Saturday, October 30, 2010

Selamat Hari Sabtu



Sampai sudah di penghujung minggu
dah dapat ke belom benda yang ditunggu-tunggu
Atau dah setel ke belum, hutang yg membelenggu
Apapun, kita tolak tepi dulu
Sebab harini ialah hariSabtu

Hari Sabtu selalunya baik
Dah longgar semula, urat yang terik
Cakap dah slow, nafas turun naik
Sekarang masa nak rilek-rilek
Kita bukak intenet
Blogwalk-blogwalk update-update

Dalam merilek jangan terlupa
Esok dah Ahad, Isnin tu lusa
Jangan ditunda selagi ada masa
Kang last menet, takut terkiamat pula...

Jom renew lesen..


Laa eelaaa
Ha illal LAH!

Friday, October 29, 2010

The Arrivals?



Dark Half suggested aku tengok siri The Arrivals yang cerita pasal manusia dan Kiamat. Forumnya kat sini. Apa kata korang layan (baca) cerita pasal realiti pulak kat sini:  Siri ini bersambung sambung so jangan berenti bila dah habis. Susunannya pun disusun in such a way to make you all paham (dari tak tau hinggalah advanced). Dan korang boleh layan sampai ke entry yang terbaru. Selamat membaca dan mengerti! Seperti biasa, komen amatlah dihargai.
Ada yang melihat mug (realiti) itu dari depan

...ada yang dari tepi...

..ramai juga lihat dari belakang (ketinggalan)...
Kita akan lebih memahami jika kita berkongsi

Aku tak sihat

Kebersihan dan kesihatan Hati perlu di jaga

Maaflah kawan-kawan semua.
Aku tak sihat
Aku mungkin tersenyum
dan melawak here and there

Tapi dari bunyi batukkan ku
Dan pekatnya kahakku
Kau pun akan tau
Betapa seriesnya sakitku

Kadangkala kita terlalu beria-ia
dalam mengharungi hidup di dunia
hinggakan terlupa
akan kesihatan diri kita
Jagalah diri
sebab kalau tak sihat nantik
Camana kita nak hadapi
Hari Esok yang menanti...

Lawak Spontan

"Abang, lepas bulan Jamadil Awal, bulan aperr?" tanya anak sepupu aku yang baru pandai bercakap.

Aku rindukan masamasa dia tak reti bercakap dulu. Takdelah aku susahsusah nak jawab soalan camni.


"Errr...Jamadil Shadat" jawabku. 


Bukan anak aku

Atan dan Abu (Cerita dari Abu)




"Semua manusia itu TIADA, kecuali mereka yang ada kalimah.
Semua yang berkalimah itu TIADA, kecuali mereka yang mengamalkan kalimah tersebut.
Semua amalan atas kalimah itu TIADA, kecuali amalan yang disertai dengan ilmu.
Semua ilmu itu pula tiada nilainya, kecuali ia disertai dengan keikhlasan."


Abu tahu falsafah ini. Dia dengar dari satu ceramah tu. Abu juga sedang menganggur. Dia perlukan kerja dengan secepat mungkin. Dah merata dia mencuba. Berpuluh temuduga dah Abu hadiri. Tapi masih belum ada yang melekat. Dengan IKHLAS Abu bersabar.


Malah setiap hari, Abu akan pastikan dia memohon sekurang-kurangnya 10 jawatan kosong di internet. Dia dah ikuti seminar bagaimana nak berpakaian semasa menghadapi temuduga. Abu juga tahu bagaimana nak buat satu resume yang impressive. Tu sebab banyak kali Abu dapat panggilan untuk interview. Abu juga belajar pasal NLP, persuasive communication, hipnotisma ala payobosa dan macam-macam lagi bagi menangani penemuduga-penemuduganya. Dan biasanya proses temuduga berjalan dengan baik. Semua berikan respons yang menggalakkan. Tapi Abu masih macam tu jugak. Abu masih menganggur. Dengan IKHLAS Abu terus mencuba.

Mak Abu turut sama merasakan kerisauan Abu. Apa taknya, selagi Abu tak bekerja, maka duit PTPN yang dah start bayar setahun dulu tu, kenalah dibiayai oleh maknya. Mak Abu pula bekerja sebagai seorang kerani rendah di sebuah agensi kerajaan, jadi banyak mana naa lah duitnya. Dapat lak ada lagi 3 orang adiknya yang masih menuntut di kolej dan U dan mereka semua menciap-ciap bagaikan anak burung kelaparan yang menyambut kepulangan ibu burung dalam National Geo-Graphic, meminta duit setiap bulan. Itu semua membuatkan Abu rasa lebih tertekan.

Satu hari, mak Abu memanggil Abu ke dapur. Abu ke dapur dan terus duduk di meja makan. Mak Abu berikan Abu sekeping kertas yang berisi nama dan nombor telefon. Abu pahamlah itu maknanya Abu kena call orang tu. Ni mesti ada kena mengena dengan soal penganggurannya. Abu taat. Dia terus jer dial nombor tu depan maknya. Setelah dua tiga minit bercakap dalam talian, Abu meng update maknya bahawa besok dia kena pergi ke sebuah kilang perabot untuk mula kerja sebagai tukang pegang kayu.

Abu pada mulanya ada rasa macam kerek sikit sebab mak Abu suruh dia, yang berpelajaran tinggi dan muka Anugerah Dekan setiap sem itu bekerja sebagai tukang pegang kayu kat kilang perabot. Lama jugaklah Abu dengan maknya berdebat pasal kerja baru Abu itu. Habislah air nescafe seteko dikerjakan oleh dua beranak tu.

Abu percaya, dia, dengan segala ilmu di kepala itu akan dapat kerja sebagai jurutera tak lama lagi. Abu juga tak berapa setuju sebab dia ada degree dalam elektronik, takkan nak keja kat kilang kayu. Sebagai penghulur kayu, pulak tu.

Mak Abu pulak percaya bahawa Abu taklehlah dok membuang masa dengan sekadar menunggu ajer sebelum kerja yang sesuai tiba, sedangkan masa tu boleh diguna untuk menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan.

Abu balas balik dengan hujah kalau dia sibuk bekerja di kilang kayu tu, fokusnya pada usaha mencari kerja akan terganggu, seraya melambatkan lagi tempoh dia mendapat kerja yang sesuai yang dimaksudkan oleh maknya tadi. Tambahan pula, bila kerja kat kilang kayu, jangan haraplah Abu larat nak ke CC untuk online mencari kerja pulak pada malam harinya.

Mak Abu tak menjawab lagi selepas tu. Mak hanya diam dan tarik muka sambil mengangkat teko dan cawan bekas minum nescafe tadi ke sink. Sesaat jer Abu rasa macam dah menang. Tapi berminit-minit lepas tu dia rasa menyesal sebab buatkan maknya tarik muka. Tangtang tuu lah Abu teringatkan falsafah itu. Jadi, Abu mengambil approach untuk diam dan layan dulu...

Dia terus menarik tangan maknya dan meminta maaf. Sambil tersenyum, Abu memujuk maknya dengan melawak dengan mengatakan besok lepas Subuh dia akan pegi kilang perabot kayu tu nak bukak pintu gate. Mak Abu mencium dahi Abu.

Besoknya, Abu mula bekerja. Pendek cerita, dia bekerja sebagai operator yang menghulurkan kayu-kayu ke dalam mesin yang kemudian memproseskannya. Terpalit jugak rasa kepalatan dunia dalam hati Abu tapi sebab dia berilmu, dia diamkan saja perasaannya. Hari pertama berlalu tanpa insiden.

Pagi hari kedua, Abu rasa badannya lenguh-lenguh. Dia paksakan jugak sebab maknya dah siap buat bekal makan tengahari untuk Abu. Pada hari kedua, Abu menghabiskan sehari suntuk memperkemaskan skill menghulurkan kayunya tanpa apa-apa insiden...

Pada pagi hari ketiga Abu rasa macam nak demam. APa taknya. Abu ni kan university graduate. Mana tahan kerja kerja keras di environment yang kasar macam sebuah kilang perabot kayu yang penuh dengan habuk kayu dan warga asing. Orang macam dia patut kerja kat tempat yang semiclean room dengan 0.1 PPM index debunya. Tapi sebab Abu TAHU, dia paksakan jugak pergi kerja dan main sorong papan tarik papan dengan mesin TGH33K-100.

Sehinggalah seminggu Abu bekerja kat kilang perabot itu sebagai seorang penghulur kayu. Sungguhpun kerja itu tak cool, dan abangla-abangla otai pun bukannya nak membantu, Abu tetap bekerja dengan bersungguh-sungguh. Bila dia bekerja kuat, maka timbullah pelbagai ilham dalam kepalahotaknya bagaimana nak mudahkan kerjanya (supaya dia sentiasa dapat balik kerja pukul 530ptg dan tak payah nak stay back dan tunjuk macam dia rajin). Dan sebagai seorang budak u yang pernah buat final year project dan thesis, Abu menghantar proposalnya itu kepada pihak atasan kilang.

Sehari berlalu. Dua hari berlalu. Senyap jer? Diorang baca tak, proposal Abu? Ke proposalnya dah terbang ditiup angin? Atau adakah proposal tu suck? Abu saiko. Tapi, apa lagi yang Abu boleh buat melainkan pergi kerja balik kerja dan online pada malam harinya mencari kerja yang layak dengan degreenya.

Pada minggu seterusnya, semasa ditempat kerja, Abu didatangi oleh  seorang lelaki yang semua orang panggil sebagai bos. Mamat bos tu pergi straight ke Abu dan bertanya pasal proposalnya. Abu pun menerangkan ideanya itu secara panjang lebar. Tapi secara ringkas, bos itu setuju untuk berikan peluang agar idea Abu menjadi dikenyataankan.

Dan dalam setahun, kilang kayu tu telah menjimatkan puluhan ribuan ringgit hasil idea yang dicetuskan oleh Abu kita tadi. Nama Abu jadi famous. Abu naik pangkat dan naik lagi dan naik lagi. Lastlast Abu kawin dengan anak kilang bos tu. Eh. Anak bos kilang tu. Dengan bos-bos tu sekali Abu Islamkan sebab bos Abu tu berbangsa Cina. Abu pun muka cam cina. Cuma kalau takde jerawat tu, mungkin index kecinaan Abu lebih tinggi kerana ada muka yang licin. Tapi tak kisahlah. Abu dah dapek, pun.

Dan semasa artikel ini ditulis, sambil sandar-sandar dinding kat atas tilam aku, Abu bersyukur sebab mengikut cakap ibunya untuk menelefon nombor di kilang kayu tersebut. Abu paling bersyukur sebab selepas dia sakiti hati ibunya sebab isu kerja kat kilang kayu tu, dia cepat-cepat mintak maaf. Walaupun pada masa tu Abu, dengan seluruh kelayakan, pengetahuan dan pengalamannya, membangkang idea maknya yang menyuruh Abu untuk bekerja dulu di kilang kayu sedangkan degree Abu dalam bidang kejuruteraan elektronik. Tapi Abu tahu. Apa yang Abu tahu? Tahu sumbat ke?

Abu tahu: ketaatan itu lebih tinggi nilainya dari kebaikan yang diamalkan dengan ilmu, walaupun ia  dilakukan oleh SEMUA manusia, Islam atau tidak, dari Adam hingga ke bayi yang terakhir.

Dan selepas taat kepada Allah dan Rasul, Abu tahu; kita kena TAAT kepada ibu.

Sila klik di sini untuk cerita yang hardcore pasal ibu


"Bunyi macam budak baik, tapi apsal kau selalu perangai camcibai?" tanyaku pada Abu.
"Ikhlas gak tu...."jawab Abu. Dia terdiam.
"...Ishhh. Dahhhh hilang pahalaku hasil semua yang di atas" kata Abu.

"Ni yang aku malas lepak dengan kau ni, Scuba" sambungnya lagi. Aku menge offkan recording kat henponku dan berlari menyelamatkan diri sebab Abu nak pukul aku dengan bantalku sendiri.

Thursday, October 28, 2010

Kewali-walian




Anda Wali?
Kenal sapa-sapa yang wali?
Atau,
Anda mahu jadi wali?

Apakah wali?
Dan kenapa nak kewali-wali-an?

Wali band?
Wali Auta?
Di wali?

Anda ialah seorang wali jika anda buatkan orang hepi
Anda ialah wali jika anda pandai jaga hati
Anda ialah wali jika anda taat kepada ibubapa
Anda adalah wali jika di hati anda
Tiada apa
Melainkan DIA


Sepi itu Indah


Kesepian itu kadangkala adalah musuh
Kadangkala ia boleh membunuh
Ia boleh datang tatkala kita keseorangan
Namun ia bagaikan sumpahan
Bila kita rasa sepi semasa dikelilingi oleh kengkawan


Bila sepi aku mengerti erti rendah diri
Bila sepi aku mengerti erti abdi
Aku kenali si Maha Mendengar melalui sepi
Aku ketahui RahmatNya melalui sepi


Tapi sepi itu indah bila ada masa nak menikmatinya
Dan ia amat perit bila dalam keterdesakan
Kita dipaksa untuk melayaninya


Namun
Pada malam Jumaat ini
Aku bermohon
Agar Dia tidak biarkan aku kesepian



Wednesday, October 27, 2010

Tahuku SEPI


Aku bukan sepi kerana aku bersendiri
Menghadapi kecibaian dunia harihari.
Aku bukan sepi kerana tiada yang mendengar
Raungan peritku tatkala aku tersasar.

Manusia atau makhluk bukanlah sebabnya.
Masa dan keadaan juga bukan di antaranya.
Kesepian yang ku maksudkan, tiada terlihat dek mata.
Ia hanya kelihatan,
Tatkala diri diselubungi kegelapan.

Aku sepi bila kutahu doaku tak diterima,
Kerana kutahu; Dia MAHA MENDENGAR.
Aku sepi bila aku tak nampak apa-apa,
Sedangkan kutahu; Dialah SUMBER cahaya

Bahkan ku-juga-tahu
Dia MAHA TAHU.
Dan biasanya Dia akan Memberikan,
Sebelumpun aku menadahkan tangan.

Ya Allah,
Ampunilah daku.
Berikanlah aku petunjuk,
Tentang kesalahanku.
Kerana jawapan itu sudah tak perlu...
Andainya nyawa,
 Sudah terlepas dari jasadku.




Tuesday, October 26, 2010

Melayu tak suka Membaca

Ramai yang sangka mereka 'sudah baca' setelah 'membaca'

Bila anda melihat sebuah artikel dengan perenggan yang panjang dan takde penerangan bergambar, adakah terdetik di benak anda untuk mengambil tahu apakah isik kandungan artikel tersebut? Atau adakah anda akan skip dan hanya cari perkataan-perkataan yang anda anggap sebagai isik penting artikel tersebut?

Atau bila anda membuka halaman suratkhabar, adakah anda akan browse setiap kolum dan ruang dalam muka surat itu dengan sistematik atau sekadar membaca tajuk berita yang menarik sahaja? Dan bila jumpa cerita yang menarik, adakah anda membaca berita tersebut sehingga perenggan yang terakhir? Adakah anda skip beberapa perenggan yang mengandungi nama orang, tempat, alamat, nombor atau butiran lain tentang berita tersebut?

