Wednesday, August 4, 2010

Kita, mug dan Realiti 3 (Intro)


Tak ramai yang tahu sama ada makhluk yang diperbuat dari cahaya itu adalah makhluk pertama atau hanyalah sekelumit dari pelbagai jenis makhluk yang Dia ciptakan dalam alam milik Nya yang sangat luas ini. Yang pasti, makhluk yang diciptakan dari cahaya ini, bilangannya jauh lebih ramai dari bilangan makhluk yang diciptakan dari tanah. Namun, golongan yang sedikit (manusia) ini mendapat kelebihan yang jauh lebih utama dari segala makhluk dalam alam ciptaan Allah. Mana taknya. Dahlah manusia ni cenderung kepada kekotoran dan kemungkaran (sebab ada nafsu), diletakkan dalam lanskap yang membolehkan mereka membuat mengikut sesuka hati mereka (tak seperti makhluk lain yang hanya menurut rutin atau perintah-perintah khas), dah tu pulak, menjadi makhluk yang paling utama dimasukkan ke dalam syurga nantik. Yang paling last dari golongan manusia tu dah habis masuk, barulah diikuti dengan kaum yang lain. Begitulah hebatnya kelebihan yang Allah dah berikan kepada golongan manusia. Tapi manusia masih pikir bukan-bukan pasal Allah. Dahlah tak bersyukur. Mengeluh pun banyak. Tapi kalini aku taknak cerita pasal kita. Mari kita alihkan spotlight ke makhluk lain selain kita. Kita nak cuba lihat senior-senior kita, makhluk-makhluk yang dah mengenali Allah jauh lebih lama sebelum kita. Semoga ini akan timbulkan keinsafan dalam diri kita sempena Ramadhan yang bakal menjelma. Jangan ada yang kena laknat dek Jibrail lagi tahun ini...

Yang aku tau, asbab mulanya manusia kat dunia (bumi) ni ialah Nabi Adam a.s. Lepas tu, keturunan manusia berkembang biak hinggalah ke zaman Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Tak ramai yang mengetahui apa yang berlaku di bumi sebelum Nabi Adam a.s. Dapat pulak saintis kata ada dinosor la. Ada hujan meteorite lah. Pastu ada zaman ais batu lah. Manusia dari beruklah. Aku tak salahkan diorang. Diorang buat teori berdasarkan apa yang mereka lihat. Dan manusia ni, kalau dibiarkan membuat cerita, memang nombor satu. Namun cerita ada banyak cerita. Kat sini, kita akan dedahkan cerita pasal perjalanan realiti ini hingga sekarang dan semoga kita semua lebih paham akan kejadian kita sendiri. Dan seperti biasa, aku sebagai pendedah rahsia kerajaan langit ni, memang tak terlepas dari tokok tambah dan salah faham sebab aku ni makhluk kotor dan banyak terpengaruh dek bisikan ghaib dalam hatiku, jadi janganlah diambil series sangat apa yang korang baca di sini. Ia bertujuan sebagai guideline untuk mencantumkan nodul-nodul neuron dalam kepala hotak korang supaya cantuman itu membentuk jalan cerita. Dan aku pasti, Allah (melalui makhluk masa Nya) akan memperbetulkan pemahaman korang (selagi korang berpikir dan mengkaji). Tapi ia mesti bermula dengan andaian (yang dibina berdasarkan data empirikal dan fakta) sebab benda ni sumer, takde saper yang tau betul ke idaknya. Allah saja Yang Maha Mengetahui.

baca sambungan...

3 comments:

SkreMpes! said...

Salam, entri yg bagus. tapi mungkin ramai yg tak faham. moga2 mereka akan faham.

Pasal 'mug' tu kan..mcm familiar je.
hehe..teruskan wahai saudara. saya follow

Irwan said...

ye-ye. kalau mereka baca habis sampai eentry ni ajer, mmg tak paham. Kena baca seluruh siri Kita Mug dan Reality ini baru dapat sikit paham...hehehe. timer kasih memfollow.

± said...

aku dah baca sampai episode 4 tapi aku patah balik utk buat komen bersiri

apa yg boleh aku cakap, SENANG DIGEST! rasanya kalau aku pinjam kat library buku tentang kejadian makhluk, mungkin makan masa utk habiskan 1 chapter. aku tau, ini cuma tambahan. akan tetap refer sumber asal

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails