(sambungan dari sini)
"Assalamualaikummm" salam orang kat luar. Aku bergegas ke pintu depan melihat sapa yang datang. Oh! Abang karkun, brader bus stand, Atan dan Abu datang beraya. Masing-masing siap berserban dan berbaju Melayu. Aku membuka kunci dan menyilakan mereka masuk.
"Wa'alaikumussalam. Jemput masuk" kataku. Atan dan Abu menyerbu masuk dulu, cam beser. Kemudian diikuti dengan brader dan abang karkun.
"Mana sumer orang?" tanya abang karkun.
"Mak dengan sumer orang pergi beraya kat rumah maklang" jawabku. Aku merapatkan langsir.
"Duduk dulu, ye. Saya gi buat air" kataku macam tuan rumah. Abu tengah menggodam bekas almond london. Atan pulak dok depan laptop aku yang sedang on kat sebelah TV. Dia menge offkan TV.
"Kau tengok lagi RTM3?" tanya brader. Aku melirik ke TV yang baru di offkan.
"Hehe" sengihku pendek sambil menggaru kepala yang tak gatal.
Semuanya berjalan macam biasa hinggalah sampai part abang karkun bersuara:
"Kitorang nak pergi beraya kat Mekah pulak ni. Nak ziarah tuan Haji..." kata abang karkun.
"Betul ke? Nak ajak saya ke?" tanya aku excited. Mesti pergi Mekah naik UFO ni...
"Tak, kita jalan kaki jer harini" brader mencelah. Dia buat lagi. Menjawab soalan yang bermain di kepalaku sebelum sempat ia keluar dari mulutku.
"Jalan kaki?" tanyaku pelik. Brader bus stand dan abang karkun tersenyum. Brader ambik sehelai kertas surat khabar dari bawah meja dan meletakkannya di lantai.
"Kau ada pen marker?" tanya brader. Aku bingkas bangun dan mengambil sebatang Sharpie Marker dan memberinya pada brader. Brader menyambut marker tersebut dan membuat satu titik di satu bahagian sokkabar tu. Kemudian dia membuat satu lagi titik di satu lagi hujung sokkabar itu.
"Sokkabar ni umpama hamparan bumi ini" mula brader. Kami semua menumpukan pada sokkabar yang ada di lantai.
"Kau kat titik yang ni" sambungnya lagi. Dia menunjukkan satu titik yang dia labelkan 'kau kat sini'
"Dan mana kau nak pergi tu, ialah di sini" katanya sambil menunjukkan titik yang satu lagi. Brader melabelkannya sebagai 'tempat kerja kau'.
"Apakah jarak yang paling dekat antara dua titik ni?" tanya brader pada kami. Abu angkat tangan. Atan menggaru kepala. Abang karkun dah senyum dah.
"Jarak paling dekat antara dua titik ialah garis lurus" tembakku. Aku rasa aku pernah dengar soalan ni datang dari Einstein ke sapa ntah.
"Bagus" brader bus stand membuat satu garis lurus antara dua titik tu.
"Ada satu lagi cara nak memendekkan jarak ini" kata brader bus stand. Aku mula berminat.
Brader bus stand melipatkan kertas sokkabar tu dan mencantumkan dua titik tadi. Aku nampak apa yang dia maksudkan. Inilah benda yang saintis dunia tengah buat. Nak buat anti matter yang membolehkan mereka melakurkannya dan kemudian membuat satu black hole. Kononnya, jarak, masa dan ruang wujud dalam satu di dalam black hole. Dengan anti matter tu, kononnya bolehlah buat benda macam dalam cerita stargate dulu tu. Sekarang ni, kalau tak silap, diorang baru sampai tahap hadron collider.
"Itu jalan orang Yahudi dengan ilmu tampak mereka" kata abang karkun yang sedang menyandar di sofa.
"Diorang cuba nak buat dengan ilmu materialistik" kata brader bus stand. Abih tu, kita yang para wali ni, camner nak bengkokkan paksi x dan y alam 3 dimensi ni?
"Kan semua alam ni milik Allah? Dan Allah kata, mintalah, nescaya Dia akan memberi" kata abang karkun. Brader bus stand yang sedang menyimpan kertas sokkabar tadi tersenyum.
"Ni lah ilmu lipat bumi. Einstein keluarkan teori. Stephen Hawking popularkan dan mendapatkan dana dan saintis hadron collider kau tu masih experiment dengan benda ni. Orang kita, dah lama dah amal ilmu ni" kata brader.
"Tu yang pagi kat payabesarpedas, by Zuhur dah sampai Mekah. Bila nak bertolak ni? Tapau sikit, boleh Wan?" tanya Abu yang mengosongkan balang almond london.
Dan cerita selanjutnya tak boleh aku dedahkan sebab rahsia kerajaan Langit. Hahaha.
4 comments:
salam bro, tengah2 klimax kau tutup cerita haha.. aduhai.. anyway thanks for sharing.. memang akademik nya dapat diterima.. aku insyaAllah akan sambiung phd di london tahun ni tapi tiket mahal sangat.. agak2 niat yg baik untuk menuntut ilmu boleh jadi asbab tak dapat ilmu ni?? anyway terigin nak belajar ilmu ni atau pon interview brader2 karkun yang kau cerita ni. :) take care bro.
Aizat, ilmu ni dah dikaji dalam Philadelphia experiment. Sila research...
aku ada tanya orang, ada yang berpendapat, travel ni meliibatkan batin seseorang je yang travel, bukan physical...
Nope. Baginda SAW pergi menziarahi pengamal surah Al-Ikhlas itu body and soul. Dan ini bukan israk mikraj. S.A.W went there, solat jenazah pebagai
Post a Comment