Atau bila anda membeli belah, adakah anda mengambil tahu dengan butiran tentang produk pada banner dan bunting yang digantung oleh promoter yang sedang bercakap dengan anda tanpa henti ini?
Atau adakah anda membaca fine print tentang cara penggunaan atau kandungan benda yang anda nak beli tu?
Masa kat library, kita kena pandai pilih pot yang sesuai

Semua ini adalah tanda bagaimana nak tahu samada anda ini golongan pembaca atau tidak. Membaca itu, bukanlah sekadar memahami isik kandungan sebuah buku. Atau mengetahui jalan cerita sesebuah fakta atau senario. Membaca adalah satu mindset.

Golongan yang terus membaca sebuah artikel panjang dan tak berperenggan adalah golongan yang susah nak dikencing. Kerana mereka tidak terpengaruh dengan rupa atau presentation tetapi lebih tertumpu kepada isik artikel tersebut. Dan untuk terus-menerus membaca dan menghayati sebuah artikel yang panjang memerlukan self-confidence dan daya tumpuan yang sederhana tinggi. Sifat inilah yang membezakan seorang jurutera dengan seorang Manager. Ketelitian.

Membaca pulak bukan sekadar mengeja setiap patah perkataan dalam ayat dan cuba memahami mesejnya. Contohnya ialah orang yang suka melancong juga adalah golongan pembaca. Mereka dapat membaca keadaan masyarakat, keadaan alam sekeliling tanpa perlu mengeja satu perkataan pun. Mereka dapat baca seorang pemandu teksi itu menipu atau tidak dalam meletakkan harga tambang teksinya. Mereka juga dapat membaca bahawa makanan yang mereka order tadi tu adalah masakan yang terkini atau masakan reheat.

Membaca juga berkait rapat dengan sifat mendengar. Listening. Acap kali kita membuat kesimpulan yang salah kerana kita tersalah dengar. Kita tersalah dengar sebab kita tak tumpu perhatian. Perhatian kita tidak fokus kerana kepala hotak kita sedang merewang ke tempat lain. Otak kita sedang buat apa yang dia suka. Dan dia akan dengar apa yang dia suka saja. Tu sebab agaknya walau camana pun kita dah nasihat seseorang untuk berubah, dia masih berperangai cibai jugak sebab dia memilih untuk mendengar apa yang dia nak dengar saja. Serupalah macam membaca suratkhabar tadi. Kita memilih apa yang ada kaitan dengan kita sahaja berbanding dengan sifat mengambil tahu yang sepatutnya menjadi mindset semasa membaca suratkhabar. Ni tidak, kita straight pergi ke bahagian sukan atau komik dan capai ejakulasi tanpa mukadimah atau geli-geli.

Dan kat sinilah kelemahan utama kaum Melayu. Mereka tak suka membaca. Mereka sekadar suka melihat. Dan suka menafsirkan apa yang mereka lihat berdasarkan data-data grafik yang ada dalam kepala hotak mereka yang kebanyakannya adalah salah faham sebab mereka tak suka MEMBACA. Kalau mereka membaca pun, mereka baca setakat apa yang mereka mahu saja. Dan bila sekadar baca sikit sini, sikit sana, alamat memang salah faham lah jadinya. Dah tak paham, taknak angkat tangan dan tanya pulak tu. Maka tak hairanlah ramai yang jadi Ayah Pin atau Rasul Dahri.

Banyak yang boleh kita ketahui tentang diri kita melalaui tabiat pembacaan kita. Kita tahu kita ni golongan main sebat ajer jika tak pernah pedulikan tentang ada tidaknya logo halal pada makanan kita. Kita tau kita ni seorang yang serkap jarang jika kita tak pernah peduli dengan papan tanda jalan raya. Kita tahu kita ni seorang yang cibai bila kita membaca sekadar nak cari kesalahan atau kelemahan seseorang.

Dan bila kita dah ketahui akan sifat diri kita, maka kita sudah tahu titik mula akan sebuah perubahan. Langkah seterusnya ialah untuk belajar dari pengetahuan itu atau sebaliknya. Namun kesedaran ini telah lama hilang dari bangsaku. Tak hairanlah jika satu hari nantik, Tanah Melayu ini akan tergadai sebab Melayu malas nak ambil masa dan baca isik kandungan kontrak yang mereka tandantangani. Atau berpecah belah sebab mereka berilmu dalam berhujah saja, tanpa pengamalannya.

Takde guna aku akhirkan artikel ini dengan kesimpulan jika isik kat tengah tadi korang dah skip.



Interview dengan Wali (Tertinggal Kayu Sugi)

Bekelah. Bukan tempat kami keluar 3H tu


Kami sedang keluar 3 Hari di sebuah kampung yang terpencil di Pahang. Punyalah terpencil, hinggakan sumber airnya datang dari gunung. Jadi untuk aktiviti macam mandi dan membasuh pakaian, kami terpaksalah pergi ke sungai yang berdekatan dengan surau tersebut. Abang karkun sebagai amer, telah membahagikan kami kepada 2 jemaah. Satu ialah Atan, Abu dan abang karkun. Satu lagi ialah kami: brader bus stand dan aku. Jadi, sekarang ni turn jemaah kami untuk mandi dan basuh pakaian...



"Bang. Abang mesti pernah dengar pasal para wali yang boleh pergi Mekah balik hari, kan?" tanyaku pada brader bus stand memulakan perbualan.
Pun bukan gambar jemaah kami


"Pernah" jawabnya pendek. Dia sedang mencangkung di tepi sungai sedang membasuh pakaiannya. Aku pula sedang nak gosok gigi.




"Apsal?" tanyanya kepadaku, tanda dia berminat.
"Abang tau tak ilmu tu?" tanyaku. Sefaham aku, masa kami ke Mekah yang pakai ilmu lipat bumi tu, adalah kontribusi dari brader bus stand. Beliau memandang kepadaku.


"Kenapa kau nak tau?" tanya brader. Dia langsung tak menoleh padaku tapi terus menerus membasuh pakaiannya. Dia dah sampai part membilas pulak.


"Takdelah. Masa pergi Mekah haritu, saya rasa saya tertinggal kayu sugi kat tepi paip air zamzam tu" kataku ikhlas. Aku rasa bersalah sebab terlupa pasal kayu sugi tu. Bukannya sengaja nak buat point nak pergi ke Mekah balik. Aku betulbetul tak ingat pasal kayu sugi tu lepas ambik wudhuk sebab Pak Arab di belakangku sibuk tolak-tolak.


"Alah, beli jelah kayu sugi yang lain. Abang karkun kau kan ada banyak?" tanya brader. Dari raut wajahnya, nampak macam soalan terakhir ni, nak uji aku je, ni? Aku takbley fail.


"Takde la. Kang Tabligh jugakkk yang kena fitnah sebab kelemahan saya tertinggal kayu sugi kat situ..." jawabku selamba. Aku membayangkan isu-isu semasa dengan golongan tabligh yang selalu terkenal sebagai jemaah yang pengotor dan suka parking kayu sugi merata-rata tempat.


"Kalau kau nak sangat, aku boleh pergi ambilkan" kata brader sambil mengangkat baldinya dan meletakkannya di tepi. Dia bangun dan membetulkan kain basahan dan tshirt lusuh yang dipakainya. Nampak gaya macam dia nak buat terjun tiruk ke dalam sungai ni.

Buat lawak pulak brader ni.


"Boleh gak. Kalau senang nantik abang pegi ambik, k?" pintaku. Brader mengangguk sambil berkata:
"Insya Allah".
Brader terjun lebih kurang cam gambar ni

Aku memerhatikan gelagat brader yang buat gaya macam orang nak buat dive. Dah lama aku tak tengok dia melawak camni. In fact, tak pernah aku tengok dia siap buat aksi lawak camni. Biasa lawak lisan jer...Tibatiba, brader bus stand betulbetul terjun tiruk ke dalam sungai. Aku ketawa dengan lawaknya. Brader hilang dari permukaan air sungai. Ni nak buat skill menyelam masuk kat sini dan keluar kat hujung sana la, ni.

Aku pandang kat seberang sungai. Aik? Tak keluar-keluar pun brader ni? Aku mula cemas. Aku pun pergi ke tempat brader terjun tadi. Eh? Tempat ni cetek, lah. Kalau brader terjun tiruk kat sini tadi, mesti dia terhantuk kat batu yang banyak kat dasar sungai ini. Aku mencari-cari brader takut-takut dia lemas atau hanyut ke hilir ke. Tak jumpa jugak. Aku betul-betul cuak.


"Brader! Brader!" jeritku memanggil walaupaun aku tau takde sapa dan kalau brader ada dalam air pun, mana dia boleh dengar. Tapi aku terjerit-jerit jugak memanggilnya. Aku mula cemas. Apa yang aku nak explain kat amersab (abang karkun) nantik? Mesti bahu aku kena tujal ni kang sebagai denda tak jaga ahli jemaah.




"Amenda yang kau ter brader-brader tu?" suara brader. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan brader bus stand berdiri di tepi baldinya dalam keadaan basah, sambil memegang kayu sugiku yang tertinggal di Mekah masa bulan Syawal baru-baru ni....

Dunia dah nak kiamat


Siapa yang taktau, kita ini ummat akhir zaman? Siapa yang tak tahu, semua tanda kiamat kecik sampailah sederhana dah berlaku, bukan takat kat dalam dunia, bahkan kita ada tanda-tanda kiamat versi Malaysia. Siapa yang berani mengaku dia dapat rasakan kekusyukan dalam solatnya? Siapa berani mengaku dia ada ilmu ke-15 (ilmu laduni) dan layak menafsirkan penyelesaian (Al Quran) kepada semua masalah dunia? Bahkan ada guru-guru tarekat yang dah putus asa, melarikan diri dari gunung ke gunung menyelamatkan iman dan keluarga mereka. Ramai juga yang melarikan diri dari realiti kehidupan kerana kononnya menyahut seruan agama...


Maka tinggallah kita, si jahil yang takde mata, terkapai-kapai mencari makna. Ramai yang dah menjualkan diri dan jiwa mereka demi sesuap nasi. Ada yang suka-suka menjualkan anak, isteri bahkan harta benda jiran mereka. Ada yang menyelesaikan masalah dengan menamatkan riwayat orang yang banyak komplen. Dunia dah huru-hara. Kiamat is around the corner. Dan takde sapa yang pedulik mana kita nak pergi melainkan sibuk dengan tempat kita berdiri. Cuma kadangkala, aku tetap cuba menipu diri sendiri dengan mengatakan: harapan masih ada.




Aku tahu jalan yang perlu aku lalui. Jalan kesepian, penyisihan, kesalah-fahaman, kekeliruan. Setiap tapak yang ku langkahi, semakin bergoyang keimananku yang tahada tidaknya ini. Awal pagi aku sungguh bersemangat dengan tasbih Fatimah dan Surah Yassinku. Baru sampai dhuha, aku sendiri dah komfius dengan perjuanganku. Tapi inilah dia jalan yang berbahaya itu. Jalan yang telah dipilih oleh ketuaku. Bukannya jalan segunung Uhud emas. Bukannya jalan populariti. Tapi jalan lapar dan kenyang berganti-ganti. Jalan keluar dengan wangi, balik rumah dengan hitam berdaki.


Aku tau, imanku bukannya kuat sangat. Malah kepercayaanku lebih rendah jika dibandingkan dengan kepercayaan ibu dan isteriku kepada Nya. Namun aku tak boleh tunjukkan kelemahanku. Takut-takut nantik ada lubang untuk si musuh memporak perandakanku.

Cuma kadang-kadang, sebagai manusia, aku perlukan tempat mengadu.
Dan sesuatu yang mengatakan: "Ya, engkau benar. Teruskan perjuanganmu".




Dan untuk itu, Ya Samik, Kaulah yang Lebih Tahu.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails