itu tidak salah. Memang sengaja point positif dan negatif itu diterbalikkan, serta yang negatif di lembutkan. Sebab bukan semua salah ejer otu typo. Bukan semua kelemahan menamsil itu merupakan ISIK yang minta dikomen. Atau, bukan semua 'salah cakap' itu adalah tak disengajakan.

Bila kita mula dengan 'membuang yang keruh';, secara subliminalnya, kita menganggap 'semua yang masuk' itu bercampurbaur antara yang bermanfaat dengan yang tidak. Maka kita kena bijak menilai segala pemerhatian kita terhadap apa yang berlaku dalam alam ini; sama ada yang berlaku terhadap kita atau yang takde kena mengena dengan kita, dan berupaya mengenalpasti teladan yang buruk dengan teladan yang baik. Bila dah kenal, pepatah asal menganjurkan kita fokus dulu pada 'jangan ikut yang tak baik' daripada mengambil manfaat dari yang 'baik-baik' saja. Akibatnya, kita membuang masa mencari kesalahan. Atau menjadi kritikal serta terlebih sensitif pada masa yang tak perlu. Dahlah susah payah nak melihat 'hikmah' dalam lempang yang hinggap di pipi, ni nak berupaya untuk berazam-untuk-tidak-menggunakan-kekerasan-sebagai-'solution'-dalam-kehidupan-kita-pada-masa-akan-datang, pulak. Dapatlak lanskap kehidupan akhir zaman; kejadian melempang atau dilempang itu berlaku kepada kita atau orang lain, hampir setiap jam dalam setiap hari. Macamanalah kita tak asyik melihat SEMUANYA dengan mata skeptikkkkkkkkkkkkkkkkkk ajer?

Hahaha. Cukup la tu. Aku pun dah pening.

bersambung ke SINI

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails